Followers

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Give Away - Blogger Ainul's 3rd Anniversary



Wah. Bila kena tag untuk buat GA ni rasa berkobar-kobar pulak. Ye la kan...orang nak bagi hadiah perfume, best tuuu.....nak beli sendiri tergaru-garu kepala. Cuba orang bagi free, kemain laju lagi. Hehe...Dasat tau Ainul ni. Dia punya anniversary, dia pulak nak bagi hadiah kat orang lain. Hehehe.


Share sikit syarat-syarat penyertaan:

5. Sila tag 10 orang & pastikan mereka tahu akan contest ini.

ii. Sharena 
vi. Maghfarah 
vii. Vagg 
viii. Yun
x. Amiys


6. Sila masukkan url link anda di comment entry ini
7. Tarikh tutup pada 3/7/2012

Pemenang adalah 100% berdasarkan cabutan bertuah pihak penaja .


* Pemenang akan diberi pilihan untuk memilih perfume kegemaran beliau di http://andaluciaarmonia.blogspot.com/

Ok siap! Tak susah pon...just follow-follow, like-like, tag-tag dan walla! siap dah. Hehehe. Yang payah tu nak mengetag orang. tapi takpe. Kita tag je je la ye dop. Kalau rasa-rasa nak  dapat peluang dapat perfume free apa salahnya mencoba. 
:)





Friday, July 22, 2011

Tag: Draw and describe yourself

Kena tag by Alia.
biarpon aku nombor ke-62 dia tag, takpela...ku buat jugak sebab nampak fun!
:)


This is me today. Aku tau korang tengah gelak kaw2 punya sebab lukisan aku buruk. yela...aku memang tak reti lukis2 ok!

1. Harini pakai apa yang sempat capai sebab leka main dengan jaz sampai lupa nak gosok baju kurung.
2. tudung kelabu, baju biru, seluar hitam??? hahahaha~
3. baju ni sebenarnya adalah baju maternity. tapi boleh je pakai di hari tidak mengandung. :)
4. motif tangan letak belakang? sebab tak reti lukis jari2 ye puan2. hehe.
5. terlupa nak letak ada garis reben hitam kat tengah2 baju. kira halal la ye.
6. tudung tu kelabu bercapuk2 hitam sebenarnya. tapi tak reti nak buat kaler capuk2 tu.
7. muka harus bulat sebab saya adalah boooolat! :)
8. seluar hitam tu 'tersarung' ibu punya. bila sampai ofis baru sedar yang seluar ni senteng sket. huhu.


haha. ntahape2 je aku describe diri aku. so...giliran korang pulak ye buat tag ni! :)

mereka2 yang bertuah adalah.......









KAMU SEMUA!
ye...KAMU YANG MEMBACA, MENGOMEN, LALU-LALANG DI SINI!!!
KAMU!!!!

:)


sila la ye buat tag ni. seriously...benda ni fun! :)

Tuesday, November 9, 2010

Diiktiraf blog comel? Auwww...malu ai.

Apa yang comel kat blog ni cheq pon tak tau la. maybe sebab anak bujang tu kot...sebab tu orang kata blog ni comel. apapon Desire Queen a.k.a Nik, terima kasih banyak2 sebab bagi award ni eh.



ada tagging pantun kena lengkapkan rupanya...haha. baru perasan ni nik oi...

_______________________
_______________________
memang aku rasa blog aku comel,
kenapa korang jealous ke?


so, ini jawapannya...

raju pergi ke kedai pak mail,
bersama ah chong membeli cuka,
memang aku rasa blog aku comel,
kenapa, korang jealous ke?

haa...boleh tak ni? boleh la ye nik eh. asalkan ada perpaduan 1 malaysia gitu...hehe.

ni aku nak tag orang-orang yang menjadi top commentator aku stakat ni.
1.  princess N
2.  mrs. spicy
3.  mizzAmy
4.  @e_da
5.  Mak Su
6.  Super Nia Hana
7.  munies
8.  shasha
9.  zie

harap sudi la terima award tak seberapa ni. jangan lupa lengkapkan pantun tu ye! :)

Tuesday, March 23, 2010

Beautiful Blogger Award


thanks eda beri kite award ni.
terasa diri ini begitu berharga.
:)





Syarat-syarat seperti di bawah:

1. Thank & link the person
that gave you the award.

Done!

2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic.


rasa dah ramai dapat award ni.
tapi tag jugakla sape2 ek.

1. Super Hana
2. Ayu the Sun
3. Mak Su
4. Dalie
5.  Maghfarah
6. princess_N
7. cik_ah82
8. norash
9. mizzAmy
10. Ibu Alia Kaiyisah
11. Pieka Pieka
12. Ceera
13. munies
14. faramie
15. NURUL
 malas bubuh link. tapi nanti aku bagitau kat owner blog2 ni. :)



3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
nanti aku wat eh...sabor.

4. State 7 things about yourself.
1. suka menceceh, membebel. kesian laki gua. hahaha!
2. main ngan khalish adalah satu nikmat yang tak terhingga!
3. sangat suka kalau khalish berak. bila nak basuh bontot dia, rasa seronok pulak. (tak senonoh kan?)
4. kadang2 sangat rajin, kadang2 sangat malas.
5. rasa sangat2 lega bila dah pekena mee salwa. 
6. percutian ke penang tempoh hari adalah percutian pertama kami bertiga. lepas ni kena kumpul duit lagi untuk next holiday trip! err....bukit tinggi perhaps?
7. rindu pada kawan sekolah. bila la nak turun kl ni...

