Harini rasa saket2 badan plus letih sebab tak cukup rehat weeknd haritu. Yela..orang weekend rehat2 ngan family yang aku lak bantai pi join kursus solekan 1Malaysia anjuran Giatmara usahasama Salon Sri Najiha, Sri Manjung selama 2 hari. Tapi..bila dah join tu rasa taknak balek pon ada sebab seronok main dengan warna2 dan lambakan foundation, blusher, eye shadow, lipstik dan lain-lain buatkan rasa nak angkut semua benda2 tu bawak balek. Hahaha.
Apapon, memang betul2 good experience la. Mula2 memang ikut kursus ni sebab nak belajar mekap untuk diri sendiri je. Tapi...bila dah belajar camni punya seronok, terus rasa macam kalau buat bisnes pon bagus gak ni. Tapi tu slow2 la dulu. Mekap diri sendiri pon caca marba je. Haha.
Masa kitorang belajar tu, awal kelas diberi tutorial asas macam mana nak mekap seseorang. Then, bila dah settle belajar, kita lak kena praktikkan pada pasangan. Cam aku, pasangan aku nak mekap aku pada siang hari, aku mekap dia pada petangnya after rehat. Kiranya gilir2 mekapkan sesama sendiri la. Memula gigil gak nak mekap orang...tapi alhamdulillah...semua ok2 saja.
Gambar2 kat bawah ni tak berkualiti mana sebab paham2 je la snap dari kamera je pon. cahaya pon kejap terang, kejap gelap. Plus, ada gambar2 yang aku crop sebab faham2 je la..tak pakai tudung so kita kasi crop mana2 yang tak berkenaan. Ok?
Kat bawah ni mekap untuk ke pejabat:
Muka suci bersih gitu. Baru lepas basuh muka.
After apply foundation. Putih tepung gomak!
Aku pakai foundation ini ye. Ok melekat elok je kat kulit aku.
Mekap mata. Tetiba jadi glamer semacam je. Haha.
Hasil akhir. Eyeliner bawah mata tu terlebih2 tapi takpela...dah kata belajar kan. So tak kesah la tu.
Ehem. Tetiba ada buai kat belakang. Sebab ada peserta bawak anak. Hehe.
Bersama cik adik Umi yang mekapkan aku pagi tu. Thanks ye Umi!
akak x mekap pon cantik..sbb kulit akak mmg cantik...da mekap lg malatopsss yuu..
ReplyDeleteaduila...malu akak bila N puji melangit camtu. kulit akak biasa2 je la N.
ReplyDeletewah, cantik nye! glamour gitu :)
ReplyDeleteitula rafiza...kata solekan ke pejabat tapi tetiba jadik mekap glamour lak. hehehe.
ReplyDeletesyoknya..nak jugak kursus macam ni
ReplyDelete