Followers

Showing posts with label en alang. Show all posts
Showing posts with label en alang. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Bila en suami memuji

Ehem.

Sejak perut makin membukit, en alang semakin 'melekat' dengan aku. Kalau dulu balik keje kalau belom jam 8, jangan harap nampak batang hidung dia. Ni tiap2 hari balik jam 6. Kadang-kadang je jam 7.

And kalau tetiba dia bagi sms rindu or puji lambung-lambung, aku dah terbayang malam nanti camne. Nanti kejap-kejap dok cium aku, kejap-kejap dok belek muka, belek perut....aduhai...

Haha. Ini bukannya keluhan. Ini bahagia namanya. Cuma ada sedikit rimas. :P

Macam en alang ni...memang time aku pregnant je yg dia manja terlebih. Dah macam aku ada tambahan anak wei...hehe. Terbalik kan? Patotnya aku yg manja ngan dia kan? Ni dia plak yg buat pangai camtu.

Errr...laki korang kalu korang pregnant apa habit diorang eh?

Monday, December 17, 2012

Emosi seorang Papa. Cengeng seorang Mama.


Sila baca dari bawah ke atas ye. Terima kasih.

Korang tengok je Alang tu tough macam hati keras. Tapi sebenarnya sangat penyayang. Huhu.

Aku rasa screen capture aku ni dah menceritakan segala-galanya. Sekarang ni memang Khalish mencabar kesabaran kami. Nakalnya nauzubillah. Senang sangat nak buat Jaz nanges. Jaz pulak kalau dah nanges susah nak berhenti. Dahla stok nanges jerit2. Aku bet jiran-jiran pon saspek aku ngan alang ni jenis suka dera anak agaknya. Padahal anak2 aku ni cengeng lebih. Upah kartun atau coklat/biskut/vitagen diam la dia. Huhuhu.

Aku tak tegah en Alang pukul Khalish masa ni sebab aku pon geram sangat ngan pangai dia. Tapi, bila fikir-fikir balik, berdosa kami buat Khalish macam tu. Anak sekecil itu apa lah yang difahamnya. Aku prefer tegur dengan cara tegas. Tapi ye la kan, kesabaran seseorang tu ada batasnya.alang pulak jenis dia cakap dah lebih beberapa kali tapi tak dengar kata, start dah dia acah2 ngan rotan tu. Selalunya dia rotan sofa je la. :P
Ni dah tak tahan sabar sangat dah sebab petang tu beberapa kali dia tolak, tarik rambut, rebut mainan dengan Jazly. Ditambah pulak pengasuh di taska mengadu yang Khalish sekarang ni agak mengganas dan suka mengusik adiknya. 

Pada telahan aku mungkin juga Khalish kadang-kadang merasa kami melebihkan Jazly. Padahal Khalish manjanya nauzubillah...baru aku jegil mata dah terlalak-lalak meraung. Jazly ni sejak aku pregnant, lebih manja. Kalau dulu dia berhati keras, kalau kena amrah macam mana sekali pun dia akan buat dek je. Skarang dia ikut jejak abangnya. Mama jegil mata je dah terlalak2. Hoih. senang keje aku wei. Tapi tu la. Bingit jugak kalau dah setiap kali jegil, setiap kali tu jugakla nak menangis. Disebabkan Jaz semakin manja, Khalish lihat kami melebihkan Jaz.

Tu la kan. Anak-anak ni kecik2 camtu pon dah tau cemburu. Dah tau nak mendengki. Harap-harap sifat suka buat adik ni sementara la Khalish oi. Mama tak sanggup dah tengok awak kena tibai lagi. Huhu.



Friday, December 14, 2012

Birthday En Alang yang ke-?

Setelah sekian lama dah tak bersiaran, hari ni terbuka hati nak bercerita.
:)

Semalam birthday en alang. Alhamdulillah, setelah 4 tahun dan akan menjengah ke tahun ke 5 perkahwinan kami,  kami lebih slow dan steady melayari bahtera. Panas baranku yang sering memuncak di awal perkahwinan, pada tahun ke 3 dan hingga kini semakin menurun. Mungkin dengan kehadiran anak-anak membuatkan aku kuat dan lebih penyabar. Dan mungkin juga berkat doa seorang suami dan kesabarannya melayani kerenahku yang slalu roller coaster menjadi penyebab aku sekarang mudah lembut hati.

