Followers

Saturday, May 31, 2008

adt's family day 2008

sabtu haritu,
pepagi buta jam 0700am, terus bertolak dari umah ke tanjung rambutan.
kan aku ada M-Test..
test okla jugak.
harap2, dapatla panggilan interview lepas ni.
aku tak sabar nak callo dari kampeni nih.
kawan2 kerja memang best,
tapi bila dapat bos yang gile kuasa macam ni,
aku jadik tensen.
baru tadik aku nangis teresak2 bagai nak rak kat toilet.
tu sume apek tua tu punya pasal.
salah orang lain, nak salahkan aku jugak.
benci betul la!

ok, lepas je amek M-Test,
dalam kira2 jam 1pm, aku gerak dah dari tanjung rambutan.
kuar cari highway, dan terus pecut ke ampang.
cari tol cheras-kajang.
susah jugak la nak cari jalan.
sebab jalan jem ya amat.
kitorang banyak berenti tanya kat stesen minyak je.
sampai Agrotek Garden Resort dalam jam 5pm.
sampai2 je, staff dan keluarga yang lain tgh sebok wat flying fox.
aku dan en alang keletihan,
tgk diorang terjun kejap, dan lepas je dapat kunci bilik,
terus masuk bilik dan fresh up diri.

memula, memang rasa nak tido je,
tapi rasa cam rugi plak.
then, kitorang turun bawah balek dan terus sambung tgk diorang2 ni flying fox.
aku ngan en alang rancang nak wat terjunan tu masa hari last je.
huhu.

gambar2 yang ada ni, aku cilok dari kamera company.
(ampun azim! aku curik ye!)

gambar2 ni bermula dari hari ahad
hari yang terdapat sukaneka dan Malam Gala.
enjoy!



aku dan en alang masa ni baru lepas breakfast. jalan2 tgk ikan kat kolam. (sila abaikan perut buncitku itu. breakfast bolehla tahan sedapnyee...)



bersama keluarga2 staff yang lain. masa ni baru nak berkenal-kenalan..




sebelum sukaneka, kite wat warm up dulu ye..stretch kan segala anggota badan anda...
gelek..jangan tak gelekkkk....



bergambar bersama kumpulan sendiri. kumpulan aku kumpulan delta (kuning)



bersiap sedia untuk sukan pertama, bawa bola ping pong dalam sudu kategori kanak2.





bawak betul2 tau dik! jangan bagi jatuh tau... :)





bersiap sedia untuk game ke-dua, lari tiga kaki. masa ni, kesian kat bebudak ni..lari pon rasa nak jatuh jek..




ok dik..lari cepat2 tau... (masa ni aku sangat over ye...menjadi trainer ni bukannye senang)



muka kepuasan sebab kanak2 dapat tempat johan. ho yeahhhhhh!!!!!





acara lelaki dewasa pula, terompah gergasi.



test dulu...
nak tau sape menang? sudah tentulah kumpulan kuning!
hip hip hoooraayyyyyyyyy!!!!!!!!!







lihat tu..dah la aku disuruhnya jadi orang paling depan. tapi, sib baik kami punya ketua kumpulan yang sangat cekap dan berdedikasi. tak putus2 bagi semangat. hasilnya? sudah tentulah kumpulan kuning menang lagi! :)







kategori remaja: lari sambil kepit bola di celah kangkang dan ketiak. sib baik aku golongan dewasa. kalau tak, malu gue deh!







rebut gula2. kanak-kanak. masa ni kite dapat lihat mak bapak lebih over dari anak2. huhuhuhu...





tiup tepung mencari harta tersembunyi. hahahhaha! aku dapat tempat ke-empat. boleh la...
masa ni, orang lelaki tgk pon terkejut, sebab perempuan sangat ganas. berlari bagai nak rak kejor pengadil. hahahahha!





musical chair. seronok tgk budak2 rebut kerusi. teringat zaman kanak2 dulu. :)





lpas je musical chair, ada sukan suami isteri pulak. mummy wrap. untung aku dah kawen. dapat main game nih. hehehe...
en alang sebelum dibungkus..


en alang selepas dibungkus. kami dapat tempat ke-empat. tapi takde hadiah. huhuhu....




sukan dalam air. kategori wanita: masukkan pasir dalam botol. sukan ni amat mencabar sebab kena menyelam amek pasir dan bubuh pasir dalam botol.



hasilnya? kumpulan kuning dapat nombor empat (last). huhuhuhu...sebab kumpulan kami ada 2 orang tak reti nak menyelam. camno?




kategori lelaki individu: wrestling titi. gempak abis!




korang! korang! nampak tak siapa yang antara final wrestling titi nih? en alang ok! lawan ngan syed berbadan 2 kali suamiku itu. akhirnya, suamiku tumpas di tangan syed dan dapat nombor 2. takpe, hadiah nombor 1 dan 2 hadiah yang sama. :P





tarik tali dewasa. kumpulan kuning masa ni dapat nombor 2 tak silap aku.







petang selepas sukaneka, en alang pi memancing. dapat nombor 3. hadiah? cash money rm50. lepas la duit minyak. huhuhuhu...........
masa ni kitorang dok sebok susun2 hadiah untuk malam nanti. aku bertudung dan berbaju pink. en alang tgk kan saje. penat!




makanan yang maha banyak dan agak ok. aku tak dapat tgk makanan2 ni, en alang yang tolong ambilkan hadiah sebab aku sebok susun hadiah untuk diberi pada pemenang.




kek untuk staff yang menyambut ulang tahun pada bulan 1 hingga bulan 5. aku tak masuk list sebab lahir bulan 8. huhuhu....
tragedi: kek tingkat kedua jatuh sebab meja tak stabil. terkena baju tuan MD.



en alang dengan muka happy dapat hadiah.





ni dia pasangan suami isteri yang dapat best dress award malam tu. tema malam gala adalah western-country. diorang ni memang koboi abis..siap ada pistol lak tu! cayalah!!!




en alang feeling karok malam tu. tak dapat apa2 hadiah pon. huhuhu...sebab volume mic sangat kuat. suara en alang macam nyaring.





itu je la takat ni. next week, aku hapdet pasal jungle tracking keesokan harinya. harap2 korang terhibur ya!

Thursday, May 29, 2008

abang ku, hero ku...


inilah cinta hatiku..
inilah hero...
inilah 'mawi' ku..
inilah abang botakku...
inilah abang seksiku...

:D



p/s: cerita-ceriti tentang family day, nanti2 la ye. tgh mengah lagi nih. :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...