Followers

Wednesday, December 19, 2012

Bila en suami memuji

Ehem.

Sejak perut makin membukit, en alang semakin 'melekat' dengan aku. Kalau dulu balik keje kalau belom jam 8, jangan harap nampak batang hidung dia. Ni tiap2 hari balik jam 6. Kadang-kadang je jam 7.

And kalau tetiba dia bagi sms rindu or puji lambung-lambung, aku dah terbayang malam nanti camne. Nanti kejap-kejap dok cium aku, kejap-kejap dok belek muka, belek perut....aduhai...

Haha. Ini bukannya keluhan. Ini bahagia namanya. Cuma ada sedikit rimas. :P

Macam en alang ni...memang time aku pregnant je yg dia manja terlebih. Dah macam aku ada tambahan anak wei...hehe. Terbalik kan? Patotnya aku yg manja ngan dia kan? Ni dia plak yg buat pangai camtu.

Errr...laki korang kalu korang pregnant apa habit diorang eh?

Monday, December 17, 2012

Emosi seorang Papa. Cengeng seorang Mama.


Sila baca dari bawah ke atas ye. Terima kasih.

Korang tengok je Alang tu tough macam hati keras. Tapi sebenarnya sangat penyayang. Huhu.

Aku rasa screen capture aku ni dah menceritakan segala-galanya. Sekarang ni memang Khalish mencabar kesabaran kami. Nakalnya nauzubillah. Senang sangat nak buat Jaz nanges. Jaz pulak kalau dah nanges susah nak berhenti. Dahla stok nanges jerit2. Aku bet jiran-jiran pon saspek aku ngan alang ni jenis suka dera anak agaknya. Padahal anak2 aku ni cengeng lebih. Upah kartun atau coklat/biskut/vitagen diam la dia. Huhuhu.

Aku tak tegah en Alang pukul Khalish masa ni sebab aku pon geram sangat ngan pangai dia. Tapi, bila fikir-fikir balik, berdosa kami buat Khalish macam tu. Anak sekecil itu apa lah yang difahamnya. Aku prefer tegur dengan cara tegas. Tapi ye la kan, kesabaran seseorang tu ada batasnya.alang pulak jenis dia cakap dah lebih beberapa kali tapi tak dengar kata, start dah dia acah2 ngan rotan tu. Selalunya dia rotan sofa je la. :P
Ni dah tak tahan sabar sangat dah sebab petang tu beberapa kali dia tolak, tarik rambut, rebut mainan dengan Jazly. Ditambah pulak pengasuh di taska mengadu yang Khalish sekarang ni agak mengganas dan suka mengusik adiknya. 

Pada telahan aku mungkin juga Khalish kadang-kadang merasa kami melebihkan Jazly. Padahal Khalish manjanya nauzubillah...baru aku jegil mata dah terlalak-lalak meraung. Jazly ni sejak aku pregnant, lebih manja. Kalau dulu dia berhati keras, kalau kena amrah macam mana sekali pun dia akan buat dek je. Skarang dia ikut jejak abangnya. Mama jegil mata je dah terlalak2. Hoih. senang keje aku wei. Tapi tu la. Bingit jugak kalau dah setiap kali jegil, setiap kali tu jugakla nak menangis. Disebabkan Jaz semakin manja, Khalish lihat kami melebihkan Jaz.

Tu la kan. Anak-anak ni kecik2 camtu pon dah tau cemburu. Dah tau nak mendengki. Harap-harap sifat suka buat adik ni sementara la Khalish oi. Mama tak sanggup dah tengok awak kena tibai lagi. Huhu.



nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...