:)

Eh. Nak cerita pasal birthday en alang laaa!!! Ni apa terbabas sampai ke hal aku plak ni...tengok. Dah lama tak menaip camni la rupanya...huhuhu~

Tepat jam 12 tengah malam, aku wish birthday kat dia. Masa tu dia nak lelap mata dah, bila dengar aku wish kesejahteraannya, semoga dia sihat selalu untuk menjaga kami, semoga kami sentiasa bersama dalam suka duka...dia senyum dengan mata masih tertutup. Mungkin dia keletihan emosi kerana sebelum tu dia dengan tak sengaja TERpukul khalish dan menyesal tak sudah (ini aku ceritakan kemudian). Selepas memberikan ciuman hari jadi, kami lena hingga ke esok pagi. EH! Mana mungkin! Khalish yang setiap 2 jam meminta susu tu takkan memungkinkan kami untuk tidur lena setiap malam. Anak, anak...~ Jaz takde pulak pe'el macam abang dia ni. Bagus jugak. Kalau dengan dia2 buat pangai macam abangnya yang setiap 2 jam minta susu, parah la jugak.

Slalunya aku suka celebrate birthday en alang tepat jam 12 tgh mlm tu jugak. Tapi masa tu aku yang tak berapa ada mood sangat, aku bilang dengan en alang yang kita kuar makan je la esok petang ye bang? Dia ok je. Cuma en alang yang kena balek kerja awal.

Petang tu kami just pergi ke AEON manjung. Memula bawak anak-anak jalan-jalan dulu sambil bawa diorang main di arked. Si khalish buat perangai selepas habis 5 token, taknak keluar dari arked. Terjerit-jerit menangis-nangis. En alang dah malas nak melayan kerenah khalish, terus tinggalkan dia sorang-sorang. Aku pon terpaksa tinggalkan dia...dan agak-agak jauh sikit (tapi masih dalam pandangan aku la) aku lambai-lambai pada khalish. Amboi...kemain ketegaq takmo datang tu...biarpon kami dah agak jauh tinggalkan dia. en alang kata, biarkan...kita tengok sampai bila dia nak buat pangai camtu. Last-last kitorang buat-buat macam tak nampak dia dan konon-konon tengah pilih baju. E eh...tetiba je dia tercegat kat sebelah aku tersengih-sengih. Nampak sangat nak tarik perhatian orang je mamat sorang ni.

Lepas tu, aku ajak en alang makan. At first dia nak makan kat pizza hut, so menuju la kami ke sana...ADOILA...berbulu gile aku kat PH. Dahla nak duduk diorang tak carikan meja, kami yang tercangak-cangak mencari meja yang sesuai. Bila dah duduk tu, agak-agak dalam 8minit takde satu menu pon yang sampai. Yang si Jazly dh mengamuk-amuk. Agaknya kelaparan la tu. Bayangkan 8 minit nak tunggu menu je. Alang dah nampak aku nak menyinga, cepat2 dia panggil waiter mintak menu. Dah pilih2 menu, hoih...kemain lama tunggu nak amek order. Padahal bukannya ramai customer pon. Diorang ni nak berniaga ke idakkk??? Aku dah tak tahan. Dengan Jazly dah menjerit-jerit, Khalish pon dah start buat pangai, aku cakap kat En Alang...dahla bang. Diorang ni taknak berniaga agaknya. Jomla blah. Aku angkat Jazly menonong keluar dulu. En Alang dan Khalish keluar kemudian. Aku tak pandang kiri kanan dah. PH ni mana2 branch pon menyakitkan hati je. En Alang kata orang2 yang makan dalam PH tu tengok je aku dah amukan dengan anak yang terjerit2. Aku tak faham betul, sampai 3 orang waiter berdiri tercongok kat depan pintu, tapi takde sorang pon yang entertain kitorang. Dah nampak kami ni dengan 2 anak kecil, patutnya dilayan seadanya supaya budak-budak rasa selesa dan kami ni puas hati. Ini tak, macam tak nampak je kitorang kat situ.Ini bukan satu PH je kami dah rasa, mana-mana PH pon sama je. Servis lembab, muka tak mesra pelanggan, pelanggan diabaikan. ERGHHHHH!!!! Tension betul.

