Followers

Friday, December 3, 2010

Putera kesayangan Papa

ke mana2 sahaja kalau boleh nak berkepit je. mama kadang2 jeles tau!

ala mama..janganla macam tu. khalish sayang dua-dua. sayang mama, sayang papa jugak.

tapi papa jarang ada masa kat umah. sebab tu khalish rindu papa terlebih sikit. hehe.

Thursday, December 2, 2010

Semoga ketemu kembali Jerejak. Kami akan merinduimu...

pagi esoknya, famili2 dan staff2 semua ada aktiviti jungle tracking lepas breakfast. dalam famili aku, en alang sorang je la pegi. aku ngan khalish lepas breakfast, temankan en alang sementara tunggu diorang jungle tracking dan lepas je diorang pi, aku ngan khalish balek bilik sambung ngorok. haha.

kami semasa tunggu en alang nak pi jungle tracking.

khalish sikit pon tak heran ngan kaera dah. sebok nak tengok kapal terbang berlepas.

kan aku kata aku dan khalish balek bilik sambung ngorok. eh, salah tu. aku kemas2 beg dulu, bagi susu kat khalish dan lepas je khalish tido, baru aku join tido. time kitorang tido tu dalam jam 9.30am rasanya. alih2 bila terjaga dah nak dekat kul 11am. gile ko...memang lena tak hengat la anak beranak. nak2 aku tutup semua lampu tinggal lampu toilet je ngan tutup tirai semua. gelap, sejuk je bilik tu. haha. elok aku terjaga dari tido, en alang ketuk pintu bilik. hoih. punyala malas nak check out waktu tu. ngan nak sambung berkemas lagi...sebab hari sebelum tu kan pi mandi pool. harusla baju2 semua tak berapa nak kering sebab sidai dalam toilet je. baju2 lembab masukkan dalam laundry beg dan sumbat dalam beg baju kotor. haha. en alang la kesian dok tarik beg dan dukung anak. aku lenggang kangkung bawak beg kecik2 je. hehe.

dah nak balek. sedih oooo..~

khalish muka macam tak rela tinggalkan resort. 

mama, bila kita nak datang sini lagi ya? entahla nak. tunggu siapa2 nak sponsor kita pulak kot. 

kat ruang menunggu berhampiran jeti. ada meja pool (snooker) dan ada mesin game tu. sementara nak tunggu bot, leh layan benda2 ni.

masa ni dah naik bot. 

konon2 nak amek gambar bertiga. tapi muka anak tak enterframe ye. huhu.

selamat tinggal jerejak.

khalish muka bosan. apsal ntah buat muka camtu.

dah sampai jeti penang. pelik oh. pegi rasa cam lambatnyaaa..balek rasa cepat pulak. huhu.

tetengah panas, beg yang berat dan dukung anak pulak. kesian en alang. tengokla muka dia bila aku minta dia posing. berkerut2. 

apapon, segala kenangan di jerejak akan kami ingat sampai bila2. pengalaman yang indah dan pastinya kami akan kembali ke sana bila ada masa dan peluang. :)

Masa untuk tidur!

sayang, jom tidor!

kejap ye mama. nak tengok tv. sekejap je!

mama pon jom la tengok tv sama2. janganlah tidor je.

ok. khalish janji lepas abis citer ni, khalish tidor ok. :)

Barbeque Dinner yang happening!

lepas siang tu ada sukaneka, petang tu aktiviti bebas. kami sekeluarga petang tu betul2 pengsan ok. mana taknya, lepas sukaneka terus lunch dan balek bilik mandi2, dan badan rasa selesa, terus tidor. elok terjaga masa tu azan asar kat tv. terus aku kejut en alang dan masa tu pon khalish dah terjaga, solat dan siap2 nak jalan2 kat area resort. memula tu okla jalan2 je. skali bila dah nak balek bilik, tengok kat swimming pool tak ramai orang. apa lagi, terus aku ngan khalish masuk dalam pool. en alang ditugaskan letak barang2 dalam bilik dulu dan amekkan towel. lepas dia amek semua tu, terus dia join kitorang mandi skali. best wooo..tapi takde gambar la sebab dah semua masuk dalam air kan. hehe.

malam tu ada barbeque dinner. jom layan entri bergambar plak. hehe.

