Followers

Friday, October 14, 2011

Anak-anak korang tidur mesti berbuai ke?

Macam Khalish, memang sejak dia kecik aku dah tekad taknak guna buai. Sebabnya terpengaruh dengan rancangan2 omputih yang slalu tunjuk anak diorang ok je tidor kat crib/cot diorang sendiri. So...aku gunapakaila ilmu tu untuk Khalish. Alhamdulillah...sampai sekarang memang dia tak pernah guna buai eventhough babysitter dia dulu berkeras nak guna buai maybe nak senangkan keje dia la kot. Memang nak tidorkan budak tak berbuai ni kena sabar banyak la tapi bila budak dah biasa, dia senang nak tidor. Macam Khalish, aku tau dia nak tido bila dia baring sambil goyang2 kaki. Ehem. Goyang2 kaki adalah habit aku jugak ye. Haha. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi ye dok?

Berbeza pulak ngan Jazly, kat rumah memang sejak lahir aku bertegas taknak guna buai. Tapi...tegas2 aku tu pon kalah jugak ngan taska Jaz tu. Aku pon consider la kat sana ramai budak2, jenis kalau main mesti la bising kan...Jazly memang senang tidor tanpa buai tapi dia senang terjaga kalau dengar bising2 ni. So...nak tak nak aku terpaksa la merelakan Jazly guna buai kat taska. Alhamdulillah jugak Jaz tak kesah tak berbuai kat umah biarpon kat taska dia dah biasa berbuai. Cuma dia amek masa sikit la nak tidor tak berbuai ni nak banding pakai buai. Almaklumla...badan dah rasi berbuai. *takpe. papa dia yang hari2 tidokan dia pon. haha*

Yang kelakarnya, ramai sedara mara aku kalau datang umah mesti ingat kat umah tu ada buai. Ye la..anak dah 2 kan..tapi percayalah...tali sangkut buai pon takde ye kat umah tu. apa lagi tiang ke, spring ke...semua pon ilek pochik. Memang kesian la kat sepupu2 aku yang anak2 diorang yang biasa berbuai tu. Tapi budak2 kan. Kalau dah penat sangat, tido pon senang je sebenarnya.

Bagi aku senang jugak la budak tak berbuai ni. Ye la pergi mana2 takde la tercari2 kat mana nak sangkut buai, tanya2 orang umah ada buai tak...macam khalish dan jaz kalau dah penat sangat letak je terus tido. dan mungkin sebab aku tak breastfeeding khalish dan jaz lama sampai 2 tahun, diorang masing2 tido kat cot dan tilam sendiri. Tapi jangan kata budak2 tak berbuai ni tak manja ye...hoi manjanya bukan main anak2 aku tu. Sama je ngan budak berbuai. Hehe~

Layan je Jaz tido dalam buai kat taska...~

candu confirm kena ada dalam mulut. ini salah satu contoh tidak baik ye puan2. harap puan2 yang sedang mengandung atau baru melahirkan tidak membiasakan anak2 dengan puting kosong ni. tak elok untuk perkembangan gigi dia jugak. kes jazly ni memang susah nak diubah dah. haihhh~

tido mesti nak tutup muka. *sebijik mama*  Jaz, jaz....



Bila suami dah bersuara...apa nak buat ni?

Pejam celik tetiba dah jumaat semula. Pepagi ni budak2 bangun kul 7pagi. semua malas nak bangun sebab diorang penat kot every day bangun awal. tu la....bangun awal2 lagi. haha.

Cam korang kan, sebelum hantar anak ke taska atau babysitter korang mandikan anak tak? Sebab ramai kawan2 Jaz kat taska yang tak mandi. Lagipon memang aku tau sejak sebelum kawen lagi budak2 yang dihantar ke rumah bs atau taska slalunya tak mandi. Sebab parents tau bs/taska akan mandikan anak2 diorang. Tul tak?

