Followers

Monday, December 13, 2010

Bye2 sayang...pergi tempat orang jaga diri baik2 ye.

Malam tadi en alang dah naik bas dari stewan ke lcct. bas jam 11pm dan dah sampai sana jam 4 lebih pagi. flight jam 7.15pagi. tercangak la dia kejap sementara nak tunggu gate bukak. takpela..bagi pengalaman sket kat dia belajar cara2 naik kapal terbang. ni first time en alang naik belon. dia ada cakap jugak yang dia gementar. ye la..dia ni gayat orangnya. harap juga seat yang dia dapat bukan tepi tingkap. kang risau dia yang pucat lesi toreh muka tak berdarah langsung pulak kang.

malam tadi elok je nak kuar dari umah, khalish terjaga dari tido. macam tau2 je aku nak pi antar papa dia. so terpaksa heret jugak budak tu menghantar papanya naik bas. maybe sebab dia masih mamai, bila papa dia cakap dan pesan macam2 sepanjang jalan dalam kereta kat dia, khalish tak amek pot sangat. mata melilau memandang lampu2 jalan dan roda2 kereta sebelah2. en alang cium khalish bertalu2 bagaikan tak mahu lepas. sikit lagi je air mata dia nak tumpah wa cakap lu. cuma aku je yang hati kering. pelik. selalu aku yang ratu air mata. ni tak ok. boleh pulak aku rileks2 bila suami naik bas. cium tangan dan cium pipi pon cium biasa2 je macam hari2 nak pegi kerja.

tapi, bila aku dah sampai umah, terpandang kain pelikat dan baju en alang pakai sebelum tukar baju tadi...terus air mata laju je turun. cepat2 aku seka airmata dan tidorkan khalish yang dah sedia mengantuk tu dan tak sampai 5 minit, senang je dia tidor. masa aku angkat kain pelikat dan baju en alang nak gantung kat penyidai tuala, aku curi2 cium kain pelikat en alang. rindu menggunung tau! masa tu macam baru sedar yang suami dah bertolak ke seberang sinun dan hanya akan berjumpa lagi 2 minggu. lagi sekali nanges.

haih.

kan dah kata aku ni neng yatimah. haha. siap nanges kuar air hidung lagi ok! hahaha.

tapi sekarang dah ok. sebab seawal jam 4 pagi en alang dah call2 kejap2 bagi report dah sampai lcct, abg tengah tunggu gate bukak, abang nak pi mesin atm, abg kena bayar rm40 sebab beg terlebih berat, abg nak sarap kejap, hahaha. comel laki aku tu. semua pon nak buat report ok.

oh. sebelum terlupa. harini birthday suamiku yang ganteng itu.

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!
Balek dari Miri nanti baru ayang belikan hadiah ye. Haritu kita dah celebrate awal kan? Harap abang suka surprise dan celebration tempoh hari.
:)

7 comments:

  1. relax, relax,... ada tak tinggal baju bushuk buat menyapu si air mata?

    ReplyDelete
  2. hikhikhik..kalau nik pun entah bleh tido entah tak 2 minggu tu...mesti boleh join intan jugak jadi neng yatimah.....

    sape nak tumpangkan lengan memalam?..huhu..tak dapat ku bayangkan...

    ReplyDelete
  3. hohoho..bpisah gn laki...harus rindu maa...

    ReplyDelete
  4. ok..jgn sedih2..tak elok utk baby jugak...he will be fine!!!!

    ReplyDelete
  5. happy birthday en alang! awak jangan sedeh2 tau :)

    ReplyDelete
  6. ala comelnye...bila berjauhan akan mengeratkan kasih syg...

    ReplyDelete
  7. maksu,
    baju busuk yang ditinggalkan hanyalah kain pelikat tu je. huhu.

    nik,
    hehe. dalam kes kita, takde sape nak sapu krim panas kat kaki kita malam2. huhu.

    N,
    huwaaaa!!!

    shasha,
    masalahnya, aku ni yang tak ok. huhu.

    rafiza,
    ok2. cuba untuk kurang bersedih.

    erin,
    huhu. almaklumla...ngada2 lebih dah ni...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...