Followers

Friday, June 10, 2011

Adik dan Abang yang berbeza rupa dan karakter.

Abang Khalish (1 tahun 8 bulan)



1. suka senyum.
2. extrovert
3. penuh dengan bunyi-bunyian.
4. peramah
5. agak clingy dengan family. mana2 pon nak ada papa mama. haihhh~
6. rambut halus & curly.
7. kulit cerah (biarpon lahir agak mendung kulitnya. hehe)
8. telinga capang ikut papa
9. sensitif. kalau adik tarik rambut dia, sure dia buat balek kat adik.
10. suka lempar barang. adeh!
11. pendengki. suka dengki kat adik rampas baby elle. hehe.

Adik Jazly (5 bulan)



1. muka serious
2. agak introvert
3. dia ni jenis senyap je. paling tak tahan, kalau dia muntah memang tak dengar tetiba je dah basah baju. huhu.
4. tak berapa nak ramah. lambat sikit nak warm-up kalau dengan orang.
5. milestone development dia agak cepat nak bandingkan dengan khalish
6. agak mudah dijaga
7. rambut halus & lurus
8. kulit tak berapa nak cerah
9. kulit agak sensitif. senang nak kena ruam.
10. kuat berpeluh
11. tak mudah mengalah. sama naik dengan abangnya.

apapon, doakan agar mereka sentiasa bersefahaman dan sehat2 je ye! baru ada 2 orang hero pon aku dah tak larat nak handle. kalau tambah lagi satu hero entah apa citer pulak. hehe.





Thursday, June 9, 2011

Bila dia dah kemaruk. Entri sempena Jazly usia 5 bulan hari ini.

 Adik Jaz ni kan karakter dia sangat2 berbeza dari Khalish. Nantila aku listkan satu2 tapi sebelum tu nak cerita pasal budak ni skarang dah kemaruk sangat nak berguling2. adehla...sampaikan dalam car seat pon beria2 ni nak balekkan badan.


tengok je la pangai dia ni. senyap2 je dia nak balekkan badan tu. dia ni semua buat dalam senyap je. kalau dia diam tu memang ada je la benda dia tengah buat.


penat. rehat kejap. nanti sambung usaha tiarap tu ye.


hah! tengok tu sampai tangan dah pegang side kerusi beria2 nak tiarap dan2 tu jugak. sib baik baru sampai rumah. kalau tak, takdela mama kamu gigih amek gambar cenggini.


last2 penat tak dapat nak balekkan badan terus main dengan seat belt. hahaha.


apa pandang2? saya punya suka la nak tiarap kat mana2 pon! 
(budak ni memang kerek ok!)


oh. hari ini juga genap umur Jazly 5 bulan. dah pandai tiarap, guling2 sebelah side je dan dah start angkat2 bontot. dia ni jenis mulut tak banyak tapi kalau sekali borak memang susah nak stop. dah pandai mengecap2 mulut kalau tengok orang makan. tak boleh lambat beri susu kalau tidak amukan bagaikan sebulan tak makan.  tidur malam sebelum jam 9 malam dan bangun pagi jam 5.30-6 pagi. senang nak jaga dia ni. tak banyak kerenah. bagi dia kenyang2, biarkan je dia dalam cot atau atas toto ha...memang dia suka la kadang2 main sampai tertidor sendiri. 

Kasut impian saya.

This entry is for the absolutelygorgeous contest:



actually kan. tak pernah terfikir ada kasut impian ke sandal impian ke, selipar impian ke sebelum ni. tapi bila amy tunjuk contoh kasut buatan dia, terus macam e eh! canteknya!!! serius wei...kasut2 dia design semua lawa2 especially for special occasion macam untuk wedding ke, engagement ke, dinner ke. perghhh!


kasut idamanku. ye. taste aku ni simple2 je. senang nak entertain aku ni. hehe.

kenapa aku suka kasut ini?
1. sebab aku suka yang jenis peep toe ni. nampak seksi, rasa seksi. auwww!
2. simple yet elegant. saya suka!

apapon, kalau la sebelum aku menikah dulu amy dah bukak butik kasut Absolutelygorgeous By Amy(http://absolutelygorgeousbyamy.blogspot.com/) dia ni CONFIRM aku beli. sebab kat situ ya Allah...semua cantek2 nyah! mak tak tipu tau!

korang leh tengok koleksi kasut2 kat blog butik kasut dia tu or just klik here to see their gorgeous collection at facebook absolutelygorgeous!

Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday (Char Kuey Teow Unne!)