Cam kes aku lak, anak-anak WAJIB mandi. Sebenarnya benda ni dipraktis sejak dari dalam pantang memang kena mandikan baby awal pagi kan...so sampai diorang besar TERPAKSA mandikan diorang awal pagi. Even kalau weekend pon, jangan harap la kitorang mak pak ni dapat golek2 atas katil sampai pukul 10pagi sebab budak2 dah mintak dimandikan sebelum jam 8pagi. Kalau lambat mandi, mula la keriau merengek je budak2 ni. Tak selesa agaknya. Pelik kan?

Macam kes pagi tadi, Khalish tak sempat kitorang mandikan sebab dia bangun lambat. Last2 tukar pampers dan baju je. Jaz kitorang mandikan jugak sebab dia dah yak2. Haha. Lepas dah tukar baju dan pampers si Khalish tetiba bukak pintu toilet minta dimandikan. Tak dapatla nak, dah pukul 7.30pagi ni. Nanti lambat pulak mama pegi keje.

On the other hand, semalam aku pi lunch ngan en alang. Jarang dapat makan tengahari ngan dia kalau hari bekerja ni. Tengah makan tu, tetiba dia cuit pipi aku pastu kata,"Kesian bini abang ni. Panas eh. Merah2 muka tu. Buat abang geram je. Dahla tembam."

Ok. Part dia kata aku kepanasan tu memang la betul sebab cuaca semalam memang hangat panas membara. Makan pulak kat kedai mamak. Bukannya ada air-cond macam kat KFC ke, McD ke. Hehe. Tapi part dia kata tembam tu tetiba je aku rasa sentap. Terus je makan tunduk je tak pandang2 dah muka suami sendiri. Saket hati punya pasal. Tau la aku dah menambah berat skang ni....takmo la kata tembam. Tensen tau tak.

Bila en alang tengok aku tunduk je, dia tanya aku "nape? Makanan tak sedap ke?" Aiyooo..kita tengah sentap leh lak dia cakap pasal makanan lak. Aku geleng2 je. Terus dia macam teringat..."ooo ayang terasa eh abang cakap tadi. Betul la. Abang kan suka ayang tembam2. Takmo la kurus2 sangat."

Ok. Aku nak kurus sebab nak bagi dia tergoda dan tak pandang yang lain. Tapi dia suruh aku bam2 balek. Apa citer ni??? Kalau korang jadi aku, apa korang buat?

Nasib badannnnn~






Thursday, October 13, 2011

Abang Khalish dah besar...tak lama lagi boleh sekolah dah kan?

lekanya dia berkarya dalam kereta...

masterpiece!
 
dah sampai umah mama mis ni...jom turun masuk umah eh.


terus masuk umah dan tutup gate. pandang mama pon tak nak.


beria nak kunci gate tu. haihhh...cepat sangat belajar budak ni. mama pergi dulu ye nak...~


baju merah tu babysitter khalish. biarpon banyak suka duka ngan akak ni, tapi dia jaga khalish betul2. dan dia suami isteri sayang sangat2 kat khalish. tak tau la camne khalish bila masuk skolah nanti. huhu.





Perkara yang berlaku bulan ini

1. Malam tadi first time en alang tido awal dari aku. Hahaha. Lepas tu rasa macam terpinggir bila terkebil-kebil dalam gelap sorang2 takde kawan nak borak.

2. Setiap pagi skang ni bangun jam 6pagi. Tapi akan paksa en alang mandi dulu, then anak2 mandi baru mama dia yang mandi. Punyala malas gila nak mandi weiiiiii~

3. Dah rajin buat breakfast. Haha. Sejak stay umah ibu dah 2 tahun rasanya inilah bulan yang aku paling rajin skali. Masak breakfast untuk suami dan diri sendiri.

4. Rasanya berat naik mendadak. Malas betul nak timbang berat. Tapi kena timbang gak sebab dah masuk cabaran diet tu. Haha. Masuk just saja suka2 meriahkan majlis je.

5. Kat sitiawan dah bukak restoran vanggey yang femes kat ipoh tu. rasa makanan adalah sedap tapi harga humangaihhh...memang standard harga mamak kat kl. hehe.

