Followers

Friday, April 22, 2011

Khalish yang terlalu cerdik dan nakal sekarang ni.

lihat saja wajah penuh kenakalan ini. bangun pagi pon dah ceria2. dah nampak dalam fikiran dia tu dah penuh dengan agenda nak kacau orang. hehe.

macam 2 malam yang lepas, aku rasa dia terlebih gula atau omputih kata sugar rush. sebabnya, dia terlebih excited malam tu dan kacau orang sekeliling tak agak2. adiknya si jazly sahaja 2 kali terkena tamparan dari khalish. khalish berlari2 satu rumah tanpa henti, bermain daun pintu kabinet dapur tok ibunya, menyelerakkan mainannya dari depan rumah hingga ke dapur rumah. dan list tak berhenti takat itu sahaja. macam2 lagi yang dia lakukan dalam satu malam. kita yang tengokkan dia pon rasa letih.

apabila disakat, sama ada dia akan tergelak2 atau menangis. bergantung pada mood sedia ada. bila dia ada terasa letih. bila dia takde, rasa sunyi sangat2 pulak. hehe. anak ini punya keistimewaan sendiri. :)

Thursday, April 21, 2011

Skarang ni sayang nak rehat. Abang buat semua la ye.

hehe. padan muka ini olang. tu la...dulu masa aku nak buat semua, dia tak bagi. skarang tau pulak mengadu penat bagai. hehe.

aku rasa tak ramai kot yang tau selama ni yang bawak kereta hanya aku sorang. even dalam keadaan terboyot2 perut dah besar pon aku masih juga drive sana sini. sebabnya, aku susah nak lepas kebiasaan aku. en alang dah nak 2 tahun ada lesen kereta. baru2 ni je aku betul2 beri dia bawak kereta tu hantar anak ke babysitter dan pergi keje. 

dan sekarang...setelah aku betul2 yakin dengan cara pemanduan en alang, terus aku letakkan tanggungjawab bawak kereta tu padanya. aku dah taknak tekan pedal minyak dan clutch dah. penat! dan setelah kian lama tak pegang stereng kereta, bila sekali sekala bawa, kaki secara automatik terus getar2. haha. kaki penat ko...tak pernah2 ok kaki penat bagai ni. slalu aku rileks je bawak kereta manual ke penang, kedah semua tu. skang ni nak ke ofis pon aku pikir banyak kali. punyala malas nak drive. haha.

so abang, jangan nak bebel2 orang tak bagi bawak kereta ke apa eh. ni ayang dah bagi abang bawak kereta tu, lenjan la abis2. orang dah takmo bawak dah. abang kena hantar sayang dan anak2 pulak ye. ngeee~

Mari menjawab pertanyaan komen secara pukal. :)

Komen2 adalah dari entri "Awat asik demam ni? Pil perancang tak berkesan ke?"


Leily/Ummi Alya Husna: 
tak seswai kot..
tp ngan saya ngam aj, peyet pn teratur time amek pil tu..
co, awak amek jenis ape?
sy dlu guna marvellon..
lm dh bereti, tp lom sangkut lg r pas skrg.. huhuhuhu.

jawapan:
saya amek noriday. sebab pil tu je yang nurse kata takkan jejas pengeluaran susu badan dan insyaAllah tak naik berat jugak. amek noriday ni kesan dia period kita tak datang. kalau ada pon alahai secoet je. 
____________________________
ashra:
hehehe..meriah 3 sekaligus dibesarkan..
macam tina,kan k.intan? hehe

jawapan:
hehe. akak respek betul ngan tina. camne la dia handle cikonet2 dia yang super duper comel tu. ye la an, 3 anak, 3-3 lain pangai. letih oooo!
____________________________
me3n:
Dah pi check?

jawapan:
takyah check la. malas. ni demam biasa2 je ni. :)
____________________________


dedalie:
arghhhh jelesnyewww..abah angkat i punya birthday i tak dapat cuti plak..

comelnye jaz!! :)

jawapan: 
aduyai...memang tak dapat nak tolong. wei beb. bila mau pulang ayer tawar lagi ha? amboi ko....kemain pi sarawak aritu eh. satu family besar lak tu pegi. ;)
____________________________
shasha:
jalan jalan pegi mana?

jawapan:
pi pasar malam je. nak jalan2 jauh2 ongkosnya enggak mengijinkan. huhu.
____________________________

queen: 
agak2 kalau intan nak cuci mr TT tu die bagi tak/..

jawapan: 
dia ada 2 mr. Tt tu ye. so, kalau satu basuh, ada satu lagi jadi peneman. mesti kena ada. kalau takde, dia akan keresahan. tapi takdela sampai nanges2 rindu. :)





Wednesday, April 20, 2011

WW: Sayang sangat sampai tidur pon bersama. Mr. Tt pujaan hati kembali lagi!


Monday, April 18, 2011

Esok adalah Hari Keputeraan Sultan Perak. Oghang2 peghak, mohle kita cuti2 malaysia! :)

Yeayy!!! Esok cuti....korang yang kat perlis, ganu, kl, putrajaya dan yang selain dari perak....toksah la nak jeles2 heh. korang pon ada cuti negeri gak kan. :)

Apapon, jomla layan budak busyuk nama Jazly ni. Kejadian adalah pada hari ahad pagi. Budak ni tengah masham2 bau faveret dalam dunia. Oh!

katil berselerakan. budaknya kecik je. tapi selerak bukan main. dia dah pandai pusing2 katil oh. bila malam ni ko letak dia elok kepala kat utara kan, tetiba kul 3am nanti ko tengok kepala dia kat tenggara dah. musykil kan?

Pandai pon pandang mama. dia suka duduk dalam katil ni sebab katil ni sebelah meja solek. bila dia dok kat situ, leh la nampak mama tengah siap2 nak pi keje. bila nampak aku sarung tudung je, terus tersengih2 macam kerang busuk. hehe. baru 3 bulan dah pandai nak ikut mama pegi work ye sayang?

Komen2 korang ni buatkan aku sehat ok! :)

Yang penting, aku skang dah sehat walafiat. thanks pada yang ucapkan pada aku supaya cepat sembuh dan mendoakan kesihatan aku. jangan risau, aku tak pregnant lagi ok. tapi perasaan aku haritu memang dah berbola k balek. sebab kalau aku pregnant je demam aku teruk camtu skali. kalau biasa2 tu demam manja2 je. ni demam gigil2 sejuk kaki tangan tapi orang dekat ngan kita terus rasa bahang tu. en alang risau bukan kepalang bila aku demam teruk. tapi dia senyum je bila aku kata aku risau kalau2 TERpregnant lagi. dia tu memang....nak anak ramai2 ok! huhu.

antara komen2 korang yang buatkan aku tersenyum kambing pepagi ni tentang persamaan dan beza rupa jazly dan khalish. sungguh aku tak sangka ramai bagi komen berbeza2. kalau aku compilekan komen2 korang tu, nak dikatakan hampir keseluruhan rupa anak2 aku ni berbeza sangat2 la. hehe. takpela. pendapat masing2 kan. aku hargai. thanks kat korang yang komen. dan korang yang malas nak komen2 dan suka like2 cam aku jugak pon aku hargai. :) ala...pada korang yang lalu lalang tapi tak like dan tak komen pon aku hargai masa korang yang sudi singgah kat blog tak seberapa ni. ye la, awokk takla sefemes blogger lain kan. hehe.

okla korang. harini kena sipakan report yang panjang berjela. esok cuti birthday sultan perak. lusa dah meeting. so, harini by hook or by crook kena siapkan jugak.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...