
en alang kena pergi JB seminggu.
ada kerja/kursus kat sana.
inilah perpisahan kami yang sulung dan paling lama sejak berkahwin.
sedihnyeeeeeeee...........
ye. mesti korang kata aku ngada2 kan?
tapi, nak wat camne yang...
memang kitorang tak pernah berenggang.
semalam petang baru aku dapat tahu dia kena pi JB.
aku ingatkan stakat 2-3 hari je.
ni sampai seminggu.
haruskah aku meroyan?
NO..NO..NO!
aku merelakan.
biarlah.
dia cari pengalaman dan belajar dari negeri orang tu.
malam tadi,
aku saje je usik2 en alang...
"B, nanti seminggu kan B tak dapat makan masakan ayang"
"kalau abang takde, sape nak chargekan phone ayang?" ~ en alang selalu aware phone aku habis batt. memang slalu dia yang chargekan phone aku. aku ni pelupa. huhuhu~
"nanti mesti B lupa ayang kan? yela, awek JB kan gerek2"
en alang hanya jawab satu je...
"ayang niiii!!!!!!! janganla! nanti abang cancel je trip tu karang"
hahhahaha!
jahat kan aku?
suka2 je usik dia.
fyi, skang ni ateh takde ngan kitorang.
ateh ada kat umah ibu.
ibu yang beria2 suruh tinggalkan dia kat sana.
sebabnya?
ateh sangat senang nak dibela.
ibu dan adik2 aku semua suka kat dia.
tak banyak kerenah.
cuma satu je habit ateh ni...
suka menghilang senyap2.
memang letih nak mencari lepas tu.
so, dalam seminggu ni aku akan melepek kat umah ibu je.
ye la kan, maunya aku meroyan sorang2 kat umah tu, takde kawan.
dahla ahad dah nak pi,
balek sini tak tau pulak hari apa...jumaat ke, sabtu ke..ahad ke...
haiihhhh....