lepas kitorang solat subuh pagi ni,
kitorang nak take a nap kejap.
tak sampai 10 minit, tetiba,
panggggg!!!!
terkocoh2 en alang pergi check apa yang jauth, pecah ke.
yang peliknya, takde apa2 pon.
aku fikir toilet kabinet yang jatuh,
tapi elok je terletak.
hmmm...
en alang check kat luar umah pon,
hening je.
takde accident ke, apa ke.
memang sangat pelik.
then,
kitorang pon wat keputusan nak lelap balek.
tetiba, terdengar loceng kucing.
ateh memang ada pakai satu,
tapi ateh kan ada kat umah ibu.
bunyi tu plak macam dalam umah je.
en alang rileks je bila aku tegur2 bunyi loceng tu.
selambe je dia, "bulan pose ni mana ada hantu2. merepek je ayang ni"
tapi, sampai skang ni pon aku musykil, dari mana la bunyi2 tu datang.
aku ada tanya kat makcik sebelah umah pagi tadi, masa aku nak gerak pegi keje.
dia kata dia tak dengar apa2 pon.
hmmm...
hairan!
bunyi pang tu sangat kuat okeh!
berdesing telinga aku ni.
ibu dah start wat kuih raya.
pada mereka yang baru kat blog aku ni, ibu aku memang ada ambil tempahan kuih.
memula, ibu tak mo buat tahun ni,
tapi, dah ramai sangat regular customer dia asal jumpa je, tanya pasal kuih.
sebelum ramadhan lagi dah tempah ok!
so, ibu pon decide nak buat jugak kuih raya.
tahun ni ibu buat almond london, tart nenas gulung, kuih badam, kuih gajus, cornflakes choc.
aku nak promote kat korang pon, mesti susah nak antar kuih2 tu kat korang pas ni.
hehehe...
tapi, ayah aku ada kat kl nun.
orang kl kalau teringin kuih orang melaka buat (ibu asal orang melaka), boleh la tempah.
tengokla, kalau ada gambar, aku tepek kat sini.
ok?
kejap je hari ni dah jumaat kan?
have a nice weekend korang!
:)
Friday, September 5, 2008
Thursday, September 4, 2008
saket perut
pagi2 ni bangun sahur dengan keadaan perut tak sehat.
memulas2.
so, hari ni disebabkan aku keletihan ulang-alik toilet,
aku tertidor.
en alang pergi kerja pon, aku tak cium tangan.
dia tak kejutkan aku, dan dia call ofis aku kata aku masuk lambat.
memahami betul laki aku ni.
thanks abang!
:)
end up aku masuk kerja kul 9.20am.
huhuhu~
buat ofis ni macam ayah aku punya ofis ye.
nak wat camne. memang tak larat sangat2.
semalam berbuka sangat2 simple.
nasi kari daging dan telur rebus beserta sayur campur goreng.
sahur plak, nasi kari daging tu panaskan je,
goreng ayam, buat sup bendi.
dah. simple.
:)
malam tadi aku mimpi hantu pocong.
apa petandanya tu?
Wednesday, September 3, 2008
asyik tidur je
ntah apsal, sejak masuk bulan puasa ni,
asik nak tidor je.
waktu siang takla mengantuk pon.
tapi bila lepas berbuka,
automatik mata ni macam di gam2.
macam semalam pon,
en alang tengok tivi sorang2.
aku layan csi ny pon setengah jalan je. lepas tu aku hanyut.
en alang kata aku tidor macam budak kecik.
kejap2 merengek2 kecik. aku pon pelik. apsal ntah ngan aku ni.
hehehe.
en alang semalam bermimpi.
mimpi aku pergi pasaraya dengan hanya berseluar dalam dan t-shirt koyak2.
alasan aku, seluar dah takde.
hehehe.
ntah hape2 en alang ni.
mimpi bukan2.
semalam berbuka ayam percik dan air tebu (beli kat param), ngan paprik daging+ayam+udang.
bersama nasik putih. oh tak lupa ikan masin terubuk.
bersahur, paprik tu ada lebih, just panaskan je dan aku masak udang goreng kunyit.
dan selepas bersahur, solat, dan terus tidor balek.
see? asik tidor je. orang lain sebok nak makan, aku sebok nak tidor.
oh ya, aku ngan en alang hanya berkesempatan tarawih kat rumah je.
sebab en alang balek agak lewat. dan aku pulak asik nak tido.
huhuhu~
bila jalan2 kat blog orang lain, semua cerita pasal pengalaman berpuasa, berbuka,
gambar2 makanan.
enjoy je aku baca blog2 korang tau. hehehe...
hari ni nak masak nasi kari daging la.
en alang minta aku buat since first puasa lagi.
:)
Labels:
cinta hati,
mimpi,
ramadhan
Tuesday, September 2, 2008
bersahur dan berbuka di rumah mak dan ibu
sebelum bercerita pasal sahur dan berbuka ni,
aku nak cerita pasal pengalaman menyambut merdeka di lumut.
ye, lumut perak.
hehehe...
memula,
sabtu malam tu aku ngan en alang kuar pi beli barang rumah kat giant manjung.
then, on way back tu, aku tanya la en alang,
"abang nak sahur kat umah mak tak first day puasa ni?"
