Followers

Thursday, April 28, 2011

Gelagat budak2 ni dalam kereta.

kalau dapat mamee...kemain suka lagi. Dok telek2 tak perasan mama dah tu.

mama panggil banyak2 kali baru nak pandang. tu pon kejap je. pastu sambung telek balek.

masa ni dia telek sambil cakap, "dap nyeeee!, dap nyeeeee!". haha. tu hint nak mintak mama suapkan la tu. sori sayang. mama tengah drive ni. nanti sampai umah kita makan mamee sama2 ok? (haha. kongsi mamee ngan anak. kantoi!)

jazly pulak masa ni dok boring2 lalu tarik2 baju dia. before this baju dia dah sampai ke dada dia tarik. ni aku turunkan balek tapi kantoi belah belakang tak terturun pulak. adik jaz ni kuat ok. sekali dia bagi tendangan, padu kemain lagik.

lepas takde orang nak layan dia yang boring2 tu, dia teruskan dengan angkat tangan tinggi2 dan membebel kuat2. haha. nak terbang dah ke dik jaz?

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday (Kita baham dia!!!)



Ya! Akak nak masuk 3 series dah noks~

Err....kejap je dah nak masuk umur 30. adeh2 rasa macam baru semalam je harung traffic yang sesak kat USM bila abis waktu kuliah. rasa macam baru kelmarin je amek SPM. rasa macam baru haritu aku masuk MRSM terendak.

waaa!!!! dah kertu la akak ni adik2. tak sangka, tak sangka.

bulan 8 nanti baru masuk 3series. so skang ni nak enjoy 20-an dengan sebaiknya! ngee~

Tuesday, April 26, 2011

Hello! Do i look that young to you?

Situasi 1: Ketika Jazly ditahan di wad SCN kerana cirit birit dan kuning. 3 bulan dulu.

wanita A: pung pang pung pang (dia borak apa aku tak ingat....hahaha...)
aku: (menyampuk) oh ye ke. saya ni yang dah kertu ni pon takdela nak buat cam orang tu.
wanita A: eh? ko kertu? ko jangan nak buat lawak eh. ko umur brapa?
aku: eh. saya ___tahun la! 
wanita A: (muka tak percaya) ko buat lawak ke apa ni? meh sini tengok gelang ko.
kan mak2 yang dok dalam wad dengan anak kena pakai gelang kan. anak gelang kat kaki, mak gelang kat tangan. so aku suakan gelang aku kat wanita A.
aku: ha...tengok. saya lahir tahun 8__!
wanita A: la...aku lagi muda 3 tahun dari ko la ni. cheh! mati2 aku ingatkan ko muda dari aku.
aku: (blur.....adakah aku nampak mcm adik2 ko je perempuan oi? sebab aku sendiri tengok ko macam adik2 aku je. huhu)

Situasi 2: Ketika bersembang dengan rakan sekerja yang tak alert langsung dengan umur aku.

kolig B: pung pang pung pang (cerita pasal camne nak buat pinjaman bank untuk beli rumah)
aku: (penuh minat sebab skang dah gatal sangat2 nak punya umah sendiri. haha!)
kolig B: ha...camtu la ceritanya. ko umur brape? meh aku kirakan brapa pinjaman yang ko layak buat.
aku: aku ___tahun.
kolig B: bukan brapa lama ko nak buat pinjaman la. aku tanya umur ko.
aku: ye la. aku ___tahun la bai! ko ingat aku umur brapa?
kolig B: ye ke ko dah ___tahun? 
aku: (senyum je la. dapat kolig haram nak tau hal ehwal kolig sendiri)


hmm...nak kata aku nampak muda, tak la kot. cuma walaupun en alang muda 5 tahun dari aku, ramai tak sangka umur dia jauh lagi muda dari aku.

