Followers

Friday, November 20, 2009

nampak sangat ke...

...kekurusan tu?

bagi aku nampak biasa je.


khalish dah 2 bulan

orang kata, budak kalau nak beralih bulan akan berubah karakter.

dan pagi tadi khalish tunjukkan karakter yang tak sopan....
KARAKTER MENGADA-NGADA

geram je.
jam 4am.
boleh pulak dia nak lepak kat ruang tv.
dok dalam bilik, nanges2.
bila kuar bilik, diam la plak.
2-3 kali terpaksa berulang alik ruang tv dan bilik.
papanya dah layan dia sebelum khalish tido,
kesian la plak nak suruh dia jagakan khalish.

elok je aku siap2 nak pi keje,
khalish tido.
ish budak ni...gerammm je!

sekejap je dah 2 bulan.
sekejap je budak tu dah debab dan panjang.
rindu dengan khalish yang kecik cinonet. suara yang halus2.
skang dia takde dah nak nanges suara halus2.
pakai jerit je skang ni.
memang mengada.
perasaan aku skang?
rasa nak masukkan balek khalish dalam perut ni.
rindu perasaan mengandung.

alhamdulillah, sepanjang 2 bulan jaga khalish,
tak pernah dia susahkan kami.
at least, tido setiap malam tu memang cukup la.
cuma bangun2 buat susu dan tukar lampin. 2-3 kali je setiap malam.

semalam first day tinggalkan khalish,
ibu ngan zaza kata khalish tidoooo je.
ibu cakap, budak ni pandai bawak diri.
tapi, elok je dengar suara aku,
terus terjaga.
haihh..anak...anak.
pandai betul kamu tunggu mama balek ye.
:)

Thursday, November 19, 2009

akak? kurus???

sejak berbelas tahun lamanya dah tak dengar orang kata aku kurus.
sebulan dua ni je orang dok sebok2 kata aku kurus.
siap suruh aku beranak setiap tahun.
supaya maintain slim katanya.

takde makna ok.
ni pon dah rasa perut memboyak.
tapi still...orang2 kat ofis ni tak abis2 kata aku kurus.

kurus sangat ke aku?
aku tak kata la aku ni kurus sangat.
cuma aku ngaku muka ada sedikit kecik.
dan seluar sedikit longgar.
itu saje.

memang nak dibandingkan sebelum beranak ngan skang jauh panggang dari api la kan.
masa pregnant, ngan selekehnya, ngan hidung kembang, badan penuh, muka penuh.
nanti la aku tunjuk rupa aku skang.
dah kata camera takde kat tangan kan.
kena tunggu la camera tu balek dari cambodia.

aku korek2 balek gambar masa pregnant. terjumpa gambar ni. rasa cam comel plak biarpon berpeluh dan hidung kembang2. hehehehe~

dah separuh hari

catch up a few things kat ofis ni.
ada yang best, ada yang tak best.

entahla, nak kata camne pon, kat sini tempat cari makan.
apa orang kata, angguk2 je la.
malas amek pot pon ada.
sebab aku kat sini jadik luahan perasaan semua org.
org sini kata ini, org sana kata itu plak.

oh. dah separuh hari.
dan gigih untuk kuatkan hati supaya tidak half day.
hahahaha.

masih ok di sini

di pejabat.
rasa macam kureng je.
sebab hati ni rindu teramat pada khalish.
masa bercinta sakan ngan en alang pon tak rasa macam ni.

sebelum keluar dari ofis,
khalish siap senyum2. mengagah mamanya.
lagila buatkan hati ni rasa tak keruan.
rasa nak amek cuti je.

ni pon ada hati nak amek half day plak.
kuikuikui...

kuatkan hati...kuatkan hati...
maybe tengahari ni balek umah la kot.
sebab geng nak pi lunch demam la plak.