Wednesday, February 24, 2010

adakah korang tahu bahawasanya aku adalah rabun?

dah banyak sangat rasanya hutang ngan korang.
nak kena settlekan jugak ni.

hutang tag,
hutang post pasal hp,
hutang hadiah (ni nak beri hadiah kat sorang anak blogger, tapi asik terlupa je nak pos. mona! nak alamat....alamat terhilang la. huhuhu)

semalam, harini, esok dan isnin aku akan sebok macam orang gila.
terkejar sana, terlari sini.
menjawab soalan yang sama je setiap kali audit.

haih~

push orang sana, push orang sini,
last2, 2-2 pihak buat donno je.
balek2 aku yang kena.

takpe2.
intan boleh!

hehehe~
mari berfikiran positif di pagi rabu ini.
look at the bright side,
malam nanti leh layan american idol dan glee!
ho yeahhh!!!
(tengok. baru awal pagi dah terfikirkan rancangan tv untuk malam nanti. nampak sangat asik layan tv je)

berbalik pada tajuk,
aku memang rabun.
rabun jauh. dan hanya pakai spek bila drive.
untuk memudahkan aku melihat sign board.
itu saja. oh, dan bila ada mesyuarat yang menggunakan ohp aku akan guna spek.
lain2, aku malas.

tapi, bila baru2 ni aku komplen kat en alang yang spek mata aku tu dah takde kesan kat mata,
pakai atau tak, sama je rasa, masih kabur,
en alang paksa buat spek baru.

pantang nampak kedai spek, paksa2 aku.
terus aku pi buat.
terkejut weiii...power akak dah naik.
huhuhu. terasa kebutaan di situ.
kiri 75, kanan 125.
dulu, kiri 50, kanan 75.
beza kan?

dan bila spek baru dah siap semalam,
en alang paksa pakai jangan bukak2 melainkan kalau nak pi toilet, solat dan tidor.
itu saje.

segan wei nak tunjuk muka bila pakai spek.
rasa macam makcik2.
huhuhu.
takyah tengok la ek korang.
biarla korang kenal aku dengan tak bercermin mata.
lebih afdal....
:)

Wednesday, December 16, 2009

sedang mengosongkan camera




...dah sesak ngan gambar2 khalish dan cuti2 balek kampung raya haji aritu.

sepanjang bulan ni aku akan sebok dengan kerja.
sebab nak kejor dateline. internal audit nak wat before february.
so, dari skang dah kena siap2kan semua kerja2 remeh2.
pi setiap department, tengok2kan apa yang diorang dah buat.
apa yang tak kena...apa yang kena.
camtula.

seperti yang korang tau,
kami sekeluarga, i mean aku, en alang, khalish, ibu, ayah, zaza, iqa ngan ajik akan ke CH ujung minggu ni.
tapi tak tau lagi dapat tdor sana lagi atau tak.
sebabnya, dah janji ngan family ucu.
ucu nak tanya2kan ada lagi tak apartment kat atas nun.
kalau takde, jawabnya balek hari je la.
sib baik stewan ngan simpang pulai ni dekat je.
:)

ada banyak tag yang aku utang ni.
matikla tak buat2 lagi.
eh, skang ni ada lagi ke musim tag2?
rasanya macam dah expired je.
hehehe~

(ayat ngelat malas buat tag.heh!)

tengah kosongkan kamera, ternampak gambar ni. ada ciri2 bapa mithali tak?


ayah balek dari australia 2 minggu lepas dan belikan kami ini. baju itam dan purse en alang punya, aku dapat purse dan tshirt pink karer, and khalish got this striking pink shirt....yang tertulis,



comel tak? siap glow in the dark okeh!!! hahahahaha! tok ayah sangat comel belikan kat cucu baju camni.

Monday, August 17, 2009

jawab tag dari nenekrock. dan hana-chan.

ni link nenekrock.
ni pulak link hana-chan.

1. bekas kekasih saya adalah...

mat rempit.
baik hati. soft spoken.
hensem.
kurus dan tinggi.
berambut panjang sampai ke pinggang. (rambut dia laaagi lembut dari rambut aku okeh!)
mempunyai motorsikal yamaha rx-z. bernombor plat BGG ****. hahaha. dok kat s.alam. kalau korang rajin, pi la cari dia.
hint seterusnya, dia keje kat kilang F&N.
:D

2. Saya sedang mendengar...
bunyi ketak ketuk kekunci keyboard ditekan. itu saja.

3. Mungkin saya patut...
buat kerja sekarang ni. dari tadi dok melahu depan pc dok ber fb dan blog hoping. bila nak berubah sikap ni?

4. Saya suka...
minum air kelapa. baru tadi beli air kelapa pandan sampai rm2. pastu, skang ni dah rasa nak terkeluar balek. padan muka!

5. Sahabat-sahabat saya...
ada ramaaiiiii...
a. kawan2 skolah rendah, menengah, matriks, uni.
b. kawan2 kerja
c. kawan2 blog
d. kawan2 en alang
e. kawan2 adik2 saya adalah sahabat saya juga!

6. Saya tak paham...
kenapa saya terlalu cengeng skarang ni. penat tau skejap2 nanges. skejap2 nanges.

7. Saya kehilangan...
mood untuk bekerja. dalam pandangan mata saya ni hanya terbayangkan kenikmatan rehat ketika berpantang nanti. bersama baby. indahnyaaa!!!!

