Followers

Friday, August 14, 2009

another 2 days...and it's my birthday!

semasa honeymoon. dalam feri. setahun lebih dulu.

suamiku.
romantik.
penyayang.
baik hati.
ganteng (ehem!)
rajin.

tapi...tak pandai buat surprise.

ada ke pepagi ni dia kata nak buat surprise untuk birthday aku lagi 2 hari ni.
surprise, ada orang bagitau tuan punya badan ke?
memang tak surprise langsung tau!
grrr....

en alang tak reti nak wat surprise.
haihhh....

takpe bang, apa pon abang buat on that day, ayang terima je.
ok?


tak sabar nak tunggu "surprise" dia tu.
huhuhu~

btw, my birthday serentak dengan anniversary ke 29 ibu dan ayah.
tahun je yang berbeza.
:)

dan, ini bermakna aku akan menginjak umur ke 28.
tatkala kandungan memasuki usia 8 bulan.
tanggal 16 ogos 2009.
ahad.

ingat nak ajak en alang jalan2 ipoh.
kite tengok dulu apa kata orang tu.

kenapa? normal ke?

baby ni dari malam tadi dok berguling2 tak henti2.
aku takleh tidor ok!
baru ingat nak tidor puas2 malam tadi.
ye la, dah la sejuk..syiokk je dok peluk2 bantal time tu.

ni, bila ngiring kiri, baby keruk2 kiri.
ngiring kanan, baby keruk2 perut kanan pulak.
bila terlentang, wah...macam tsunami dalam perut ni. bergelora je.

buatkan aku extra lapar.
buatakan aku asik nak terkencing.
buatkan aku asik terjaga dari tidor je.

dan seterusnya membawa ke mata yang terbuntang jam 4am.
sampai ke jam 6am.
dan terlajak tidor sampai ke jam 715am.

haihhh...
masa tersedar dari tidor pagi tadi, terus aku melompat dari katil.
berpinau jugak la kepala.
cepat2 kuarkan udang, cili padi dan ayam yang dah diperap malam tadi dari fridge.
potong bawang2, gembur2kan nasi.
goreng ayam, goreng nasi.
cepat2 bungkuskan en alang.

biarpon tak cukup tido,
tapi sangatla amazing sebab aku tak rasa ngantuk pon skang ni.

jap2. normal ke budak bergerak2 sepanjang malam?

Thursday, August 13, 2009

dedikasi buat suamiku yang ganteng lagi baik hati

(siapa lagi nak puji kalau tak bini sendiri kan?)



Ingatlah Diriku (Chandra ft. Sheila Majid)

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff:
Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Back to Reff:

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu

oh. lagu ni OST drama tv3 jam 10.30pm tu. drama Kala Hati.
faveret en alang.
kalau aku tukar channel lain,
sure muka monyok je.
hahahaha!

(aku ni bini suka sakat suami. harap maklum)

abang, terima la lagu ni ye!
malam ni kite karok lagu ni sama2.
:)

hujan rahmat. hujan lebat.

kesejukan.
best!

kalau dapat berpelukan skang ni laaaagi best!

hahahahaha!!!

malam tadi susah nak tidor.
sebab baby asik la bergerak2. sebabkan dia asik bergerak, kul 11pm aku minta en alang beli burger.
cian dia. redah kesejukan malam semata2 nak pi belikan burger untuk bini dia ni.

malam sejuk. burger panas.
nikmatttt!!!!
:D

lepas melantak burger seketul,
sambong usaha untuk tidor.
masih tak boleh.
capai buku sudoku. buat sampai 4 latihan.
masih tak mengantuk.
baby pulak masih bergoyang inul dalam perut ni.
tak faham aku.
tak reti nak tidorkah kamu?

tgk jam dah pukul 1am.
mata masih terbuntang.
ni kalau layan astro, sure aku tak tido sampai ke pagi pulak.
meayan mata perhatikan kipas yang bergerak.
entah bila aku tido pon, tak tau.
sedar2, jam 4am, tekak haus.
minta en alang amekkan air kat dapur.

dan pagi ni.
ujan dengan lebatnya.
main tarik selimut dengan en alang biarpon jam dah pukul 7am.
masing2 subuh gajah.
huhuhu~

kan ke best kalau dapat cuti hari ni?
sambil bertemankan sleeping partnerku itu.
mengerekot atas katil.
merasai kehadiran masing2.
indahnyaaa.....

