Followers

Thursday, April 15, 2010

kamu permata hati kami. sungguh kamu sangat istimewa di mata kami.

semalam.

petang macam biasala. lepas balek dari keje, amek khalish dan balek umah.
main2 dengan dia. bergurau senda.
geletek2, main cium2.

sedang main cium2 tu,
tetiba hati terusik.
betapa bertuahnya aku dikurniakan anak sebegini indah.
betapa tuhan berkati kami pabila dikurniakan seorang zuriat yang sempurna.

dan aku menangis.
bila terkenangkan
betapa teganya mereka yang membuang bayi.
betapa kejamnya mereka sanggup mendera kanak-kanak.
betapa angkuhnya mereka pabila menidakkan hak seorang anak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini.

kasihan anak-anak itu.
diperlakukan sebegini rupa.
dizalimi dengan pelbagai cara.

khalish tatkala itu, sangat keliru.
aikk? tadi mama happy2, nape mama nangis?
seperti dia mengerti, dia tepuk2kan tangannya pada pehaku.
sambil tersenyum seolah berkata,
takpe mama, kawan2 khalish yang tak bernasib baik tu gembira di sana.
mereka sedang riang bermain bersama2.

semoga Allah berikan balasan yang setimpal pada mereka yang tidak berhati perut itu.
hanya Allah sahaja yang bisa memberikan hukuman yang adil.

kepada anak yang bernama Khalish Dani Fitry,
kamu bertuah kerana lahir dalam keluarga kami.
insyaAllah kami akan menjagamu dengan penuh kasih sayang.
kami akan berikan kamu ilmu dunia dan akhirat.
kami akan sentiasa bersamamu di kala kamu senang dan susah.

kami sayang kamu.

6 comments:

  1. tersentuh tgk gambar bayi yg dibuang dalam sungai semalam dalam utusan...sedih.

    ReplyDelete
  2. ye khalish..bersyukurlah lahir dalam family penyayang =)

    ReplyDelete
  3. btul tu..sgt bertuah anak2 yg dikasihi ibu bapanya..

    sama2lah kita menjaga, mendidik anak2 dgn sebaik mungkin.. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. betul-betul... untung khalish ada ibu bapa yg sgt baik dan sangat sayang padanya.

    skang ni, amy dah jarang tengok berita. tak sanggup nak dengar kes-kes org buang and dera bayi.

    ReplyDelete
  5. sebak bila baca... mmg sgt sedih tgk baby yg kena buang.. yg buang tu mmg takde perasaan btol.. binatang pun syg anak..

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...