memang betul. perkembangan anak2 memang tak sama. lihat saja pada khalish. dan lihat saja pada anak kalian yang sebaya dengannya. tidak semua kemahiran yang anak korang leh buat khalish boleh buat dan begitu juga sebaliknya.
ada yang sebaya khalish tapi semasa umur 11 bulan dah laju berjalan, siap leh panjat2 lagi. khalish pula masih ralit merangkak dan enggan berdiri. permulaannya memang agak risau. yela kan. mak2 ni kan suka risau terlebih. tapi bila khalish menunjukkan minat nak bertatih pada usia menginjak ke setahun, wahh~ hati gembira bukan kepalang. masa tu rasa nak heboh satu dunia i tell you. haha.
anak pertama je kot rasa camni. nanti adik khalish camne pulak. harap2 dia lebih cepat dari abangnya.
dan sekarang, dengan mulut yang becok dan hampir setiap pujian yang dia dapat pasti dia akan bertepuk tangan, menandakan bahawa dia mengerti setiap butir bicara kita. kadang2 kalau aku mengumpat pasal khalish depan dia sendiri dengan makcik2nya, boleh pulak dia tersipu2 malu. seperti faham benar perbualan kami. haha.
macam biasa, hari2 aku akan blog hop ke setiap blogger yang aku kenal. itu rutin. dan bila mereka bercerita tentang keletah anak masing2 dan excited tentangnya..aku faham perasaan mereka. biarpon ada orang yang tak suka pabila blogger mak2 ni bercerita tentang anak2 mereka kerana bagi mereka itu satu benda yang menunjuk2, tapi percayalah...tiada apa yang kurangnya dengan mereka yang membeli barangan berjenama dan punya pakwe yang kaya dan sebarkan pada dunia melalui dunia blogging ni. aku pasti yang mereka berbangga dengan apa yang dimiliki dan pastinya ingin berkongsi dengan rakan2 maya yang lain.
tipulah kalau aku tak terdetik langsung rasa cemburu jika membaca pada blog orang lain yang mereka saban tahun bercuti ke eropah. bohonglah aku jika tiada rasa meluat jika membaca blog orang lain yang mereka membeli barangan berjenama dan mahal2 setiap kali keluar bershopping. tapi siapa aku untuk menghakimi mereka kan?
mungkin kadang2 dari segi penceritaan mereka yang membuatkan aku sedikit jengkel dan tidak mahu lagi membaca blog mereka. bukan salah mereka. tapi salah mata aku dan hati aku yang saket setiap kali melihat gambar percutian dan barangan yang pastinya tidak mampu aku beli. namun, tidak pula aku rasa cemburu pula pada mereka2 yang bercerita secara bersahaja dan tidak terlalu menunjuk2. biarpon aku tahu mereka adalah orang berada. itulah..seperti aku tulis sebelum ini. gaya penceritaan sangat penting untuk menarik perhatian pembaca.
ini hanya pendapat 2 sen aku sahaja. lain orang lain pendapat kan?
;)
Friday, December 10, 2010
Thursday, December 9, 2010
Buat sementara waktu, tiada entri bergambar.
sebabnya...internet kat umah dah masuk air. haha. tunggu la lagi seminggu dua bayor kang baru la brodben tu bernyawa balek.
komputer ofis pulak takleh nak transfer gambar. almaklumla..komputer cabuk. orang lain kemain gak pakai laptop dan pc baru. aku ni pakai zaman tok kaduk punya mana ntah. tunggu hari dia kaput je ni. skrin ni pon kadang2 blank sendiri buat beberapa saat. bagus2...teruskanla kaput ye komputer. leh aku request komputer baru lak lepas ni. hehe.
