Followers

Saturday, February 20, 2010

tak semua orang sama

ada orang tinggi
ada orang rendah

ada orang hitam
ada orang putih
ada orang kuning langsat

ada orang mata hitam
ada orang mata coklat
ada orang mata biru

ada orang hati baik
ada orang hati busuk

ada orang mulut manis
ada orang mulut masin
ada orang mulut cam longkang

ada orang suka senyum
ada orang suka masam muka
ada orang biasa2 saja
ada orang muka garang, tapi baik sebenarnya

ada orang tak kesah disanggah
ada orang cepat melatah
ada orang senang sentap
ada orang ambil mudah

ada orang ambil berat
ada orang ambil ringan

ada orang suka jenaka
ada orang suka romantis
ada orang suka lawan2
ada orang suka perang2

ada orang suka dokumentari
ada orang suka berita
ada orang suka drama
ada orang suka wayang gambar

apsal ek aku wat entri camni rupa?
hehehe...

sebenarnya, nak beritahu korang2 je la.
aku ni pon manusia biasa jugak.
tak semua benda aku berani, tak semua benda aku takut.
tak semua benda aku boleh terima, tak semua benda aku tolak.

kadang2, ada benda orang komen2 aku ambil tak kesah.
tapi, kadang2, komen2 ni buat aku jadik cam....
"eh...ko apa hal lak. suka hati aku la nak tulis apa pon. ni cerita aku. bukan cerita ko."

korang jangan terasa hati pulak bila aku tulis camni.
ye la kan, cam aku kata tadi,
aku ni pon manusia biasa jugak.
bila balek penat2 dari jalan2, tetiba ada komen yang macam nak kondem kite,
terus aku sentap tau.

aku tak delete komen orang tu.
korang carik la.
aku tak marah orang tu, cuma berpada2 je la.
dari dulu aku perasan, orang ni kalau nak komen, suka kondem2 aku.
aku tak tau la plak kalau kat blog orang lain dia wat camtu jugak.

aku alu2kan komen korang.
tak kesah nak tulis apa.
aku tak harapkan semua pujian je dari korang.
tapi, man2 la kalau nak tegur.
pakai email je boleh tak?
takpon pakai ym ke....aku leh terima.

nak kata aku sentap skang ni, memang aku sentap.
aku rasa, orang tu pon tak sangka komen dia boleh buat aku sentap.
aku tak marah tau.
cuma sentap.

err...marah ngan sentap lain kan?

korang2 jangan plak berenti komen2 k.
aku suka baca komen2 korang.
tapi kalau korang malas komen, nak baca2 pon takpe.
sebab aku pon kadang2 baca je post korang.

:)

maaf kalau ada yang terasa hati bila baca entri ni.
cuma korang fikir satu je la,
kalau korang datang umah orang lain,
korang kutuk2 tuan rumah tak?

ha...camtu la.
tak, kan?

:)
p/s: lu pikirla sendiri!

harini saya 5 bulan!

*muka berlemuih dengan air liur*

kejap je rasa.
dh 5bulan???

sejak semalam budak bertuah ni asik merengek2.
mahu ditatap dan dinyanyikan setiap masa.
ni aku tgh taip sebelah tgn.
sebelah tgn lagi dok tampung budak bertuah tu duduk.
takmo baring2 dah...nak duduk je.

mata dia dok kagum jari2 mama dia dok tekan2 keyboard.
huhuhu~

Friday, February 19, 2010

bersalin secara c-sect adalah menggerunkan. bagi aku. yang takut kena bedah.

yup.
pada sesiapa yang biasa baca blog aku dari dulu lagi, memang dah tau yang aku takut c-sect.
dan benda yang aku takutkan tu la aku dapat.

aku rela bertarung nyawa meneran anak daripada diorang dok toreh2 bawah perut aku ni.
sampai skang, kalau tengok parut c-sect,
rasa nak nanges. sebab dah berparut2.
buruk.

ok. meh sini aku nak cerita macam mana aku dalam dewan bedah.

masa mula2 diorang dah start tolak aku masuk bilik bedah, en alang dah tak boleh nak iring aku masuk.
laju2 salam minta ampun maaf kat en alang,
dan diorang pon tolak aku masuk dewan bedah.

