petang sabtu tu.
aku dan en alang bersiar2 kat lumut.
santak ke malam.
dan semasa sedang berjalan kat depan kedai alat tulis,
aku terpandang satu beg sekolah yang cantik.
nanti, masa anak kite, ayang nak bagi diorang beg skolah best2 tau b.ok yang. (terdiam kejap)
yang nak tau satu citer tak? tapi kalau abang citer, jangan plak ayang fikir bukan2 pasal family abang ok.
ok abang. takpe. citer la. ayang nak dengar.dulu, kan ada sekejap (rasanya dalam 2 tahun) abang dok kat selangor (rasanya macam kat area sabak bernam) kan?
ha'ah.masa tu, family abang sangat2 susah. nak hidup memang betul2 bergantung harap kat abah yang jadik driver lori.
ok. ayang tau tu. abang penah citer.masa tu kan yang, nak bukak skolah dah. pastu, abang komplen la kat mak yang abang takde beg skolah. ayang nak tau apa mak buat?
apa dia abang?masa tu mak dapat tau ada orang kaya kat kampung tu buang barang2 yang tak pakai lagi. jadinya, mak ambil satu beg dari barang2 yang dah dibuang tu.
mak amek beg ke? beg skolah?(en alang geleng2 kepala). beg briefcase. yang selalu orang bawak pi keje tu. tapi masa tu, abang rasa happy sangat sebab mak usaha carikan beg untuk abang. esoknya, hari pertama skolah, abang bawak beg tu. tapi, kawan2 kelas semua gelakkan abang. kata abang bawak beg pi keje. abang orang susah. mana abang tau itu beg orang bawak pi keje kan? tapi abang buat bodo je. abang tak nak susahkan mak. abang bawak jugak briefcase tu pi skolah.
(aku dah bergenang2 air mata). cian b kan? terpaksa harung semua tu.takpe yang, itu zaman kami sekeluarga hidup susah. tapi alhamdulillah, skang ni mak dan abah dah boleh relax2. anak2 pon dah besar2. biarpon takde sorang yang skolah tinggi, tapi semuanya dah boleh diharap.
ayang tau tak? abang ni dari kecik sampai skolah menengah tak pernah dapat beg skolah baru. asik dapat beg terpakai je. beg turun2 dari abang2. selalunya, abang dapat beg bekas pakai dari angah la. ada skali tu, abang pakai beg jenis kain nipis tu. mana la boleh tampung buku2 skolah kan? pernah skali tu, beg tu koyak, buku2 abis tercicir sepanjang jalan. patotla abang rasa beg abang makin lama makin ringan, rupa2nya beg dah kosong, takde satu apa pon buku.
abang kutip balek semua buku2 tu, balek umah, abang jahit semula beg tu. terpaksa guna pakai semula beg tu. kena tahan setahun dua lagi.
cian b.nak buat camne. dah memang itu je yang termampu nak buat. kasut skolah pon abang boleh tahan sampai 2 tahun.
(2 tahun? gila kah? aku pakai setengah tahun pon dah terkoyak sana sini)abang terpaksa cermat pakai barang2 skolah, sebab nak dapat tu bukan senang. bila dah dapat, kena la jaga baik2. tapi ayang jangan risau. nanti anak2 kite, abang akan belikan semua yang baik2 je. setiap tahun semua barang skolah akan berganti. bagi diorang semangat nak blajar. ok sayang?
ok abang. tapi, kalau diorang malas belajar, kite biar diorang rasa apa yang abang rasa dulu. ok? kite bagi diorang rasa susah nak cari duit.takmo la sayang. cian budak2. diorang tak tau apa. kite bagi diorang setakat kite mampu. abang tak nak anak2 abang hidup susah macam abang. cukupla abang sorang je yang rasa.
(aku angguk2)bila aku dengar en alang terpaksa pakai barang2 dia dengan cermat, baru aku tau kenapa dia tak suka bazir2 makanan. kalau kat umah, ada roti yang biarpon dah expired, tapi takde kulat lagi, dia selambe je makan. sebab dia kata, ni rezeki. tak baik nak buang2 camtu je. en alang jugak bukan jenis orang yang suka buang2 barang. dia ni jenis menyimpan. barang2 dia, tak payah kata la, tersimpan rapi je. kalau pakai jam, dia akan ambil dari kotak, dan simpan jugak dalam kotak. tak amcam aku, ambil dari kotak, tapi letak rata2. kat atas meja la, atas tivi la...
korang pulak camne? macam aku pulak, memang dah dibesarkan penuh dengan kesenangan (biarpon tak mewah) tapi cukup makan pakai semua. memang every year akan bertukar segala2 nya dari pensel sampai ke baju skolah. beg skolah tu tak payah kata la kan. biarpon elok lagi, tapi tetap nak ganti jugak. masa zaman aku dulu, beg swan jadi pujaan. kalau tak dapat tukar, mula la muncung sedepa. majuk ngan ayah. tapi ayah ni, jenis tak sampai hati ngan anak2. biarpon lambat sebulan dua, tetap akan dapat jugak.
tapi cam adik2 aku ni, lagi untung. semua nak, memang sekelip mata je leh dapat. tapi jangan plak ko mintak umah sebijik ke, kete lamborghini sebijik ke, mau kena pelangkong ngan ayah pulak pastu. hehehe~
bayangkan, masa aku dulu, nak mintak basikal, 6 bulan lepas tu baru dapat.
adik2 aku? hari ni mintak, esok dah dapat.
amacam? banyak beza tak?
memang tak dinafikan, cuma skang ni je ayah dah senang sket.
alhamdulillah la. ayah dapat jugak senang sket bila dah tua2 camni kan.
pulaknya, ayah ni jenis suka berkerja.
dan skang ni pon masih in service.
ishh...rasa lapar pulak.
nak pi cari makan jap la.