6. Ramai rasanya yang tak tau aku tukar URL ni. takpela. pandai2 la diorang nak cari aku. fb dan twitter aku sentiasa ada kalau diorang nak carik. :)   *bajet ramai followers. haha*

7. Adik Jaz dah pandai nak melekat je ngan aku. Kalau kat umah tu even aku lari pi wat susu jap dalam bilik and dia kat depan umah, sanggup ni dia merangkak ke belakang cari aku sambil mulut sebut mamamamamamamam. entah sebut mama atau mamam aku pon tak tau. haha.

8. Khalish dah tinggi sangat2. Letak apa je atas meja atau kabinet confirm dia leh capai. Semalam dia capai frame gambar dari kabinet. Terkejut gile.

9. Skang ni kalau dapat yong tau fu hari2 pon takpe. macam ketagih. tapi adakah kau kaya sangat sampai hari2 nak makan luar? hahaha.

10. Kereta aku ada banyak nak kena betulkan. tayar 2 bijik depan dan botak. stereng dah tercabut2 benang, perlu diganti. Air-cond dah panas, kena servis. Tingkap perlu ditinted sebab kesian budak2 menahan panas tiap kali masuk kereta. Hoihhh...turun la duit berkoyan2 dari langit supaya leh aku repair kereta ni. Huhuhu.

11. Maybe skang orang tengok aku macam senyap sikit kat fb dan twitter. Tapi aku sebenarnya addict kat 1 secret group kat fb dan group I ♥ Manjung. Slalu aku lepak situ je.

12. Sejak tukar URL blog ni rasa diri makin matang. Dah rasa macam mak2 sangat dah. Apakah? Hahahaha.




Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday - Mama (tanpa mekap) bersama Adik Jaz. :)





Wordless Wednesday - Gelagat anak-anak yang bangun pagi jam 5.30pagi.















Tuesday, October 11, 2011

Budak2 bila dalam kereta. Mama senang hati!

Saje bukakkan tingkap. Bagi budak2 rasa angin petang. Khalish rambut panjang sangat. Comel je bila angin menyapa rambut dia.

Adik Jaz lak dibuai mimpi bila kena angin petang. Anak2 kalau dalam kereta memang senyap je. Diorang suka jalan2 camni.
:)



Bila kenangkan semua jadi kenangan yang indah.

Semalam petang dok layan citer Julie & Julia. Tak pernah layan dari mula sampai abis. Semalam dapat layan sepenuhnya citer tu even anak2 menakal tak reti dok diam. Seronok pulak bila Julie tu dapat habiskan cabaran memasak 5ratus++ resepi dalam masa 365 hari. Masa tu terpikir gak...mesti syok bila kita ada cabaran camtu sekali sekala dalam hidup. Ada adventure kata orang. Kalau aku nak ikut cabaran tu kan, resepi siapa patut aku amek? Chef Wan? Jaafar Onn? Kak Nita? Hehe...

Skang ni aku punya pe'el bangun pukul 2@3pagi dan rileks2 sambil makan cikedes tengok tv atau kemas2 apa2 yang patot. Biasala...budak2 kalau balek umah je tang mainan yang diorang bagi sepah dulu. Lepas semua dah bersepah merata tempat, baru la diorang usik barang umah yang lain such as remote tv, kain alas meja, buku2 kat rak buku semua tu. Haha. Nak wat camne...anak 2 orang terpaksa la redha je dengan 2 perangai yang berbeza2. Pulaknya skang ni Jazly dah pandai nak berebut barang. 2 hari lepas, katalog perodua habis di carik2 2 beradik ni sebab berebut punya pasal. Siap lepas dah terkoyak tu, Khalish punya la dengki siap carik2 jadi kecik pulak. Haha...apa2 saja la budak2 ni.

Khalish even macam tu, kadang-kadang dia beralah jugak dengan Jazly. Macam semalam, dia tengah main remote tv.. datang si Jaz main rampas je. Memula Khalish pegang kuat gak remote tu tak nak beri adik main. Bila adik sungguh2 nak rampas, dia lepaskan jugak dan terus pi depan tv layan iklan je. Malas nak layan adik agaknya. Haha...

