hari sabtu malam ahad tu,
berkobar2 nak pi try tgk kat panggung wayang sitiawan ni ada ke citer sepi..
rupa2nya, enggak ada ya pak.
so,
en alang dok hasut2 aku.
ajak tgk hulk.
aku pon layankan ajela...
jalan cerita ok,
tapi hulk tak la nampak real sangat kan.
sedikit kartun.
so,
kitorang plan nak tgk sepi kat ipoh je.
lagipon, nak amek jam gas (guess) aku tu kan.
hahahhaha!
berkobar2 ni.
pepagi lagik, jam 7 aku dah bangkit wat breakfast.
sosej panggang, telur mata kerbau, kacang panggang ngan fish fillet.ha ko..tak ke banyak breakfast kitorang tu.
memang slalunya kalau weekend, breakfast ala2 meriah sket.
hari2 weekdays je ala2 hambar gitu.
kadang2, tak sempat nak makan pon.
kul 8, kejut en alang, breakfast sama2.
dia komplen awat tak kejutkan dia so boleh masak sama2.
dia ni memang camni, dapat buat air pon jadik la kat dia.
asalakan dia dapat nolong aku.
aku plak rimas ramai2 kat dapur...so, ada kesempatan masak sengsorang, aku masak je la.
kul 9 lebih, dah bersiap2 kemas umah, mandi dan terus ke rumah ibu.
hantar bawang2 dan ikan kembung sket.
kebetulan econsave jual bawang murah, sekampit guni tu, cuma rm5.99 sajork.
so, aku pon pulun je la.
nak bahagi 3, untuk aku, ibu dan mak.
memang banyak gile laaa...
boleh wat mandi bawang gamaknya.
:)
lepas ngantor bawang2 ngan ikan kat umah ibu, terus pecut ke kinta city,ipoh.
konon2 nak kejor wayang sebelum kul 12pm.
ye la, kan ke dapat murah...
tapi, sampai2 je dah hampa. sebab sepi takde tayangan sebelum kul 12.
so, end up amek tiket kul 12.20pm je.
sebab dah sampai sana ala2 awal la jugak, dalam kul 10.40am gitu,
terus kitorang ke guess, amek jam.
then, jalan2 jap,
pi makan.
wah2..kat foodcourt tu dah ada big apple donut ok!
ahahhaha...aku jakun.
baru first time rasa donut2 ni biarpon slama ni korang dok hingaq2 pasai donut2 ni.
memang sangat sedap.
aku nak tonton sepi dengan harapan yang sangat tinggi.
terlalu tinggi, aku harapkan ianya lebih bagus dari CINTA.
semasa tonton, part 1, kisah adam.
aku suka. suka sangat. watak afdlin dan nasha sangat menghiburkan.
getaran cinta antara afdlin dan vee aku dapat rasa.
part 2, kisah sufi.
aku blur.
sebab takde feel. kurag feel mungkin.
mungkin sebab aku tak brape kenan ngan eja..aku pon tak pasti.
part 3,
kisah imaan. naik sket semangat nak tonton.
tapi, tengah2 kisah tak berapa nak feel.
semasa baizura sedang terlantar, aku tak rasa sakitnya. tak rasa sedihnya.
cuma sedih kepada syed saja.
itu pon sikit.
tapi, hujung episod, boleh diterima. naikkan semula semangat.
ye, semangat aku naik turun tonton filem ni.
mungkin harapan aku terlalu besar pada filem ini.
apa kata korang yang dah tonton filem sepi ni?
aku dan muka kehampaan...