Followers

Friday, June 6, 2008

gambar2 kawen aku yang korang belum lihat




















ada banyak lagi..tapi kalau korang nak tgk, marile ke manjung ye! :)

Thursday, June 5, 2008

family day-day 3-jungle tracking dan flying fox

sebenarnya, dah takde mood nak bercerita pasal family day.
tapi disebabkan aku ada hutang ngan korang kan,
so aku tepekkan jugak..
hehehhe...




memula, kite warm-up dulu.. angkat tangan tinggi2..tarik nafas.....







naik turun bukit...walaupon naik turun bukit ni agak menyeksakan, sebab dah lama tak mendaki, tapi pegangan tangan en alang tak lepas ok!




sampai kat sungai, ingatkan dah nak sampai resort dah..rupanya kena harung sungai plak. masa ni, semua orang dok check pacat dalam kasut. en alang jumpa pacat 2 ekor dalam kasut aku, tapi tak sempat isap darah lagik.




mengharungi sungai yang super duper sejuk...





bergambar kenangan bersama staff dan keluarga...




lepas je jungle tracking, aku dan en alang terus naik bukit lagi untuk flying fox pulak. gambar aku dan en alang takde sebab kitorang lambat sangat. huhuhuu..

lepas flying fox je, kitorang terjun dalam sungai balek. berendam sampai kecut2 jari. then, lunch bersama baju basah tu dan terus naik bilik, kemas2 baju dan rehat. jam 2 petang, check out dan kami terus ke shah alam.

buat apa kat shah alam?

en alang ngidam nak makan nasi goreng nenas kat restoran thai seksyen 20.
dari masa bertunang lagi dia dok ngidamkan nasi goreng tu.
cian dia...
kitorang makan kat restoran tu dan bawak balek 2 bungkus lagi nasi goreng nenas.


disebaban ketidaksabaran aku, sampai kat teluk intan, kitorang terus je makan bekalan tapau tu.
hahahhahhaha!
tepi jalan lagik!
punya la tak sabar...
nampak sangat la ngidam kan..
tapi ngidam kosong je la...
huhuhuhuhu....



jap..jap...
rasanya aku ada utang tag lagi nih...

check jap...









oh!dari shalinzz85...
shalin, dulu kite dah wat tag ni,
kite just copy-paste dari dulu punye k?

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.4.

Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog




7 perkara tentang diriku.


1) aku tak suka tengok lecah2 dan kotor kat dapur atau bilik air. biarpon aku pakai slipar rumah, aku akan terjengket2 kegelian. ya, aku seperti peej ada masalah geli2 nih. hakikat yang sebenar, antara aku suka pada en.alang, rumah family dia walaupon rumah kampung, tapi kebersihan sangat la tip-top! bersih, kering dan selesa.



2) aku tak makan cili merah. tapi cili hijau sangat la suka. lagi pedas lagi bagus. tapi, yang peliknya aku sangat suka makan kari mamak. sebab diorang hanya gunakan rempah ratus dan cili pon pakai cili serbuk. oh ya, cili serbuk aku tak kesah. tapi tolong la jangan ada cili merah bersepai2 dalam pinggan aku. sampai kesudah tak akan aku makan guna pinggan tu.



3) aku tidor suka pakai selimut. biarpon hari panas melahang pon aku suka selimut badan. tak tau nape. slimut tu macam satu keselesaan dan rasa selamat. masa kecik2 dulu aku suka tido berselubung satu badan. tapi skang ni cukup syarat ada atas badan pon dah cukup. percaya tak, aku dapat selimut besar blanket baby pon dah mencukupi. untuk syarat jek.



4) one thing pasal tido ni, suka tido peluk mende. apa2 pon tak kesah asalkan dapat peluk. bolster yang ada skang ni tak yah la cakap kan, dah macam bantal leper yang panjang jek. dah takde rupa bantal peluk pon. tapi dapat en.alang yang kurus kedengking, takle huggable sangat la kan. tapi, aku skang ni tgh paksa dia main gym balek. dulu2 dia rajin workout, badan dia memang berotot kekar bagai la kan. skang je dia cam dah malas. mungkin sebab dapat aku yang susah nak workout agaknya. huuuuuu...



5) apa ek..oh! aku sangat suka kari ayam dalam tin. tak tau nape, kari ayam tu rasa cam best gile! kalau tambah cili padi..woooo masyuk ooo!




6) tak berapa nak makan sardin (sardin yang dibuat sebagai lauk, sandwich sardin..etc). tapi sardin roll aku makan pulak. korang tau ke sardin roll tu apa? sesape yang penah satu maktab ngan aku dulu, familiar sangat la ngan sardin roll nih. sardin yang di'roll' dalam roti dan kemudian dicelup dalam telur yang telah dipukul kemudian goreng. masa kat maktab dulu, kawan2 aku punya sardin roll slalu aku kibab (sapu)! hehehehe.




