Followers

Showing posts with label stacy. Show all posts
Showing posts with label stacy. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Penggemar kucing

stacy! saya suka awak. tiap kali kalau saya nampak awak lalu lalang depan saya, mesti saya nak kejar. saya geramkan bulu awak tu...

awak pi mana stacy? ala...janganlah tinggalkan saya.

saya suka kucing. kucing umah saya ni tak manja. ada sesiapa nak beri kucing yang comel dan manja pada saya tak? 

Friday, May 8, 2009

balek kamponggg!!!!!!

ho yeah lagi!
esok pagi2 balek kampung en alang.
mertua aku dah bising2 lama tak balek sana.
nak wat camne mak, menantumu ini sangat sengal.
3 bulan pertama takleh drive jauh2.
skang ni plak dah batuk2.
tapi, no more alasan dah.
memang kena balek jumpa mertua dah ni.

hehehehe.

tak sabar nak balek sana.
ingat nak ajak diorang pi mandi2 kat air terjun.
best ek. sejukkkkkk.....

tapi, mesti en alang tak bagi.
:(
dia tu macam2. semua pon tak boleh. tensen!

rasa excited macam nak balek kampong johor plak.
padahal, kat bruas jek.
sape2 nak jumpa kitorang, meh le kite wat janji jumpa kat ulu licin.
mesti besttttt!!!!!!!!!!

:D


sebelum kite berakhir, aku kepilkan gambar di bawah ini:


ini stacy. kucing iqa. nama je betina. tapi pangai macam jantan. asik terkinja sana, terlompat sini. takdenya nak jalan lenggang lenggok. mesti nak sprint je keje dia. macam kucing sasau pon ada. tapi, yang penting, aku sayang ini budak bulu. hehehe.

Tuesday, August 19, 2008

susah juga ye nak jadik mak kucing ni

rutin setiap pagi,

bangun pagi,
solat subuh.
masak air,
buat breakfast,
en alang siap2, breakfast,
en alang pegi keje.


pastu, bersihkan kandang ateh,
sapu2 sisa pasir yang berterabur,

ganti air dan makanan,

buang sisa2 buangan ateh,
bersihkan taik mata ateh,
cium2 dulu,

masukkan balek dalam kandang.


then,
pi mandi,
siap2 pi office,
sampai office,
start rutin kerja pulak.


*rutin pagi di rumah ini akan diulangtayang semula setelah pulang dari kerja. bezanya, rutin didahulukan dengan urusan ateh dulu, kemudian baru buat kerja2 rumah yang lain.*


see?
betapa seboknya aku pagi2.
mengalahkan macam aku ni ada 5 anak ok!
aku rasa, bela anak lagi senang kot dari bela kucing.
hmmm...~



sepanjang weekend,
stacy (kucing iqa) asik ajak ateh bergurau senda.
tapi ateh hati keras.
buat bodoh je.
stacy ni agak ligat, lompat sana, ambush sini...
ateh plak jenis slow-mo gitu.
bila stacy terkam ateh nak ajak bergurau,
ateh kuar kuku ajak gaduh plak.
tak ke haru.
huhuhu~


inila stacy!


kalau ikutkan firasat aku la.
aku rasa si ateh ni dah selesa hidup sorang2.
macam anak tunggal gitu.
mintak apa pon dapat.
tak biasa dengan kehadiran kucing2 lain.
actually, dia tak heran pon ngan kucing2 lain.
aku pon pelik.
dia lagi selesa dengan orang2 sekeliling.
pulaknya, dia ni jenis mengekor.
mana aku pegi, dia nak ngikut.
selalu jugak la terpijak kaki atau ekor ateh.
hehehe~




semalam,
tengahari dapat text sms dari wife sepupu aku, kaka mas mengatakan anaknya masuk ward kerana cirit-birit dan muntah-muntah.
dia minta aku temankan anaknya kat spital sementara dia balek umah ambilkan susu dan baju2 untuk tidor semalaman kat spital tu. sepupu aku tu plak takde, ada karnival sukan peringkat kebangsaan antara skolah teknik kat batu pahat plak tu.


aku ajak en alang pi skali ngan aku lepas ofis hour. en alang setuju. ye la kan, anak sedara faveret dia plak tu yang saket. huhuhu...~




inila budak kimi tu.
*gambar diambil dari majlis nikah aku 5 bulan lepas*


susah jugak la nak ambil hati budak ni.
memula2, dia tido,
tapi bila dia terjaga, ibu dia takde,
terus nangis2...
plaknya, dia ni jenis rebel.
huhuhu~ aku just buat tak tau je memula.
en alang suruh aku pujuk dia last2.
aku letak tangan kat kaki dia, dia tolak,
kat kepala, dia tolak jugak.
nasib la anak orang kan.
kalau la anak aku, memang dah kena dah.
hohohohoho!




chiqah. bersama pak cik faveretnya, ajik.
*apa kejadah ntah si ajik amek gambar mata tertutup. hoho*


kakak kimi ni, chiqah pon demam jugak. lesu je.
tapi dia ni tak banyak kerenah.
biarpon tak lalu makan nasi, pisang sampai 2 biji dia balun sorang.
pisang jenis besar2 plak tu.


kesian aku tgk budak berdua ni.
ingat, kalau kimi masih kat ward, nak pi tgk jap.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...