Adik Jaz ni kan karakter dia sangat2 berbeza dari Khalish. Nantila aku listkan satu2 tapi sebelum tu nak cerita pasal budak ni skarang dah kemaruk sangat nak berguling2. adehla...sampaikan dalam car seat pon beria2 ni nak balekkan badan.
tengok je la pangai dia ni. senyap2 je dia nak balekkan badan tu. dia ni semua buat dalam senyap je. kalau dia diam tu memang ada je la benda dia tengah buat.
penat. rehat kejap. nanti sambung usaha tiarap tu ye.
hah! tengok tu sampai tangan dah pegang side kerusi beria2 nak tiarap dan2 tu jugak. sib baik baru sampai rumah. kalau tak, takdela mama kamu gigih amek gambar cenggini.
last2 penat tak dapat nak balekkan badan terus main dengan seat belt. hahaha.
apa pandang2? saya punya suka la nak tiarap kat mana2 pon!
(budak ni memang kerek ok!)
oh. hari ini juga genap umur Jazly 5 bulan. dah pandai tiarap, guling2 sebelah side je dan dah start angkat2 bontot. dia ni jenis mulut tak banyak tapi kalau sekali borak memang susah nak stop. dah pandai mengecap2 mulut kalau tengok orang makan. tak boleh lambat beri susu kalau tidak amukan bagaikan sebulan tak makan. tidur malam sebelum jam 9 malam dan bangun pagi jam 5.30-6 pagi. senang nak jaga dia ni. tak banyak kerenah. bagi dia kenyang2, biarkan je dia dalam cot atau atas toto ha...memang dia suka la kadang2 main sampai tertidor sendiri.
bgs lah senang nk jaga..die tahu mama die penat kerja
ReplyDeletesenangnya nak jaga bebi jaz .
ReplyDeleteadeel akak huhhhh berperang ko nak bg dia tido . mata dah pejam tp ngamuk² mcm kene dera huhuhu mmg kene geget la dia ekekke .
jaz da 5bln da...muke pon da len cket..
ReplyDelete