Followers

Friday, April 16, 2010

update terbaru. eh. ni citer semalam.

semalam pi klinik bawak khalish.
sempena pemeriksaan bulan ke-7 ni kan.
ok la...khalish tak wat pangai yang bukan2.
cuma dia dok usha sorang nurse ni kemain lagi.
memula dia tenung nurse tu. nurse tu ajak main tapi jual mahal.
sekali, bila nurse tu dokong je, terus sengih2.
macam dia plak yang kena ngorat.
haihhh...
anak, anak.

berat dah 8.1kg.
tinggi 68cm.
tang berat tu memang tak leh blah la.
memang skang ni kalau en alang nak angkat khalish dari cot pon,
mesti akan kedengaran 'mmphh', 'aaahhh'.
en alang sendiri tak larat.
apa lagi aku ni.
tak kesahla khalish berat berapa pon.
asalkan dia sehat dan happy2 je.

wiken ni memang tak jadi turun kl.
sebab ayah, zaza ngan ajik balek sini.
dan maybe akan turun taiping kot wiken ni.
tgk dulu camnela....
:)

happy wiken korang!

mereka yang prihatin.







mereka2 ini sangat prihatin.
anda bagaimana?

*klik imej untuk lihat dengan lebih jelas*

bukti khalish tido lasak.

lasak kan?
habis tunggang terbalik bear2 dia.
:)

Thursday, April 15, 2010

khalish dan kak mis, the babysitter

kamu permata hati kami. sungguh kamu sangat istimewa di mata kami.

semalam.

petang macam biasala. lepas balek dari keje, amek khalish dan balek umah.
main2 dengan dia. bergurau senda.
geletek2, main cium2.

sedang main cium2 tu,
tetiba hati terusik.
betapa bertuahnya aku dikurniakan anak sebegini indah.
betapa tuhan berkati kami pabila dikurniakan seorang zuriat yang sempurna.

dan aku menangis.
bila terkenangkan
betapa teganya mereka yang membuang bayi.
betapa kejamnya mereka sanggup mendera kanak-kanak.
betapa angkuhnya mereka pabila menidakkan hak seorang anak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini.

kasihan anak-anak itu.
diperlakukan sebegini rupa.
dizalimi dengan pelbagai cara.

khalish tatkala itu, sangat keliru.
aikk? tadi mama happy2, nape mama nangis?
seperti dia mengerti, dia tepuk2kan tangannya pada pehaku.
sambil tersenyum seolah berkata,
takpe mama, kawan2 khalish yang tak bernasib baik tu gembira di sana.
mereka sedang riang bermain bersama2.

semoga Allah berikan balasan yang setimpal pada mereka yang tidak berhati perut itu.
hanya Allah sahaja yang bisa memberikan hukuman yang adil.

kepada anak yang bernama Khalish Dani Fitry,
kamu bertuah kerana lahir dalam keluarga kami.
insyaAllah kami akan menjagamu dengan penuh kasih sayang.
kami akan berikan kamu ilmu dunia dan akhirat.
kami akan sentiasa bersamamu di kala kamu senang dan susah.

kami sayang kamu.

dan jawapannya adalah!

ada yang jawab betul.
ada yang tak de klu langsung kat celah mana serangga tu.
;)


jawapan dari fb.


jawapan dari blog. haih...tak dapat sambutan ye puan2 dan tuan2. ;)




antara rupa2 serangga daun yang boleh dilihat.
(pictures: credits to mr.google)

aku nak cerita panjang lebar pasal serangga ni, idokle reti bebenor.
oleh itu, aku wiki,
dan copy paste kat sini untuk pengetahuan bersama.
(info: credits to mrs. wikipedia)


The family Phylliidae (often misspelled Phyllidae) contains the extant true leaf insects or walking leaves, which include some of the most remarkable leaf mimics in the entire animal kingdom. They occur from South Asia through Southeast Asia to Australia. At present, there seems to be no consensus as to the preferred classification of this group; some sources treat Phylliidae as a much larger taxon, containing the members of what are presently considered to be several different families. It is used here in its most restricted sense.[1]

Leaf insects use 
camouflage to take on the appearance of a leaf. They do this so accurately that predators often aren't able to distinguish them from real leaves. In some species the edge of the leaf insect's body even has the appearance of bite marks. To further confuse predators, when the leaf insect walks, it rocks back and forth, to mimic a real leaf being blown by the wind.[2]


kat sini ada serangga. korang carik la.

pagi2 dah mintak korg perah otak.
:)

pagi ni nak bawak khalish pi klinik. 
pemeriksaan 7bulan.

eh, kena cucuk ke ek?
tak ingat la apa nurse cakap 2 bulan lepas...
huhuhu~

Wednesday, April 14, 2010

i love you sayang...


rindu abang.
biarpon hari2 jumpa.
biarpon hari2 makan bersama.
biarpon hari2 tidor bersama.

hati tetap rindu.
mungkin kerana masa terlalu cemburukan kita.
sentiasa tak cukup.
dulu masa yang ada hanya untuk abang seorang.
sekarang terpaksa tunggu giliran.
beralah demi anak bujang kita.

semoga pengorbanan abang, pengorbanan kita ini berbaloi.
semoga anak bujang kita membesar menjadi anak yang berguna.

