Followers

Friday, June 25, 2010

Pagi2 lagi dah ajak main.

mama, jom la join khalish!

nak majuk la. mama ni asik amek gambar je. penat nak posing tau!


bagi senyuman paling manis dengan harapan mama akan join khalish main!


last2 main sorang 2 jugak sebab mama sebok nak breakfast. huhu~

takde apa nak update.

just tatap budak sorang ni je la eh.
;)

Thursday, June 24, 2010

ini rezeki anak-anak ke?

Alhamdulillah~

*klik imej untuk penglihatan yang lebih jelas*

semoga rezeki ni boleh merubah hidup keluarga kami. ya?
ada sape2 berpengalaman interview dengan gomen tak?
boleh beri tips2 yang sepatotnya???

please....~

ya ampun...kenyangnya!

baru lepas melantak kat pizza hut.
gile ko...
3 mangkuk chicken soup, 3 slices of pizza, half bowl of salad, 5 keping garlic bread.
dasat tak?

wakakaka.
memang banyak tu pon aku makan ok!
dasat tak dasat la....~

ada farewell budak praktikal ofis aku ni. nama zana. budak uia.
nice and polite je orangnya. tapi kadang2 ada gila2nya.
budak tu pon dah anggap aku ni macam kakak dia je.
so, seronok la ada dia. dan dia nak pergi dah ni...ada la sedikit rasa sedih.

gambar2 kami melantak tunggu dari kamera profesional kitorang je la.
azim! cepat sket ye edit gambar2 tu.
hehe.

Entri semalam tergantung kan? cian korang.

sebab masa tu tengah gopoh gapah siapkan anak bujang tu.
masa dah elok2 baju cantik2, tetengah minum susu tu elok pulak dia tuang susu dia abis basah baju.
haihhh...budak tu memang suka bermandikan susu ye.
bila susu dah penuh muka, masuk telinga dan hidung, baru reti nak stop.

semalam urusan di klinik adalah ok2 saja.
agak kelam kabut sebab urusan appointment aku dan khalish serentak.
sib baik en alang half day semalam. tolong temankan aku dan pegangkan budak bertuah tu.
so, elok je abis sesi khalish, nombor aku pon dipanggil. tak la tunggu lama.
senang je.

khalish masih goyang2 untuk merangkak. dan menimbulkan kerisauan pada nurse2.
tapi, sejurus nurse2 tu tengok dia boleh duduk tanpa support, nurse2 bagi masa sebulan je lagi untuk dia merangkak.
hahaha. aku mak dia pon takde bagi jangka masa untuk dia pandai satu2 benda.
biar dia buat dengan kerelaan hati dan kesungguhan sendiri.
cuma kadang2 ni nampak dia macam terus nak berdiri. sebab dah start paut2.
haihhh...takkan nak melangkau step kot?

berat: 9kg.
tinggi: 74cm
ukur lilit kepala: 45cm

hehehe. tengok ukur lilit kepala dia, besar kan?
takpela nak, asalkan kamu sehat2 je.
dan khalish memikat hati nurse2 kat situ.
ada 2-3 budak, nampak nurse je terus meraung. tapi tidak bagi khalish ye.
siap ngorat2 bercakap2 lagi dengan nurse2 tu.
terenyih2 gatai anak aku ni. =)

bowling semalam adalah ok jugak.
biarpon tak main, tapi seronok tengok orang main.
(dalam hati meronta2 nak main ok! ku tabahkan hati!!)
dan berjaya menabahkan hati untuk tak bermain dan menggantikannya dengan memakan fries dan nugget banyak2. lepas tu sendiri pening2 sebab minyak banyak sangat.

ok. oleh sebab tak nak entri ni tergantung, aku tutup entri dengan assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.
=)

Wednesday, June 23, 2010

whoaa....petang ni bowling time yo!

aku masuk ofis petang karang.
tu pon singgah kejap je la. lepas tu terus pi main bowling. lawan ngan navy.
tapi sebabkan aku peknen, terpaksa la tangguhkan kali ke-2 main bowling ni.
tahun lepas aku peknenkan khalish, kali ni adik khalish pulak.

tadi pi klinik. check up khalish dan aku jumpa doc pasal pregnancy kali ni.
doc ada jugak tunjuk concern pasal dulu kan aku c-sect and ada diabetes.
tapi bila doc tgk khalish dah besar, dia ala2 lega la jugak.

:)

Tuesday, June 22, 2010

Jengket

fyi, khalish ada suatu kelainan yang sejak lahir memang dah ada.
ibu jari kaki dia akan terjongket dengan sendirinya.
even pakai stokin, akan nampak ibu jari kaki tu terjongket. hehehe.


 
lihat saja ibu jari tu. terjongket jengket. ni mesti terkenan masa peknenkan khalish, aku suka ejek papa dia. papa dia kan jenis penggeli. aku suka ajuk dia geli2. last2 turun kat anak. huhu~

Idea untuk Lunch.



mee goreng mamak orang melayu yang goreng dan kerang bakar.
sila!!!

:)

oh. berkenaan dengan entri sebelum ni, lokasi adalah jauh sangat ye. umah mak sedara en alang di bruas, perak. kenduri bekas rakan sekerja tu kat kl. ha...jauh kan?

