Followers

Tuesday, September 2, 2008

bersahur dan berbuka di rumah mak dan ibu

sebelum bercerita pasal sahur dan berbuka ni,
aku nak cerita pasal pengalaman menyambut merdeka di lumut.

ye, lumut perak.
hehehe...

memula,
sabtu malam tu aku ngan en alang kuar pi beli barang rumah kat giant manjung.
then, on way back tu, aku tanya la en alang,

"abang nak sahur kat umah mak tak first day puasa ni?"

"eh, mestila nak. tapi, abang nak sambut merdeka jugak. camne ye?"

"ha ah ek. merdeka ngan puasa kan sama hari"

tetiba,

"abang! hari ni berapa haribulan?"

"30hb la yang. nape?"

"abis tu, kalau 30hb, bila pulak nak nyambut merdeka tu? bukan ke malam ni?"

"ha ah ek. apa la kite ni. ok ok...jom kite ke lumut. last year abang pi lumut ngan budak umah, ada bunga api. cantek2."

"ok. tapi, kite letak barang2 ni kat umah dulu ok."

so, kami pon terus heading ke rumah, simpan ikan, ayam, daging dalam freezer dan terus cabut ke lumut. pada jam 9.11pm. ye, awal ok. sebab risau jem. dan otek (roadblock).



puas la menunggu sampai pukul 12 tengah malam ok. tapi, hanya ada satu bunga api je yang muncul. aku rasa maybe sebab tetiba je angin kuat macam nak ujan. sebab tu diorang tak buat bunga api kot. (dari firasat aku je la)
semua orang yang menunggu kat dataran lumut tu pulang kehampaan. termasukla kami.
tapi, aku tak la hampa sangat. yang penting, en alang dah ada kat sebelah aku. itu je.

then, keesokannya, kitorang kemas2 umah, breakfast, kemas2 baju, kuarkan ateh.
sebelum tu, hantar kereta pi basuh. dah nak dekat 2 bulan tak berbasuh kereta tu. bukan malas ye, tapi macam tak berkesempatan je.
bila kereta dah berkilat2 shiny bagai, baru balek umah, amek beg, ateh dan check balik semua plug2 dah cabut ke belum, kepala gas dibuka, kunci semua pintu, tutup semua tingkap, baru la gerak.

tapi, memula kite ke umah ibu hantar ateh.
ateh skang ni selesa je dok kat umah ibu. sebab dia ada kawan, stacy.
takde masalah la kan.
lepak2 jap, minum2, borak kat umah ibu,
terus kitorang gerak ke umah mak en alang kat gelung pepuyu.

sampai2 je kat sana,
mak en alang dah peluk2 aku, nangis2,
kata rindu sangat2 kat aku.
tengok, en alang pon dia tak kata macam tu, kat aku lak dia over tau.
tapi, orang tua kan, aku layankan je la.
aku memang la tak reti sangat nak layan orang tua.
diorang ni, nak kite dengar je luahan hati, lepas tu ok la dia.


makan malam, dan bersahur kat umah mak.
orang kampung ni kalau masak, memang sedap dia lain dari yang lain.
tip-top!
:)
mak masak ayam rendang pedas dan ayam+hati masak kicap.
family en alang ni sayur2 memang kureng. aku pon pelik.
kalau family aku, sayur memang tak tinggal.
biarpon makanan simple, tapi aku bertambah 3 kali ok.
untuk sahur pulak, lauk malam tu ada lebih, just panaskan je dan goreng ikan sket.
itu pon aku bertambah 2 kali.
hahahaha!
aku ni menantu yang betul2 kuat makan.
;)


esoknya tu,
aku teringin nak berbuka sate beli kat bota. sate kat sini memang sangat sedap dan murah pulak tu. secucuk hanya 25sen saja ye. kuah dia yang best tu. pedas, dan ujung2 rasa tu ada manis. memang melekat la. (waaa!!!! nak sate bota!!!!~~)
on way balek tu, dah nak sampai ayer tawar dah pon,
sanggup patah balek ke bota dan redah ujan lebat semata2 nak beli sate ok.
sekali kedai tutup daaa~
maybe first day puasa kot. diorang tutup kedai la.
so, dalam kehampaan, terus je kitorang heading ke umah ibu.
sebenarnya, masa nak bertolak ke umah ibu lagi kami berdua dah rasa saket kepala sangat2.
so, sepanjang perjalanan tu, en alang terbaring je dalam kereta.
dia kalau kat umah mak, rajin ya amat.
kerja asyik nak menyapu je.
sapu laman la, dalam umah la...


