Followers

Monday, July 18, 2011

Atok Abbas dah takde...~

Al-Fatihah.
pemergiannya tidak disangka2. cara pemergiannya pon sangat mudah. semoga arwah Atok dicucuri rahmat. Kehilangan Atok amat kami rasai. Raya tahun ni pasti berbeza tanpa kehadiran Atok.

:(
Rindu Atok.

Rindu nak dengar suara Atok.
Rindu nak tengok Atok senyum tiap kali aku lalu depan dia.
Rindu nak bau tembakau cap nenas tiap kali berada dekat dengan Atok.
Rindu nak pegang tangan Atok.
Rindu nak tengok Atok senyum2 malu tiap kali aku cium dia.

Atok....Lin minta maf tak dapat ziarah Atok.
Tak sangka Atok pergi di negara orang. Tapi Lin kagum Atok tak susahkan sesiapa masa Atok meninggal sebab Atok pergi dalam tidur. Ibu bilang Atok nampak tenang sekali.

InsyaAllah kalau ada rezeki, Lin ziarah Atok di kubur ya.



Atok Abbas bin Awang.
1.1.1927 - 15.7.2011
Cause of death: Pneumonia.
Place of Burial: Chua Chu Kang Government Cemetery, Singapore.

Atok yang cool. Lin rindu Atok. Semoga Atok tenang di sana.


Aku tak dapat masuk Singapore sebab passport aku dah mati. Ayah, Iqa, Ajik dan Zaza pon passport dah mati. Memang kitorang tak ready langsung la sebab Atok sehat2 je. Benda nak jadi kan? Lagipon, Atok dan Nenek stay kat JB. Just pi Singapore tu nak lawat cucu. Atok warganegara Singapore. Nenek citizen Malaysia. Maybe memang Atok dah rasa masa dia nak sampai sebab tu dia ke Singapore. Alhamdulillah semua dah selamat. Ibu sahaja yang sempat tengok arwah Atok diuruskan dari mandi hingga selamat dikebumikan.

Kami sekeluarga tetap turun JB biarpon tak dapat masuk Singapore. Takpe. Ada rezeki raya nanti turun sana.

7 comments:

  1. Salam, lama tk jenguk ko ni kure2. Alfatihah..

    ReplyDelete
  2. salam takziah intan.. alfatihah buat atok...

    sama ngan saya atok nenek semua da takde.. raya ni paling sedih semua dah takde...

    ReplyDelete
  3. Takziah...semoga intan sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  4. *al-fatihah* takziah untuk awak dan family

    ReplyDelete
  5. salam takziah..\
    semoga roh nya dicucuri rahmat.\

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...