Wednesday, November 18, 2009

hati ini berat sekali...

hari ni nak luangkan masa sepenuhnya dengan khalish.
esok dah nak masuk keje.

haihh...
cepatnyaaaa..................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

terbayangkan kerja2 tertangguh kat ofis tu.
buatkan aku lagi rasa malaaaassss je nak keje.
dah 2-3 hari ni aku bagi hint2 kat en alang.
nak berenti keje.

en alang kata, kalau nak merasa makan pasir, berenti je la!
wakakakakaka.
jaat kan en alang?
sampai ati buat bini dia camni.
tula, utang keliling pinggang lagi.
sape suruh?
(utang aku. en alang tak suka berutang2 ni)

sat gi nak pi jpn amek mykid khalish.
tak sabar okeh! hahahaha.
padahal, dah boleh amek 12hb aritu.
tapi tak perasan.

oh. semalam dah pi jumpa mak bela (penjaga) khalish.
kitorang decide nak antar awal bulan 12 je nanti.
sebab zaza dah start cuti semester.
so, sementara sampai ujung bulan ni, leh la zaza tengok2 kan khalish.
zaza, iqa dan ajik memang boleh diharapkan kalau suruh jaga khalish.
takde kerisauan di situ.

hoih...malasnyeeeeeeeeee.........
malas nak keje!!!!
nape la dari dulu aku tak kawen ngan orang ado2?
(matikla kalau en alang tau aku tulis camni...huhuhuhu..larikkk!!!!!!!!)

eh, korang jgn pikir bukan2 plak. i love my hubby very much tau!
biarpon kami tak berharta, tapi penuh kasih sayang gitu.
wakakakaka. geli la plak.

Tuesday, November 17, 2009

hello encik!

lokasi: mydin, kl.

a: hello encik, kat sini ada jual pisau serbaguna swiss tak?

b: ada2. mari ikut saya.

a dan anak a pon ikut la b.

sampai ke seksyen yang tidak tersangka2. terdapat banyak barang elektrik dan soket2.

anak a: ayah, ni seksyen suis2 ni.

a: hmmphhh! (agaknya ntah apa dalam hati a. menyumpah berbakul2 agaknya)

kesimpulannya, pisau swiss takde jual kat mydin ok. nak beli, pi sogo. dekat jek. ngee~
kejadian ni berlaku pada ayah kami yang comel sabtu lepas.

sekian.
:P

cita2 nak jadi kaya macam p.diddy leh tak?





jadik penyanyi.
dapat duit juta2.

teringat plak en alang citer.
masa nak tanam uri aritu,
ibu sertakan skali pensel, paku dan duit syiling banyak2.
org kata, pensel tu simbolik supaya dia blajar tinggi2.
duit plak supaya besar nanti baby tu ada banyak duit.
paku lak supaya dia pandai bertukang.
hehehe...pelik kan?
mau cucunya jadik arkitek kah?
atau jadik buruh binaan?

hehehe.
besar harapan ibu aku kan?

Sunday, November 15, 2009

hello y'all!

baru balek dari ipoh.
kali ke-2 bertandang ke sana dalam seminggu ni.
penat. seronok. dan agak pokai.
mana taknya, tiap kali kuar,
mesti tuju baju2 baby.
mainan2 baby.

camno nak kumpul duit beli umah camni?
hohoho...

en alang sampai dah bagi signal.
angkat kening la, buat2 tak nampak la, main2 ngan khalish la tiap kali aku nak tunjuk baju atau mainan yang bakal jadik korban.
hahaha.
en alang dah pandai buat muka boring ok.
ni kawen tak sampai 2 tahun lagi.

cuba lagi 2 tahun?
agaknya aku shopping sorang2 la jawabnya.
hehehehe~

korang banyak lagi ke cuti tahun?
ada ke mana2 ke sempena cuti skolah ni?
oh, kami beraya haji di muar tahun ni.
tapi kejap je. takat 2 hari je kot kat sana.
tu pon sebab sepupu sebaya aku nak bertunang.

susah nak janji nak jumpa sesiapa kalau balek kampung ni.
alangkan slalu pi kl pon tak sempat2 nak jumpa sorang dua yang dah janji sekian lama.
susah tauuuu....
hukhuk.

k la you all.
nak layan fesbuk jap.
start hari ni, dah leh update hari2.
tapi, gambar kureng la kot.
aklau ada pon dari hp je.
sebab kamera dah ada kat cambodia skang ni.
ayah pinjam, ada apa ntah kat sana.
seminar ke apa ke.

take care k korang.
happy weekend!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...