Aku cakap kat En Alang...sorryla sayang. Ayang rasa kita better order dominos delivery lagi bagus tak sakit hati camni. Dia gelak je. Pastu dia suggest makan kat Kenny Rogers. Korang bayangkan KR yang sesak dengan pelanggan pun kemain cepat servisnya. Nak duduk, diorang tunjukkan meja. Baru labuhkan punggung, diorang dah hantar menu. Tak payah dipanggil untuk ambil order, waiter dah tercangak tepi kita nak amek order. Kagum aku. Restoran lain boleh buat, kenapa PH tak boleh??? Aduhaii...pengalaman aku di PH AEON manjung, sitiawan dan tesco stesen 18 semua sama je. TAK MESRA PELANGGAN.

Alhamdulillah kami dapat makan dengan tenang kat KR. Anak-anak yang amukan dari tadi bila sampai KR je e eh...kemain elok pulak pangai korang kan. Khalish dengan tenang buat hal sendiri, main pisau garfu dan tisu. Jazly pulak terkekeh-kekeh gelak bergurau dengan En Alang. Haaa...situasi macam ni la yang aku nak. Aku rasa budak-budak pun dapat rasa aura yang berbeza antara PH dan KR. Hehehe.

Aku rasa ada dalam setahun lebih kitorang tak pekena KR. eh...ntah2 dah 2 tahun kot. sebab last masa lepas pantangkan khalish. EH!!! dah 3 tahun laaa...HAHAHA. Bapak lama!!!! After 3 years baru dapat makan KR. Kesian tak???

Lepas makan tu konon-konon nak la jalan-jalan kejap ingat nak beli birthday cake kat Baskin Robin. First time konon2 nak rasa cake kat situ. Tapi En Alang tak nyabor nak balek cepat tengok bola. Haihhh...so beli kek masa on way balek tu je. beli 2 bijik kek satu untuk umah ibu, satu lagi umah mak. Adil dan saksama gitu...hehehe.

Dan tahun ni takde hadiah untuk pujaan hati. Dia dah kata takyah belikan apa-apa untuk dia. Semua dah cukup. Hmmm..tapi terpikir gak ingatkan nak belikan dia jam tangan. Last belikan dia jam adalah masa nikah ye. Lama gile...

Celebrate di KR je...kat manjung ni apa je yang ada. Hehehe.

Balik baru kitorang pekena kek. Black Forest cake. Budak-budak cukup suka kek ni.
:)

Happy Birthday Sayang. Semoga terus sabar dengan kerenah kami anak beranak ye! We Love You!!!










Thursday, March 1, 2012

Setelah sekian lama...HELLO!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua!
:)

Dah lama kan tak tulis apa2 kat blog ni? Ada orang dah rindu ke? Sorry ye dah lama mendiamkan diri dari dunia blogging. Bukan dah tak sudi, cuma biasalah diri ni makin berusia makin malas. Hehehe.

Nak update pasal kami sekeluarga untuk entri ni boleh? Hehe. As for me, semua ok2 je. Tapi sejak 2-3minggu ni bergelut dengan keadaan kesihatan yang menjunam. 2 minggu lepas demam bersama budak berdua tu. Ni aku batuk tak habis2 lagi. Entah bila nak sihat. Ubat batuk dah macam2 jenis, malahan petua dah gilir-gilir bertukar je. Doakan aku sehat semula ye. Dah tak larat asik batuk mengokol je ni. Huhu..

