Followers

Friday, December 4, 2009

selepas dia mandi


sangat happy okeh!
khalish memang suka sangat mandi.
kalau mandi, khalish senyap je.

pengorbanan setelah bergelar mama

ramai orang tanya,
senang ke jadi mama ni?

aku cuma boleh senyum.
sebab susah senang ni bila kite nak kongsi dengan orang, kadang2 orang tak faham.

buat masa ni, aku dan en alang dah rasa pengorbanan yang kami perlu lakukan.
seperti,

1. tidor bergilir2 jika khalish susah nak tidor.

2. kalau keluar jalan2, ada kepayahan sedikit. terutamanya pada baby early stage ni. kejadian minggu lepas, khalish mabuk darat. baru sampai tesco klang, khalish dah muntah berlambak2. kitorang ni baru je masuk tesco. jawabnya, orang lain dah terus meluru pi shopping, aku dan en alang kena tukar baju khalish. nasib baik tesco ada baby room.

3. skarang ni, takde maknanya kalau kuar jalan2 suka2 nak round2 macam zaman berdua. bila dah bertiga, kena fikir si kecik plak. cukup time nak minum ke? kena check lampin slalu, tukar baju dia kalau muak banyak. dan akan ke satu tempat kemudian terus pulang. sebab kesiankan anak tu.

4. kewangan. skang ni kewangan kami hampir 40% tertumpu pada si kecik ni. every month beli baju, beli mainan. memang penting. belum kire benda wajib, susu dan lampin. pendek kata, kalau ke kedai tu, barang2 si kecik ni yang dituju dulu. huhuhu~

5. buat masa skarang ni, aku senang sket sebab zaza da iqa ada kat umah full time. tapi bila diorang dah start skolah, aku susah. semua kena buat sendiri. mampukah aku? risau aku tetiba jadi tekanan pulak.

tapi setelah semua ni dilakukan, end of the day bila tgk muka si kecik ni,
terus jadi tenang semula.
rasa macam apa yang kite perlu lakukan berbaloi dengan kehadiran dia.

:)

lepas dia buat perangai kat mamanya,

mamanya pass dia pada papanya.
nampak sangat khalish attached sesangat ngan papa.

tengok je la.
kemain menyerongeng dia bila kat pangkuan papa.



wah! happy2 ni. siap ajak en alang borak2.


see? nampak gusi saje. kemain lebar sengih dia tu.



dah penat gelak2, baru la dia ni nak dok diam2. ghalit tgk laptop depan aku. hehehe~

Thursday, December 3, 2009

teringin...

...nak ke LIMA lagi.

dahlia cayang, ko tak rindu ke saat2 kite bersama? (tetiba rasa geli lak. hahahaha!)
bila la dapat berpergian ngan ko lagi ek.

2 tahun lepas pi ngan lia dan shah.
biarpon sekejap, tapi rasa puas sangat!


huwaaaa!!! nak pi LIMA!!!!

apa tu?



apa yang boleh didapati di dalam dashboard sebuah kereta?
.
.
.
peta?
lampu suluh?
gula2?
cekelat?
resit?
.
.
.
.
.
.

naaahhh...itu semua hanya sampingan je.
cuba tengok apa ada dalam dashboard kereta ayah aku ni.



telur. 8 biji kesemuanya. mana pergi lagi 2 biji? huhuhu~

ko ada?
(wat muka berlagak)

khalish first parcel!!!

tengok, tengok! khalish dapat parcel dari Rayyan (Ian). bestnyeee....



sungguh baik hati kamu ni Ian. dahla Ian ni anak yang baik. bila2 auntie senang, auntie singgah umah Ian bawak khalish ye!




inila yang khalish dapat dari Ian. memulanya aku nak beli baju kaler biru tu. tapi dah Ian kata nak belanja khalish, alhamdulillah. rezeki khalish nampaknya. terima kasih Ian dan Jiey!

Wednesday, December 2, 2009

terima kasih kerana memahami

tak sangka.
ramai yang berikan pendapat masing2.

dan semua memberi kata2 semangat dan positif.
terima kasih korang.
baik bebenor kome pada mike.
mike tak tau nak balas apa kat kome.
(sila baca cara dialek perak ye)

bab2 susu ibu ni memang kalah la aku.
aku memang respek toing3x pada yang masih menyusukan anak hingga anak berumur 2 tahun.
aku cuma dapat sebulan setengah je.
itu pon setengah bulan tu, on off. tak fully breastfeeding.
jangan kata ibu2 berbadan besar banyak susu, badan kecik takde susu.
itu semua mitos ye.
badan besor ke, tetek besor ke, kalau susu takmo kuar jugak, camne?

oh. dan ada ramai jugak tanya camne aku kurus.
buat pengetahuan korang, aku tak start amalkan jamu2 pon lagi.
entah bila nak start pon tak tau. malas pon ada.
skang ni cuma kalau ingat, aku sekat2 makan.
itu je. sebab ramai kata badan cepat naik lepas beranak.
takat korset plak, tak pakai lagi.
tunggu bulan depan la kot. (alamak! baru teringat duit korset tak bayor lagik)

dan banyakkan minum air suam. bukan air sejuk tau, AIR SUAM.
aku rasa memang benda penting untuk kurus adalah air.
sebab, bila kite kenyang air, automatically makan sikit.
(ye ke? kdg2 mcm tak jalan jugakk..hahahaha!)