:)
semoga rindu ini menjadi ubat suatu hari nanti.

menginjak usia 7 bulan pada selasa depan.



apa yang telah dicapai/disukai anak kecil ini?

1. dah boleh tiarap.
2. dah bolek golek2.
3. dah boleh golek2 both ways. kiri dan kanan.
4. makan sket2. mostly yang masam2 dia suka la.
5. dah start angkat bontot bila tiarap. ada gaya nak merangkak pon ada.
6. gelak besar bila digeletek.
7. gelak terkekeh2 bila kena cium bertalu2.
8. sangat sukakan zikir. terutamanya "La Ilahaillallah...Muhammad Ya Rasulullah"
9. dah boleh menyusur sket2. terutamanya kalau nak grab remote astro.
10. ramai kata khalish tidor sopan. hakikatnya, dia suka menginjak2 badannya ke atas.
11. tak pandai nak lasak2 dalam cot sendiri. kalau atas katil mama papanya, laju je golek2.
12. tidur semakin teratur. alhamdulillah...
13. sukakan lagu ABC. tapi prefer zikir jugak.
14. pocoyo adalah kartun faveret.dan video clip yang ada gadis2 genit. haihhhh~
15. sangat sukakan nama penuhnya. akan tersenyum lebar bila dipanggil full name.

ada banyak lagi kot. tapi otak mamanya jem. hahahaha~
takpela. 15 pon dah banyak.
sape sangka kejap bebenor dah 7 bulan.
dah panjang sangat anak tu. ramai sangkakan khalish 9-10bulan.
anyway, khalish lagi tinggi dari sepupunya yang umur setahun lebih tu.
hahahaha~

ikut genetik sape la tinggi2 ni.
;)

he love it when we call him with his full name...

khalish dani...


FITRY!


pastu pose malu2. hehehe. pemalu gak anak bujang ni rupanya...~

Tuesday, April 13, 2010

selamat malam semua! =)



khalish dah tido.
awal dia tdo malam ni.

ntah apa yang penat sangat agaknya.
bagus jugak khalish tdo awal.
aku ngan en alang leh la manja2 lama sket.

:)
nite2!

hahaha. entri buang masa.


saje je buat entri ni.
sebab tadi tgk kat nuff, ada sorang je yang jenguk blog ni pukul 3pm tadi.
konon2 buat entri ni nak naikkan traffic balek

entri sengal. dari blogger sengal.
;)

jangan marah haaa....~

patot ke tak turun KL sabtu ni?

dalam dilema...
nak turun kena pakai duit.
duit plak nak datang dari mana plak ni?

haihhh...
sebab aku tau...diri aku ni kalau berjalan, memang banyak pakai duit ok.
kejap2 nak air. kejap2 nak makan.
jalan sana sini FOR SURE akan terkenan satu dua barang.

bila aku cakap malas nak turun kl kat ibu,
ibu dah macam hampa.
suara start slow. macam harap sangat kitorang anak beranak pi kl tu.
huhuhu.

ni betul2 ditelan mati mak, diluah mati diri sendiri.

apa pendapat korang?
atau korang leh wat tabung kecemasan untuk kami sekeluarga.
hahaha. gile apa wat tabung kecemasan untuk kami bersuka ria?
oh, isnin ni perak cuti yo!
birthday sultan perak.
Daulat Tuanku!

khalish dah besar nanti nak jadik formula 1 racer boleh tak mama?












bersnap2 sementara tunggu maksu beli slurpy.
masa ni baru lepas hantar tok ibu kat stesen bas.
:)
mama saya half day jumaat haritu semata2 nak jaga saya.
kebetulan dah abis audit, makanya mama saya ada la masa free untuk saya.

mama, bila nak jalan jauh2 lagi ni?
khalish teringin nak bawak kereta....

Monday, April 12, 2010

lepak2 dan makan2 kat johnny's

lepas je abis amek exam,
aku dah letih sangat2 dah sebenarnya.
dah tak larat nak heret kaki ke ipoh apatah lagi nak ukur JJ tu.

tapi, en alang kata,
dah alang2 dekat ni yang, jomla jalan2 kejap.
bagi khalish tu tukar angin pulak.

okla..okla...dalam keterpaksaan, (ecewahhh!)
ke JJ Ipoh la kite...

sampai2 je, terus pi washroom tukar baju dan bagi segarkan sket muka.
lega gile dapat tukar baju, 
sebab baju kurung sebelum tu dah peluh2...

bila dah siap semua,
baru pikir nak makan apa...
yang penting, aku takmo fast food.
nak mamam nasi goreng. tapi takmo food court. dah boring.

jadinya, kami ke johnny's.


berdua. dah lama tak amek berdua cenggini.
err...korng pasan tak, kalau aku pakai tudung itam, tetiba je muka aku jadik kecik.
padahallll.....
hahahaha!


tuan kecik keletihan. cian dia.



