Followers

Friday, August 20, 2010

Anak mama dan papa dah 11 bulan. kejap je!

masa ni dia sebok dok kejar biasan cahaya kat karpet. tapi bila nampak aku kuarkan hp je, terus tersengih dan pose camni. haihh...mana la kamu belajar ni nak oi...

even tangan dalam mulut pon, still nak jugak beri pose. hehe.

hehe. sorang je yang betul jawab.

dari previous post.

jawapan: ada aircond dalm toilet.

pernah ke korang tengok toilet ada aircond? takat kipas tu biasa sangat dah. masa ni kagum tak abis2 ok. lokasi adalah di office pangkor laut resort di lumut. dahla wangi je dalam tu. siap ada aromaterapi bagai. best2.

terer aa eda. hehe. bagi yang teka pintu takde tu, pintu tu ada je.

*edited 09.45a.m: haha. masa aku post enri ni, baru perasan nano pon jawab betul. yela..2 orang jawab betul. hehe.

Pagi2 dah perah otak. Hehe.

cuba cari apa yang tak kena pada gambar di atas?

Thursday, August 19, 2010

Benci betul!

hari ni dah ramadan yang ke-9.

benci bukan sebab apa. tapi sebab badan ni lembik sangat. bayangkan, dari 9 hari ramadan ni, aku hanya dapat berpuasa penuh 3 hari saja!

3 hari. dah 6 hari tuang. haihh...

setiap pagi selepas sahur ok lagi. tapi bila nak mandi pagi je, SURE aku muntah berlambak2 stok kuar dari hidung dan mata merah2. dan automatik badan jadik lembik dan perut jadik kosong dan pedih. aaa...dahla tahun lepas tak berbayar lagi tuang 20 hari tu. ni tambah lagi 20 hari ke? matilaaaa~

camne ni korang... perlu ke aku amek vitamin tambahan atau ada petua apa2 ke untuk kurangkan loya yang melampau sepanjang ramadan ni. aku memang kalau hari2 biasa bukan bulan puasa sepanjang mengandung slalu amek kudap2 dan minum air slalu. tapi bila bulan puasa, tak dapat kudap2, automatik perut masuk angin dan tekak pon meloya sakan la. aku pon hari2 dok pesan kat baby, harini kita puasa penuh ye. kesian kat mama eh. mama nak puasa penuh tahun ni.

tapi resultnya, tetap hampeh. huhu.

Wednesday, August 18, 2010

Nice...huh!

Pagi2 dah wat kecoh aku ni. masa nak antar zaza pi ofis dia, memang dah dengar bunyi pelik2 kat enjin. tapi wat derk je la. pastu, disebabkan traffic light merah, aku pon off engine dan cuba untuk start semula tapi langsung tak dengar bunyi apa.

hek tidak, hok pon tidak.

aku idakle panik. sebab dah nak sampai office pon. tapi tu la...dah disebabkan aku block jalan orang lain, aku angkat but kereta. aku try pasang emergency light tapi tak jalan. takpela. takkan orang tak nampak but kereta aku menganga kat tengah2 jalan kan.

so, lepas angkat but kereta, aku masuk balek dalam kereta, tarik nafas dalam2. first, call ibu. tapi ibu cakap, dia takleh datang. ada orang nak datang umah amek kuih. ok, fine. second, call en alang. berdesup dia merempit dari kilang dia tu. third, call officemate. minta tolong sesiapa untuk tolakkan kereta aku ketepi dan tolong tengokkan apa yang tak kena.

okla. aku faham orang2 kat jalanraya tu bukan takmo tolong. tapi masa tu waktu puncak nak masuk office kot. so, semua tengah kejar lampu hijau je aku tengok. takkan tetiba aku nak tahan2 orang kan?

elok aku tengah termenung2 dalam kereta tu, ada sorang officemate aku yang baru nak masuk yard datang tolong aku. dan tiba2 ada pulak lagi 2 motor orang2 kat situ tolong aku tolakkan kereta. wah. tetiba pertolongan datang tanpa dipinta. so apa lagi, terus ucap terima kasih bertalu2. hehe.

