Followers

Friday, February 20, 2009

minum soya, makan raisin.

pagi ni rasa lega.
bila semua dah 'all-out',
terus rasa cergas.

dan boleh minum susu anmum semula.
semalam tak minum langsung susu. tekak betul2 tak nak terima apa2.


kesian en alang.
smalam aku marah2 dia.
dah memang hormon aku tak menentu skang ni kan.
boleh plak dia letak kunci pintu belakang kat tempat tak sepatutnya.

masa tu dah start ujan.
aku teringat selimut kat luar tak berangkat.
puas cari kunci mangga, tak jumpa2.
memang saje nak buat aku hangin la kan.
cepat2 call dia. dah la ujan agak lebat masa tu.
tanya mana kunci, dia cakap atas kotak suis.
apa kebenda kunci tu buat atas kotak suis tu?
selama ni, kitorang memang letak dalam bakul kunci semua kunci2 kat umah.
senang nak cari. satu tempat je.

lepas tu,
puas la aku bebel2.
en alang minta maaf berkali2.
aku malas nak layan, letak phone je.
dia balek, aku buat tak tau.
dia dah mandi wangi2, baru datang kat aku.
senyap2 nyusup kepala dia kat atas riba.
aku wat bodo je.
malas nak layan.

en alang ni suka bergurau.
bila dia dah start ngan lawak2 dia tu,
memang aku tak tahan.
memang akan tergelak.
so, tak jadi marah.
tapi aku denda dia masak nasi sendiri.
huhuhuhu.

dah aku tak larat kan,
memang melepek depan tv je la keje aku.
lepas solat pon, cepat2 aku baring.
tak tahan pening.

dan skang,
kalau tgk tv,
aku bukak volume rendah je.
kalau tak, macam ada home theatre kat umah tu.
berdentum dentam.

ofis sunyi sepi.
semua orang pi kapal.
aku je dok ofis. boringgg!!!!

tajuk takde kena mengena.
cuma itu je aku lalu pagi ni.
huhuhuhu.

Thursday, February 19, 2009

nyampah tau!

call en alang nak ngadu tak lalu makan,

"b, dah makan?"
"tak lalu la b..camne nak makan?"
"ala, b paksa2 la makan. jangan ikutkan sangat tekak tu"
"dah takleh nak masuk, abang nak tadah muntah ayang ke?"
"ok la..okla..."

"b, b ni kalah dengan baby ek"
"kalah apa?"
"ye la, ikut sangat selera baby dalam perut tu"
"mana ada! dah takleh nak makan. nak wat camne?"
(dah geram dah masa nih)
en alang gelak2.
aku letak phone. macam tu je.


sentap wei.
ada kata aku kalah ngan baby?
huishhh. takleh jadi ni.
kena paksa diri makan jugak ni.

asik nak kuar je, bila nak masuk?

sejak semalam tak rasa nak makan.
ni la kot yang diorang kata2 tu.
ada satu tahap memang tak lalu nak makan.


macam malam tadi,
lepas abis citer geng tu,
pi lepak kat secret recipe.

aku amek chiken gordon bleu,
en alang amek chicken chop.

setelah setengah jam,
makanan en alang, licin.
makanan aku, tak berusik.
aku cuma tolak2 fries dalam mulut.
tu pon secara paksa.
tapi tang ayam tu, memang tak lalu.

terpaksa bungkus dan en alang panaskan buat breakfast dia.
aku paksa dia makan.
sebab aku tak lalu nak makan.


dan pagi tadi,
rasa isi perut ni macam menolak2.
keje aku pagi tadi,
asik berkejar2 dari katil ke toilet.
bukan makanan pon yang kuar,
asik2 air je.

so, hari ni aku amek half day pagi.
post sebelum ni adalah auto publish.

lepas je rasa perut ok,
pi buat megi, rebus telur.
ngadap rachel ray show.
abis je rr show tu,
aku siap2, terus pi keje.
note: ofis ngan umah 5 minit je.

elok je sampai ofis,
bos aku sengih2.
"takpe2, kami faham"
ok.
disebabkan bos aku dah tau aku ngandung,
jadinya, kalau aku amek half day atau mc,
memang dia ala2 tak kesah skang ni.
huhuhuhu.

baru sat2 ni dapat bekal nasi dari ibu.
ibu masakkan ikan goreng ngan telur itik masak lomak cili api.
sedapnyeee...
tapi, malangnya,
aku takde daya nak sumbat mulut ni lagi.
rasa2 tunggu la kul 4-5 nanti kot.

tak tau nak wat camne.
kismis tu dah 2 kotak kecik aku telan.
sebab tak lalu nak makan apa2,
itu je aku lalu.

haiihhhh...

terharu...

pada korang2 yang ucap selamat dan tahniah pada kami.

Call
Sri yang sambil nangis2 terharu,
Zie yang still nak ucapkan secara live walaupon terlambat sehari dua,
Shasha yang call tapi aku tak angkat. sori babe. bizi masa tu.


Sms
Qasieh,
Ayu,
Shasha,
Dina,
Anissa,
Ct,
Ida,
Azira,
Nor,
Dalie.