Jazly akalnya makin panjang. Apa abang dia buat, itula dia nak tiru. Apa abang dia pegang, itula yang dia nak jugak. Kadang2 pening juga melayan kerenah diorang ni. Tapi bila dah malas nak layan, aku tengokkan je diorang berbut barang. Yang pelik tu, mainan tak pulak diorang rebutkan. Yang diorang rebutkan barang2 yang bukan mainan. Lepas ni mama beli periuk belanga je la kat korang buat mainan ye.

Khalish pon dah pandai nak meniru apa kita orang besar buat. Even tak pandai bercakap lagi, tapi mulut tetap riuh. Semalam Khalish amek sikat dan sikat rambut dia, sikat rambut adik, dan sikat rambut aku even pegang sikat pon terbalik. Haha. Takpela...asalkan ada hati dia nak belajar tu. Kadang2 dia duduk sorang2 tangan kat telinga cakap kuat2 berlagak macam tengah cakap guna handphone. Seronok tengok dia cepat belajar camtu. Oh...Khalish pon dah pandai pegang pen dan lukis2 kat kertas. Skarang ni pantang jumpa pen dan kertas mesti merengek nak pegang. Kadang2 just buat eksyen je. Pen pon tak dibuka dari tudung pen tu. Hehe.


Kita layan je la kerenah budak2 ni kat kampung mertua weekend lepas ye?

tengok tu. kaki kemain lagi dok kat rak. mertua terpaksa alihkan semua barang2 simpan dalam almari kalau tak abisla pecah berderai dibuat cucu. hehe.


mertua bagi diorang main music box ni. siap ada lampu2 bagai. seronokla diorang tengok.


tapi tula. benda tu satu...confirm berebut. sampai tertanggal plastik benda ni. terus aku simpan kat atas tv. and guess what...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tu dia dia punya meraung. hahaha. anak, anak. inila rupanya kalau balek kampung. 





Monday, October 10, 2011

Kerenah anak-anak yang aduhhh....bisa gugur jantung ini!

Tengah merancang nak kacau adik.

Tu tengah tarik rambut adik dia tu. Tengok je la muka nakal Khalish. Adeh!

lepas kena marah ngan mama, buat2 pandang tv. 

Pesan punya pesan main elok2 ngan adik...takmo rebut2.

Roda yang satu tu la diorang rebutkan.(tengok saja muka geram khalish. haha) Basikal ni memang takde maknanya si Khalish nak tunggang. Dia tunggang terbalikkan basikal adalah. Suka sangat main roda basikal tu.

Adik yang tak padan ngan kenit sebok jugak nak main basikal. Budak ni jangan main2 ye. kalau takat main tarik rampas barang dari abang long dia, dialah juara.





What's up?

1. sepanjang weekend berada di umah PIL. FUHHH!!! anak2 bermaharajalela kat kampung. puas jeling, puas jegil mata kat budak2 ni. harammmm nak takutnya. PIL jenis tak suka cucu2 diorang kena marah atau kena pukul. aku dan en alang puas tahan sabar dengan kerenah budak2 ni. memang manja betul la budak2 tu kalau balek kampung.

2. akhirnya kami suami isteri setuju nak fokuskan pada pembelian umah je buat masa ni. umah kat ne? itu satu hal. kitorang memang nak settle down kat manjung ni je ha, tapi ayahanda dah hint2 suruh beli umah kat kl. camno tu?

3. apsal ntah sejak akhir2 ni rasa nyampah bila tolong orang buat keje. bukan aku tak suka...slalunya aku willing je tolong2 orang ni. tapi bila skang dah rasa bila kita sendiri minta tolong, diorang berat tulang je nak tolong...skang pon aku rasa nak berat2kan tulang dan bontot ni ha.

4. bajet 2012 tak banyak beri impak pada family kecil kami. bantuan 500? dah tak layak. kenaikan gaji dan bonus memang takde kena mengena. pencen 60 tahun laaagi la takde kena mengena. haha. oh bantuan pelajar skolah? khalish lagi 5 tahun baru naik darjah 1. jauh lagi perjalanan tu. macam2 boleh jadi. kan?

5. harini malas buat keje. buat bodoh je la. hahahaha.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...