8. Ramai yang berkata...
saya dah kembang tang muka. hidung. bibir. saya tak suka!

10. Cinta itu adalah...
Indah. Sepi. Hingar. Mulus. Ketawa. Tangis. Bersama.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang...
berpanas demi mencari sesuap nasi. (suami saya la tu)

12. Saya akan cuba...
menjadi seorang yang tidak terlalu banyak alasan dan aduan.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud...
FOREVAHHH!!!!!!!!!! (tak paham soklan sebenarnya)

14. Telefon bimbit saya
Sony Ericsson K310i. sangat huduh. dah terkopak sana sini. Skarang malam2 dok angaukan iPhone je.

15. Bila saya terjaga...
wajah pertama saya cari, suami. tak tau la lepas ni, wajah baby pulak jadik sasaran.

16. Saya paling meluat...
orang yang moody tak tentu pasal. membuatkan saya moody jugak.

17. Pesta/parti adalah...
kita enjoy!

18. Haiwan yang paling comel pernah saya temui...
3 anak kucing yang saya dan en alang terjumpa malam semalam. en alang sanggup meredah belukar di tengah malam untuk mengutip ketiga2 ekor kucing itu dan bawa pulang ke rumah ibu. dan rumah ibu dah macam spca. segala saiz, rupa dan bentuk kucing boleh didapati di sana.

19. Peringkat umur paling menyeronokkkan saya ialah...
ketika saya berumur 19-23 tahun. zaman uni. zaman tidak terfikirkan masalah langsung. sebab tu pointer sangat huduh.

20. Hari ini...
hari isnin. buat BSP. tensen. sebab 3 kali amek darah dalam satu hari. kalau kumpul2 darah tu semua, boleh buat bagi pada bank darah agaknya.

21. Malam ini saya akan...
dilayan sepeti puteri raja. tak sabar!!!

22. Esok pula saya akan...
menceritakan kepada pembaca blog ini tentang surprise yang suami saya buatkan untuk saya. (tak surprise pon..)

23. Saya betul2 inginkan...
percutian bersama keluarga. di siam atau genting.

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini...
Setiap pagi pon elak tgk muka sendiri. sebab dah kembang sangat.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan...
lama weiii tak pi shopping mall! kat sini ada supermarket je. hypermarket pon giant je yang ada. huhuhu~

26. Makanan barat atau jepun...
jepun kot. sebab lebih sehat. tapi sejak mengandung ni, dah lama tak pekena sushi. tunggula lepas pantang...mau saya borong sushi tu sampai harga ratus2 kot. hahahaha~

27. Bilik yang terang atau gelap...
lights off pplease!

28. Makanan segera adalah...
heaven!

29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang...
thanks temankan akak makan tadi ek!

30. Siapa yang anda ingin tag...
a. nurul menulis itu ini
b. maswani
c. hana-chan
d. ayu
e. koklie

harap sesiapa yang kena tag tu, buatla ek.
aku ada baaanyak lagi utang tag. so, rasanya sempat kot tag semua reader. hehehe~

Friday, May 22, 2009

ceria di pagi jumaat

peace! ceria-ceria hari jumaat.


wah.
dah jumaat rupanya.
tak sedar hari berlalu.
cepat sangat minggu ni.

biarpon aku dok melahu.
biarpon aku buat tak tahu.
minggu ni memang laju!
(hehehe.aku dah pandai wat pantun 3 kerat.)

next week ada 2 appointment kat klinik gomen.
1 untuk check kadar gula.
1 lagi untuk wat scan.

macam kena amek cuti je.
tapi tgk dulu. sebab ada orang kata yang check tahap gula dalam badan tu, kejap. ada kata lama.
so, tindakan bijak adalah wat bodo je dulu.
kalau terpaksa cuti, aku isi borang cuti tu esok harinya je la.
gile sayang cuti aku.
dah la kena save cuti untuk baby.
mana tau nak spend masa lama sket ngan baby,
leh suka-suki amek cuti.
hehehe.

wah. dah plan tu. ngee~


ada tag untuk korang semua. especially yang tergolong dalam list kawan-kawan aku serta mana-mana followers, boleh buat jugak ok.

ok. aku start dulu.
tag nya macam ni.

1. ambil gambar keychain yang ada pada kunci kereta/motor/van/lori atau apa-apa sahaja kenderaan. (kunci rumah/office tak aci ok)





2. buat ulasan lanjut tentang keychain korang.

a. keychain hitam tulis lynn. lynn ni nama manja dari keluarga dan kawan2 masa kecik. tapi, skang ni yang panggil aku lynn cuma ayah, sedara mara dan childhood friends.

b. keychain tulis INTAN. semua tau nama aku intan kan. actually, semua adik beradik perempuan aku nama intan. keychain ni en alang beli kat JB.

3. nyatakan juga jika ada memori atau kenangan indah pada keychain tersebut.

a. keychain lynn tu ibu@ayah yang belikan masa diorang satu family pergi bercuti kat kelantan tak silap. haii.macam la kat lumut ni takde keychain camtu. saja la tu. nak bawak jugak ole2 dari sana. hehehe.

b. keychain INTAN ni unik. sebab ada maksud nama kat belakangnya. tapi, aku rasa hanya 50% dari words kat situ yang kena kat aku. sebab aku tak berapa bijak buat pilihan. sebab lepas buat pilihan tu, mula la berkira2 semula.



ok. tag dah abis.

ni semua HADIAH untuk korang tau. make sure korang buat. sape2 lalu sini, tapi tak buat...tak nak kawan korang.

ini satu ugutan.

hahahha. siap ugut lagi. korang buat la ye.
aku tau korang kadang2 takde benda nak update.
so, korang buat je la.
bukan susah mana pon.
sonang je.