Tuesday, June 7, 2011

Gambar2 masa kat kenduri umah arwah tok bik aritu...

kan 2minggu lepas kitorang balek muar. ada kenduri kat sinun. ni ada la gambar2 kat sana yang sepupu aku amekkan. enjoy ya!

kami berempat. si khalish ngada2 nampak adik baring, dia pon nak baring gak.


jazly minum nenen. dap nyeee!!!!


suka sangat dengan gambar ni. mata dia nampak memanchor-manchor! =)


jaz asik la dikelek ngan wife sepupu aku ni ha, siti. dia tengah pregnant ni. due bulan 10. 

tengok gambar2 ni buatkan aku nak balek umah ulit budak2 je la. adeh. cepatla 5.30pm...nak balek ulit budak2!!!!

Monday, June 6, 2011

Rimas mata aku ni haaa!

asik terkejut2  tgk header besau godang kat blog ni. pulak tu malappp je. terus takde mood nak update apa2 pon. haha.

so buat inisiatif lain. removekan dulu header tu dan tukar background. maybe kena tukar lagi kot.

Tok, tok, tok...Ini kaunter aduan ke?

korang...nak manja2 ngadu2 sket ni. hukhuk...~

weekend aritu kan aku balek kampung en alang rehat2 kat sana (sapa follow fb aku tau la aku balek kampung aritu. haha). sepanjang dok kampung...memang aku rehat habisla. aku naik2 je umah, letak jaz atas toto, lepaskan khalish biarkan dia buat apa dia suka, aku tukar baju terus kebabom membutakan diri tak sedar apa dah. haha. hari pertama aku tidor petang dalam 2 jam. hari kedua aku tidor petang 3 jam ye tuan2 dan puan2. gile ah aku qada' tidor bagai nak rak. memang heaven gile la. mak mertua pulak sronok layan budak2 berdua tu. kalau diorang nanges pon dia tak kejutkan aku. dia suruh2 je alang yang buatkan susu atau tukar lampin diorang. haha. seronok gile weiii....

ok. itu bukan point ngadu. itu point riak namanya. maafkan hamba ye. tersasar kejap. maklumlah hamba ni insan yang lalai dan pelupa. manusia kan memang cenggini.

ok. berbalik pada point ngadu2. camni. en alang ada 2 orang adik bawah dia. yang bongsu tu takde apa2 masalah. dulu2 ye, dia malas sket nak keje. tapi skang maybe dia dah berakal sket so dah rajin keje sanggup keje buat OT berpuluh2 jam sebab nak dapat duit lebih. ni nak ngadu pasal adik en alang yang bawah en alang tu. kitorang panggil dia anjang. ok dia ni memang rajin gile keje. masa dulu dia ni keje kat kampung je. keje kat bengkel lori. kiranya dia ni ada la kepakaran nak tukar minyak hitam, tukar tayar, bersih2 enjin semua ni. agak lama dia keje kat bengkel tu tetiba dia kata nak berhenti keje. nak cuba keje kat tempat yang selesa sket dan tak berat sangat la. so dia pon mintakla keje kat pasaraya area manjung ni dan terus dapat keje.

masa dia nak masuk keje tu, mak punyala berat hati tak kasi dia pegi. aku dan en alang la yang dok pujuk2 mak mintak izinkan dia pegi. lagipon dia dah besar, berilah dia ruang untuk berdikari sket. lepas tu, barula mak bagi izin. kitorang pon dengan harapan si anjang ni pandai la bawak diri kat tempat orang.

tapi lain yang diharap lain yang jadik. memula kitorang tak saspek apa2 lagi. bila sampai je gaji kedua dia, dia dah beri mak makin sikit duit belanja. mak dah bising2 sebab banyak benda orang tua tu nak bayar. mak sampai tipon2 aku nanges2 ngadu2 pasal si anjang ni. aku selaku menantu apa sangat la aku boleh pujuk orang tua en alang ni? aku cuma cakap kat mak, sabarla mak. kita tengok dulu sebulan dua ni macam mana. kalau makin teruk, kita suruh la dia balek sini.

skarang dah 5 bulan dia keje kat pasaraya tu. dari memula dia beri mak 300, jadi makin kurang, main kurang makin kurang setiap bulan. tak pernah naik atau tetap ye. alasan makan tak cukup dan bayar sewa bilik pulak tu pi hutang dengan mamak roti canai. en alang dapat tau menyirap la dia! dari bulan lepas kitorang suruh dia balek sini, dia taknak balek jugak. ikut sangat nafsu muda konon2 sronok sgt la duduk bandar tapi setiap minggu sms en alang tanya ada tak rm10, ada tak rm5, boleh tak hantarkan dia balek kampung tak ke menyusahkan orang je?

