Followers

Friday, March 6, 2009

buat penat je.

:(

penat tau tunggu lama2 kat pej. pos.
alih2, abang pos tu kata,
bila adik renew roadtax?
semalam bang.
kena tunggu 3 hari bekerja dik.
kirenya, hari khamis depan la baru leh amek duit rebat.

sib baik abang pos tu encem.
sejuk sket hati aku.

ngee.



rasa cam nak jalan2 penang la.
tapi aku ngan mabuk2 ni,
dan tak dibenarkan jalan jauh2,
memang menyakitkan hati je.

cepatla abis first trimester ni...
cepatlaaaaaaa................

camne nak wat tuntuan subsidi petrol tu?

slamat hari jumaat korang!

boring la keje hari jumaat ni.
betul2 takde mood.
rasa nak tido sepanjang hari je.

petang ni ibu ngan adik bertolak pi kl.
sebab ada kenduri kawen 2 pupu kat melaka esok.
memang nak ikut sesangat.
tapi dah keadaan aku camni,
mana la leh ngekor diorang.

nampaknya,
wiken ni aku jadik mak kucing je la.
jaga stacy ngan mirmo.
kena dok umah ibu.
sebab si stacy tu tak serasi dok umah orang lain.
mesti jadik tak tentu arah dia.
kesian la plak kan.
so, kitorang la kena beralah.
stay umah ibu je.

macam mana keadaan aku?
ok, ni dah masuk week 8 kan,
simptom2 aku hadapi,
1. loya2 sepanjang hari.
2. pening2 lalat.
3. tak lalu nak makan.
4. tak lalu nak buat apa2 pon.
5. rasa nak berbaring je sepanjang hari.

tapi,
ibu kata, kalau ikutkan sangat hati asik nak rehat je,
nanti budak dalam perut pon jadik malas.
betul ke ek?

tapi serius la..
memang tak lalu nak wat apa2 pon.
pada sesape yang tegur aku thru ym atau gtalk,
kalau aku tak reply tu,
memang aku takde mood la jawabnya.

eh, camne ek nak pi wat tuntutan subsidi petrol tu?
pi pej. pos dan hulur je i.c je ke?
please ye, pada yang sesape tau tu,
tolong bagitau ok.
ingat nak pi tuntut hari ni.


have a nice day ye!
bye...


feeling2 pi jalan2. dah lama tak jalan2.
gambar ni sebulan yang lalu. huhuhuhu~

Thursday, March 5, 2009

suke, suke!

dah lama cari lagu ni versi full.
akhirnya terserempak gak kat youtube.
biarpon takde official vd,
dapat dgr lagu ni full pon takpela.
hehehe.


sticky mode (bilik untuk disewa)

[entri terbaru, ada kat bawah ye!]

ada kawan aku ni, nama dia aswaniza.
dia nak sewakan bilik.
so, pada sesiapa yang tengah mencari2 bilik untuk disewa di sekitar Jalan Ipoh, KL,
leh la hubungi Cik Aswaniza ni dengan kadar yang segera.
ok?

oh. link ke blog beliau----> asamlimau.blogspot.com

iklan ni aku copy paste dari blog dia. so, apa2 hal, sila hubungi no. telefon yang tertera ok?
korang jangan salah guna no.phone ni plak.
aku babap sorang2 kang.
hehehe.

BILIK UNTUK DISEWA

Jenis Rumah : flat 3 bilik 2 bilik air..aku da dok bilik master la..

Lokasi : alamatnya Jalan Ipoh. Tapi bukan secara tepatnya Jln Ipoh dekat Batu Muda yg leh tembus ke Taman Koperasi Polis / Sentul. 10 min drive ke stesen LRT Terminal Putra.

Transport : Bas RapidKL, Metro, SJ lalu depan pagar rumah... bas2 ni menghala ke Titiwangsa, Kotaraya..dan yg lain aku x sure..berhenti depan blok jer.

Sewa : RM120.00 termasuk bil air + elektrik..

Kemasukan segera.. sewa akan di proratakan la nanti if masuk odd dates..