ramai beranggapan en alang dah pegi ke miri tu. takkk...dia pegi hujung minggu ni la. dan skang ni dia dok risau sebab aku tak berapa nak sehat sangat plus siapa nak buat susu khalish malam2. dia tau aku memang tak larat nak bangun. ye la..bangun dari kerusi pon berpapah2. apa lagi bangun dari katil. haihhh~
maybe orang tgk perut aku ni takle besar mana. tapi fahamilah. perut besar atau perut kecik, sarat dia tu tetap terasa. ni baby dah gerak2 kacau pundi kencing pulak dah. dah aku terasa nak terkucil. takpe, tahankan dulu. kalau dilayan asik ke toilet je, mau aku terberanak skang jugak. tak larat wei nak berulang ke toilet. kadang2 tgh2 sedap tido tetiba tu diaa...rasa macam tak tertahan2 nak terkencing time2 tu jugak. ada jugakla aku terkucil dalam seluar sekali dua. yup. buat apa nak malu...aku rasa biarpon tak semua, tapi ada jugak ibu mengandung yang punya pengalaman yang sama.
okla. nak sambung wat keje. esok bos dah masuk keje kat ofis. dah seminggu dia outstation ni. nak kena siapkan report2 ni sebelum meeting next week. daa~
Wednesday, December 8, 2010
Khalish: Rambut yang panjang
rambut yang panjang jang jang....ni lah panjang sebenar rambut khalish bila rambut basah.
skang ni pantang tgk mama pegang phone nak snap gambar, amboi...dia pon sebok nak jugak. haihh~
Labels:
khalish
Lunch di McD di bersama Iqa dan Khalish. Yup, kami bertiga tanpa En Alang.
last saturday, boring2 kat umah. en alang macam biasa keje sabtu. ibu dan zaza balek muar sebab sepupu aku kawen. pagi after breakfast aku tanya iqa,
dik..ko nak lunch tak nanti?
malasla. orang nak diet.
(aku berpaling kat khalish) ayish..baru mama nak ajak maksu pi mekdi. dia kata nak diet. kita pi berdua je eh.
ehhh!! along jahat ok! orang nak mekdi!!!
haha. aku tau kelemahan adik bongsuku ni. dia ni memang hantu fast food. nak2 mekdi. memula tu dalam kul 12 camtu hujan. rasa cam malas lak nak kuar. tapi sib baik ujan tak lama. elok je ujan reda, aku siap2kan khalish, maksu dia siap2 dan lepas je 2-2 tu siap, aku lak siap2.
so ke mekdi la kita...
budak ni kena belikan food jugak. belikan dia bubur ayam McD.
biasala. suka main lambak2 fries camni. tak tau apsal fries mekdi manjung ni makin masin. haihhh...setiap kali nak suap ke mulut, aku terpaksa sapu2 dulu fries kat tissue.
aku order ayam goreng spicy mekdi. tapi...perut aku dah tak tahan wei kepedasannya. sejak mengandung ni, perut cepat kalah ok. so end up makan seketul je. seketul lagi iqa mamam.
iqa cam biasa order chicken mcdeluxe burger. ni pon faveret aku gak. tapi tak teringin burger2 plak masa ni.
tiup2 bagi sejuk sket bubur ni nak beri putera kesayangan.
kemain suka dia bubur ni. yela kan...msg kemain banyak lagi. haha.
see...aksi natural anak beranak. ngehngeh.
happy2 sebab kekenyangan. dapat la dalam 10 suap camtu.
mama, len kali kita datang mekdi lagi ngan papa pulak ye?
err...dengar kata prosperity burger dah keluar semalam eh? apa lagi...jomla kita serang mekdi harini! hehe.
Labels:
iqa,
khalish,
khalish's milestone,
makan-makan
Khalish: Main wayar
selamat pagi semua! puas tak cuti awal muharram semalam? amboi...ramai yang bercuti2 sakan ye? mama saya jeles kat auntie2 dan uncle2 yang dapat pergi bercuti ke melaka la, genting la, langkawi la..
tapi takpe. papa kata tunggu mama abis pantang bersalinkan adik khalish nanti baru la nak ke mana2. skarang ni mama nak berjalan jauh sikit pon dia dah tak larat. kesian mama.
ok. ini egilaan khalish skarang. khalish sukaaaa sangat2 main wayar. apa jenis wayar pon. khalish boleh main wayar ni sampai sejam tau. khalish main tarik2. khalish pon suka tengok wayar tu bergumpal dan perhati camne nak leraikan wayar2 ni.
headphone ni dah rosak. sebab tu mak uda khalish bagi khalish main wayar headphone ni. selain dari wayar headphone, khalish suka jugak main wayar laptop. tapi papa mara kalau khalish main wayar laptop.