En alang pulak seperti biasa. Cool je hadapi kerenah anak-anak dan kesihatan aku yang teruk ni. Pelik oh. Kami anak beranak demam, batuk semua dia sikit pon tak tergugat. Sangat2 macam Superman. Hehehe. Dia balek dari keje je dah pukul 8pm...leh lagi layan anak2 main dan bergurau, pastu tidurkan diorang lagi. Nak2 Khalish sekarang ni macam dah super manja ngan papa dia. tidor pon nak papa ada kat sebelah. mama ni tido asik peluk bantal je. Haihhhh....~

About Khalish, dia growing up as a behave big brother. Selalu beralah dengan adik. Seorang yang sensitif. Cuba kalau korang nanges depan dia, Confirm dia join nanges sekali ye. Hahaha. Dia tak boleh tengok orang sedih2 atau tgh marah2. Perkataan paling sensitif adalah AMBOI. hehe. Kalau sebut je Amboi....terus meleleh2 airmata kuar macam air terjun. Tu la...masa ngandungkan Khalish dulu aku sensitif teramat. Sikit2 nak nanges. Sebab tu dapat anak sensitif. Haihh... Khalish juga dah jadi abang yang responsible. Cuba kalau dia tengah main, suruh cari adik Jaz, cepat2 dia akan pangggil, DIK, DIK! hehehe. Tapi tu la. Dia ni bercakap susah sket. Berat mulut kata orang. Tapi takpe. Belum umur 3 tahun pon...sebab tu aku tak risau sangat. Cuma slalu gak la aku paksa2 dia..."Ayish bila nak cakap betul2 ni...Mama nak dengar...". dia just senyum je. Haihhh..macam ada berlian dalam mulut dia tu. :)

Adik Jaz sekarang dah makin susut badannya. Sejak balek dari Langkawi aritu, kami bertiga demam dan selera makan Jaz pon makin turun. Padahal dia ni la yang kuat makan. Apapon dia akan makan except yang pedas2 dia tak boleh langsung. Kalau makanan tu pedas, dia akan makan jugak cuma sambil makan sambil nanges kepedasan. Hahaha. Sampai macam tu skali minat dia dalam makanan. Pedas pon pedasla...asalkan dapat makan. Totally opposite dengan Khalish yang sukakan makanan pedas dan berempah. Dan aku discover yang Jazly ni memang terlalu minat dengan muzik. Pasang la lagu apa pon, automatik dia akan goyang2 kan badan. Semalam dengar lagu The Boys dari Girls Generation ewah...kemain berjoget dalam kereta siap hayun2 tangan yang tembam tu. Geram betul! Hehehe... Jazly jugak kuat mengusik. Dapat abang yang sensitif memang slalu la Khalish jadik bahan usikan Jaz.

Bila tengok diorang berdua ni...rasa macam cukupla 2 orang ni je. Tapi bila tengok kawan2 pregnant...nak2 anak perempuan, hoih....teringinnya la hai! Tapi tu takpe. Tunggu 2-3 tahun lagi baru proceed the next one.
:)

Itu je la update terkini dari kami berempat. Jumpa lagi ya!

Friday, December 16, 2011

Lepak hujung minggu: Layan Gempak Selebriti Astro la pulak. Hahaha.

konon2 lepas balek dari pesta laut lumut nak balek. tapi tetiba en alang bersuara,

ayang agak2 kat gempak selebriti astro (gsa) tu ada acha septriasa tak?

nape, b nak tgk ke?

haah. mesti comel kan.

grrrr...

so kami ke giant manjung sebab kat situ la ada gsa tu. elok sampai masa tu pukul 12. tengok tentatvie program wah...jap lagi ada upin ipin kuar. 


kemain seronok khalish kat astro ceria. ye la...warna semua ceria2 je.

tu dia upin ipin kuar dah.

jaz muka terpinga2. mama excited lebih.

khalish pon tengok maskot cam takde perasaan. tengok budak belakang dia tu, kemain happy je.

bila upin ipin naik pentas, layan selagu terus kitorang blah masuk giant. nak dapat air cond. hahaha.

budak2 main kat playground dalam giant.

cinta hati saya.

takat turun slide memang terer la. hahaha.

adik jaz nak naik mende alah ni.

