matila kalau lepas ni orang yang google petua nak kurus,
terjumpa entri ni,
mesti menyumpah2 aku.
huhuhu.
sebenarnya petua ni lebih sesuai untuk orang2 yang macam aku.
macam mana?
meh baca tips2 yang aku perasan sepanjang aku dalam berpantang.
1. aku seorang pencinta ayam.
2. dalam sehari mesti nak ada ayam.
3. takde ayam pon takpe. telur ayam will do.
4. masa berpantang, ayam dan telur tak boleh makan.
5. diganti dengan ikan.
6. jenis ikan: ikan bilis. ikan merah dan ikan haruan.
7. hari2 dok rotate ikan2 tu je.
8. ikan bilis: goreng. kalau tak goreng kering, goreng ngan bawang pon sedap jugak.
9. ikan haruan: panggang bersama halia.
10. ikan merah: sup atau stim bersama halia.
11. first week, wah! melantak bersungguh2 ni.
12. second week, dah jemu.
13. third week, dah pandai nak ngelat2. tarik muka bila tgk menu hari2 ikan, ikan, ikan.
14. forth week, dah tak lalu langsung nak makan. ganti makan biskut weetameal cicah kopi je. makan nasi sehari skali.
15. hasilnya? turun 13kg pada hari ke-30 berpantang.
amacam..nak cuba?
amaran: petua ini tak sesuai untuk orang pencinta ikan. hehehe...
rasanya, skarang ni aku kena makan ikan balek la.
sebabnya dah rasa senak tang perut.
huhuhu...
untuk mereka yang tanya2 camne aku leh kurus, sila la cuba petua ni. tapi tukar pada menu lauk yang korang tak suka. hehehe. aku gerenti jadi!
gerenti??? beraninya ko...ada insuran ke ni nak gerenti2?
huhuhu...