Followers

Friday, December 10, 2010

Seronok tgk gelagat orang. Di alam maya.

memang betul. perkembangan anak2 memang tak sama. lihat saja pada khalish. dan lihat saja pada anak kalian yang sebaya dengannya. tidak semua kemahiran yang anak korang leh buat khalish boleh buat dan begitu juga sebaliknya.

ada yang sebaya khalish tapi semasa umur 11 bulan dah laju berjalan, siap leh panjat2 lagi. khalish pula masih ralit merangkak dan enggan berdiri. permulaannya memang agak risau. yela kan. mak2 ni kan suka risau terlebih. tapi bila khalish menunjukkan minat nak bertatih pada usia menginjak ke setahun, wahh~ hati gembira bukan kepalang. masa tu rasa nak heboh satu dunia i tell you. haha.

anak pertama je kot rasa camni. nanti adik khalish camne pulak. harap2 dia lebih cepat dari abangnya.

dan sekarang, dengan mulut yang becok dan hampir setiap pujian yang dia dapat pasti dia akan bertepuk tangan, menandakan bahawa dia mengerti setiap butir bicara kita. kadang2 kalau aku mengumpat pasal khalish depan dia sendiri dengan makcik2nya, boleh pulak dia tersipu2 malu. seperti faham benar perbualan kami. haha.

macam biasa, hari2 aku akan blog hop ke setiap blogger yang aku kenal. itu rutin. dan bila mereka bercerita tentang keletah anak masing2 dan excited tentangnya..aku faham perasaan mereka. biarpon ada orang yang tak suka pabila blogger mak2 ni bercerita tentang anak2 mereka kerana bagi mereka itu satu benda yang menunjuk2, tapi percayalah...tiada apa yang kurangnya dengan mereka yang membeli barangan berjenama dan punya pakwe yang kaya dan sebarkan pada dunia melalui dunia blogging ni. aku pasti yang mereka berbangga dengan apa yang dimiliki dan pastinya ingin berkongsi dengan rakan2 maya yang lain.

tipulah kalau aku tak terdetik langsung rasa cemburu jika membaca pada blog orang lain yang mereka saban tahun bercuti ke eropah. bohonglah aku jika tiada rasa meluat jika membaca blog orang lain yang mereka membeli barangan berjenama dan mahal2 setiap kali keluar bershopping. tapi siapa aku untuk menghakimi mereka kan?

mungkin kadang2 dari segi penceritaan mereka yang membuatkan aku sedikit jengkel dan tidak mahu lagi membaca blog mereka. bukan salah mereka. tapi salah mata aku dan hati aku yang saket setiap kali melihat gambar percutian dan barangan yang pastinya tidak mampu aku beli. namun, tidak pula aku rasa cemburu pula pada mereka2 yang bercerita secara bersahaja dan tidak terlalu menunjuk2. biarpon aku tahu mereka adalah orang berada. itulah..seperti aku tulis sebelum ini. gaya penceritaan sangat penting untuk menarik perhatian pembaca.

ini hanya pendapat 2 sen aku sahaja. lain orang lain pendapat kan?
;)

17 comments:

  1. hai kak,

    betul tu kak, sy setuju sgt2! gaya penceritaan tu penting.

    bersederhanalah dlm segala hal..

    ReplyDelete
  2. 100% setuju ngan pendapat awak. Sometimes bila olahan cerita tertalu expose akan jadi sindiran blogger lain. Tapi itulah hak indivividu tue sendiri kan

    ReplyDelete
  3. hihi betul2..

    gaya penceritaan tuu.kadang kita rase citer biasa-biasa je tapi yela tulisan mana nak sama dgn cakap kann..

    haha.
    ape daa aku tulis nii? macam tak reti nak explain pulak..

    btw, yat suke baca pasal ur family.since khalish & qies sebaya laaaaaaaaagi suke baca :)

    ReplyDelete
  4. sy up sket lg 8 sen mjadikan spuluh sen,
    bru bley gune..2sen ape bley yg?
    huhu

    ReplyDelete
  5. setuju apa yg intan ckp kan ni. dan plg suka dpt ramai kawan kat alam maya w/pun tak pernah berjumpa tp terasa dekat sgt.

    ReplyDelete
  6. org suke bacalah..tak suke beredar la..senang je kot

    ReplyDelete
  7. sesetengah org tu siap kumpul2 koleksi handbag. mahal2 lak tu. kaya la diorg.

    ReplyDelete
  8. betol! betol! betol! Blog ni macam medan saya nak catatkan pengalaman hidup be it pasal Azra, sopeng mopeng atau apa2 ajerlah. mungkin ada yang tak suka nak baca sebab nampak macam 'up' anak je kan tapi tu la obsession saya. tak leh lari nak cerita pasal lain. Beli hbag cecah seribu pon saya tak eksited nak tulis tapi kalau pasal Azra, semuanya saya nak kongsi. lepas tu suka baca blog ibu2 yang lain sebab leh dapat manyak tips berguna.

    ReplyDelete
  9. sis,i likeeeee this entry :)

    ReplyDelete
  10. salam,...
    seronok baca kisah budak2.. hehehe..
    senyuman bertambah2..

    ReplyDelete
  11. btol kak intan..sokong..
    skati la nk cite ape kan...
    klo skt hati sape suh bace kan..kan???
    haha..

    ReplyDelete
  12. anuar,
    haa..setuju. mari kita bersederhana. :)

    fieza,
    haah. slalu camtu. oleh itu, jgn lebih2 la kan?

    yat,
    hehe. takpe2 kita faham maksud yat. :)

    na,
    auww...thanks yang!

    nurul,
    nurul senang mesra dgn readers. suka ok!

    nik,
    yup. macam pepatah..datang tak berjemput, pergi tak halau. kan?

    intan,
    tu la. bahagian diorang lebih part2 camtu.

    ijan,
    mak2 memang obses ngan anak2 diorang. hehe.

    maksu,
    hmmm~

    kekuri,
    thanks dik.

    farid,
    haa..betul tu.

    eila,
    akak tau apa awak maksudkan. buat derk je eila. lama2 dia diam la tu. hehe.

    ReplyDelete
  13. mmg laa jeles tgk org bcuti..sopim sane cni..tu rezki diorg..yg penting..kita sama2 epy gn life kita...

    sy jeles tk khalish y ensem!

    ReplyDelete
  14. Intan,

    Bila tengok orang beli handbag - berjenama, kasut and baju berjenama, saya jeles, amat jeles.

    And also saya hanya mampu Vincci, ke paling hebat pun Guess aje. So sad la.

    Anak-anak depa pun baju punya la hebat, anak saya beli kat Jusco sahaja.

    Tapi tak guna kita compare, asalkan kita bahagia, ye dak? Alhamdulillah sahaja.

    ReplyDelete
  15. N,
    hehe. insyaAllah..nanti anak N laaagi kacak bergaya dari khalish tau.

    zie,
    aaa....sama la kita! betul tu. tak guna compare2...kita tau sampai mana kemampuan kita kan? and we still happy. itu yang penting. :)

    ReplyDelete
  16. kid pun kadang2 cemburu dgn kemewahan yg mereka ada..
    tapi bila fikir semula..
    tentu ada sebab Allah tak berikan kemewahan tu pada kid..
    maybe nanti kid akan jadi lupa diri ke..
    huhuhuhu.. :P

    alhamdulillah dikurniakan hidup yang sempurna seperti sekarang :)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...