siap2 nak pi makan bbq. tak sabar ok! dah terbayang2 lauk bakar2 ni. faveret!!!

en alang dan khalish kat depan blok penginapan kami.

budak ni tak sabar2 nak mamam. tengok la tu mata kemain terbuntang lagi excited. hehe.

ada macam2 makanan disediakan. tapi aku amek ni. nasi butter, salad sayur, kentang bakar, sotong bakar, ayam bakar, sosej bakar dan paling penting...LAMB BAKAR! hehe...

tetengah makan, tetiba ada muzik yang kuat. dan ramai2 orang eluar dari dewan makan. boleh aku terlupa malam bbq memang ada diorang buat persembahan api ni. terus laju je aku pi tengok diorang main sembur2 api dan pusing2 stick dan tali berapi tu. seram pon ada. enjoy pon ada.

kalau amek gambar, memang nampak api je la. tak clear sangat. aku ada amek video. nanti2 aku upload eh.

lepas je diorang buat persembahan, diorang offer bergambar. apa lagi, cecepat aku suruh en alang dan khalish amek gambar ngan diorang. tgk muka khalish, ketakutan tu sebab api kan panas dan muka diorang ni berconteng2. sib baik dia tak nanges.

lepas je tengok show, terus sambung makan. lepas je show api2 tu, ada live band pulak. enjoy la malam tu. rasa rileks je. betul2 percutian yang menenangkan.

sambil dengar live band, en alang dan khalish main tepuk2 tangan. kesimpulannya, kami semua happy sebab perut dan hati sangat kenyang. hehe.

Wednesday, December 1, 2010

Bila mat joyah berceloteh.


video khalish berceloteh happy. memula video ni memang senget, tapi saat ke-28 aku betulkan kamera. surprisingly, masa aku tangkap video ni aku tak perasan khalish cakap 'andai...' sebab sebelum tu aku cakap dia pandai. bila aku main balek video, baru perasan dia ada cakap camtu. aku cakap dia pandai pada saat ke-46 dan dia cakap andai pada saat ke-51. cubalah dengar! ntah2 aku yang salah dengar kot. hehe.

Sukaneka time!

sabtu tu, pepagi after breakfast ada sukaneka. ada macam2 game la. en alang sampai cedera kaki pasal tarik tali. hehe.

baru lepas sarap. muka kekenyangan.

khalish happy2 sebab dapat breakfast macam2.

dah ramai menanti kat tepi pantai untuk aktiviti.

budak kemaruk nak berjalan. susah woo..dahla jalan jatuh je sebab tanah tak rata. abis seluar kotor2. sib baik gak pakaikan dia seluar panjang.

abang botakku...

mak buyung sebok gak nak ada gambar. haha.

tarik tali. malas gile nak snap aktiviti sebab kena jaga anak kawan keje gak plus nak tengokkan si khalish tu. huhu.

puas berjalan ye anak. dari hujung ke hujung dia pi. kemain happy lagi.

mama nak snap gambar pon buat tak hirau je.

last2 papa amek rehat jap before futsal pantai, tidorkan anak. dah tu, khalish hampir2 nak gigit kaki baby yang aku jaga tu. bila tak bagi wahhh amukan bukan kepalang. terus tidorkan dia. senang citer. hehe.

penyampaian hadiah. en alang dapat jam tangan, bola ngan keropok kacang peas. hehe.

Tuesday, November 30, 2010

Malam Tema Beach Party!

petang dalam kul 5pm tu, ada aktiviti explorace. aku tak join la sebab pregnant kan. tapi aku ada la kat tepi pantai amek angin ngan khalish. tapi yang harunya, tak bawak phone pon masa kuar petang tu. so gambar satu hape pon takde.

malam tu ada malam tema, beach party. tapi aku susah nak cari baju. ada ramai yang cadangkan aku satu patern baju dress ni, tapi tahukah korang bahawasanya akak ni besar??? masuk tang bahu lepas tapi tang punggung memang fail. huhu. (sedar diri ini siapa...)

kat bilik baru lepas bersiap. khalish pakai baju memang masuk theme. tapi takde topi sebab dia memang tak suka pakai topi. boleh je kalau nak beli tapi kalau tak pakai buat apa kan?