7) selalu sangat dapat 'jodoh' ngan orang yang lebih muda dari aku. kalau stakat muda bulan atau setahun dua takpe lagik. ni dah sampai 3-5 tahun beza. gile ah! korang tau kan en.alang muda 5 tahun dari aku? hmm...slalu sangat rasa diri ni macam mak hayam. yela, jalan ngan anak ikan. glamer mak noks! wakakakakakaka! (slalu sangat aku terfikir, aku ni nampak muda sangat ke sampai orang2 muda ni bleh buta hati minat kat aku?)



meh sini nak tag orang:
1. anne
2. aswa
3. misszue
4. shasha (kalau la dia teringat nak update blog dia..teringin nak tgk pengantin baru nih)
5. zaza adikku...
6. zuraida
7. iman qaisara @ nana - jangan sedih2, sila jawab tag ni ek..

Wednesday, June 4, 2008

El-Hikmah sandarkan 'Marhaban Ya Nurulaini'

Biarpun berdepan dengan risiko kelembapan penjualan album komersial sekali gus menyebabkan kesuraman industri seni suara, kumpulan El-Hikmah tidak melihatnya sebagai halangan untuk berdakwah dan memperjuangkan Marhaban yang popular di selatan tanah air.

Dengan bernaung di bawah label Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), mereka yakin kemunculan Marhaban Ya Nuru laini'di arus perdana akan mencipta wadah baru untuk menyebar luaskan lagi khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya itu.

Kumpulan El-Hikmah yang ditubuhkan akhir tahun lalu dianggotai enam pemuda berasal dari Muar, Johor iaitu Md Fadli Yusof, 27; Mohd Halim Paboh, 24; Muhamad Hakim Abd Rahman, 24; Mohd Solehan Yunus, 25; Fahrudin Jamingan, 26, dan Anuarudin Md Som, 25, yang bergiat aktif dalam persembahan Marhaban sekitar Johor.

Menyorot latarnya, kumpulan ini pernah menjadi naib juara dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2006 menerusi lagu Keunggulan Ilmu yang dicipta Syazira.

Selaku ketua kumpulan, Fadli berkata, El-Hikmah bertekad menyemarakkan lagi industri nasyid dengan membawa kon sep Marhaban.

“Jika sebelum ini Marhaban hanya menggunakan vokal secara beramai-ramai, namun perubahan perlu dilakukan untuk menarik golongan muda meminati Marhaban. Itulah sebabnya kami memasukkan elemen muzik seperti perkusi dalam album ini.

“Kami buat semua ini kerana ingin menarik golongan muda meminati Marhaban, memandangkan kini hanya segelintir saja anak muda seperti kami yang tahu bermarhaban.

“Malah tidak mustahil 10 tahun akan datang kita tidak akan mendengar lagi Marhaban di dalam majlis keagamaan kerana mereka yang tahu bermarhaban terlalu sedikit. Kami mengambil inisiatif ini supaya warisan zaman berzaman ini tidak hilang begitu saja,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini.

Bagi Halim pula, bacaan Marhaban yang ditampilkan dalam album ini sama seperti dialunkan masyarakat, tetapi di modenkan lagunya bagi disesuaikan dengan kehendak semasa yang menyelitkan elemen komersial.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan sejak berada di pasaran pertengahan April lalu. Sasaran album ini untuk semua golongan yang mencintai Marhaban terutamanya pelajar sekolah dan institusi pe ngajian tinggi.

“Sebelum ini ada yang tidak tahu membezakan antara Selawat dengan Marhaban. Dengan adanya album ini, orang akan menilai perbezaannya dan mencintai khazanah bangsa ini,” katanya.

Album yang diterbitkan bersama oleh dua anggota Hijjaz iaitu Faizal Osman dan Munif Ahmad ini mengandungi sembilan koleksi Marhaban popular yang disampaikan dalam melodi berbeza berserta dua bacaan Rawi dan sebuah lagu nasyid berjudul Keunggulan Ilmu, ciptaan Syazira.

Kata Hakim, album yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan ini menjalani proses rakaman di studio HRSB yang terletak di Kota Damansara. Selain dijual secara komersial di kedai biasa, album ini juga dijual secara online menerusi laman web www.hijjazrecords.com.my.

“Kekuatan album ini bukan saja terletak pada kualiti dan vokalnya yang unik, malah muziknya yang diiringi dengan perkusi selain ditunjangi nama perintis kumpulan nasyid kontemporari, Hijjaz itu sendiri.

“Kami harap kehadiran El-Hikmah di persada seni suara tanah air diterima ramai dan dapat bergerak bersama-sama menyebarkan dakwah menerusi kesenian. Walaupun muzik yang dibawakan menjurus kepada golongan tertentu, tetapi situasi sekarang menunjukkan kelainan dan ia diterima ramai apabila digandingkan dengan elemen tertentu seperti rock dan rap.

“Jika kena caranya, tidak mustahil kita akan lihat selepas ini nasyid akan digandingkan dengan irama tradisional seperti zapin dan keroncong mengikut permintaan semasa,” katanya.





petikan dari surat kabor Harian Metro jumaat lepas, 30/5/2008. Sepupu aku belah ayah masuk paper. Beliau yang berada hujung skali belah kanan. memula aku tak perasan, ibu yang bukak cerita udin (nama glamer) masuk paper. hehehe...

ada jugak keturunan aku jadik artis rupanya...artis nasyid lak tu. syukur alhamdulillahhhh....

kepada Udin, sepupu sebayaku, sila belanja makan best2 kalau album laku ok! jumpa raya nanti..

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...