mama, adik nak naik!!! (sambil dok enjut2 badan turun naik)

mintak tolong papa pulak. haha. kesian takde sape nak layan.

lepas budak2 dah puas main kat playground..kitorang pi balek kat gsa sebab kul 12.30 ada kumpulan bawel. faveret aku. tapi tu la..diorang dah terkeluar. huhuhu.

belajar jawi kat booth pelangi/bintang.

 maju maju maju
mundur mundur mundur
yok kita bernyanyi bergoyang
ding dong ding dong

:)

lepas layan bawel, terus nak balek.
tapiiiiii....
dalam kereta teringat barang dapur tak top up lagi. so ke tesco la kita.

(biarpon masing2 dah bau peluh dan anak2 dah meragam...tetap ke tesco ye)

khalish penat sangat. baringkan dia dalam troli mau pulak dia. 

adik taknak baring. so kita dudukkan je.

pemandangan indah. papa layan anak2. mama tukang pilih dan cari barang. hehehe.





Lepak hujung minggu: Ke pesta laut lumut kita!

Ahad pagi haritu...punyala aku tak betah duduk umah terus kejut alang pagi2 subuh ajak ke lumut. 

budak2 takde hati nak bergambar. papa sorang2 je yang ready. huhu.

apapon, breakfast la dulu. en alang makan kuey teow goreng ngan sambal udang.

khalish yang susah nak makan skang ni. haihhh...

jazly yang asik2 nak makan. asik2 nak makan. hahaha. comot ada sebutir nasi di dagu.

aku lak makan nasi putih ngan kuah sup ayam dan ikan goreng. simple abis sebab nak makan sekali ngan jaz.

gambar2 kat bawah ni layan je la eh. semua gambar2 masa kat tapak pesta.


demonstrasi membuat labu sayung.


pertandingan memasak.

masak apa tu cik kak?

khalish yang tak nak makan gigit jari. adik asik2 makan tgh suap biskut kat mulut. 

comelnyaaaa....patung tu. 

booth navy.

asik2 makan.

asik2 berangan.

budak2 main beskal.

proud papa of 2 heroes!

happy2 ngan budak keding.

happy2 ngan budak demok.


dah. jom balek. hari dah panas.






Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday - Happy Birthday Papa!








My favourite pic! Semua hero hati di dalam satu gambar. 
:)


Selamat Ulangtahun ke-25 Abang. 
Semoga Allah sentiasa melindungimu.



Tuesday, November 22, 2011

Congrats to the Tigers! Bangga tak abis2 dan malam tadi tidor penuh lena. :)

aku bet 85% dari korang tgk final bola indonesia vs. malaysia sea games semalam kan? woahhh...aku tak dapat bayangkan keadaan kat kedai mamak malam tadi tapi yang pastinya kat umah aku pon dah gegar bagai nak rak. anak2 pon tak dapat tido sebab kitorang semua terjerit2. hehe. sib baik ada suara pagi ni. kalau idak, ada yang amek mc kang. hahaha.


masa ni dah habis game. indo kalah terus bagai kilat kosong stadium. 

antara scene game semalam. hebat indo dan msia. 2-2 bagus. cuma ada la beberapa pemain indo yang aku tak berapa nak kenan. ada yang suka berpura2 dan ada yang ganas jugak. kesian tau pemain msia terutama baddrol asik tergolek2 je. 

muka girang harimau muda. memang they deserve it!

dapat gak snap gambar khairul fahmi che mat. hehehe. anyways kfcm...anda memang hebat!

terharu bila diorang dok belek2 medal dan cium2 medal tu. penat dan usaha berbaloi!

get ready. lagu negaraku nak start dah. hehe.

bersemangat diorang nyanyi negaraku. ngan aku2 skali dok tercegat nyanyi sama2.

en alang muka bangga sebab malaysia menang. khalish tido berlenggeng sebab panas malam tadi. bahang nauzubillah.

tatapan istimewa. muka budak ketegaq takmo tido. dok gosok2 mata berkali2. mata dah kuyu tapi tetap nak main jugak. haihhh...anak, anak.





nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...