semalam oleh kerana takde sape yang boleh hantarkan ibu ke stesen bas, aku offer diri hantar ibu. lagipon takat kereta auto aku tak kesah. tak letih mana kan. iqa lak dari malam sebelum tu dah tanya2 nak pi tesco tak. so memang dah masuk dalam plan la nak ke tesco lepas hantar ibu. en alang pesan macam2 bila aku cakap nak pi tesco tu. jangan tak tau, biarpon keluar aku tetap pakai stokin ok. oh, ibu ke kuantan sebab ayah ada perbarisan sempena hari apmm.
tengok la budak bujang ni. takmo duduk kat tempat budak tu. nak berdiri dalam troli camni. tak kesahla...asalkan dia nak duduk diam.
eksyen takmo pandang mama bila berdiri dalam troli ni.
adik jaz behave tidor dalam stroller. elok lepas bayar barang2, dia merengek nak susu.
masa ni khalish dah boring duduk/berdiri dalam troli sebab mama tengah susukan jaz. so iqa bawak dia berjalan sekitar kedai2 kecik.
adik tengah menyusu. ditutup dengan pashmina je. tunggu gaji nak beli nursing poncho. haha.
dalam 2 jam jugakla dalam tesco ni. dalam kepala dah pikir macam2 yang nak dibeli nanti. tak sabar tunggu gaji. haha.