ini kunci keretaku. takde kena mengena dengan ini cerita.semalam area kul 8pm camtu,
aku masih kat umah ibu. amek lauk rendang ibu masak haritu.
then, tipon en alang. nak bertanyakan balek rumah pukul brapa.
b, balek kul brape hari ni?nak balek la ni yang.ok.yang, kunci motor abang hilang.camne leh ilang?abg tinggalkan kunci mototr tu kat motor. motor ada, kunci takde.(dia biasa wat keje tinggal kunci kat motor masa kat kilang. sebab tempat keje dia open, takde hal nak jenguk2 motor sendiri)
abis tu b, camne nak balek tu?takpe2. ada kunci budak2 ni leh masuk lubang kunci moto abang. motor dah boleh start.ish abang ni, tu la , lain kali takmo tinggal kunci lagi. ni dah jadik camni sape susah?........... (diam je. tau diri dah silap kan...)
okla b, kite jumpa kat umah je ok.ok yang. bawak kereta elok2.b pon sama tau. bye abg.bye syg.so, balek umah dan tunggu tak sampai 2 minit, en alang sampai.
kitorang discuss2, kalau tak jumpa jugak kunci tu seok paginya, kitorang nak jumpa bomoh je.
(hahahaha! sejak bila aku percaya bomoh2 ni?)
en alang nak buat orang amek kunci motor dia tu kembung perut bulat besar jadinya.
hehehehe. geram sangat la tu.
sebenarnya, en alang geram sangat tu,
bukan sebab kunci tu.
tapi lebih pada keychain yang ada kat kunci tu.
keychain tu tulis TOKYO dan ada ukiran tower.
ayah yang beri keychain tu kat menantu dia masa ayah ke jepun beberapa bulan lalu.
tu yang en alang sayang sangat tu.
nak pi sana bila la lagi pulak kan.
huhuhuhu~
tapi pepagi ni,
aku hantar en alang ke kilang. sebab motor tak leh start. (kunci mana ada)
then, aku saje je suruh en alang cari2 lagi kunci tu kat area2 kilang dia. aku tunggu dalam 2 minit.
bila en alang kata takde,
baru la aku gerak dari kilang dia.
tu pon slow2. aku tengok2 gak kat tepi2 jalan. mana la tau ada tercampak kat mana2.
en alang ada saspek 2 orang yang amek kunci motor dia.
sama ada sorang mamat india ni, atau sorang mamat melayu ni.
sebab, 2-2 tak puas hati kat en alang.
(sebab en alang nak dinaikkan pangkat awal tahun depan. insyaAllah)
yang mamat india ni, masalah dia
kuat sangat auta.
kejap2 dia kata ada kolam udang, kejap2 lepas tu, ada kolam ikan keli.
wah! mau masuk bulan2 ribu2 kan.
yang ko keje kat kilang gas tu buat apa?
takat gaji ciput cinonet tu, buat celah gigi ko la kan.
tapi, ni tak.
bulan tengah2 bulan, dah mula menagih minta pinjam kat kawan2 kilang.
anak takde susu la, sewa umah tak bayar lagi la.
oh, cakap pasal umah,
dia kata dia ada 2 rumah.
tapi yang dia pi menyewa kat umah lain tu apahal pulak?
tak ke namanya kuat auta?
(sori pada yang berkaum india, ini bukan entri untuk kutuk kaum anda. tapi hanya specific pada yang sorang ni je)
pastu, baru2 ni,
dia nak minta pinjam 2ribu dari en alang.
mana la orang tu ada duit banyak tu dan2 tu jugak?
yang mamat india ni pulak, cam simpan dendam en alang tak bagi pinjam.
gile ke senang2 nak bagi pinjam kat orang ribu2?
kata ada kolam udang, ikan keli?
mana duit ko banyak2 tu?
note: auta=menipu/bohong
yang melayu tu pulak,
ni lagi satu masalah.
nak kata jeles kat en alang on, ada jugak.
nak kata dengki pon memang macam ada.
kuat main2 masa kerja. dah la en alang yang rekemen budak ni kat bos masa nak amek pekerja.
sebab kawan dia masa keje kat kilang ayam dulu.
boleh tak, orang bawak forklift masa kerja,
dia main pusing2 forklift satu kilang.
hangin la bos.
bila bos dah hangin, dia terus tuju kat en alang la.
kata,
'itu kawan awak aaa...saya tak suka dia buat itu macam'tgk, en alang jugak yang kena sound. bukan budak sengal tu.
bila en alang tegur budak tu elok2, kata en alang jeles kat dia
sebab en alang takleh nak main2 masa keje.
*selingan*
hello! aku tau ok laki aku camne kalau wat keje.
bersungguh2! (tak macam aku)
takde kata penat, saket apa bagai.
rajinnnn je.
*tamat selingan*
budak melayu ni slalu cucuk2 en alang.
ada sekali tu dia kata kat en alang,
'
wei, malam tadi aku mimpi bini ko masuk meminang aku'wtf!
en alang cakap kat aku pasal benda ni,
aku cakap balek, 'ko tu, biarpon dah takde jantan kat dunia ni lagi, takde maknanya aku hingin kat ko'
terus berubah muka dia.
tu baru satu contoh, ada beribu2 contoh lagi dia cucuk en alang tau.
see?
en alang tu suka sangat bagi muka kat orang.
kadang2, dia sendiri tak sedar orang pijak2 kepala dia.
bila dia cerite2 kat aku,
aku pon start la naik angin. (aku rasa satu kilang dia tau aku ni garang)
pantang aku orang buat laki aku camtu.
nak cari gaduh, meh lawan ngan aku!
kite tgk siapa yang menang.
jangan ingat aku tak kuat tau.
badan ni dah biasa sangat angkat barang berkilo2.
tahan tempat super sejuk.
dah kebal sangat2.
meh sini lawan!
ingat aku takut?
(buat muka eksyen)
ok,ok.
so skang ni,
na cerita, kunci tu dah dijumpai.
sejurus selepas aku beredar dari kilang en alang,
en alang terJUMPA kunci tu kat area yang dia dah suluh2 berkali2 malam semalam.
boleh?
yang menguatkan lagi kesaspekan en alang bahawa ada orang yang ambil kunci tu,
kunci tu dijumpai atas rumput2 yang berembun. basah.
tapi kunci tu kering. suam2 lagi. (macam baru kuar dari poket)
logik tak? kalau dah semalaman kunci tu atas rumput,
tapi tak basah?
hmm..wallahualam.