pinjam baju ibu ni. sib baik la ibu ada baju blouse ala2 pantai ni. memang baju ni ayah beli masa dia kursus kat hawaii dulu.

en alang pon pakai baju pemberian ayah masa kat hawaii. feeling2 pantai gitu...~ masa ni dah lepas makan pon. khalish sebok merengek sebab dewan bising ngan sound system ngan orang karaoke lagi.

aku sorang je yang tak biru. haihhh.nak wat camne. baju pon baju pinjam. huhu.

ni bos dept aku wat performance karaoke. diorang satu family memang comel abis. bos aku nyanyi lagu 'when the lion sleeps tonight'. wife ngan anak2 dia menari kat belakang. cool! dan diorang menang nombor satu. oh, setiap staff kena nyanyi ok. aku nyanyi ayat2 cinta. fail! haha.

khalish sampai tertidor nak tunggu giliran mama nyanyi. ni dia baring atas kerusi je ha. 

papa mithali. tunggu anak tido sambil mama nyanyi2 kat depan.

selepas setiap staff nyanyi, kitorang kena cabut 2 cabutan. 1 untuk potluck yang mana kita akan beri pada family lain dan 1 lagi untuk lucky draw.

dapat hadiah potluck cadar single. thanks mokhtar dan kak mas sefamily!

untuk hadiah lucky draw kami dapat cash voucher jusco RM150. 150 ni hadiah terendah tau. ada yang dapat 200 dan 300. ada juga yang dapat voucher giant atau the store. ikut nasib la ni. kira ok la kan dari tak dapat apa pon?

Excited bila sampai sana...

sampai2 je jeti, tengok ramai dah staff lain dan family diorang yang dah sampai. aku tak sempat nak amek gambar jeti dan tempat tunggu tu sebab sebok tukar pampers khalish. sejak dari pagi tak bertukar pampers budak tu. elok je lepas tukar pampers, diorang semua pakat pi kat bot. sebab semangat2 nak pegi kan, harusla jeti yang panjang tu tak terasa jauhnya. hehe.

anak beranak happy2 bila dapat naik bot. khalish lagila excited. ni la pengalaman pertama dia dengan bot. kesian anak aku jakun je tengok laut sekeliling dia.

muka happy2 sebab tak sabar nak tgk jerejak resort tu.

ha..tu yang ada bangunan2 tu penang la tu. fyi, dari pantai jerejak resort tu sendiri leh nampak clearly penang tau. siap kapal terbang berlepas kitorang leh tengok. 

dah sampai jeti resort. yeayyy!!!!

jalan kaki nak ke resort adalah mengah juga. tapi sebab excited, tak terasa penat ye puan2. hehe.

dah sampai lobby. masa untuk ambil kunci bilik! yang aku tandakan arrow tu, tu adalah beg2 yang kami bawa. ada 3 beg dan satu bekas susu khalish.

khalish ralit tengok lampu dan kipas besar kat lobby resort..

bila dapat kunci bilik, apa lagi, moh le kita ke bilik merehatkan badan. bila en alang tengok je pintu bilik, boleh dia kata apa, yang..apsal bilik ni kecik? eh, laki aku ni, baru tgk pintu bilik dah tau ke bilik tu kecik mana? skali bila masuk...haa...kekaguman ok!

tengok ruang bilik ni. luas kan? nampak tenang je!


rak yang menempatkan almari baju dan tv serta aircond. hehe.

meja solek.

ruangan ni kat depan tilam extra tu. memang luas abis la bilik ni. nak letak tilam extra lagi 2 bijik pon boleh.

ni kat bilik air pulak. pemandangan sinki.

shower bagaikan mandi air ujan. sorga!!!

toliet bowl. haha. ni pon nak amek gambar ye puan2.

sebabkan budak ni dah berpeluh2 sebab dari pagi pakai baju yang sama, kita bukakkan baju dan seluar tinggalkan pampers je dan mainla ko pusing2 katil sampai lebam eh nak. hehe.

muka ngantuk. tapi boleh dia tak tido sampai ke malam? itupon bila dah malam kitorang nak tido baru la dia reti nak tido. haihhh~ itupon sebelum tido layankan jugak tanyalah ustaz (ulangan) tetengah malam sebab budak ni suka rancangan tu. 

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...