Labels:
khalish's milestone
Monday, December 6, 2010
En Alang akan pergi meninggalkan kami. Nun jauh ke Sarawak.
Ahad malam ni kul 11mlm en alang akan naik bas ke lcct. dengar kata flight pukul 7pagi hari isnin. apa ke halnya naik bas awal2 sangat pon aku tak tau. saja je dengki orang nak bermanja2 lama2 sikit dengan suami.
oh. en alang akan ke Miri ada kursus selama 2 minggu. pasal industri gas2 la. aku bukan reti sangat.dia dok kata DA plant la..apa la..aku angguk2 je.
en alang punyalah susah hati nak tinggalkan kami anak beranak 2 minggu ni. ye la..sebab selama ni aku kan manja terlebih sudah dengan en alang. buat susu anak dia, tukar pampers anak dia, mandikan anak dia, kemas biik dia jugak. aku buat apa? tengok je ok. haha. tapi aku boleh je buat semua tu. cuma dia kurang nak percaya aku leh handle budak khalish tu ngan perut aku lagi. pulaknya skang ni aku tido macam hape je. tak sedar apa2 langsung ok. which is agak merisaukan juga sebab kalau khalish dah nanges2 mintak susu aku still tak sedar tak ke rasanya mendera anak tu? maybe aku akan minta zaza temankan aku tido kot sehari dua awal2 tu. haha. tapi zaza pon tak leh harap jugak. budak tu tido macam kayu balak. laaagi tak sedar! maybe better pinjam iqa la kot. ;)
apa yang best kat miri tu eh? nak kirim kat suamiku tercinta tu. takmola bawak balek keychain je. tak thrill langsung. haha.
oh. en alang akan ke Miri ada kursus selama 2 minggu. pasal industri gas2 la. aku bukan reti sangat.dia dok kata DA plant la..apa la..aku angguk2 je.
en alang punyalah susah hati nak tinggalkan kami anak beranak 2 minggu ni. ye la..sebab selama ni aku kan manja terlebih sudah dengan en alang. buat susu anak dia, tukar pampers anak dia, mandikan anak dia, kemas biik dia jugak. aku buat apa? tengok je ok. haha. tapi aku boleh je buat semua tu. cuma dia kurang nak percaya aku leh handle budak khalish tu ngan perut aku lagi. pulaknya skang ni aku tido macam hape je. tak sedar apa2 langsung ok. which is agak merisaukan juga sebab kalau khalish dah nanges2 mintak susu aku still tak sedar tak ke rasanya mendera anak tu? maybe aku akan minta zaza temankan aku tido kot sehari dua awal2 tu. haha. tapi zaza pon tak leh harap jugak. budak tu tido macam kayu balak. laaagi tak sedar! maybe better pinjam iqa la kot. ;)
apa yang best kat miri tu eh? nak kirim kat suamiku tercinta tu. takmola bawak balek keychain je. tak thrill langsung. haha.
Labels:
en alang,
keroje,
outstation
Amer Munawer...imej baru, lagu baru yang best!
Sempena Maal Hijrah esok, jom layan video ni. :)
so amacam? bleh ganti tempat maher zain tak dalam hati korang after dengar lagu ni?
p/s: amer munawer bekas ahli kumpulan ruffedge. sebab tu korang macam pernah tengok mamat ni kan?
so amacam? bleh ganti tempat maher zain tak dalam hati korang after dengar lagu ni?
p/s: amer munawer bekas ahli kumpulan ruffedge. sebab tu korang macam pernah tengok mamat ni kan?
Labels:
amer munawer,
video
Subscribe to:
Posts (Atom)