Thursday, May 14, 2009

blog ni, hidup aku

tag dari ibu baru, norash.
kawan keje kilang ayam dulu.
tapi, skang ni dia dah keje kat library desa.
banyak kenangan aku ngan mak budak ni.
masa tu masing2 solo lagi.
dan kami sama2 bertemu jodoh kat kilang ayam tu.
sape kata kilang ayam tak best?
best apa. dapat jumpa en alang yang gagah lagi ganteng.
kehkehkeh.

oh. ni kilang ayam tau. kilang proses ayam.
bukan reban bela ayam.
:)


ok. nak jawab tag, macam2 aku repek plak nih.
jom start jawab tag.




1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
nama blog ni princesstortoise atau puterikurekure. nama ni dipilih hanya sebab aku dan kawan aku (suzy) masa skolah suka ejek masing2 kura2 sebab pakai tudung ke depan sangat. huhuhu~

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
sama je dengan nama blog. malas nak fikir nama lain. huahuahua. sesungguhnya aku ni memang pemalas lipas.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?
campur2. semua ada. sedih, happy, kehidupan aku dan en alang. family. entertainment. info. berita. wah. semua ada. kehkeh.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
hehehe. pernah rasa sekali. sebab masa tu rasa semua kawan2 blog macam tak singgah sini je. memang poyo abis la masa tu. tak pasal2 nak emo tak kena tempat. ngan kawan blog pon nak emo. bengong ke hape.

5. Apa pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
blog dia pasal baby Tasnim. baby Tasnim yang aku jumpa tatkala umur dia 2 minggu dan dah tak jumpa2 lagi skang. rindu ooo....

tak nak tag orang. penat tag orang, orang wat tak layan je. (hahahaha. emo lagik.)


buat smua yang beri petua dan pesanan, terima kasih banyak2. seronok ada orang yang care ni. hehehe.

oh. buat lis (takde blog ke yang?), post kitorang berkenalan adalah ini:
http://princesstortoise.blogspot.com/2008/04/5-perkara-yang-pertama-kali-terjadi.html

entri ni kat blog lama. kalau nak tau lebih lanjut, check out la satu2 entri kat blog sana. gile malas aku ni. suruh orang plak. huhuhu.

Monday, May 11, 2009

hampir2 terlupa.

sori aleena.
sib baik terbaca kat kotak chat tadik.
kena tag rupanya aku ni.
huhuhu.

ok.
here it goes.
kecik bebenor award ni. takpe2. thanks ok aleena. siap ada vespa lagik.

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)


1. dah letak dah. cantek2.

2. hmm. ni kirenya blogger baru la yang aku kenal. tak berapa kenal. tapi dia sangat baik hati bagi aku award dan tag ni. oh. dan dia sangat manis orangnya.

3. fakta tentang diri saya.


a) sangat suka gigit kuku. buruk dah kuku ni.


b) mata suka terkedip2. memang pelik aa.. aku hanya sedar mata aku ni suka sangat terkedip2 bila aku skolah menengah.

c) tau suara tak sedap. tapi sangat suka nyanyi2 sambil menari2 depan en alang. sampai en alang naik nyampah. hahaha.

d) suka ejek en alang. sebab kadang2 dia pon ada habit dia jugak.


e) tak makan cili merah.

f) sedang mengandung 4 bulan setengah. alhamdulillah.

g) akui sedang rindukan teramat sangat pada mee udang gertak sanggul. tak tahu kenapa. ayah, bila kite nak ke penang ni????

h) minggu lepas dapat rasa macam ada benda nak terbang kuar dari perut. itu je la skali. dah takde rasa dah lepas2 tu.


i) smalam sambut hari ibu dengan ibu tercinta. hari sebelum tu dah sambut ngan mak mertua. mak, aku suruh dia amek apa2 je kat kedai tu. kire, hadiah aku, blanja dia la. hehehe. ibu plak, aku ngan zaza kongsi duit belikan kek.


inila kek tu. cantek kan? black forest cake.


j) sape aritu kata nak tgk sangat perut aku? haa..meh sini aku tunjuk.

haa ko. tak cukup air-cond ofis, aku tambah kipas plak. skang ni aku cepat kepanasan. teruk tul. huhuhu.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
orang2 yang aku nak tag:
1. zaza
2. ayu the sun (lama tak tag ini budak)
3. princess N (birthday girl)
4. hana-ni-mo-nai2
5. faramie
6. ayu bakal pengantin

korang paham2 sendirik la ek. aku malas nak bubuh link. huhuhu.


5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

sat2 gi la na...


Tuesday, April 14, 2009

Tag - about your spouse

tag ni datangnya dari erlyda.
yang, kalau kite wat tag ni, utang tag yang dulu tu kira lamsam bleh tak?

aku ni punyala malas nak wat tag. tapi sebab si erlyda ni dah tag aku 2 kali, baru la teringat nak bayor utang tag. huhuhuhu.

Here's a tag to measure how well you know about your spouse.