oh. sebelum masuk dewan bedah tu, ada satu ruang.
tak pasti ruangan apa, tapi ada tv dan kerusi2.
aku saspek runagan ni tempat nurse2, pakar bius lepak2.
relax je diorang.
aku je yang cemas tak tentu pasal.
sib baik diorang baik. jawab je soalan2 aku.
saket ke tak, rasa apa kalau kena potong, kena bius saket ke, macam2 la.
dalam amsa ni jugak pakar bius datang minta aku sign surat kebenaran bius.
dia tanya jugak, aku prefer bius separuh atau penuh.
aku tanya balek, mana lebih berisiko.
dia jawab bius penuh lagi berisiko. kalau aku dah tak sedarkan diri, diorang belah2 aku, aku still rasa saket, diorang tak tahu.
sebab misterinya bius ni, tak semua badan orang boleh terima.
ada orang bius sikit je dah lali.
ada orang bius bubuh dos standard tapi still boleh rasa saket.
(takut kan?)
terus aku pilih bius separuh.
dan sign surat kebenaran.
masa ni dah gigil2 toksah cakap.
takut gile weiii.....sign pon tak berupa sign dah. rupa conteng ada la.
dalam 6-7minit pastu, lepas diorang dah siap2kan aku,
pakai penutup kepala, dan tutup badan aku ngan kain.
doktor sampai je, terus diorang tolak aku masuk dewan bedah.

masuk2 je terus terasa sejuk yang menyucuk2.
badan aku menggigil2.
mulut terketar2. gigi sampai berlaga2.
sorang nurse ni tanya, akak sejuk ke?
aku jawab sejuk.
dia kata, nanti kite selimutkan akak dengan kain panas.

then, aku disuruh duduk dan tundukkan badan ke depan & peluk bantal.
masa ni pakar bius tu bius aku.
ramai kata masa bius ni la yang saket, tapi tak bagi aku.
kalau kite relakskan badan, bius tu rasa lebih sket je dari kena gigit semut.
lepas dah kena bius, diorang suruh aku baring semula.
tunggu dalam 2 minit camtu, diorang pegang ibu jari kaki aku tanya rasa tak?
aku jawab rasa apa?
ni saya pegang ibu jari awak.
memang tak rasa pon. maknanya bius dah jalan dengan sempurna.

adakah korang tau bahawasanya katil bedah adalah cukup2 saiz badan kite sahaja?
i mean, kalau ko pusing ke kiri atau kanan, memang sah2 ko akan terjelepuk ke lantai.
dan tangan korang akan ditampung dengan satu alas yang lain.
masa diorang dah alas tangan aku dan ikat, (kena ikat ok!)
terus aku terfikir, apa aku buat ni?
biar betul kejap je lagi anak nak kuar dah.
ready ke aku? betul ke nak bubuh nama khalish?

masa doktor dah start belah, aku still boleh rasa pisau lalu2 atas perut.
tapi rasa yang biasa2 je.
sebab bius kan.
dan masih boleh berborak2 dengan nurse2.
asik bertanyakan aku kerja di mana, pernah scan atau tak,
(diorang ni memang dah dilatih tanya2 soklan agaknya. supaya kite tak rasa takut sangat mungkin)
alih2 je, tengah syok2 borak2 ngan nurse2,
ada sorang nurse ni bagitau,
hah, jap lagi doktor nak bawak kuar baby dah tu.
akak dah ready ke?

hoih...jantung aku dup dap ok.
hahaha!
terus rasa teruja gile.
pastu, aku rasa doktor macam goyang2kan badan aku.
masa ni nurse bagitau doktor tengah seluk dalam sikit sebab baby dah kat bawah.
tu yang kena goyangkan sket badan akak.
aku macam....OOOooooooOOOO....camtu rupanya.
then, tetiba rasa macam badan ringan je.
(serius, aku rasa ringan gile ok.)
aku saspek doktor dah bawak kuar baby masa ni.
dan aku terdengar suara baby; ek, ek. halus je suara.
nurse pon cakap, haa...anak akak dah kuar dah.
akak rasa akak dapat anak apa?
aku senyum, jawab lelaki.
nurse tu cakap, takpe2...nanti mesti akak terkejut.
heh? perempuan pulak ke?

pastu, masa doktor tengah jahit, terus aku jadi macam tak peduli.
teruja lebih nak tahu pasal baby.
tanya kat nrse, kenapa tak dengar suara baby pon?
nurse kata, nanti saya tengokkan kejap ye kak.