oh. mesti korang pelik kenapa masa kat spital aku gelar diri "saya". aku memang camtu la. ngan orang aku tak kenal memang aku gelar diri sopan2 sket. tapi kalau dah rapat, hah...leh tepuk tampar aku ko je la. so kalau aku tetiba jumpa korang aku ter"saya2" tu maknanya aku tunggu korang gelar diri "aku-ko" baru aku leh start. camtu la...ok?

hah. ada yang tak tau ke umur aku brape? cer teka. cer teka. :)

Slalunya kami berempat, tapi pagi ni bertiga sajewww.

sebabnya malam semalam khalish tak tidor lena. asal bangun terjaga je nanges tak berhenti. 3 kali dia buat pangai camtu. kul 1am, 2am dan 4am. setiap kali nanges tak boleh dipujuk. diberi susu pon dicampaknya botol. didodoi laagi la dia tolak2 badan kita. apa lagi, aku dan en alang pakat tengok je dia guling2 badan atas katil sampai dia penat dan tertidor sendiri. kitorang sendiri dah tak tau nak buat camne lagi. sib baik si jazly kalau tido tak kesah abang dia nak melalak atau menjerit camne pon tetap tido. dan pagi tadi khalish taknak bangun pagi langsung. last2 aku tinggalkan je dia kat umah, biar adik2 aku jaga dia sampai tengahari ni. pi klinik kejap sebab nak makan ubat cacing pastu terus hantar umah babysitter. 

kami berdua pagi ini. jazly semalam demam. makan ubat sekali terus baik. vavava....dasat ooo...adik jaz kuat! 

supir kami pagi2. muka ketat sebab pepagi camni jem teruk menghala ke kilang dia tu.

gambar takde motif. ada nampak separuh kaki berstokin hitam jazly, kain baju mama dan seluar papa. kalau korang terer teka la kitorang bawak kereta apa. haha. (padahal dah bagitau kot dulu2...)

Monday, April 25, 2011

Beriadah di taman permainan!

benda ni last month punya cerita. masa ni jazly belum cecah 3 bulan pon lagi, tapi dah dibawa dalam baby carrier. haha. sib baik budak tu tak banyak cekadak. diam dan tido je dalam carrier. :)

sape lagi yang nak "pakai" jazly kalau bukan papanya. masa ni mama masih manja2kan badan takmo angkat barang berat2. (haha. ngada2 lebih)

tengok. tak sampai brape minit jazly dah tertido. khalish lak sebok nak explore padang. actually masa tu ada erobik kat kawasan lapang sebelah tu. sebokla si khalish nak join orang ramai2 "berjoget" tu ha.

tengok tu. tak reti dok diam. mama panggil, dia buat donno je.

mama ni bising la! orang nak jalan2 sebok panggil2 orang. ishh!

last2 mama tangkap dan paksa bergambar jugak. haha. rasanya masa ni ada jugak aku amek gambar dia rebut bola anak india mana ntah. tapi bila aku check2 balek, gambar takde rupanya. perasan aku je. haihh..kamu ni khalish buat malu mama je bila kamu rebut2 bola camtu. dahla bukan bola kamu pun. kat umah ada 2 bola, kamu jarang2 main. ni sebok nak main bola orang. 

Bila semua nak duduk depan

kami bertiga. baru bertiga kat depan dah rasa sesak sangat. belum ada 3-4 anak lagi ni. haha.

khalish pandai dengki dengan adik jaz ok. slalunya kalau kitorang jalan2 aku letak jazly dan khalish 2-2 kat belakang. tapi aritu nak cepat, so aku ribakan jazly je la. tapi khalish takmo kasi can ok! dia pon nak duduk depan ngan mama jugak. hehe. sebabkan takmo ada pilih kasih, kasi angkut jugak si khalish dok depan. rela tu bersesak seat ngan mama. pujuk duduk belakang sikit pon takmo ganjak. hehe. anak, anak.

Sunday, April 24, 2011

Testing!

haha. cuba try test uji nak antor post dari email.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...