"eh, mestila nak. tapi, abang nak sambut merdeka jugak. camne ye?"
"ha ah ek. merdeka ngan puasa kan sama hari"
tetiba,
"abang! hari ni berapa haribulan?"
"30hb la yang. nape?"
"abis tu, kalau 30hb, bila pulak nak nyambut merdeka tu? bukan ke malam ni?"
"ha ah ek. apa la kite ni. ok ok...jom kite ke lumut. last year abang pi lumut ngan budak umah, ada bunga api. cantek2."
"ok. tapi, kite letak barang2 ni kat umah dulu ok."
so, kami pon terus heading ke rumah, simpan ikan, ayam, daging dalam freezer dan terus cabut ke lumut. pada jam 9.11pm. ye, awal ok. sebab risau jem. dan otek (roadblock).
puas la menunggu sampai pukul 12 tengah malam ok. tapi, hanya ada satu bunga api je yang muncul. aku rasa maybe sebab tetiba je angin kuat macam nak ujan. sebab tu diorang tak buat bunga api kot. (dari firasat aku je la)
semua orang yang menunggu kat dataran lumut tu pulang kehampaan. termasukla kami.
tapi, aku tak la hampa sangat. yang penting, en alang dah ada kat sebelah aku. itu je.
then, keesokannya, kitorang kemas2 umah, breakfast, kemas2 baju, kuarkan ateh.
sebelum tu, hantar kereta pi basuh. dah nak dekat 2 bulan tak berbasuh kereta tu. bukan malas ye, tapi macam tak berkesempatan je.
bila kereta dah berkilat2 shiny bagai, baru balek umah, amek beg, ateh dan check balik semua plug2 dah cabut ke belum, kepala gas dibuka, kunci semua pintu, tutup semua tingkap, baru la gerak.
tapi, memula kite ke umah ibu hantar ateh.
ateh skang ni selesa je dok kat umah ibu. sebab dia ada kawan, stacy.
takde masalah la kan.
lepak2 jap, minum2, borak kat umah ibu,
terus kitorang gerak ke umah mak en alang kat gelung pepuyu.
sampai2 je kat sana,
mak en alang dah peluk2 aku, nangis2,
kata rindu sangat2 kat aku.
tengok, en alang pon dia tak kata macam tu, kat aku lak dia over tau.
tapi, orang tua kan, aku layankan je la.
aku memang la tak reti sangat nak layan orang tua.
diorang ni, nak kite dengar je luahan hati, lepas tu ok la dia.
makan malam, dan bersahur kat umah mak.
orang kampung ni kalau masak, memang sedap dia lain dari yang lain.
tip-top!
:)
mak masak ayam rendang pedas dan ayam+hati masak kicap.
family en alang ni sayur2 memang kureng. aku pon pelik.
kalau family aku, sayur memang tak tinggal.
biarpon makanan simple, tapi aku bertambah 3 kali ok.
untuk sahur pulak, lauk malam tu ada lebih, just panaskan je dan goreng ikan sket.
itu pon aku bertambah 2 kali.
hahahaha!
aku ni menantu yang betul2 kuat makan.
;)
esoknya tu,
aku teringin nak berbuka sate beli kat bota. sate kat sini memang sangat sedap dan murah pulak tu. secucuk hanya 25sen saja ye. kuah dia yang best tu. pedas, dan ujung2 rasa tu ada manis. memang melekat la. (waaa!!!! nak sate bota!!!!~~)
on way balek tu, dah nak sampai ayer tawar dah pon,
sanggup patah balek ke bota dan redah ujan lebat semata2 nak beli sate ok.
sekali kedai tutup daaa~
maybe first day puasa kot. diorang tutup kedai la.
so, dalam kehampaan, terus je kitorang heading ke umah ibu.
sebenarnya, masa nak bertolak ke umah ibu lagi kami berdua dah rasa saket kepala sangat2.
so, sepanjang perjalanan tu, en alang terbaring je dalam kereta.
dia kalau kat umah mak, rajin ya amat.
kerja asyik nak menyapu je.
sapu laman la, dalam umah la...
sampai je umah ibu, en alang terus je landing kat bilik tetamu. tidor.
aku pulak, layankan ajik borak. boleh aku terlupa birthday dia semalam.
so, dalam pukul 6 suku gitu, aku ajak en alang pi kedai kek, beli kek sebijik.
sempat jugak tu aku sambar kurma sekotak. hehehe.
ibu masak sangat2 meriah ok.
ikan bawal masak sweet&sour. ikan kerapu masak stim halia. kari ayam. masak lemak sayur turi ngan keledek. sambal tempe jawa.
ditambah ngan kuih kole kacang takde tahi minyak~tak sedap! (ayah beli kat pasar ramadhan) dan kek sebijik.
haa ko!
macam tu la ibu kalau berbuka ramai2. dia pon seronok je masak2. kitorang plak seronok makan2.
hehehehe.
bersahur tadi pon just panaskan kari ayam dan masak lemak sayur turi ibu bekalkan kitorang.
aku nak tambah telur goreng en alang tak mau.
tengah fikir nak masak apa untuk berbuka. tapi aku kepingin ayam percik. camne ek.
ada cadangan?

Subscribe to:
Posts (Atom)