Followers

Wednesday, December 15, 2010

Bukan senang nak dapatkan hero sorang ni. Dan tak sangka tak lama lagi nak terima kehadiran hero no.2 pula!

bukan aku nak bermegah2. jauh skali nak tunjuk riak. ada anak ni memang selalu buatkan kita teruja. no wonder orang yang tak ada anak dan belum punya rezeki anak ni beria2 benar nak merasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. excited dia sampai anak tu beranak pinak pula memang takkan habis.

ramai juga di kalangan kawan2 dan rakan2 blogger yang bertanyakan pada aku tentang petua macam mana aku dapat khalish. aku tiada petua khas yang boleh diberi selain dari nasihat bahawa kesihatan diri perlu dijaga. bukannya apa, aku contohnya...selepas kawen berat badan suami isteri naik mendadak. macam berlawan2 pula. lepas tu dok meroyan kat blog apsal aku tak ngandung2 lagi. haha. dah tentu2 la masa tu hormon aku tunggang terbalik, ngan berat badan macam yoyo kejap turun, kejap lagi ha kooo naik mendadak. camne nak ngandung kan? and one more thing, disebabkan berat badan la period aku jadi macam chipsmore. kejap ada, lamaaaa tak ada. merisaukan.

so, selepas 8 bulan sah bernikah dan masih tiada hasil melainkan lemak2 yang berjaya diternak, kami suami isteri sepakat jumpa pakar saket puan untuk mendapatkan kaunseling. masa ni kami pergi pon disebabkan atas dorongan kawan2 yang dekat. sebenarnya tiada pressure dari mana2 pihak pon untuk kami cepat2 dapatkan anak ni. tapi sebab kami sendiri rasa sunyi di rumah dan agak boring bertekak bergurau berdua je, tu yang cepat2 nak dapatkan geng bergaduh pulak. hehe.

aku ingat2 lupa sebenarnya. tapi masa jumpa doktor tu, orang yang paling banyak bertanya itu ini adalah en alang. memang agak terkejut sebab dia betul2 berminat nak tau apa masalahnya kami ni hingga sukar nak mengandung. doktor pon cerita la yang aku ni dah dalam golongan obese. memang susah nak mengandung kalau berat badan berlebihan. lagi pula period aku yang tak tentu...jadi doktor telah memberikan kami nasihat yang sewajarnya. aku beri dalam bullet point bagi senang faham la eh.

- aku kena regularkan period dulu sebelum usaha nak pregnant diteruskan. jadi doc beri pil untuk regularkan period.
- aku kena kurangkan berat badan. yang banyak.
- suami kena beri dorongan pada isteri untuk usaha mengurangkan berat badan.

jadi kami pon balek ke rumah berbekalkan ubat regular period. dan doc pesan sekiranya period dah datang, on 2nd day period perlu ke klinik lagi untuk mengambil pil subur pula. namanya clomid.

- oh. masa ni doc ada wat scan juga. dan alhamdulillah, doc kata rahim aku tiada masalah.
- selepas pengambilan clomid selama 6 cycle masih tiada perubahan, sample semen (air mani) suami akan diambil dan diperiksa.

so, selepas datang je period, on 2nd day pepagi buta en alang dah excited nak ke klinik semula. aku cakap kat dia, kita pi petang2 sket sebab slalunya pagi2 orang ramai. ewah...nak amek clomid je pon. tapi excitednya suamiku ini macam nak bersalin dah. tak silap aku pengambilan clomid ni bermula pada hari ke-4 atau 5 cycle. oh. hari pertama period dikira sebagai first day cycle ye kawan2. dan pil ini diambil 5 hari berturut2.

jadinya, kami pon semangat2 la nak mencuba clomid ni. tapi apakan daya, pengambilan pertama tidak berjaya. pada bulan kedua aku period, ambil lagi clomid seperti yang disarankan dan alhamdulillah, hanya selepas 2 cycle, benih kami bertunas dengan izinNya.

oh ya. aku juga ada membuat usaha alternatif lain dalam usaha nak dapatkan anak ni. aku pakai PB. yup. premium beautiful yang skarang ni sebok semua org beli tu. hehe. ai dah pakai dulu ok. tapi tu la...pakai 2 bulan je dan terus lekat. so...korset ni kita simpan je la dulu. hehe.

so aku harap korang dapat gambaran dan faham bagaimana kami berusaha untuk dapatkan khalish. bukan senang nak senang kata orang. memang soal jodoh, rezeki, anak di tangan tuhan. tapi kita sebagai makhluknya perlu berusaha kan? takkan goyang kaki je boleh turun nasi sepinggan dari langit betul tak?