ok. aku tunggu. penantian adalah satu penyeksaan.
tiba2 je, terus terdengar suara baby nanges. halus. sejuk hati ni dengar jeritan dia.
tersenyum aku. sambil ucap alhamdulillah tak tau berapa kali. macam beratus kali.
dan tiba2 je, nurse datang.
bawak baby. aku nak cium baby, nurse tak beri.
sebab baby masih tak bersih sepenuhnya, hanya diberikan aku lagakan kepalanya pada pipi aku.
rupa baby masa tu samar2. sebab aku masih mamai dengan penangan ubat darah tinggi.
nurse suruh aku teka lagi jantina baby ni.
aku jawab lelaki. nurse gelak. akak ni macam confirm je dapat anak lelaki.
aku senyum. nurse beritahu aku betul. baby lelaki.
ucapan alhamdulillah yang kesekian kalinya terpacul lagi.

selepas semua selesai, aku ditolak keluar dari dewan bedah. bertemu kembali dengan suami tercinta.
ucapan terima kasih dan ciuman bertalu2 aku terima.
sambil menyatakan rasa kasihan pada aku.

aku cuma mampu senyum. dan tutup mata kerana letih.
hari yang panjang,
melalui kontraksi selama 8jam.
di adilfitri pertama.

selepas nurse2 tempatkan aku di katil wad,
nurse pastikan aku baring tanpa berbantal.
masa ni en alang aku lihat agak kelam kabut.
kemaskan barang2 aku dan menyediakan air untuk isteri tercinta.
menyusun setiap barang agar aku mudah capai.
ambilkan gambar anak pada jam pertama.
terima kasih juga pada nurse2 yang baik hati berikan en alang peluang untuk layan aku selama setengah jam di dalam wad.
kebetulan dah tengah malam.
makanya, en alang bebas juga ke hulu hilir memandangkan patient lain dah tidor.

keesokan harinya, aku bangun dari tidur jam 6am.
dan saket pada tempat bedah mula terasa.
pada ketika itu, nurse2 sedang mengagihkan ubat2 kepada setiap katil yang ada.
aku makan ubat. dan nurse berpesan agar aku mula gerakkan badan sedikit demi sedikit.
untuk persiapan agar dapat menyusukan anak.

wah! masa tu aku bukan main bersemangat.
tapi, baru nak angkat bahu, dah rasa saket. perlahan2 aku cuba gerakkan badan.
mengiring, telentang. agar badan kuat semula. tak sabar nak jumpa baby.

jam 9am, baby dah mandi,
terus diberi baby dan diajar aku cara untuk menyusukan.
perasaan? tak terkata. tak tergambar. sungguh besar kuasa Allah.
mulut kecil itu tercari2 puting mamanya dan pabila terjumpa,
dihisapnya seperti tidak mahu lepas.
nurse2 yang ketemu aku, pasti terkejut melihatkan si anak yang tak padan dengan saiz badan yang kecil,
tapi begitu bersungguh2 menyedut setiap titisan susu mamanya.

masa ini, aku tatap sungguh2 wajah anak.
periksa setiap inci badan anak.
periksa jari2 tangan dan kaki.
adakah sempurna, adakah punya luka.

sampai waktu melawat tengah hari, berduyun2 pelawat untuk aku.
dari family aku dan mertua.
ibu dan ayah beria2 cium aku (tapi aku tak mandi lagi. huhuhu.)
bila semua orang terpandangkan wajah baby, semua jatuh hati.
ibu memegang cucunya bagaikan tidak sabar mahu membelai cucunya bila keluar dari hospital nanti.
ayah senyum lebar bila dah bergelar tok ayah.
en alang? muka bangga tak habis2. agaknya tidor pon penuh dengan senyuman.

fakta yang aku tak tahu ketika itu, tapi baru tahu setelah keluar dari hospital:
1. en alang call ibu dan ayah minta datang ke hospital bila dia dapat tahu aku perlu dibedah. tapi ibu dan ayah menolak untuk datang.
2. ayah dan ibu membaca yaasin di rumah tatkala aku dibedah.
3. en alang tak putus2 berzikir, berdoa agar kami anak beranak selamat.

kami ditahan di wad 4 hari selepas bersalin.
kerana darah tinggi aku dan baby yang kena jaundice.
setiap kali terpandangkan anak di bawah uv ray, hati meronta2.
tak sanggup lihat anak berbogel di bawah cahaya lampu yang panas.
tertekan kerana orang di sebelah katil bertukar ganti, tetapi aku masih di situ.

sungguh tertekan.
alhamdulillah, semua itu berbaloi bila terpandangkan wajah anak.
segala sakit, penat akan hilang sejurus terdengar suara anak.

ok. c-sect adalah saket.
hehehe.

aku bukan nak takutkan korang ok.
tapi kenyataan.....!
:P

Configure Page List - tolong la saya yang buta IT ni.

punyala happy bila tengok kat layout, ada benda baru ni. ada tab2 yang boleh kite letak kat blog. so, aku pon try la. tapi kan, takde butang add tab ke apa ke. camne ek nak tambah butang tab tu?




tengok. kuar satu tab je. ada sesiapa boleh tolong tak?


p/s: dalie, kalau ko baca entri ni, ajar aku please...
p/s-2: korang2 yang terer tu tolong ajar ek.
p/s-3: kantoi main fishville tatkala tengah sebok2 keje ni. huhuhu~

edit jam 11.04am: takyah dah ajar aku ok. dah jumpa. thanks to dalie's post. hehehehe. so, entri ni untuk suka2 je. :)

nak ikot!!!!!!!!