Kotak Komen
Nenekrock,
MizzAmy,
Lindosh,
Hana-Ni-Mo-Nai2,
Noha,
Ms. Lilia,
ChocolateAddict,
AyutheSun,
Fanna,
Mrs e,
Diya,
Rafflesia Merah,
Jiey^Min,
B33,
dewiSOULhaa,
nZrA,
Ann,
Nur'ain,
Ayu,
Aliannuar,
Afid,
Chempaka,
Nanonano,
Arachnida,
Jaja,
Monamie,
Flush,
Erlyda,
Fealize_eleanoer,
Maksu,
Hajarss,
Yatie,
Ceera,
Abot Lin,
Peej,
Dyna,
Rafflesia Merah,
Hanney Hanafiah,
Tinanajib.


aku perasan yang ramai jugak yang aku tak kenal tapi wish kat aku. terima kasih korang! tak sangka ada jugak silent reader kat blog patik yang tak seberapa ni. kalau sudi, marilah kite ber'x-change' url. sebab ada yang tak bubuh url blog.

sayaaaaang korang!
mmuahhh! chup! chup!


p/s: tahniah kepada adik **** yang baru je bergelar tunangan orang. insyaAllah, ada rezeki, kite turun sana masa awak kawen ok!

Wednesday, February 18, 2009

keh keh keh. tag lagik.

ni aku dapat tag dari dina dan afid
so, dah lama sangat tangguh,
mari le kite wat.

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people."



I'm

I really want to go

My favourite place

My favourite thing

My favourite drink

My favourite food

My favourite colour

I live in

I was born in

My school/college

My favourite story

My hobby

I wish


ok. tu je.
takmo tag sesiapa.
tapi kalau korang teringin nak wat,
sila la ek.
:)

yeay, yeay!

malam ni nak tgk citer geng, upin& ipin.

tak sabar ok!
hehehe.



entri takde tujuan.
sebab tuan blog takde mood.
loya2 je. tapi taknak plak kuar apa2 plak.
haiihh...


ni kalau dapat muntah ni. sekali je pon cukup la.
buat aku lega sket.

nak tanya,
kalau tetiba rasa cramp kat perut tu, memang normal ke?
atau ada yang tak kena?
aku takleh nak pusing badan cepat2 bila baring.
kalau pusing cepat2, mesti rasa cramp tu.
sesiapa yang berpengalaman, please bagitau ek.
:)

Tuesday, February 17, 2009

berkelah kat situ lagi

iqa. dan saya yang gumuk.


en alang.


ibu dan ayah.


ajik & kawan2 serumah seramai 7 orang.


ajik. happy sangat dia nak jadik 'pakcik favourite'


ini saya.
saya budak gumuk.
perut saya memang sedia kala besar.
jangan terpengaruh dengan cerita saya pregnant tu.
kandungan saya baru 5 minggu.
takde kena mengena ngan perut saya yang besar.




peace!

Monday, February 16, 2009

bagaimana ianya terjadi.

jumaat.
malam sabtu.
pi dinner kat pizza hut. (sebab aku la yang gatai nak makan kat sana)
en alang kata,
aku nampak lain.
sebab macam terlebih happy.

ok.
tu aku tak amek 'pot'.
dah laki sendiri puji, just senyum2 je la kan.


on way balek dari PH,
mata ni saja gatal nak tengok farmasi bukak lagi ke tak.
en alang kata, "nak cari ubat tahan muntah ke?"
aku diam.
dalam hati, "nak cari pregnancy test, nak cari pregnancy test"
sampai je kat farmasi. bukak lagi.
aku suruh en alang beli satu pregnancy test kit tu.

sampai je umah,
en alang cam excited. siap tunggu depan bilik air.
aku amek test tu, memula dah kuar line yang tak sepatutnya kuar. dan tak terjangka kuar.
aku rasa cam jantung dah terberhenti.
en alang kat luar toilet dah bising2 tanya aku ok ke tak.
sebab aku senyap je. lama la jugak. dalam 10 minit.
aku tenung result tu.

aku bukak pintu toilet,
hulur je result tu kat en alang.
dia terpinga2.
"yang, apa maksud 2 garis ni? positif ke?"
aku diam lagi.
lama. ada dalam 2 minit.

pastu aku angguk2.
en alang lompat2 bersorak2 riang.
aku kuar toilet, dok termenung kat depan tv.
tergamam.
masih takde respon.

bila dah agak2 20 minit, result tak berubah,
aku dah ada sket rasa pecaya.
terus aku peluk en alang,
nanges.
nanges yang bukan sket2,
tapi nanges teresak2.
masa tu takleh nak kata macam mana hati ni.
memang rasa happy sangat2.


gambar tak brapa nak clear. tapi nampak kan ada double line?


malam tu aku takleh tido.
rasa terlebih excited.
biarpon belum ada keputusan rasmi dari doktor lagi.
kejap2 aku kejut en alang.
kata takleh tido.
en alang faham. dia cuma popokkan aku je.

pepagi esoknya,
jumpa doktor.
wat scan. memang dah ada kantung.
en alang tengok kantung kecik tu, muka dia macam tak pecaya.
agaknya dalam hati dia,
"camni je ke rupa baby tu?"
hehehe.
terlupa plak suruh doc tu print out hasil scan.
takpela.
asalkan dah tau rupa, ok la tu.

:)


kepada korang,
terima kasih di atas ucapan tahniah yang korang beri tu.
segala pesanan dan nasihat akan cuba aku ikut.


tapi yang pelik sket,
sejak dua menjak ni,
aku suka sangat jalan laju2.
sampai kena tegur ngan mak mertua.
pulaknya bila dia tahu aku bawak budak,
memang bising la mulut orang tua tu.
tak bagi aku wat apa keje pon.

oh.
mak mertua aku kena penyakit chikugunya.
sabtu aritu aku ngan en alang bawak dia pi klinik.
cian tgk dia. nak jalan pon kena berpapah.
tapi semalam, dah nampak ok sket dah.
alhamdulillah.


korang,
kalau ada tips untuk ibu mengandung,
segala mak nenek precaution dan nasihat,
dialu2kan ye.
apa yang pantang, apa yang patot amek,
ok ok?

thanks korang!
mmuahhhh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...