Rules: Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

#1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
ok. en alang ni suka je tengok movie2 yang ganas2 (18SG). dokumentari plak, dia suka pasal sejarah2 (yang mana aku tak suka langsung. huhuhu), jenayah. skang ni aku tengah nak didik dia supaya sukakan tgk oprah. sebab kat oprah ni banyak topik kan. tapi tu la, en alang kureng sket ngan oprah. aku tak paham. tapi pasal topik malam tadi,"intersex", wah...terbukak je mata dia.

#2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
salad? dia suka je. ulam laaaagi dia suka. nak2 macam jantung pisang ke, peria ke...wah, bertambah2 nasi dia makan.

#3. What’s one food he doesn’t like?
apa ek? jap2 nak try ingat. hmm...rasanya dia makan semua benda je. takde apa2 yang khas dia tak suka makan pon.

#4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
ok. this one very interesting. nak tau en alang suka pesan apa? dia suka pesan apa yang aku pesan untuk hari ni, dia akan pesan untuk diri dia hari esoknya. macam, hari ni aku mintak nasi goreng ikan masin kan. dia order mee goreng. tapi, bila datang lagi esoknya, dia plak order nasi goreng ikan masin tu. got it? tak paham takpela.
air pon smaa gak. dia suka tiru aku. tapi, tiru pada hari esoknya. apa2 je la laki aku ni.

#5. Where did he go to high school?
nama skolah menengah, SM Raja Shariman, Bruas, Perak.

#6. What size shoes does he wear?
en alang pakai size 8. aku pon saiz 8 gak, tapi saiz pompuan. huhuhu.

#7. If he was to collect anything, what would it be?
rasanya dia nak tambah koleksi binatang peliharaan la kot. asik ngendeng kat aku nak bela burung je. rimas tau tak.

#8. What is his favorite type of sandwich?
macam aku kata sebelum ni, dia tak memilih. apa pon dia makan. jangan ko letak sandwich inti pasir udahle.

#9. What would this person eat every day if he could?
dulu, sebelum kawen, en alang hari2 bawak sambal ikan mak dia masak. aku pelik tau. sebab hari2 makan sambal ikan. lauk yang sama je. tak jemu ke? en alang kan jenis tak kesah, apa mak dia masak, semua dia bedal.

tapi skang ni, lepas kawen, en alang jadi seorang yang senang jemu. so, hari2 otak aku ni kena kreatip kalau nak masak apa pon kat dia.

#10. What is his favorite cereal?
tang ni agak kantoi gak la. sebab kitorang mana penah makan cereal kat umah. slalu makan berat2 je. aku bawak cornflakes datang keje pon sebagai kudap2 aku je. huhuhu.

#11. What would he never wear?
apa ek? semua dia pakai. kecuali baju kurung dan skirt la kot. hehehehe.

#12. What is his favorite sports team?
ni pon kantoi. en alang not a sports fan. harap maklum. tapi dia boleh main macam2 jenis sports. tu je aku tau.

#13. Who did he vote for?
vote? vote apa ni? pilihanraya? tak tau la plak dia undi siapa kan. dia pon tak penah cakap.

#14. Who is his best friend?
ME!!!

#15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
cerita pasal ex-boifren. paling dia nyampah. sebab dia rasa ex2 aku lagi hebat dari dia. boleh? hahahhaha.
yela, sorang tu mat rempit, sorang lagi cikgu.

#16. What is his heritage?
heritage? asal usul ek? en alang asal memang perak piyooo (pure) punya. mak abah memang orang bruas. so, dah dilahirkan kat situ gak. what can i say more?

#17. What is his favorite colour?
ijau. biru dia tak brape sangat la. oh. dan kaler2 striking. tak paham aku.

#18. What is his habit?
habit ek...en alang cukup gemor tengok tv sambil senget kepala. means, dia akan duduk mengiring, tak betul2 ngadap tv, dan kepala akan pusing sket sambil muka kerut2 tgk tv. tak paham aku nape tgk tv pon nak kerut2 muka.

oh. dan satu lagi habit dia adalah, cium aku. serius. dia ni pantang aku lepa sket, mula la dok cium2 sampai aku rasa rimas. bila aku dah rimas, aku tolak2 kan je. hahahahaha. aku isteri derhaka.

#19. What is he proud of?
en alang proud of his childhood moments. dia memang suka cerita2 kat aku pasal zaman dia kecik2. camne susahnya family dia dulu, abah dia pernah jadik pemandu lori, ingat lagi kisah beg sekolah dia tu? kisah macam mana dia membesar, bergaul dengan kawan2, mengendap orang mandi, curi jagung kat kebun orang, memang best gak la dgr citer2 dia. sebab en alang bukan orang yang suka bermegah2. bila dia citer pasal childhood moments dia, nampak dia tenang je. biarpon kadang2 aku yang berair2 mata.

#20. Lastly, do you think he will read this?
tak. dia tak baca blog aku. tapi aku slalu citer kat dia apa yang aku tulis. =)


fuh! penatnya jawab tag ni. huhuhu~

aku nak tag pada SEMUA BLOGGERS YANG DAH BERSUAMI/ISTERI ok?
kalau yang tgh hangat2 bercouple pon, kalau nak jawab, takde hal punya.
:)

Monday, April 6, 2009

gambar profile terbaik

tag ini datangnya dari ceera the businesswoman.
oh, korang2 yang sukakan baju2 yang hip dan terkini, boleh la singgah ke blog ceera ok.
tantek2 ooo...
aku suka je design2 semua baju2 tu.
tapi apakan daya, gue mengerti keadaan diri ini.
udah seperti kapal star cruise dah.
besar ya rabbi.

tag bermula,
1. Letakkan gambar profile anda


tak tau ni gambar profile yang ke berapa ntah. slalu sangat tukar ganti. sebab tak jumpa yang sesuai. huhuhu.

so, tak dapek la nak buat history pasal gambar profile yang lama2 tu. sebab tak ingat dah pon.


