Followers

Friday, July 17, 2009

jangan sangka suami korang tu alim semut pijak takmati padahal nama semua wanita dalam donia ni dia tau

tengah tgk iklan majalah 3,

ayang, apa nama pengacara majalah 3 ni?
tak ingat la bang, nurul syuhada agaknya.

haaa..abang ingat.
apa dia?
nurul syuhada nurul ain mohd zain.
ewah? ngan nama bapak nya pon abang tau? gataii niii...
tersengih2 cam kerang bucuk.


sedang tgk wanita hari ini,

baby, apa nama perempuan ni? (tunjuk kat tv)
siapa? (tak pandang tv pon. main sudoku)
niii....yang penyanyi dangdut ni ha.
entah. (malas nak layan sebenarnya..hahahaha)

ok,ok. abang dah ingat dah. ifa raziah kan?
eh? tadi beria2 tanya, ni dah tau pulak dah?


itula en alang.
memang kadang penuh kejutan.
dia ni observer orangnya.
diam2 berisi niii...risau plak aku.

slalu jugak serkap jarang dia.
macam malam tadi,

b, awal balek malam ni?
mana ada sayang? macam biasa la....
apa lak macam biasa? slalu sampai umah 7.20, ni sampai 7.13. beza 7 minit tuuu...
ayang ni, tu pon dia perhati ek. mesin punch card rosak la b.
ooo...ok mana la ayang tau kan. selama ni 7 minit tu terluang pi jumpa gf ke..
apa la sayang ni. mana cukup 7 minit. jumpa gf kenala sejam dua. baru besttt!!!
kena cubit2 ngan aku. leh tahan gatal laki aku skang ni.


cerita lain,
en alang beria nak letak nama anak dia mikaeel jackson.
(perlu jackson juga kah?)
pening2...
memang dia main2,
tapi kadang2 bila slalu sangat dia sebut2, dah macam betul plak nama anak aku ni mikaeel jackson pulak dah.
wuwuwuwuwu~

sekilo seringgit , sekilo seringgit ....mai, mai!!!

=)ini perut baby ye kawan2. ukuran perut untuk tentukan berat baby.

rabu aritu ada ultrasound scan lagi.
untuk tentukan kedudukan uri.
alhamdulillah, uri dah naik.
so, kerisauan untuk dibedah kerana uri tak naik kite boleh ketepikan.
harap2 uri ni ada kat atas sampai waktu nak bersalin nanti.

berat baby dah 1.09kg.
dah berat kan?
perut pon nampak booolat jek.
geram rasa nak gigit2 perut dia.
nampak 2 kaki yang tak berhenti bergerak, sangat comel!
haii...tak sabar mama nak tunggu kamu keluar ni anak oiii...

semalam, lepas makan,
macam biasa aku duduk tersandar depan tv.
sambil2 tu layan baby yang tak berhenti2 bergerak bagai nak rak.
layan borak, cakap2 ngan baby.
tetiba, teringat nak selak baju, nak tgk perut,
wah!
dah boleh nampak pergerakan baby ye.
perut bergerak2.
rasa seram pon ada, rasa geli2 pon ada gak.
en alang tgk, asik tergelak2 je.
nurse pernah cakap kat aku,
kulit perut aku ni tebal,
susah nak rasa baby.
korang bayangkan, nurse yang selalu tgk perut orang tu,
kata kulit perut aku tebal?
dan skang boleh nampak movement baby plak tu?
nampak sangat la baby ni ganas. (ganas? hmmm..aktif lagi sesuai kot)

next weekend kitorang satu family turun johor.
ada kenduri cukur jambul kat muar, ngan kenduri kawen kat kulai.
tak sabar!!!!

lama dah tak turun johor. rindu dah ni.

jadinya, minggu ni aku relax2 je la kat umah.
blajar masak lagi.
teehehehehe..

Thursday, July 16, 2009

ok. resepi kali ni cik kurekure memang tau. masak lemak cili api ketam. senang je!

bahan-bahan:
  • #cili padi-terpulang nak banyak mana. nak pedas, bubuh banyak, nak tak pedas, bubuh je la sikit je.
  • #bawang merah
  • #bawang putih-tak letak pon takpe
  • #kunyit hidup
  • ketam
  • santan
  • daun kunyit
bahan bertanda # dikisar bersama.

cara-cara:
  1. masak lemak ni tak payah bubuh minyak. cuma tuang je bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk yang panas.
  2. kemudian, terus je masukkan ketam. biarkan bahan kisar tadi masak seketika bersama2 dengan ketam.
  3. setelah mendidih, kecilkan sedikit api dan tuang santan.
  4. carik-carikkan daun kunyit dan letakkan ke dalam masakan.
  5. letakkan garam dan perasa secukup rasa.
hasilnya? memang tak menghampakan. maafla, aku tak reti bubuh portion banyak mana. sebab masak ni pon, ikut sedap hati dan perasaan je.

oh. dan tak sempat nak tunjuk hasil akhir masakan ni. sebab masing2 tak nyabar terus terkam makan! huhuhu. en alang makan sampai berkaut2 kuah. dahsyatttt!!!

dan lagi sedap kalau makan lauk ni bersama nasi putih dan telur mata kerbau. nyammm!

selamat mencuba!