Keadaan rumah : kosong.. baru x pernah duduk... kat tingkat 16..setiap selasa & khamis ada pasar mlm sebelah blok...

Housemate : comel, baik hati, ceria...heheheheheh aku la tu... if nak g keje naik LRT leh carpool sekali..sbb aku pun naik LRT... sbb aku keje kt KLCC

senang access ke town...paling dekat nk shop.. BREM MALL, Metrojaya Outlet dia mmg best... Tesco pun sepelaung jer..

detail..sila YM aku..atau call terus ke 0163770898

sekian terima kasih ..
terima kasih jika sudi mengurangkan bebanan stress ini..


update : lupa WANITA SAHAJA yer..
update II : Brem Mall ada wayang, karaoke, kopitiam, Old Town pun dekat jer..tepi jln Kuching tu... 5 min drive jer.
note: YM - niza1979@yahoo.com

air asam boi di tengah malam

semalam adalah hari yang agak senang lenang.
pagi, masuk ofis.
check blog, check email.
tulis blog, tulis email.
jalan2 satu ofis. terserempak ngan orang, stop borak2.
tgh borak2, ada kawan ofis ajak pi breakfast plak.
so, pi makan ngan diorang.
abis makan, dah pukul 11am.
balek ofis, bos takde.
so, lepak kat bilik ofismate. bloghopping.


pukul 2pm, balek kat meja sendiri.
buat keje sket2, pastu bersiap2 nak pi navy base.
ada 'perlawanan persahabatan' main bowling ngan navy.
pi lumut, amek gate pass, terus ke pernama.
tapi aku tak main. just duduk, jalan2 dan beri sokongan moral.
hahahaha.
ibu tak beri main bowling. sebab bola berat kan. risau jadik apa2.

abis je bowling,
trus balek umah.
dan berharap en alang pulang tak lama lepas tu.

tunggu kul 7, takde.
kul 8 takde,
kul 9 pon takde.

aku dah hangin.
sebab aku tringin sangat nak minum air asam boi.
nak kuar, dah sah2 en alang tak bagi. sebab dah malam.
kalau ibu tau aku kuar sorang2 pon, mesti dia hangin.
so, aku just stick kat umah, tunggu en alang balek.

aku call en alang.
dia cakap kerja dia abis kul 12am.
aku cakap je tak yah balek langsung.
bukan apa, kalau nak balek lambat tara mana pon, bagitau la dulu kan.
en alang dah terasa aku majuk.
dia kol banyak kali.
dan sms kata nak balek dah.
aikk? leh lak balek awal?

aku pon apa lagi.
terus masuk bilik, tido.
malas nak layan.
dia balek keje je, aku dah betul2 lena.
dia kejut aku, tanya aku nak apa2 ke.
aku buat bodo je.
tapi aku tau dia tak makan malam lagi.
then, terus dia mandi, pi dapur sidai baju.
aku sebab kemalasan nak bangun,
just sms laki sendiri kat dalam umah sendiri,
"ayang teringin air asam boi"

cepat2 en alang siap2 dan terus pegi beli air tu. sampai 3 botol dia beli.
hehehehe. suka aku dapat laki camni.
memahami betul.
dia balek2 je, aku tgk dia jinjit 2 plastik beg. satu makanan berbungkus, satu lagi ada air asam.
rupanya, dia beli nasi goreng ayam.
cian laki aku. kul 11pm baru dapat makan malam.
aku menogok 2 botol air asam tu sekaligus.
memang macam orang ngidam dah.
lepas je minum, lepak2 tgk tivi sat.
kul 12, terus masuk tido.
dengan happy dan penuh kepuasan.
puas dapat minum air asam boi.
hahaha.

sekian, terima kasih.
bodoh piang betul penutup aku ni.