2. Terangkan apa maksud gambar itu

hmm...apa maksud ek? aku pecaya satu gambar ada seribu makna. so, dalam gambar ni ada makna (bagi aku la kan),
a. aku dengan muka manja la kononnya
b. en alang tenung aku
c. aku 'bangga' dengan cinta kami
d. en alang sayang aku so much!
e. gambar perasan cun (uwek! uwek!)

hahahahaha!


3. Kenapa pilih atau letak gambar tu?

macam aku kata sebelum ni, gambar ni adalah gambar perasan cun. hehehe.
dan susah tau nak ada gambar muka aku ala2 manja camtu. slalunya, keras kaku jek.

gambar ni diambil masa dalie kawen. pengantin sebok berposing kat bilik, kitorang sakan bergambar kat depan pelamin.

4. Tag 5 lagi blogger
aku nak tag mereka2 ni,
a. nenekrock
b. julietAnna
c. zuraida
d. dalie
e. mizzAmy

ok? korang buat tau. pada yang berminat pon, leh la jawab tag ni. sonang yoooo....

Wednesday, February 18, 2009

keh keh keh. tag lagik.

ni aku dapat tag dari dina dan afid
so, dah lama sangat tangguh,
mari le kite wat.

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people."



I'm

I really want to go

My favourite place

My favourite thing

My favourite drink

My favourite food

My favourite colour

I live in

I was born in

My school/college

My favourite story

My hobby

I wish


ok. tu je.
takmo tag sesiapa.
tapi kalau korang teringin nak wat,
sila la ek.
:)

Thursday, February 12, 2009

perkara rawak yang terjadi

aku telah ditag oleh pengantin baru, puan dalie.


Tag ini bertajuk 16 Perkara Rawak:
Syarat dan peraturan:
  1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
  2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
  3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
  4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

perkara rawak 1
aku hanya boleh makan bubur nasi je sepanjang tempoh aku saket ni. kalau makan benda lain, nasi atau megi CONFIRM akan kuar balek. kuar balek=muntah.


bubur nasi ibu buatkan semalam. setiap suapan aku akan sebut, "sedap". suap, "sedap". suap, "sedap".


perkara rawak 2
berat en alang sebelum kawen = 56kg
2 bulan selepas kawen = 60kg
9 bulan selepas kawen = 68kg
berat terkini = 73kg

adakah ini membuktikan en alang hidup terlebih bahagia? hmm....

perkara rawak 3
aku lebih gemar beli lingerie dari beli blouse atau t-shirt. mungkin sebab lingerie tak kesah apa size pon aku leh muat. kehkeh.

perkara rawak 4
aku tak masak dah nak dekat 2 minggu. apa nak jadik la.
note: tak masak sebab dah tak lalu nak makan. wat pe masak kan?

perkara rawak 5
inila kasut itam berkilat shiny2 en alang belikan. aku pakai untuk ke ofis sahaja.

perkara rawak 6
pagi tadi masuk ofis kul 11. aku cakap kat diorang aku pi spital. padahal, aku noning2 kat umah tak dapat bangun. pagi tadi muntah2. haihhh. penat ooo...

perkara rawak 7
aku perasan sejak aku saket, kompleksi muka aku makin licin. erti kata lain makin cunla. aku saspek ini semua gara2 paracetamol. tul tak?

perkara rawak 8
aku hanya bertemankan sekotak tisu dan sebotol air mineral serta sebotol air cap badak kat ofis ni.

perkara rawak 9
malam tadi cubaan untuk makan nasi bersama sup ekor, cendawan dan ayam masak halia berjaya di mana aku tak muntah pon malam tadi. tapi muntah tu postpone ke pagi tadi. huhuhu~

perkara rawak 10
biarpon aku saket, tapi aku berjaya drive kereta dari perak ke kl dan kl ke perak dgn jayanya. biarpon sepanjang jalan aku loya2 dan noning2.

perkara rawak 11
en alang tak pandai bawak kereta. dan takde lesen kereta pon. biarpon dia terer gile bawak forklift. aku jugak tak reti nak handle forklift sangat. takat bawak ke depan belakang tu okla.

perkara rawak 12
bulan depan en alang start blajar kereta.

perkara rawak 13
hakikatnya, pagi tadi aku sarap biskut tiger cicah air soya. bagi aku tu je dah sedap dah.

perkara rawak 14

sempena en alang dapat bonus baru2 ni, dia telah membelikan aku kamera nih. sebijik macam ni. hehehe~

perkara rawak 15
aku takleh pakai rantai emas. biar setulen mana emas tu. nanti tengkuk aku akan naik ruam.

perkara rawak 16
ibu gantikan rantai emas tu kepada rantai kaki. comel je. ada bunyi loceng lite2. takla kuat mana pon bunyi loceng tu.


ok. done!
entri ni memang takde hala tuju.

hehehe.
aku nak tag semua yang baca, terbaca, lalu atau cuma tgk2 gambar je kat entri ni. ok?

