Followers

Friday, July 22, 2011

Tag: Draw and describe yourself

Kena tag by Alia.
biarpon aku nombor ke-62 dia tag, takpela...ku buat jugak sebab nampak fun!
:)


This is me today. Aku tau korang tengah gelak kaw2 punya sebab lukisan aku buruk. yela...aku memang tak reti lukis2 ok!

1. Harini pakai apa yang sempat capai sebab leka main dengan jaz sampai lupa nak gosok baju kurung.
2. tudung kelabu, baju biru, seluar hitam??? hahahaha~
3. baju ni sebenarnya adalah baju maternity. tapi boleh je pakai di hari tidak mengandung. :)
4. motif tangan letak belakang? sebab tak reti lukis jari2 ye puan2. hehe.
5. terlupa nak letak ada garis reben hitam kat tengah2 baju. kira halal la ye.
6. tudung tu kelabu bercapuk2 hitam sebenarnya. tapi tak reti nak buat kaler capuk2 tu.
7. muka harus bulat sebab saya adalah boooolat! :)
8. seluar hitam tu 'tersarung' ibu punya. bila sampai ofis baru sedar yang seluar ni senteng sket. huhu.


haha. ntahape2 je aku describe diri aku. so...giliran korang pulak ye buat tag ni! :)

mereka2 yang bertuah adalah.......









KAMU SEMUA!
ye...KAMU YANG MEMBACA, MENGOMEN, LALU-LALANG DI SINI!!!
KAMU!!!!

:)


sila la ye buat tag ni. seriously...benda ni fun! :)

Talian terganggu buat sementara waktu.

Pagi ni sebok sket. Tgk la karang2 kalau ada masa aku update k. :)

Thursday, July 21, 2011

Jazly mamam biskut Milna.

mengikut tradisi abang khalish. makan dalam walker. haha.


perasan tak kepala dia bertoncet tu?


sangat gorgeous comot!


mama ni...orang nak makan la...sebok je!


makan bersungguh2...Jaz memang suka makan! :)






Pemenang saguhati #2: zilahdaud.blogspot.com


 Khalish : Adik, tengok ape tu?.. Jom kite 'paw' mama, beli toys nak tak?? Nanti boleh main sesama..



Jazly : Uishhhh.. tak nak le, adik ingat nak 'paw' solivite je... mmmm mesti sedap..



Khalish : Eiiii.. adik nih tak dengar cakap abg ye.. degil ye.. geramnye.. kan dah kena...

Jazly : aduihhh.. nanti arr.. ngadu kat mama..


tahniah kepada zilah. rezeki anak dalam perut tu agaknya kan? hehe. butik acal tak tambah stok lagi ni. bila la agaknya...tak dapat nak janji. sales tu ada la jugak tapi slow sket bulan ni. maybe tunggu lepas raya kot baru berani nak tambah stok lagi. sebab skang ni nak raya dan puasa kan... faham2 je la.


ni blog zilah...check it out ya! zilahdaud.blogspot.com







Kita BAKOR je!!!!




*gambar ulangan semua ni*


Adik2ku...Jom kita bakor2 weekend ni? Sebelum ramadhan menjelma...nak tak?




Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday (Pekena Soto di Larkin. Mmmmm...Dapnye!!!)






Tuesday, July 19, 2011

Butik ACAL Gift Voucher

Khas untuk mereka yang memenangi contest Butik ACAL minggu lepas.



*sape2 yang menang haritu tapi tak received email dari aku, meh amek dari sini je ok. tapi rasanya semua dah dapat kot. 
** aku kenal ok sape yang menang contest aritu. jangan pulak ada yang menyamar pemenang dan guna voucher ni. hehe.






Monday, July 18, 2011

Atok Abbas dah takde...~

Al-Fatihah.
pemergiannya tidak disangka2. cara pemergiannya pon sangat mudah. semoga arwah Atok dicucuri rahmat. Kehilangan Atok amat kami rasai. Raya tahun ni pasti berbeza tanpa kehadiran Atok.

:(
Rindu Atok.

Rindu nak dengar suara Atok.
Rindu nak tengok Atok senyum tiap kali aku lalu depan dia.
Rindu nak bau tembakau cap nenas tiap kali berada dekat dengan Atok.
Rindu nak pegang tangan Atok.
Rindu nak tengok Atok senyum2 malu tiap kali aku cium dia.

Atok....Lin minta maf tak dapat ziarah Atok.
Tak sangka Atok pergi di negara orang. Tapi Lin kagum Atok tak susahkan sesiapa masa Atok meninggal sebab Atok pergi dalam tidur. Ibu bilang Atok nampak tenang sekali.

InsyaAllah kalau ada rezeki, Lin ziarah Atok di kubur ya.



Atok Abbas bin Awang.
1.1.1927 - 15.7.2011
Cause of death: Pneumonia.
Place of Burial: Chua Chu Kang Government Cemetery, Singapore.

Atok yang cool. Lin rindu Atok. Semoga Atok tenang di sana.


Aku tak dapat masuk Singapore sebab passport aku dah mati. Ayah, Iqa, Ajik dan Zaza pon passport dah mati. Memang kitorang tak ready langsung la sebab Atok sehat2 je. Benda nak jadi kan? Lagipon, Atok dan Nenek stay kat JB. Just pi Singapore tu nak lawat cucu. Atok warganegara Singapore. Nenek citizen Malaysia. Maybe memang Atok dah rasa masa dia nak sampai sebab tu dia ke Singapore. Alhamdulillah semua dah selamat. Ibu sahaja yang sempat tengok arwah Atok diuruskan dari mandi hingga selamat dikebumikan.

Kami sekeluarga tetap turun JB biarpon tak dapat masuk Singapore. Takpe. Ada rezeki raya nanti turun sana.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...