ALOR STAR TOWER HERITAGE RACE


ALOR STAR TOWER HERITAGE RACE
25 JULY 2009


Pendaftaran: 24 July 2009
Yuran: RM50 satu kumpulan (murah gileee)
Umur: 17 tahun ke atas





pada sesiapa yang berminat,
boleh print out borang kat atas ni dan isi.
serahkan pada hari pendaftaran beserta wang penyertaan ok?

kalau la aku tak bawak perut ni, lama dah aku join skalik.
korang jangan lepaskan peluang ni ok!
hadiah, boleh tahan lumayan jugak.
dengan wang penyertaan hanya rm50,
kalau dapat bawak balek RM1000 tu,
kire ok sangat daahhhh!!!

:)

*aku hanya buat pertolongan kecil untuk hana-chan.
** hana, takde apa2 ke? hahaha! (ada hati mintak bukan2)

Wednesday, July 15, 2009

sate bota

hmm.
ahad aritu,
lepas je balek dari klinik,
terus ke rumah ibu.

sebab dah janji ngan ibu nak temankan ibu dan ayah nak antar barang2 ajik.
dia masuk awal ke poli ungku omar tu. sebab ada satu paper sudah sangkut daaa.
lagipon, ayah nak tgk sangat umah sewa orang bujang tu.

tapi, end up, ayah tak kenan. hahaha~

on way balek tu, kami balek bertiga je.
sebab ayah amek bas balek kl dari ipoh.
ibu tanya2, nak singgah makan sate tak?
wah! apa lagi,
dengan mata bersinar2,
ikut ibu la, along tak kesah.
eh, kamu ni, kamu nak makan tak?
nak!

dah, jom.

hehehe.
best2.


sate ayam dan daging. diorang dah tak jual perut lagi agaknya. hampa...sebab dah 2-3 kali singgah sini, sure tak dapat perut. nampak macam sikit kan? tapi adala dalam 30 cucuk camtu (campur2). rm10. secucuk ayam 30sen. daging 40sen.



nasi impit. satu kemestian. sebab boleh lawan dengan kuah kacang yang best!



inilah kuah kacang yang best tu. oh, dan sate ni, kalau bawak balek, rasa dah lain, makan sini, laaaagi best! (dan cepat dapat order)


ibuku sopan je makan sate (tak macam anaknya). ibu cuma makan 2-3 cucuk je masa ni. padahal, dia yang beria2 ajak. tak paham aku.


baru pukul 5 (waktu dibuka), dah ramai orang berbaris. tak nampak sangat dari gambar ni, tapi masa ni dah ada 5-6 orang la yang menunggu. kalau korang datang pukul 6pm, memang panjang barisan kena berdiri. baik korang duduk dan order je dan makan kat situ. sedap, fresh, dan mantap!

hehehe.
oh, maybe ada yang tertanya2 kat mana kedai sate ni.
kalau korang dari ipoh, menghala ke arah ayer tawar, manjung, sitiawan, atau lumut,
mesti akan lalu kedai ni.
dah dekat dengan uitm sri iskandar tu (please take note ye diya!)
dan dekat la jugak ngan UTP.
kalau dari ipoh,
elok je lepas simpang nak ke bota kanan dan kiri tu,
korang straight je,
akan nampak kedai belah kiri korang.
(dan yang berasap2 tu, kedai dia la!)


klik pada map untuk imej yang jelas lagi terang. =)

so, pada orang perak yang tak pernah pekena sate bota
atau orang luar perak yang teringin nak rasa,
marile ke bota ok.

susah2 sangat,
korang datang je umah aku.
tau le aku bawak korang ke sana.
oh. diorang buka kedai hanya pada hari khamis-ahad sahaja.
kalau korang datang hari lain,
kedai tutup, tak dapat den nak nolong.