sampai je umah ibu, en alang terus je landing kat bilik tetamu. tidor.
aku pulak, layankan ajik borak. boleh aku terlupa birthday dia semalam.
so, dalam pukul 6 suku gitu, aku ajak en alang pi kedai kek, beli kek sebijik.
sempat jugak tu aku sambar kurma sekotak. hehehe.

ibu masak sangat2 meriah ok.
ikan bawal masak sweet&sour. ikan kerapu masak stim halia. kari ayam. masak lemak sayur turi ngan keledek. sambal tempe jawa.
ditambah ngan kuih kole kacang takde tahi minyak~tak sedap! (ayah beli kat pasar ramadhan) dan kek sebijik.
haa ko!
macam tu la ibu kalau berbuka ramai2. dia pon seronok je masak2. kitorang plak seronok makan2.
hehehehe.


bersahur tadi pon just panaskan kari ayam dan masak lemak sayur turi ibu bekalkan kitorang.
aku nak tambah telur goreng en alang tak mau.

tengah fikir nak masak apa untuk berbuka. tapi aku kepingin ayam percik. camne ek.
ada cadangan?

10 comments:

  1. jEaLouS nyEr aWaK buKa pOsA nGn mEriAh2 giTu... ;)

    dugAaN tUk sY pUasA kaLi iNi..

    ReplyDelete
  2. ~ meriahnya berbuka puasa kak intan semalam... nie jeles nih... nak balik umah jugak!! :( ~

    ReplyDelete
  3. dina,
    alalala...jangan la gitu.
    nanti cuti raya cuti meriah2 tau.
    :)
    raya akak sure tak meriah. dah tak bleh dapat duit raya...huhuhu~

    amy,
    ni lagi sorang. ala, hidup kat perantauan memang la camtu dik. takpe, nanti bila balek kampung, makan puas2 k.

    ReplyDelete
  4. along!!! hukhuk!! da nanges2 da ni!!! nape cte itu sume??? hukhuk!!! sampai ati taw!!! org bukan tamo balek... tapi banyak gile keje... esemen, test, projek... hukhuk... sampainye hatimu itu...!!!

    ReplyDelete
  5. semalam kan... i pg bzar ramadhan. dan bgmana ada sorg mkcik tuh jual dadih. Bermcm2 color occay.. so kepingin nk beli hri nih. smlm x bli sbb time tu kdai mkcik tu mcm kaunter pembyran kt supermrket. padat..

    hri ni cdg nk buka murtabak. nyam !!!

    ReplyDelete
  6. saya hari nih nak carik pulut udang :D

    ReplyDelete
  7. wahhhh meriahnya makkk..!

    ekekekek.

    selamat berpuasa untuk Puan intan sekeluarga ^_^

    ReplyDelete
  8. nk jd mnantu ksygn gaks....ape rahsia?? cedapnyerr sate...nk..nk...

    ReplyDelete
  9. org dah kawen.. meriah laa time berbuka pose tu kan? :)

    ayam percik? sila carik kat param je.. hehe

    ReplyDelete
  10. farina,
    pulakkk....
    awat laq nanges2 ni. ko ni memang tau.
    dah2...memang dugaan orang dok jauh2 ni. kalau ada free, pulangla. okek?
    luv you! *hugs*

    konspirasi,
    tak pernah jumpa dadih kaler2 ke mirul? kat sini macam2 perisa ada. akak aling suka perisa laci/vanilla. cedap!

    may,
    wah! pulut udang? kat sini susah nak dapat. :(

    nur'ain,
    thanks yang. selamat berpuasa untuk kamu sekeluarga juga.
    :)

    n,
    rahsia? jangan kerek ngan mertua. itu saje.
    :)

    kemborku lindosh,
    memang beli kat param pon. sape la yang gigih nak buat arang dan kipas2 ayam pulak kan.
    ngeee~

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...