mine. nasi goreng halia. dap, dap, sedap!



nasi daging en alang. tak sedap ok! huhuhu~



kepak ayam kegemaran. lepas makan je rasa nak terbang2. ni teringat2 lagi ni.



palm in syrup. aku ingatkan apa la. rupanya nangka yang diracik2 bubuh dalam ayaq manis. hahaha.



tembikai susu bersagu. sedapppp! 

dan air masak. takkan air masak pon nak amek gambar ye dak?
hehehe.

nape kami tak amek steamboat?
sebab malas.
nak tunggu2 sup didih la, nak celup2 la...
ala carte sudeyyyy...

tapi tu la. kat johnny's ni tinggi sket la harga nya.
sebab portion dia tak banyak.
tapi, paling aku suka kepak ayam.

ada sesape nak blanja aku kepak ayam johnny's?

status FB: 9.25am. Exam SPA kul 9. Jem gila babi. Haih. Takdak rezki.

kitorang dari sitiawan pukul 7am.
kalau nak diikutkan, jam 8.10-8.20am tu dah boleh sampai dah.
tapi kat highway sitiawan-ipoh, jalan slow. kereta banyak gile!
semua2 ni nak pi amek exam kah? huhuhu~
pulak tu, bila sampai pekan gopeng, jem tak hengat.


terpaksa potong queue. korang bayangkan, ada 1 lane je nak belok ke jalan masuk ke matriks gopeng ni. boleh jadik 3 lane kat sini. haihhhh~


baru sampai kat simpang ni, jam dah nak kul 9am. exam start kul 9am ye puan2 dan tuan2.


budak bujang ni baru bangun dari tidor kat belakang. papa dia tak sampai hati, amek dan pangkukan.


masa ni dah happy2. hahaha. gile keji takmo amek exam. tapi en alang dok pesan banyak kali. kite pi je tgk dulu camne. mana tau lepas simpang ni, jalan ok ke...

ok. kami pon teruskan je la perjalanan.
:)

budak bujang bertuah tu dah melentok2. kesian en alang kena layan kerenah anak bertuah tu. dok menginjak2 badan yang mantap, penat en alang.


korang tengok je la. dah masuk jalan yang sempit. tapi kereta bersusun2 lagi. masa ni hati dah berbunga2 riang. pale otak dah pikir nak lepak kat JJ ipoh je. hahahaha!


tengok. dah kul 9.20am. wah. ada can tak jadik amek exam ni.
;)


last2, dapat jugak jejak kat matriks perak ni. kolej ni besar. tapi panas. sebab pokok2 macam sikit je kat area ni.

dah pukul 9.45am. 1 paper dah melepas. 

exam SPA ni ada 6 kertas tau. so, bila pikir2 balek, dah abes 1 paper, mesti fail jugak kalau amek paper lain jugak.

tapi, bila sampai2 je kat parking lot, semua orang berpusu2 naik tangga pi kat dewan. wah!!! ramai gile yang satu nasib ngan aku. kat dewan aku je ada 5 orang yang senasib. sampai2 je, terus merayu kat ketua pengawas. minta jawab 1 paper tu pada masa lain.

nasib baik ketua pengawas tu baik hati. dia kata ok awak semua boleh amek paper 1 masa rehat kul 1-2ptg nanti. wah! tak sangka senang je leh dapat persetujuan.

(tapi dalam hati macam...ALAAAA....nak pegi JJ....)
hahahaha!

terus duduk kat kerusi diam2, dan sms sembunyi2 kat en alang yang aku dapat amek exam. aku pesan macam2 supaya jaga khalish elok2. kalau panas, please lepak2 je dalam masjid.

aku ni bukannya boleh. kesian kat suami. kesian kat anak. korang bayangkan, paper maths tu aku jawab 30minit je. terfikir anak yang berpanas. kesiannnn...laju2 ok aku jalan. abis satu paper, aku jenguk, abes satu lagi paper, aku jenguk lagi.

masa ni baru abis jawab kertas esei bahasa melayu. sape sangka aku dalam otak jem2 ni pon leh jawab 4 muka surat penuh u ollssss!!! hahaha. budak sebelah2 aku dok jeling2 aku je. ntah jeling jeles atau jeling kagum. (sila masuk bakul angkat sendiri eh)


dah abis amek exam. snap2 gambar alatulis. pencil case mamee ni percuma beli mamee paket banyak2 tu. tak sangka ada jugak guna pencil case ni pada saat2 kecemasan.

:)
kesimpulannya, aku dapat amek exam SPA aritu.
dan harap2 lulus with flying colors!
;)

bila orang tu angaukan Khalish...




princess_N buatkan.
ada 4 semuanya.
tapi aku tayang 2 je ek.
lagi 2 tu buat hak eksklusif kami la ye.

thank you very much N!
kitorang suka sangat2.
en alang sampai ternganga2 tengok hasil kerja N ni.
hehehe.

Sunday, April 11, 2010

budak berpipi shin chan

bila tdo terhenyak macam ni, automatik je pipi khalish jadik macam pipi shin chan. hehehe~


pipi bam2. gerammm!!!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...