Tuesday, January 6, 2009

pembayaran tunai




Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog princesstortoise2 untuk mendapatkan award anda".

Terima kasih.


tag ini ditaja khas oleh pn. aliya a.k.a @LiYaNNuaR (gile susah nak taip besor kecik camnih).
terima kasih daun keladi ye aliya.
len kali bleh la beri lagi award2 ni. ai likeee!


1. hobi
tgk tivi. ko sebut je channel apa. semua aku tgk. semua jenis drama, filem, dokumentari, game show, realiti tivi aku layan. en alang slalu pening kalau tgk tivi ngan aku. kejap2 alih channel situ, pastu, alih sini plak. last2, dia bantai tido je kat sbelah aku. hahahaha.

2. air soya
air soya ni kena sentiasa ada dalam peti ais. kalau takde air soya, memang bukan peti ais aku la tu. slalunya, aku akan beli soya kotak besar yang paling murah kat pasaraya tu. tak kesah jenama apa pon. soya jugak kan. tapi, sejak dua menjak ni, tgh kemaruk air kickapoo. tak pandang sangat air soya. apsal ntah.

3. buku
skang ni tgh kemaruk buku motivasi. dan buku2 agama. tapi tula, la ni baru ada satu je buku motivasi dan 2 buku agama. ada sesiapa nak sponsor tak?

4. lipat baju
satu perbuatan yang paling malas aku nak buat. time tiba masa nak lipat baju, the BIG M datang dah. memang aku akan lambak baju2 tu depan tivi. pastu, aku tgk tivi. tak lipat baju jugak. pastu, bangun amek air, amek kudap. masih tak berlipat jugak. bila aku dah berlunjur je atas kapet, baju2 tu aku tgkkan je. memang dah banyak kali cubaan nak lipat tu dibuat, tapi sia2 je. kalau en alang rajin, dia masukkan balek baju2 tu dalam bakul. kalau tak, nak tido nanti la baru aku angkut baju2 tu balek masuk dalam bakul.

5. kasut
dulu, sebelum kawen. punyala berlambak2 jenis kasut aku ada. tapi bila dah kawen, aku pakai sandal scholl tu je la. malas gile ok. pi keje pakai sandal pasar je. tapi sejak masuk tahun baru, aku dah ada semangat baru bila mana en alang bersungguh2 belikan aku sepasang kasut khusus untuk ke ofis.
pandai dia pilihkan. kasut flat balerina tu je. tapi muncung tajam kat depan. kaler itam metalik. selesa dan comel je.
dan aku berazam untuk menambah koleksi kasut aku seperti zaman bujang dulu.

6. pelupa
entah kenapa, aku ni dah jadik makin pelupa. baru2 ni, terjumpa rm10 kat bawah bantal. bila masa aku letak pon tak tau. pernah skali aku tak ingat mana hp aku. pastu, sebab malas nak carik, aku pi keje tak bawak hp. bila balek, tgk2 ada atas peti ais. apa jadah hp aku wat atas peti ais ni? pelik2.
skang ni pelupa aku dah makin jadi2. slalunya berkaitan ngan keje.

7. usaha
sedang berusaha untuk mendapatkan azam tahun baru. dan aku sedang dalam perhatian doktor. saje aku pilih untuk berubat cara moden dulu. mana la tau ada rezeki, timbul. ye dak?

8. happy
alhamdulillah. life aku hidup bersama ngan en alang happy2 je. biasala kalau gaduh2 tu. tapi kejap je. takleh lama. cuma nak wat rencah hidup je.

9. blogging
apa tujuan aku ada blog ek? memula dulu, aku ikut2 orang je. orang lain ada blog, aku pon nak gak ada blog. tapi lama2 tu, rasa sronok plak. bila orang2 yang beri komen tu bagi semangat, bagi komen2 membina dan kritikan. buat aku rasa blog ni macam satu theraphy.

10. ditinggalkan
mungkin dalam masa 24 jam dari skarang, aku akan ditinggalkan lagi oleh en alang. dia kena pi jb lagi. kali ni untuk 2 minggu. apa aku nak buat 2 minggu ni? korang ada idea?


ok.
nak tag 10 orang.
bersedialah kamoooo!!!!!!

1. dalie
2. qasieh
3. rafflesia merah
4. yat
5. ceera
6. zaza
7. hana
8. ad3ck
9. aarin
10. shafa


ok. settle sudah bayar tag ni.
ada 2 lagi tag perlu disettlekan.
bila la nak buat. huhuhu~

Tuesday, December 23, 2008

tulisan yang buruk kalah cakar ayam.

sebenarnya aku kena tag ngan bakal pengantin, dalie.

hahaha!
jom layannnnn....

1. Your name/username:
2. Left handed or right handed:

3. Favorite letter to write:
4. Least favorite letter to write:
5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog":
6. Tag 6 people:



korang nampak ke tulisan aku tu?
tulisan aku ni berubah2 ikut kesesuaian pen.
lagi mahal pen tu, lagi buruk tulisan aku.
serius! betul ni.

tapi kan,
tak silap aku, ada lagi sorang blogger yang tag aku ngan benda ni.
tapi aku tak ingat sape.
tapi, kire halal la ek.


hari ni takde modal nak update.
teringat ada utang tag, tu yang aku selesaikan dulu.