aku dan en alang dok kira2 gaji dia tolak2 duit belanja, tolak bagi mak, tolak duit sewa bilik ada lagi berbaki rm300-350. boleh sangat la buat belanja makan ko sorang tu ha. takkan la hari2 nak makan tomyam, ikan stim, telur bungkus kot? aku dan en alang pon kadang2 nak ikat perut punya pasal ada jugak terpaksa makan megi atau goreng telur mata makan ngan kicap/sos je. mak siap bekalkan dia kadng2 beras sekampit, telur sepapan ok! dia boleh habiskan telur sepapan tu seminggu je!!! memang terkejut2 aku bila dengar. dia ni makan atau telan? ntah2 dok sedekah kat girlfriend dia. oh. tempat keje baru ni dia dah pandai ada gf2 ye. jangan tak tau. aku saspek awek dia antara pengaruh yang dia takmo balek kampung.

sabtu aritu...elok je kitorang baru je jejak punggung kat sofa tetiba je mak ajak pi manjung katanya anjang nak bagi dia duit belanja. korang bayangkan la muka orang tua bila anak2 nak beri duit belanja sure berseri2 kan. dia dah seronok2 sebab nak ke kl katanya ada kenduri anak sedara dia. plus dia dah plan katanya kalau anjang bagi mak 300, mak pinjam kat dia lagi 100 nak beli tiket bas. nanti mak dapat duit upah jaga anak2 doktor tu mak ganti la balek, katanya. tapi hampa ye. si anjang tu bagi mak 150 saja ok! aduhai.... pulaknya si anjang ni gila main game. pasaraya tempat dia keje tu dekat sangat dengan cyber cafe.

aku tak ikut diorang masa pegi amek duit tu. malas aku nak campur pasal hal anak beranak ni. aku dok umah rileks2 ok dah. bila diorang sampai je umah, aku tengok muka en alang macam baru lepas gaduh ngan aku je (hahaha!). aku malas nak bizibodi, tapi cuit2 je dia. angkat kening tanya awat? en alang cerita dari awal sampai akhir cara anjang tu layan mak camne and tambah2 plak bagi mak duit banyak tu je. aku tau en alang angin. lepas tu, mak pon naik umah. aku tau mak pi nanges puas2 dulu kat dapur tu. mak mertua aku ni neng yatimah sket ye. penyedihnya....tuhan je tau. dia naik je umah, dia tak kata apa dah. diam je. dok main2 ngan jaz dan khalish je.

memang kesian la aku tengok mak masa tu. dahla apa yang diharapkan tak dapat. pulak tu, anak layan dia macam nak tak nak je. aku taknak la cerita detail2 sangat karang terlalu cerita hal peribadi ye dak. elok je sejam lepas tu mak tanya aku kalau dia masak sup boleh tak? sebab aku tak sehat sangat sabtu tu. aku tak kesah orang masak apa pon. ye la masak tu mulut pon rasa pait2 lagi. makan apa pon tak berapa nak jalan. aku nak tolong dia masak, dia tak bagi. suruh aku rehat2 je. aku taknak dia layan perasaan sedih tu aku biarkan je dia buat apa dia nak. slalu2 tu aku berkeras jugak nak masak. kesian betul mak aku.

entahla. korang rasa camne eh? macam en alang, walau beri tak banyak...tiap2 bulan tetap beri juga. cam adik bongsu en alang tu hampir 80% gaji dia dia beri mak tapi dia ni spesis gaji tak mandang sangat. ciput alahai tak padan dengan penat. kakak dan abang2 en alang yang lain pulak semua jenis bukan nak memberi kat mak, meminta lagi adalah. hoih. ni ada lagi satu spesis aku nak citer. tapi nanti2 la. kalau aku citer sure ngan korang2 pon bengang.

aku nak tolong mak nak bagi dia jaga jaz. kiranya bagi dia duit bulan2 la. tapi umah ngan kampung jauh. tak dapat la nak hantar-amek hari. paling2 pon jumpa weekend je. ooo...tak boleh wooo...en alang tu tak bagi anak2 jauh dari dia. skang ni aku dan en alang tgh fikir camne nk tolong mak tu. abah pulak dah tua sangat. keje kat kebun pon dapat gaji harian je. stakat untuk belanja harian tu lepas la. haihhh...~

family korang ada yang jenis degil camni tak? camne nak pujuk dia balek keje kat kampung eh? kitorang dah mati akal dah ha....

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...