oh. dan kerap kudap2.
kudap2 benda kecik2 je.
kacang2, biskut petak tu ke, cam aku, suka kudap biskut weetameal ngan biskut tiger.
cicah soya sejuk...nyammmm!!!!
hehehe~

itu je la amalan aku buat masa ni.
oh, dan aku nak buang baju2 yang besar2.
sebab aku tengok kat iklan the biggest loser,
kalau kite buang baju2 yang besar2,
akan memotivasikan kite untuk jaga badan.
ni yang nak cuba nih.

okla. entri ni takde penutup yang elok.
sekian.

mak korang slalu tegur korang camni tak?

haa...togok la. togok lagi.
kang aku jentik mulut tu.

ni ayat aku slalu kena bila togok air terus dari botol.

tapi, masa on way back dari antar pinangan,
terjumpa kedai ni.
cam comel je....

comel tak?

majlis tunang udin

hari sabtu, merangkap raya ke-2,
kami join rombongan hantar pinangan.
yang bertunang, sepupu aku, udin.
sebaya ngan aku.
dulu masa kecik2, inila antara geng aku bermain.

baru perasan, gambar sepupu aku tu takde dalam simpanan.
huhuhu. nasib la ye udin.
(in case dia terbaca entri ni)


antara hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan. set ijooo....


huhuhu. baru lepas tukar pampers khalish. ada ciri2 mama mithali tak?


dalam perjalanan ke seri menanti. rumah pihak perempuan.


huwaaa!! sape pasangan paling selekeh kat belakang tu? en alang bawak beg khalish. sejak ada khalish, handbag hanya dibawa apabila ke kerja sahaja. kalau kuar jalan2 ngan khalish, handbag ditinggalkan. huhuhuhu~


titi ni sangat menggerunkan. kayu2 dah tak tersusun. sape pakai high heels memang merana kejap la. kena jengket2. hehehe~




tengok je la brape ramai rombongan ni. hehehe. itu kitorang2 je. tu pon ada antara kitorang yang lepak luar umah sebab dah tak muat. wakil tuan umah sorang je. orang umah yang lain2 semua kat belakang.


dah lepas berurusan, sarung cincin dan gambar session. gambar atas ni semua isteri sepupu2 aku.


hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki. orennn.....
hehehe~

dan kami pulang dengan perut yang ketat.
biasala kan, masakan jawa ni memang marvellous.
biarpon hanya kari ayam dan sambal goreng.
tu pon dah meletop abis dahhhh~

Tuesday, December 1, 2009

kerja, kerja, kerja

mari kerja.
dengan bersungguh2.

sebab semalam amek emergency.
malas gila nak keje.
kaki rasa cramp je.
khalish pon aku tak jaga sangat.
sib baik mak uda dia ada kat umah.
adala masa aku nak rehat2 sket.
hehehe
cian khalish.
mama takmo layan dia sangat semalam.

dan disebabkan aku tak layan dia semalam,
malamnya plak khalish ajak aku ngan en alang bermain.
layankan dia borak2 dan jerit2.
kesudahannya, kami bergilir tidor untuk temankan khalish.
dah lama dia tak wat pangai camni,
tetiba malam tadi dia buat lagi.

huhuhu.
nasib la kan.
terpaksa layan kerenah anak.

takpela, buat masa ni dialah raja.
nanti bila dah besar, kite pulak raja.
ngehngehngeh.

slalu jugak orang tanya aku, menetek lagi ke?
aku jawab tak. sebab susu dah kering. khalish kuat minum.
yup, aku akui penghasilan susu badan ni ada jugak kaitan dengan mentaliti.
tapi hati siapa tak sayu bila anak menjerit2 tak cukup susu sedangkan puting masih ada dalam mulutnya?
nak tak nak, terpaksa jugak buatkan susu formula.
rasa hati ni berat sangat masa memula nak beri dia formula.
dan keputusan yang aku buat bukannya senang.
tapi sampai bila nak seksa anak bila susu badan tak cukup?
kesian kat anak tu.

dan bila orang dapat tau aku tak beri susu badan lagi,
masing2 buat muka menyindir.
senyum sinis.

kalau bagi formula, maknanya tak sayang anak ke?


mungkin la kot ye. org yang beri anak formula tu tak sayang anak la kot...
huhuhuhu~


Monday, November 30, 2009

mari beraya...

gambar2 dalam kereta je kali ni.
disebabkan semua orang sebok makan2 kat setiap umah,
maka takde gambar di rumah2 kami beraya.

ini kami2 dalam gen2.
ayah, ibu ngan iqa naik naza ria.

kengkonon amek gambar senget2 ni leh la nampak si khalish. tapi tang kepala yang tak nampak rupanya.



zaza jadik co-pilot.



ajik the supir. hehehe.


en alang ngan aku gilir2 pegang khalish.


dak kecik ni kejap je pakai baju ni. kalau dah muak berlambak2, takde maknanya pakai baju lawa2. mesti kena tukar slalu.


raya haji yang ke-3 buat kami. :)

di pagi raya itu...

yes. mak budak pakai baju mengandung yang tak jadi pakai masa raya aidilfitri aritu. dah macam gaun plak. hehehe.


masa ni orang lelaki semua ke masjid dah. so, yang perempuan tolong2 apa2 yang patot kat dapur.


ibu potong2 ketupat. oh. ni kat umah mak uteh di tmn rozy, sg. abong.


nyam2! sampai skang terbayang2 ketupat ngan kari dan lodeh tu. marvellous!!!



anak2 sepupu. ni baru separuh. ada lagi yang sedang disiapkan oleh mak2 diorang. eh, anak sendiri kat mana?


ni haa...dalam buai. ini adalah secara official khalish masuk buai pertama kalinya. terus tido lena yang teramat. tapi, taknak ajar khalish tido buai. susah kalau jalan2.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...