Followers

Friday, October 14, 2011

Anak-anak korang tidur mesti berbuai ke?

Macam Khalish, memang sejak dia kecik aku dah tekad taknak guna buai. Sebabnya terpengaruh dengan rancangan2 omputih yang slalu tunjuk anak diorang ok je tidor kat crib/cot diorang sendiri. So...aku gunapakaila ilmu tu untuk Khalish. Alhamdulillah...sampai sekarang memang dia tak pernah guna buai eventhough babysitter dia dulu berkeras nak guna buai maybe nak senangkan keje dia la kot. Memang nak tidorkan budak tak berbuai ni kena sabar banyak la tapi bila budak dah biasa, dia senang nak tidor. Macam Khalish, aku tau dia nak tido bila dia baring sambil goyang2 kaki. Ehem. Goyang2 kaki adalah habit aku jugak ye. Haha. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi ye dok?

Berbeza pulak ngan Jazly, kat rumah memang sejak lahir aku bertegas taknak guna buai. Tapi...tegas2 aku tu pon kalah jugak ngan taska Jaz tu. Aku pon consider la kat sana ramai budak2, jenis kalau main mesti la bising kan...Jazly memang senang tidor tanpa buai tapi dia senang terjaga kalau dengar bising2 ni. So...nak tak nak aku terpaksa la merelakan Jazly guna buai kat taska. Alhamdulillah jugak Jaz tak kesah tak berbuai kat umah biarpon kat taska dia dah biasa berbuai. Cuma dia amek masa sikit la nak tidor tak berbuai ni nak banding pakai buai. Almaklumla...badan dah rasi berbuai. *takpe. papa dia yang hari2 tidokan dia pon. haha*

Yang kelakarnya, ramai sedara mara aku kalau datang umah mesti ingat kat umah tu ada buai. Ye la..anak dah 2 kan..tapi percayalah...tali sangkut buai pon takde ye kat umah tu. apa lagi tiang ke, spring ke...semua pon ilek pochik. Memang kesian la kat sepupu2 aku yang anak2 diorang yang biasa berbuai tu. Tapi budak2 kan. Kalau dah penat sangat, tido pon senang je sebenarnya.

Bagi aku senang jugak la budak tak berbuai ni. Ye la pergi mana2 takde la tercari2 kat mana nak sangkut buai, tanya2 orang umah ada buai tak...macam khalish dan jaz kalau dah penat sangat letak je terus tido. dan mungkin sebab aku tak breastfeeding khalish dan jaz lama sampai 2 tahun, diorang masing2 tido kat cot dan tilam sendiri. Tapi jangan kata budak2 tak berbuai ni tak manja ye...hoi manjanya bukan main anak2 aku tu. Sama je ngan budak berbuai. Hehe~

Layan je Jaz tido dalam buai kat taska...~

candu confirm kena ada dalam mulut. ini salah satu contoh tidak baik ye puan2. harap puan2 yang sedang mengandung atau baru melahirkan tidak membiasakan anak2 dengan puting kosong ni. tak elok untuk perkembangan gigi dia jugak. kes jazly ni memang susah nak diubah dah. haihhh~

tido mesti nak tutup muka. *sebijik mama*  Jaz, jaz....



10 comments:

  1. pelik,
    biasenye nursery la yg reject buai
    tp ni terbalik plak
    hahahahha
    sama ngn mika
    duk ngn mil berbuai
    umah na pun ade buai
    tp bley je tdo tanpa buai,
    cume nk kne ade ibu sbelah la
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. err...ada nursery tak pakai buai eh na? i want one! kita rasa kat area manjung ni kebanyakan guna buai. even kawan kita bukak taska pon dia guna buai. budak2 senang lena katanya.

    ibu mika kena ada kat sebelah sebab susu kan ada kat ibu. hehehe.

    ReplyDelete
  3. awal2 dulu mmg mya xleh berpisah ngan buai.lama2 dia ok jer tido kt bwh.lepas raya aritu bb sitter dh pulangkan blk buai mya.simpan dlm stor dh pon hehe.urmm tp bab candu (puting) tuh mmg susah lah nk pisahkan.smpai skrg xleh tido kalo xde candu

    ReplyDelete
  4. salam..

    same cam baby Hazeeq..mase dalam pantang Tok Ma biasekan buai..ingatkan die ngamok la kalau tak leh buai..

    tapi seems ok je..nak gi mane-mane takde la susah nak kena angkut buai..lagi senang tido sendiri ni..

    tapi time berbuai dulu pun..kalau amalm mesti nak ngan ibu nye..die lagi suke tido bawah ngan ibu..de nenen..=]

    ReplyDelete
  5. time pja p kursus...buai adalah diharamkn kt taska...agaknye kt selangor je kot....hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Mmg x praktikkan buai kat danial..tp senang je dia tido.kenyang perut,sejuk mmg lena la dia tido

    ReplyDelete
  7. saya vote untuk tidak buai, hehe

    ReplyDelete
  8. asalnya memang tak nak buai..tapi mil yang jaga dia pun nak senang kesana sini mintak dibelikan buai..terpaksa..tidur kat buai memang lena lama sket berbanding tidur sendiri..anak dah terbiasa layan je la..
    tapi kalau malam senang je dia tidur tak perlu buai..

    ReplyDelete
  9. aisy pun naja x biasakan tido buai.. tapi kalau nak tido tu memang nak kena dodoi tu lama sket la.. hehe

    n naja ritu belikan jugak aisy soother kut2 dia rasa nak menyonyot2 lepas menyusu. tapi haramm dia nakkkk.. bebaik da tido kita sumbat soother tu, harusss dia melalak balik.. uhuhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Aryyan bile gn nenek die mmg masuk buai..dgn N mmg x laa..klo blk kg pon ajr x tdo buai..so,mane2 pon bole tdo..

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...