Tuesday, July 14, 2009

jom main masak-masak dengan cik kurekure. nama resepi ni sumpah cik kurekure tak ingat. kalau sesiapa tau, leh war2kan kat sini okeh?

masakan ni masakan jawa.
ada suhun, pucuk, kentang, ayam.
kalau nak pedas, bubuh cili padi atau black pepper.
(tapi kes aku, suka bubuh dua2. baru ngancam!)
dan dimasak dalam kuah kicap.
senang je.
jom kite tengok camne nak buat.

sebelum tu,
bahan-bahannya adalah:
  • pucuk, suhun
  • kentang (potong nipis2. supaya bila goreng nanti, luar dan dalam masak.)
  • ayam (potong kecil-kecil)
  • bawang besar (hiris)
  • bawang kecil (hiris)
  • halia (ditumbuk)
  • cili padi
  • lada hitam (ditumbuk. better guna lada hitam sebijik2 dari serbuk. supaya rasa kick tu lagi menyengat.)
  • kicap manis (kalau suka kicap masin pon, boleh guna jugak)

cara-cara,
  1. goreng kentang dalam minyak penuh (deep fried)
  2. dah lepas goreng kentang, kite goreng ayam yang dah disaluti serbuk kunyit dan garam. deep fried jugak.
  3. sekarang, get ready untuk masak kuah kicap. (dalam kuali lain ye)
  4. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, dan cili padi sampai naik bau.
  5. lepas tu, tuang kicap. tambah sedikit air. tunggu hingga mendidih.
  6. tambahkan suhun dan pucuk. tunggu hingga pucuk mengembang dan lembut.
  7. masa ni, dah boleh letak garam dan perasa. agak2 la rasa macam mana yang korang nak.
  8. dah boleh letak black pepper pon. suka letak black pepper last2, supaya rasa pedas tu lagi kaw!
  9. lepas rasa semua dah ok, boleh la tambahkan kentang dan ayam goreng tadi. dalam 2-3 minit lepas tu, dah boleh angkat.
10. walla! dah siap! terangkat!!!

aku rasa, sesiapa yang berketurunan jawa memang dah biasa dengan masakan ni.
pada yang belum pernah cuba,
cubalah ye!

kalau sedap bagitau,
tak sedap, diam2 je ye.
hehehehe.
selamat mencuba!

kembali...

...bersama flu dan batuk2 yang tak abis.
sabtu tu, masa tgh siap2 nak tidor,
en alang muka gelabah tgk muka aku.

ayang, muka ayang pucat la.
mana ada. orang ok je.
iye. cuba tgk kat cermin.

aku terus ke cermin. memang nampak cam pucat sikit. aku tak biasa pucat2 ni. so, ignore je la.

yang, meh sini abang tengok bawah kelopak mata ayang tu.


en alang tgk2 bawah kelopak mata aku, dia kata, memang takde kaler dah. slalunya, kalau orang sehat, kaler merah kan?
aku buat biasa je.
en alang gabra lebih2.

yang, jom pi spital. abang risau ni.
malas la b. ayang nak tido. ngantuk sangat ni.
lagipon, kalau tetiba ayang terjaga batuk kuat2,
time tu kite pi spital k?
ok. janji tau.
ok.

malam tu, aku batuk tahan2.
takmo weiii...risau kalau kena tahan wad je.

esok paginya, aku bangun,
terus kata kat en alang nak pi klinik yasmin.
so, cepat2 kitorang siap2,
dan shoot terus ke klinik.

sib baik dapat giliran no.4.
so, cepat je dapat jumpa doc.

doc, bahaya tak kalau batuk2 pada orang pregnant ni?
kalau nak diikutkan, takla bahaya.
cuma, saya risau awak terlabor awal je.
sebab kite batuk, perut pon ikut mengecut dan mengembang skalikan?
so, tak mustahil awak boleh labor awal.
hah? (aku melopong)
macam itukah?

en alang lagi la.
dengan serius dia pandang doc tu.

kalau kuman dari batuk2 tu, boleh sampai ke baby ke doc?
tak boleh, itu awak jangan risau.
tapi tu la. macam saya cakap tadi.
kalau isteri awak batuk kuat2, dia boleh labor awal.

lagi buat aku gabra.
memang kadang2 tak leh nak tahan batuk2 ni.
tetiba je dia macam tersedak.
batuk kuat2.
en alang slalu sangat terkejut kalau aku batuk.

dan kalau batuk sambil tgk perut,
memang sah2 leh nampak perut tu mengembang mengecut macam doc cakap.
takut weiiii...
huhuhuhu~

oh. dan doc check en alang skali.
dia kan penyakit muntah2 tu tak abis.
so, aku tanyakan kat doc.
doc kata maybe dia ada gastric.
so, doc bagi try dulu ubat gastric.
alhamdulillah,
en alang dah tak muntah2 dah.

dan aku dapat mc untuk isnin tu.
doc suruh rehat2 je.
semalam, sehari suntuk aku tido.
tak buat apa2.
sebab ubat selsema tu meamgn buat aku nak tido.
apa lagi, bantai tido la kan.
dah kata doc suruh rehat sehari.

hari ni datang kerja dengan berat hati.
tadi kat umah, macam dah ok je.
batuk pon lite2.
bila menapak kuar je dari umah,
terus batuk macam orang tua.
tak sukeee...........

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...