dan pada pasangan yang sedang berusaha untuk dapatkan anak, suami isteri perlu sepakat dan sporting. jangan lah nak meletakkan kesalahan tak dapat anak pada isteri saja. tak adil namanya. lelaki, awak ingat sperm awak tu sehat sangat ke? kuantiti sperm awak tu cukup ke? berkualiti sangat ke sperm2 awak tu? oleh itu, kalau doc minta suami pula buat ujian, please la beri kerjasama. ni orang ada anak, awak pon nak anak. tapi awak tak nak buat apa2. harapkan bulan jatuh ke riba. minta isteri pergi berurut bagai. awak dok goyang kaki je. isk...tak gemor aku orang camni.

isteri pula perlu bertegas dengan suami. alhamdulillah en alang cukup sporting bila doc ada buat cadangan sekiranya selepas 6 cycle pengambilan clomid aku masih tak mengandung, dia perlu diperiksa...lagi dia tanya macam2 kat doc adala. wahh..macam tak sabar nak bagi sample semen kat doc tu pulak. sebab dia sendiri kata seawal darjah 6 dia dah merokok, so maybe sperm2 dia yang tak sehat. dia pon perlu tahu juga kebenaran yang ada.

so kawan2...ini je la pengetahuan aku yang seciput untuk dikongsi. aku bukanlah expert atau terer bebenor ye. kalau korang tanya aku lebih2 memang la aku tergagap2 nak jawab. sebab aku just cerita berdasarkan pengalaman.

aku sentiasa doakan kawan2 sekeliling aku yang sukar dapat anak agar segera dipermudahkan urusan mereka. biarpon kami sunyi selama setahun, tapi kami mengerti sunyi yang dirasai dalam hati tu membuatkan kita jadi derita. please jangan stress2 dan buat biasa je ye. kalau org tanya2, korang gelak2 je la. nak minta org faham keadaan kita memang susah...sebab diorang tak pernah rasa. tak guna nak marah2 org yang memerli kita dan bertanya beribu kali tentang anak. sebab Allah lebih tahu segalanya.

:)
sayang korang tau! (tetiba je statement ni kuar. haha)

11 comments:

  1. nik tak sempat nak merasa sunyi hidup berdua..nik masih enjoy hidup berdua.. tapi tak tahan mulut orang kan..so decide utk akhiri zaman bujang...

    nik tak sempat nak amik apa2 pil pun..sebab doktor suruh patuhi dengan ketat dulu jadual kesuburan..ahahha..kitorangkan buat bisnes tambahan.. so jadual kesuburan tu memang slealu sangat skip nye..

    2 bulan ikut dengan disiplin...terus lekat.. =)

    ReplyDelete
  2. semua rezeki dri Allah.. kita redha je lah..

    mulut org mmg mcm2 kan intan.. kena pulak yg jenis suka sakitkan hati org, lg lah over..

    ReplyDelete
  3. satu pengalaman yang menarik.. maklum lah saya pun obes juga.. kena turunkan berat juga lah nampaknya

    ReplyDelete
  4. terbaek artikel ni :D

    kita serupa, yat 10 bulan after kawen baru lekat si qies.igt agi kan time tu kita kenal time belom preggy agiii.

    miracle do happen insya allah.
    asal je nak usaha!

    ReplyDelete
  5. "takkan goyang kaki je boleh turun nasi sepinggan dari langit betul tak?"

    wahh i like gitu.

    betul laa tu. dan betul jugak bahawanya kita tak boleh selalu stress. jangan mudah terasa atau apa-apa sebab inikan rezeki tuhan. kalo belum ada rezeki, usaha sampai kelangit ketujuh pun takkan dapat anaknyer. so layankanlah kehidupan neh dengan seceria mungkin.

    dan memang, dapat anak neh memang sesuatu yg excited. even org bujang cam aku pun dah excited nak dapat anak walaupun belum jumpa calon maknya lagi. keh keh.

    seyesly aku tak paham kalo ada org kawen pastu cakap "sory, i'm not ready to be parent yet."

    :|

    ReplyDelete
  6. rezeki masing2 kan intan. Alhamdulilah intan beruntung dpt khalish dan hero yg no 2 coming soon :)

    ReplyDelete
  7. rezeki Allah kan..xdesape yang tahu,...kite hanya perlu terus berusaha dan usaha kan...alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. rezki kan kak...bile da dpt satu..dpt lg satu..hehehe...mmg bgs ekk PB tu..N igt lps deliver..klo bdn x susut..nk gune PB..hehe

    ReplyDelete
  9. terbaik artikel ni. i like.


    memang sunyi kalau berdua lama sangat. dulu, raihan + hubby pun tunggu 7 bulan. itu pun after 3mth takde apa2 terus jumpa gynea. 4 bulan on clomid, Alhamdulilah lekat.


    *pasni nak dpt boy pulak. haha. mcm lah boleh mintak2 kan?*

    ReplyDelete
  10. PB mmg sgt2 bgs..jiha br strt pakai n the result is unbelievable..menyesal tak pakai ms confinement arituh..k.intan lps bersalin pakai PB pon dh cukup..sure cun body lps bersalin..

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...