Followers

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri buat semua!


kepada rakan-rakan blog, maaf dihulurkan jika tersilap taip atau tersalah kata sepanjang kita kenal dalam dunia blogging ini.

kepada rakan-rakan facebook, minta maaf minta ampun sekiranya komen-komen yang diberikan ada yang tersinggung atau memakan hati. sungguh tak disengajakan.

kepada sahabat-sahabat yang jauh dan dekat, sekiranya kelakuanku ini memberikan masalah kepada kalian, harap dapat dimaafkan. sesungguhnya diri ini kadangkala khilaf. kadangkala perbuatan tidak sama dengan pertuturan.

kepada saudara mara yang tersayang, minta maaf juga kerana tidak dapat pulang berhari raya di kampung johor dan singapura tahun ini. insyaAllah kita akan berjumpa pada raya haji dan kenduri kendara. kemaafan ku pohonkan andai punya salah silap tersalah gurau dan tersilap kata.

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA YANG KAMI SAYANG. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN NIKMATI RAYA INI DENGAN HATI YANG IKHLAS MEMAAFKAN SESAMA KITA. :)

Tuesday, September 7, 2010

semua orang sudah bercutikah?

dan apa aku buat kat office ni? haha.
baru balek dari klinik, wat monthly checkup. tapi lepas ni kena wat 2 minggu sekali sebab berat tak naik dan tak turun. so, kena pemantauan yang lebih lagi. jangan risau wahai nurse2 dan doktor, lepas raya SURE berat akan naik berkati2 hasil pemakanan secara melampau.

teringin rendang tok weiii!!! sib baik la beraya kat perak. so, leh la makan rendang tok banyak2. haha. rendang tok dengan ketupat palas adalah heaven! huahuahua.

korang semua dah start cuti eh? aku jugak terlantar kat ofis ni ha. sayang cuti oo..dahla tak berapa nak ada ni. terpaksa la feeling raya kat ofis melayan syahdu. selalaunya kalau part2 cuti raya ni aku la juara. orang lain belum start cuti, aku dah cuti dulu. tapi sebab tahun ni beraya kat perak je, so malam raya boleh lagi balek kampung. takde jem, takde kerisauan. takde hal!

:)

belum ada perasaan nak ucap raya kat semua. tunggula lagi sehari dua eh. oh kad raya aku baru pos petang semalam. agaknya lepas raya baru sampai kot. mati2 aku ingat dah pos ok kad2 tu. rupa2nya elok terletak kat dalam dashboard kereta. caitt!!!

masih lagi dalam bulan puasa. selamat menjalani ibadah puasa kawan2!

Monday, September 6, 2010

raya yang meriah buat khalish.

meriah ngan baju raya.
haha. mak paknya hanya sorang sepasang je. tang anak, ada 4 shirt, 1 kemeja, 1 pasang baju melayu, 1 seluar dan 2 kasut.
kenapa satu seluar je eh? sebabnya seluar khalish ada banyak dah, so beli 1 je la.
tang 2 kasut tu, memula belikan dia sport shoes. kaki budak ni ala2 lebar, so sport shoes je yang muat. itu pon beli size 5 ok.
then, jalan2 kat giant, ternampak booth jual baju2 budak. terberkenan kasut/sandal croc tiruan ada cop spiderman kaler itam. acu kat kaki, muat2 je. haa..terus amek. nak2 harga just rm7 kan. amek je la.

so, gambar baju2 raya khalish tu nanti, lepas raya la upload eh. baru la best.
tunjuk skarang tak best la sangat. nanti tiada unsur surprise gitu.
baju raya pon mahu surprise kah? haha.

fyi, khalish skang pakai baju bersize 2. baju untuk budak 2 tahun ye. seluar pon sama.
cuma kemeja tu je terbesar sket sebab tok ayah tersilap bajet ukuran. takpela, orang nak belikan dah seribu kali syukur. ngee~

aku dan en alang pakai baju baru on first day raya je. raya kedua, kitorang recycle baju raya tahun lepas. raya berikutnya pulak, pandai2 ko la nak pakai apa pon. nak recycle semula baju first raya pon takde hal. haha.
oh ye, aku rasa budak dalam perut ni besar lagi dari khalish. sebab skang kalau aku pakai baju kurung ke apa, memang dah nampak sangat2 dah perut tu. baru 5 bulan beb. haha.

dulu 5 bulan tu ala2 cam 3 bulan je. skang ni kalau aku tersalah duduk sket je, mula la rasa saket kat ari2.
oh, dan baby pon dah lompat2 dalam womb ni ha...boleh rasa la dia cam terbang2 tu. (apakah terbang2? haha) orang pernah pregnant tahu la camne rasa terbang2 tu. macam rasa ada rama2 dalam perut pon ye. geli2 je.

oh, di kesempatan ini aku nak ucapkan takziah buat rakan blog, sri a.k.a fealize kerana keguguran 2 hari lepas. dari penceritaan sri, aku faham sangat2 bagaimana perasaan sukar untuk menerima baby dalam kandungan sudah tiada nyawa. aku harap sri tabah menghadapi dugaan ini.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...