:(
ibu, zaza ngan iqa pi kl tengah hari ni.
rasa hati memang nak ikut sangat2.
tapi bila kenangkan ada banyak kerja ofis dan personal tak settle2 lagi,
memang terus terbatal hasrat.

:(

nak ikot!!!!!!!!!!
:(

Thursday, February 18, 2010

berjaya

menjadikan blog ini kepada 3 column.
tapi masih perlu buat touch-up seperti warna dan susunan.

kalau korang rajin,
sila-silalah berikan pandangan dan cadangan.
:)

tatkala budak sebayanya mampu bergolek2...



tidak pada anak aku yang bertuah ni.
dia sebok discover skill lain.

sebok sangat nak pegang botol sendiri.
last2 beli botol bertangkai.
kemain suka lagi dapat pegang botol.

anak....anak.


Wednesday, February 17, 2010

half day ini hari

sebab nak settlekan banyak perkara.
nak wat passport khalish.
dan lain2.

lain2?
hahaha. memang banyak. nak cerita tak cukup sampai esok kot.
ok. tipu.

:)

kat ofis. sangap. semua orang pakat amek cuti secara marathon.

huhuhu~
apa aku buat kat ofis ni?
semua orang cuti.
tinggal brape kerat sangat yang ada ni.

:(

boring.
keje berlambak.
nak update blog pon macam ala2 lembik longlai je.

cuti 4 hari.
3 hari berulang ke ipoh.
ingatkan dapat la berehat2.
asyik ke sana sini settlekan hal2 peribadi.
badan dah start saket2 ni.

oh.
berita panas!
en alang hantar aku pi keje harini ok!
i mean, dia yang bawak kereta. dan hantar aku.
sungguh unbelievable.
selama ni aku seriau kalau dia nak bawak aku.
bawak orang lain aku tak kesah.
tapi kalau dia bawak aku, baru sampai simpang depan pintu pagar aku dah pot pet.
hahahaha!
cian laki aku tu.

tapi harini hati aku terbukak plak nak beri dia drive aku sampai ofis.
dan berjaya!
:)

lepas ni biar dia je yang drive.
aku nak jadik mem besar plak.
hahahaha.

oh. korang jangan terkejut pulak.
aku memang camni. susah nak percaya orang yang baru dapat lesen.
(lesen en alang baru usia 8bulan)
nak2 plak en alang dah pernah langgar pagar dan kemekkan body belakang kereta tu.
laaaagila buat aku susah nak percaya dia bawak aku.
huhuhu~

en alang cuti harini.
kampeni dia tutup 5 hari dari sabtu haritu.
esok baru dia masuk keje.
aku tugaskan en alang hantar kete pi workshop.
dan betulkan bumper.
dan betulkan meter.
dan servis keseluruhan (ini hari jumaat, workshop kegemaran tutup sampai khamis).

huhuhuhu.
banyaknye benda tak settle lagi.
baik dari personal dan keje.
kepala sudah weng2 dah ni.




Sunday, February 14, 2010

saya benci awak

saje je wat tajuk tu.
terpengaruh dengan movie keabadian cinta.

B E S T!

fuh! lega...

dah berbulan2 dok tercari2 hp mana yang sesuai,
akhirnya dah ketemu!

hehehe.
tapi yang murah2 saja.

nanti2la aku review ok.
penat tak abis lagi.
belom solat subuh lagi, aku dah sebok2 nak cerita itu ini ngan korang plak.

hari ni akan sebok jugak macam semalam.
nak pi kenduri kawen kat sri iskandar, mengikut permintaan mak mertuaku.
maybe nak bawak dia jalan2 ipoh jugak kot.
tengok je la nanti.

happy holiday uols!
:)

*blog ni memang poyo. beli hp, pi jalan2 pon nak cerita, dah ni blog aku. suka hati aku la kan. hahahaha! (mesti ada orang yang nyampah muntah darah bagai...)*


nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...