Alkisah, cuti panjang labor day-wesak-sultan of perak coronation day asalnya memang nak ke Langkawi. Tapi family belah aku asik kejap kata jadik, kejap kata tak jadik. so last2 kami sendiri buat keputusan takyah la ikut dema. Kita cuti2 sendirik je la. Jom makan-makan kat Penang!
Kengkonon nak gerak awal dari rumah seawal jam 4am ok. Piiii rah mabuk! Akibat excitednya aku malam tu, takleh tido smpai pkul 1.30am. Kunci jam pkul 3.30 pon tak terjaga langsung. Last2 aku terjaga pkul 4.30 pagi and kelam kelibut laki bini bersiap, siapkan makanan minuman kekucings dan siapkan budak2 yg tengah membuta lagi tu. Hahahaha.
Susah ok ada 3 anak kekecik ni. Nak pegi memana memang toksah mimpi la nak ikut schedule org lain. Schedule kami sendiri pon tak terikut. Semuaaaa ke laut. *padahal sendiri terlewat bangun*
Kami gerak dari Seri Manjung jam 5.40am. At first en alang kata nak tunggu Subuh la. Tapi aku bangkang kata takyahlaaa. I tgh period ni. U je yang boleh solat. Sekejap je kita singgah masjid nanti. Jomlahhh gerak sekarang. (I,U adalah kata ganti nama. Sila gantikan dengan nama yang bersesuaian. Kami tak guna I U sebenarnya)
Menjadi suami yang sayangkan bini lebih, so kami bergeraklah 5.40 tu. Elok smpai pantai remis, azan subuh. So singgah kat masjid area situ. Masa ni pon budak2 dah terjaga except for the princess. Aterrrr sleeping beauty kenalah bangun lewat. Barulah princess. Hahaha.
Singgah kench dan mandikan budak-budak kat r&r gunung semanggol. Bfast sesiap kat situ. Btw, apsal eh makanan r&r hampeh? adoiii tak sedap langsung. smpai hati berniaga dengan nasi goreng yang tawar x berasa, telur goreng yang minyaknya berladung2...adesss...entahlah. aku suap 2-3 sudu je lepas tu x lalu. Kesian kat anak2 la makan benda yg tak best. Last2 aku tibai roti inti kacang dalam kereta. Itu je pon dah ok.
|
Bersama chenta hatiiii. Muka kontrol ye bang. Hahaha. |
|
Ooops. Censored plak. Hahaha. Khalish tak tahan nak terkencing. Tepi highway ni. |
|
Tol ke Jambatan kedua Penang. |
|
Jauhnyaaaaa perjalanan guna jambatan kedua ni. Tak larat rasa. Macam...bila nak sampai, bila nak sampaiiii. |
|
Sampai2 je terus ke Bukit Bendera a.k.a Penang Hill. Depa ni first time tau naik Penang Hill. Kesiannnnn. |
|
Walau dah mandi, tetap muka macam baru bangun tido. |
|
Tak habis-habis dengan gaya ultraman. Udah2 la tu nak. |
|
Again. Asik2 ngan couple ni. Jemu kan? |
|
Sesambil beratur. Orang ramai gila. Bagila depa main and tengok2 display. |
Masa naik train, kami terpisah. Aku ngan ayana ngan Khalish, alang ngan Jaz. Terpaksa berpisah sebab orang ramai sgt...bersesak2. Sibbaiklah train ni sekejap je. Kurang dari 15minit rasanya. Memang sekejap sangat. Tapi memang best la budak2 ni. Memasing terkesima naik train.
Pengalaman pertama la katakannn.
|
Ok. Dah smpai atas bukit. |
|
Penat2 mak pak kome ni naik bukit, moh ke tangkap gambo sekeping dua kat puncak ni. Atas meriam pon jadik. |
Tapi kan. Kan kat atas bukit ni ada gereja, masjid dengan kuil hindu. Masa kitorang lepak2 atas meriam ni nak masukkan semula ayana dalam stroller, melalak2 dia macam kena tegur. hmmm...paham2 la kan. Bukan nak kata apa, tapi kuil hindu ni keras sikit. Cepat2 aku suruh alang sapu air kat muka dan ubun2 ayana dengan air mineral dan selawat, baca al fatihah dan 3 qul. Alhamdulillah lepas tu dia ok. Haihhhh. So kawan2, beringat2 ye kalau berjalan2 tu. Kena pandang kalau2 anak2 ada perubahan.
|
Omak pon nak bergambar jugakkkkk. Tarikan terbaru la kot atas ni. Ada word LOVE ngan titi yg boleh letak padlock tu. Mcm cerita2 jepun korea tu. Letak love padlock la konon. |
|
Lepak rehat makan nugget sebatang rm2. Sampai 6 cucuk kome balun ye anak2. Kebulur dah depa masa ni. Tapi omaknya taknak makan kat atas ni. Nak pegi gak makan kat bawah. Al-maklumlah list berjela ni menanti. |
|
Tak tau la budak ni teropong apa. Orang tgk ke bawah, dia tgk atas. Nak tgk roket kot. -_-" |
|
Dapat kabin depannnn sekali masa nak balek tu. Best! |
|
Again. bersesak tapi kalini semua dalam satu kabin. At least boleh nampak muka memasing. |
|
Tempat letak kereta. |
Park kereta depan kaunter je. Senang dah nak pegi bukit bendera sekarang. Tak susah nak cari parking macam dulu2. Dah ada building yang bortingkek2.
Ok. Abis satu part. Nanti next entry kita cerita pasal makan tengahari ok.