bila diorang tengok kat enjin, rupa2nya plag bateri aku sudah longgar daa..tercabut. haha. aku dah tepuk2 dahi. kenapa la aku tak tengok dari awal kat enjin. sebenarnya, malas la nak tunjuk terror kat tengah2 jalan dok terjenguk2 kat enjin tapi sepatah apa pon aku tak faham pasal enjin. tapi, kalau pasal bateri, aku pro kot. haha.

so, diorang pasang balek plug tu, tapi still longgar. disebabkan aku keje kat tempat ramai engineer dan specialist yang terror2, haha. so diorang dengan sepantas kilat membantu ketatkan plug tu. terus selesai semua problem dan huru-hara yang aku bawak.

budak office datang sampai 4 orang. en alang pon yang merempit datang tu kesian la pulak. sebab elok dia sampai, masalah dah pon disolve dengan jayanya.

apapon, aku nak ucapkan sekalung penghargaan kepada mereka yang membantu aku kat tengah2 jalan tadi. pada strangers 2 motor tu, banyak2 la terima kasih. dan pada yang membantu mengetatkan plug bateri kereta tadi, terima kasih jugak. nak belanja makan, bulan puasa. hehe. nanti raya datang umah la ye. saya jemput ni.

:)

Tuesday, August 17, 2010

Anak manja papa

amboi..bukan main lentok lagi dia atas perut papa eh. jeles mama. hehe.

en alang tgh menyanyi ni. masa ni tengah tgk jangan lupa lirik. kita zoom sket. amboi2, selesa eh atas perut papa tu?

mama jangan jeles tau. khalish suka perut papa ni. gebuuu je. hehe.

Penggemar kucing

stacy! saya suka awak. tiap kali kalau saya nampak awak lalu lalang depan saya, mesti saya nak kejar. saya geramkan bulu awak tu...

awak pi mana stacy? ala...janganlah tinggalkan saya.

saya suka kucing. kucing umah saya ni tak manja. ada sesiapa nak beri kucing yang comel dan manja pada saya tak? 

Monday, August 16, 2010

Gelagat anak bujangku.

gelagat khalish bersama mr.Tt kesayangannya. mr Tt tu dah kaler itam2 kelabu ok. nak basuh minggu ni. haihhh...~
tengok video ni, rindu pula kat dia.. pada sesiapa tak dapat tengok video ni, maaf banyak2 ye. dan video ni tunggang terbali. maaf didahulukan. :)


I'm 29 and proud of it!

majlis sambutan kecil-kecilan dah diadakan sabtu lepas.
biarpon birthday aku dan anniversary ibu ayah jatuh pada hari ni.
sebab sabtu tu semua orang ada, lagipon adik2 aku yang belanja kek dan kfc untuk berbuka.
terima kasih adik2 ku! :)

choc cheesecake SR. sedap tapi memuakkan. besar ni pon makan hari nak abiskan. masih ada lagi kek ni dalam peti sejuk.

aku selekeh ya. maaf. biasala, dok umah, pakai kaftan je. ni pon berlari2 capai tudung tau nak amek gambar.


saling bersuapan. maklumla, dah anni ke-30 ni. oh. anni dan birthday aku memang sama tarikh, tahun je lain2. unik kan?

ini adalah saya di pagi isnin yang sebok dan ceria! alhamdulillah, cuaca pagi ni baik2, cerah dan sangat sunny. macam merestui bertambahnya umurku ini. ;)

tudung ini adalah pemberian puan dalie. cantek kan? oh lia, i really2 love this tudung. mengerlip2 glamer you. ;)

alhamdulillah, bila umur meningkat ni, dah macam2 perkara aku lalui. dan macam2 pengalaman aku tempuhi. semoga dengan bertambahnya umur aku ni, aku semakin matang.

en alang beri aku seutas jam tangan casio. ibu pulak beria2 kata hadiah aku dipostpone ke tarikh lain. hehe. tak payah hadiah pon takpela bu. asalkan ibu masak sedap2 hari ni. ;)

selamat ulang tahun ke-29 intan. semoga kau menjadi isteri dan anak yang solehah. amin.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...