Wednesday, March 4, 2009

baby ok!

semalam masuk ofis takat tunjuk muka waktu pagi je.
pastu,
pi klinik. wat susulan check-up pasal bleeding aritu.
alhamdulillah, baby ok.
makin besar dah.

skang ni tak sabar nak tunggu 'pantang' 3 bulan ni abis.
sebab hati ni meronta2 nak makan itu, nak makan ini.
tapi skang ni memang takleh makan la kan.
buat bazir duit je.
makan, buang. makan, buang.
kalau buang cara normal takpela.
ini buang cara terang2terangan.
tak kira masa.
buat aku tak selesa.
lepas muntah2, mesti rasa nak demam.
gerammmmm!!!!!!!!!

cian en alang.
dia masak sendiri,
makan sendiri.
aku dah 3 hari tak makan nasi ni.
memang betul2 tak lalu.
tgk nasi pon rasa nak muntah.
apa kes kan?
so, aku makan benda ngarut2 je.
ice-cream la, cikedis la...
cikedis tak nak agak2, nak jenama wise.
satu botol tu dah rm5 lebih.
tu skali makan je.
kalau 6 kali makan?
tak ke dah rm30++ dah?

bajet bulan ni memang agak lari.
awal2 bulan dah dapat agak bajet lari.
mana tak nye, slalunya rm200 tu untuk 2 minggu
ni seminggu pon tak sampai.
memang lari banyak la!

sori la kalau sejak dua menjak ni entri2 aku agak hambar.
takde gambar2, takde ceria2.
tunggu 'pantang' 3 bulan ni abis ok!

Monday, March 2, 2009

mari mengenang nasib

hai!
i'm back!!!!!

ngehngeh.

thanks atas keconcernan korang.
sebenarnya bleeding tak teruk pon.
cuma sket2 je.
tapi, dah ibu ngan en alang yang risau lelebih,
terpaksa gak pi klinik wat check-up balek.
yang terkejutnya, sampai doc beri 4 hari mc.
memang banyak gile la.
melopong je keje aku kat umah.
oh. dan ibu tak bagi aku dok umah kitorang.
so, kitorang berangkut barang stay umah ibu sampai ujung minggu.
dan tak dibenarkan bawa kereta.
serta buat kerja umah.
dan angkat beras.
dan kemas bilik.

apa aku leh wat?
makan tido je ok.
tapi banyak mana aku makan,
banyak tu jugakla yang kuar.
tak larat rasanya.
dan kalau aku tak bawak badan ni jalan2 keliling umah,
for sure akan pening2.
ngadap laptop pon tak leh lama2.
akan pening lalat sepanjang hari.

dan sekarang ni aku akan kerap mandi.
senang sangat rasa panas badan.
memang orang pregnant camtu ke eh?
pelik2 la.

oh.
masa jumpa doc aritu,
dia yang cam cuak lelebih.
sebab dia kata,
kalau susah nak pregnant,
kemungkinan nak gugur amat tinggi.
kena hati2.
takleh wat keje sangat.

tapi la kan,
setahu aku,
mana ada keje aku wat pon.
masak lagi la jauh skalik.
dah nak masuk 8 minggu dah.
sekali je aku masakkan untuk en alang.
tu pon hanya kuey teow goreng.
yang mana masa tu, dua2 tak lalu makan.

oh.
en alang pon dah terjangkit penyakit tak selera makan cam aku.
dan dia pon ada loya2.
memang tak tertanggung rasanya.
bila lepas maghrib,
dua2 terlepek atas katil.
tak lalu nak gerak walau satu inci.
bangun pagi plak,
memang akan rasa macam nak demam.
badan panas je. 
dua2 orang plak tu.
so, nak tak nak.
masing2 akan motivate diri masing2.
kena kuat semangat. 

cian tak kat kitorang?


harap2 budak dalam perut ni bawak kesenangan kat kitorang lepas dia dah tgk dunia.
sebab kitorang dah tak sanggup dah rasanya nak hadap hari2 cam ni.
aku la paling obvious.
asik2, minum jus oren, 
makan buah oren.
makan ice-cream.
makan raisin.
minum soya pon dah jarang2. (sebab muak)
makan nasi tak lalu.
minum air kosong tak lalu.
camne?
memang vitamin C je berlambak2 dalam badan ni.
vitamin lain dah takleh nak terima.


okla. dah penat bebel pasal mengenang nasib.
tula, dulu takde baby,
meroyan sangat nak baby.
ni dah ada rezeki,
nak mengenang nasib plak.

huhuhu.


nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...