Serba Salah.

aku dah janji dengan bekas rakan sekerja untuk pergi ke kenduri anaknya di kl nanti.
dan aku juga sudah berjanji untuk berjumpa dedalie untuk urusan rasmi di sana.

tapi.....
apakan daya.
buah cempedak dah jadi nangka.

tetiba je dapat berita mak sedara en alang nak kawenkan anak.
pada hari yang sama aku berjanji dengan mereka2 sebelum ini.
en alang dah muka kelat2 je bila sampaikan berita ni.
dia sendiri tau betapa pentingnya aku untuk hadirkan diri ke majlis bekas rakan sekerja tu.
masa aku nikah dulu, dia yang beria beri puding bagai.
masa aku baru kawen, dia lah yang beri pinjam periuk kukus.
:(

camne ni???
ibu dah suruh pegi kenduri mak sedara en alang tu.
tapi aku dah berjanji dengan mereka2 awal lagi dari tu.
dan sekarang aku takde mood.
:(

sungguh takde mood.
kalau korang, korang pi mana?

Monday, June 21, 2010

I'm Blessed!

sejak minggu lepas, selera makan makin tak menentu.
tak boleh bau kari2. muak.
tak boleh bau sup2, rasa nak muntah.

kesimpulannya, makanan perlu simple. dan tiada rempah.
mengada2 kan?

hari jumaat tu, belek2 blog orang, sampai blog cik wanie, terpandang kerang bakar.
wah...menggelupur nak makan kerang bakar dan2 tu jugak.
sib baik la ada suami memahami. malam tu jugak kami terjah kedai seafood semata2 nak makan kerang bakar.
sedap!!!

sabtu tu pulak, mengada2 mintak ibu buatkan laksam.
wah. selera tak agak2 ni.
ingat senang ke nak buat mee (kueyteow) gulung2 tu?
memula ibu cakap, kamu beli je la long. ibu penat la.
aku pon terus diam je la. malas nak ulang minta lagi.
tau bukan senang nak buat laksam tu.
tapi, bila pagi2 tu ibu balek dari pasar beli ikan kembung sekilo, haa....masa tu mata aku dah bersinar2.
yeayyy!!! ibu buat laksam!!!!
2 kali round ko...hahaha.
memang betul2 kick kalau ibu buat.
tak sempat nak menuntut ilmu laksam ni.
bila2 ibu buat lagi, aku amek step by step eh.
tepek kat sini.

hmm...aritu balek johor toksah kata la kan.
durian bersepah2 sepanjang jalan ada je orang jual. betul2 gugat iman ko.
ayah plak jenis tak kira waktu, pagi ke, petang ke, malam ke...asalkan durian, mesti mau cuba dan makan!
kitorang bertolak dari muar jam 10am, dan jam 10am tu la kitorang melantak durian tepi jalan.
perghh...memang sedap melotup2. tapi aku beringat la juga.
dapat makan 4-5 ulas camtu.
kalau tak, harus aku rembat sebijik tu aku sorang je. hehehe~

umah maklong pon ada la rezeki durian kami. tapi cuma durian kecik2 dan dapatla 3-4 bijik.
itupon aku makan seulas dua je. sebab masa tu dah malam.
:)

dah2. lepas ni dah takde apa nak mintak lagi kot.
semua dah dapat.
;P

hello! saya berumur 9 bulan semalam.

saya lah orang yang disebut2 tu. lihat gigi saya. sudah kelihatan gigi arnab saya kan?

saya amat gemarkan air. dapat jumpa air dalam sinki pon dah seribu rahmat. tok ibu cadangkan pada mama supaya belikan saya kolam plastik tu. seronoknyaaa!

ya ampun...laju nya masa berlalu!

semalam genap la khalish 9 bulan.
dan semalam hari bapa kan?
ada ke en alang siap perli2 anak sendiri sebab tak wish kat dia.
hahaha. jangan dilayan kerenah papa sangat. kadang2 letih nak melayan.
;P

perkembangan khalish 9 bulan;
1. ada gigi 4 batang! 2 bawah, 2 atas.
2. mak aih..kalau membebel, bagi je la kat dia. memang dasar mat joyah.
3. kadang2 boleh jadik mat over jugak. sebab suka drama lebih2.
4. merangkak masih goyang2. kadang2 tetiba je dia nak bangun terus dengan luruskan lutut. haihhh~
5. terlalu manja dan mengada2.
6. wajah keperempuanan khalish masih mengundang tanda tanya pada orang ramai. macam semalam, pegi pasar malam, ada seorang bapa anak sorang ni pandang en alang dan khalish berkali2 semacam tak percaya bila en alang sebut2 nama khalish. sudah tentu masa tu khalish pakai jeans dan t-shirt! sepatotnya sudah berupa seorang anak jantan kan?
7. rambut khalish dah makin ketara curly2 bila lambat disikat.
8. sudah pandai beri reaksi yang sepatotnya. reaksi teruja bila botol susu di depan mata, reaksi minta didokong bila lihat orang pakai tudung dan reaksi menangis melalak2 bila ditinggalkan sorang2.
9. amat gemar menggelengkan kepala. setiap pertanyaan diajukan akan disambut dengan gelengan walhal sepatotnya kadang2 soalan tu memerlukan anggukan. hehehe.
10. semakin suka makan. terutamanya buah-buahan.

baby dalam perut pon dah 2 bulan seminggu. loya2 masih menggila.
cuma muntah2 tu jarang sangat. mengharapkan loya2 ni beransur hilang dengan segera!

:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...