STOP!!!

berangan tak sudah.
sambung wat keje tu!
:P

Wednesday, August 12, 2009

akibat terlalu rajin mengemas rumah, aku dapat balasan yang sangat tidak setimpal.

korang bayangkan je la.
gambar takde.

aku alihkan meja makan dari kedudukan menegak ke kedudukan melintang.
aku alihkan meja solek.
vakum rumah. (yeayy!! akhirnya punya vakum cleaner sendiri)
basuh baju 2 bakul.

itu je.
itu je yang aku buat.
4 perkara sahaja. sambil buat, sambil tgk manjalara.
itu saja.

tapi, bila en alang balek jam 8pm,
aku dah terdampar atas kerusi.
saket2 satu badan.
macam baru lepas pegi hiking. atau bercangkul.
saket badan sampai macam tu skali.

en alang balek je, tanya nape muka aku pucat.
bila dia tgk kedudukan perabot dah berubah, siap la lecture dia.
aku terpaksa tadah telinga je.
alih2, aku kata nak tidor,
padahal nanges teresak2 macam kena marah sebab tak buat homework.

en alang terkejut.
tanya nape aku nanges?
aku diam. amek flanil, sapu pelan2 kat kaki.
en alang faham. dia amek flanil tu, sapukan kat kaki aku.
urut2 sket.
flanil ni memang dah jadik sebahagian dari diri aku. mana2 pegi pon, kena bawak. sangat2 selesa disapu pada tempat yang lenguh2.

boleh tak aku saket badan sampai nanges2?
hoih....cengeng sungguh aku ni.

tetiba en alang kata, nak masak apa harini?
aku sambung nanges.
nanges sebab kesian kat laki aku ni. terpaksa masak sendiri.
dah aku saket2 badan kan.

aku cakap je abang masak la apa2.
abang makan sorang ek.
ayang tak larat.

en alang bantah. suruh aku makan.
macam tau2 je aku kepingin ayam goreng tepung.
dia gorengkan ayam. masak nasi.
kami makan bersama. dia makan nasi ngan ayam. aku makan ayam je.
cian dia. sayur apa pon takde kat dapur.
lauk itu je. aku suruh masak sup ke apa ke,
dia takmo.
makan ayam ngan kicap pon dah sedap.

en alang pesan, kalau nak kemas umah, tunggu dia balek.
apa2 hal, tunggu dia balek.
:(

Tuesday, August 11, 2009

apakah???

seketul - 30 sen
2 ketul - 70 sen
3 ketul - RM1

di mana kelogikan di sini?
kenapa tak letak harga seketul kuih 35sen?

aku musykil betul makcik jual kuih ni.
reti mengira ke tak?

(kalau tak reti mengira, takkan la boleh bukak gerai besar camtu)

haihhh...
pelik2...

Monday, August 10, 2009

anak mama dalam womb




kalau korang perasan, tengok betul2,
perut aku gerak2.

heheh.
masa ni dia dah gerak hampir setengah jam non-stop.
slalunya, dia gerak paling lama pon 10 minit.
apala syok sangat dalam womb ni ek.
:)

view ni dari atas.
bila aku start amek view dari depan, tetiba baby stop gerak.
hahaha, pemalu rupanya.
:P

warung roti canai di kampung sitiawan

pagi ahad. di rumah ibu. (ibu dan adik pi kl)
indah dan nyaman skali.
bangun je dari tidur, gerak en alang.
kata lapar, teringin nak makan roti canai kg. sitiawan.
en alang on je!

gurau mesra 10 minit, (gurauan sejurus selepas bangun tidor, boleh buat kite happy sepanjnag hari. tak percaya? cubalah!)
terus bersiap ke kg. sitiawan.




antara pemandangan yang boleh dilihat diatas warung. warung ni terletak atas air. memang syiokkk!!! (note: jangan pergi ketika air surut. lalat akan banyak dan bau kurang menyenangkan) tapi masa kitorang datang ni, elok je air pasang. best!!!


suasana warung yang sentiasa penuh dengan orang. orang2 cina pon suka makan kat sini.




masing2 muka baru bangun tidor. aku tidor lewat malam tu. tengok la muka tak semenggah. (actually, aku slalu jemuka tak semenggah ni. hehehe). zie, jangan terkejut. i dah pakai tudung ni untuk jalan2. hehehe~


roti canai yang lembut je. tapi kalau korang bungkus, rasa dah lain. better makan kat kedai je. masa ni, kitorang order 4 keping. sorang makan 2 keping okeh! (matila kuat makan...)



kuah kari ikan ni kalau kat aku, sure sampai 2 piring. sedap melampau2. takkan ada mana2 kedai roti canai yang ada rasa kari serupa dengan kari ni. aku betul2 syorkan korang cuba kuah dia. sedaaaappppppp!!!!



mine. teh o suam.


teh tarik en alang. tak muak ke makan roti canai ngan air susu2 ni?

lepas je makan2, terus ke econsave konon2 nak cari ikan untuk bobby (kucing umah ibu). tapi, ikan tak banyak kuar stok lagi. so, terus ke pasar, beli lauk2 untuk masak lunch.

:)
hanya masak ikan goreng dan sayur kobis masak lemak.
tapi yang puas hatinya, semua orang kat umah tu makan, semuaaa bertambah ok!
lauk simple pon dah boleh buat perut semua orang happy.
:D
(oh, masa ni ibu ngan adik dah sampai umah...)

so korang, kalau datang pangkor atau lumut, manjung atau sitiawan,
marile ke warung ni.
aku betul2 rekemen kat korang.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...