Friday, December 5, 2008

walaupun dalam banyak2 tag, tag ini jugak yang aku buat dulu. sebab senang.

eiza tag aku.
oh! aku ada beli satu kasut dan topi kait baby dari dia.
nak beri pada anak azim.

cantek sesangat.
aku tunjuk kat en alang,
dia dah excited lelebih plak.
bila aku cakap benda tu untuk anak azim, terus muka dia berubah.
hahaha~
apa ntah.
tak ke gilo nak beli barang baby, sedangkan babynye pon tak de.


cantek tak? putih suci je gituuu~ (gambar dicilok dari entri eiza)


pada sesape yang berkenan, nak belikan untuk anak sedare ke, anak jiran ke, anak kawan2 ke, atau anak sendiri,
boleh la tempah kat eiza. ni specific entri tentang penempahan.
wah! eiza, akak promote ni.
komisyen 15% ok! hahahaha! (gurau je ok!)



ok. dah melalut.
dari nak jawab tag, tetiba mintak komisyen.
hahaha!


1. Do you think you're hot?
oh! hot bila en alang tgk aku dengan penuh 'kegeraman'. hehehe~


2. Upload your favourite picture of you.



3. Why do you like that picture?

gambar ni paling aku suka sekali! sebab orang2 yang aku sayang di dalam satu gambar, pada hari bersejarah aku. sweet!
meh aku kenalkan orang2 yang aku paling sayang ni kat korang ok!

dari kiri: ajik (18tahun), ayah, en alang, aku, ibu, zaza(21 tahun) dan iqa(15 tahun).

adik2 aku ni semua takde sesiapa yang punya. kalau ada sesiapa yang berkenan, meh berkenalan dulu ngan akaknya ini ok!


4. When was the last time you ate pizza?
ya Allah. lama gile tak makan. last dulu masa dapat voucher dari cik kema. bulan 5? 6? tak ingat la...


5. The last song you listened to?
dalam kete tadik. lagu Sheila on 7 yang terbaru. ntah apa tajuknya.


6. What are you doing right now beside this?
main game. baru download game baru Pageant Princess. ala, trial game je.


7. What name would you prefer beside yours?
dulu masa kecik2, aku tak suka nama Intan. macam ngada2 dan tak valid bila dah besar. tapi skang ni, rasa macam best plak nama tuh. hahaha. no, tiada nama boleh mengatasi namaku. hehehe~

People i tag:
  • ayu-amiha
  • shasha
  • a'an
  • lindosh-kembor
  • diya

8. Who is number 1?
ayu ni aku betul2 kenal dia baru2 ni je. bila aku check2 balek, rupa-rupanya dia dah pernah drop satu dua komen since entri aku kawen dulu. skang ni, dah macam kenal bebetul plak. tak sabar nak jumpa dia nanti.


9. number 3 is having relationship with?
incek akbar. tak banyak tau sangat pasal a'an sebab baru je pon kenal2 dia. but they seem nice person jugak.


10. Say something about number 5.
diya ni orangnya kreatif. pandai tulis novel, buat sajak la, puisi la. macam2 boleh. agak kagum gak ngan budak ni. sebab umur jauh lebih muda dari aku tapi berkebolehan macam2.


11. How about number 4?
lindosh. jadi rapat bila dapat tau kitorang kongsi hari, bulan dan tahun kelahiran yang sama. 16 ogos 1981. tak berpeluang lagi berjumpa dengan dia. harap2 satu hari nanti kite ada peluang jumpa la ye kembor!


12. Who is number 2?
shasha ni memula aku terpaut sebab kisah hidup dia. dari beri komen, sampai la ke yahoomail dan terus ke sms. kadang2 kami berborak tru phone (dia yang call). kadang2 kami bersms. nice orangnya. senang nak berkongsi apa saja ngan budak ni.



ok. tag abis.
orang2 yang aku tag tu, reti2 sendiri la ek jawab tag.
hehehe~

Tuesday, November 18, 2008

Air laut hijau siapa celup?

aan tag aku.


" Snap workstation anda..then taruk link blog anda kat bawah gbr workstation anda..tgk contoh yang aku buat nih..begitulah seterusnya sampai bila2..ok..sekiranya tag ini berkembang pasti akan ada byk link2 dibawahya...kalau x..terencat la dia, lastly, tlg pass tag aku ni pd 7 org blogger lain..pass la pd sape2 ye"
---> aan copy paste dari blog yang tag dia, aku plak copy paste dari blog aan.




pandangan dari kanan,



pandangan dari hadapan,


pandangan dari kiri,



gambar2 ni aku dah describe dan cerita pada post aku bulan august dulu. kalau nak tgk, leh la check out kat sini----> my workstation entri


oh,oh! boleh plak terlupa nak tag orang.
patotla rasa peik je entri ni.

ok, jeng jeng jeng!
aku nak tag;

1. shasha (budak ni bizi manjang. huhuu)
2. ayu-amiha (saje je...suka2 gitu)
3. mizzAmy (aku teringin nak tgk ofis org ID nih)
4. kemborku lindosh (jangan nak main tipu2 buat2 lupa plak ek)
5. pak NIL (macam la paknil baca blog aku)
6. dalie (sempena pemergiannya ke kl bulan depan
7. adinda anne (sebab aku dah lama tak lawat blog dia. asik terlupa sajork)
8. nanonan0 (takmo ngelat2 lagi ek)


maksud peribahasa hari ini,

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...