Followers

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Devil's Food Chocolate Cake recipe.


resepi ni aku ambil dari mek Nano. dia jugak la yang membuka hati aku nak cuba baking2 ni. :)

so, aku siarkan resepi ni untuk kawan2 blog aku yang teringin bebenor nak cuba buat kek ni. sila la ye kawan2...


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : 
kak ita

Bahan Kek Coklat 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula pasir dan brown sugar sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanila estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ *aku xde lemon, so ganti sunquick

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu teh paste vanila 

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. 
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong. 

resepi ni bulat-bulat aku ambil dari blog Nano. Aku ambil je sebijik-sebijik resepi ni sebab penerangan dia senang nak faham. agaknya kalau aku yang tulis resepi, mau juling2 mata kornag nak faham. hahaha.

so....selamat mencuba ye! :)





Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday: Cubaan membakar kek yang pertama. Success!




Tuesday, August 23, 2011

Di atas permintaan, inilah dia resepi kuah carbonara! :)

Ini adalah penne carbonara. Boleh ganti penne pada spageti atau macaroni. takde hal la....
:)

Bahan-bahan:
5 ulas Bawang putih (dihiris/didadu)
2 biji Bawang merah (dihiris/didadu)
Daging/ayam/seafood ikut kegemaran
3 sudu Tepung gandum
1 liter Susu krim penuh
Lada hitam
Garam
1-2 keping Cheese (bergantung pada kelikatan kuah)


Cara-cara:
Tumis bawang putih dan merah, tambah daging/ayam/seafood ikut kegemaran.
Letak tepung gandum 3 sudu, then letak susu 1 liter. Kacau.
Tambah lada hitam dan garam sesedap rasa.
Dah didih, tambah cheese dan terus mati api.
Kacau lagi sehingga cheese cair sepenuhnya.
Siap!



Senang je kan? apa lagi...pi beli barang2 skarang dan bolehla cuba memasaknya! :)





Thursday, August 5, 2010

Pandai2 ko la nak isi perut ye.

oleh kerana ibu tiada hingga ahad, makanya kepala otak ligat nak fikir menu hari2.
kalau aku tinggal berdua dgn en alang je, slalunya beli kat luar je.
ni ada 4 orang dalam umah tu, kalau beli rugi wooo..baik masak je.
so, baru tadi aku siapkan menu dan lepas ni nak pi econsave beli barang2 dapur yang perlu.

sape2 nak cilok menu ni disilakan. aku faham sangat le betapa peningnya kepala nak masak apa hari2. takkan hari2 nak makan ayam goreng je kan? mesti nak tukar2 jugak. hehe.

ayam goreng kfc tu bukan ayam dari restoran kfc. ala, ayam goreng guna tepung kfc rm1 tu. lama tak buat. sedapnyaa....~

Wednesday, June 16, 2010

tekak meloya. selera makan dah berkurang.

oh. aku amek half day harini.
nak kemas umah dan basuh baju. nanti tuanku permaisuri sampai dari kl, tengok baju2 masih tak berbasuh maunya murka dan mogok takmo masak plak nanti.


hai...mana boleh tuanku permasuri tak masakkan untuk anak dan menantu...air tangan tuanku permaisuri la yang paling enak dalam dunia ok!
oh. tuanku permaisuri masak bukan sebab kami yang suruh ye. tapi tuanku permaisuri yang suka memasak.
kalau anak2 masak, dia akan makan sikit buat jamah je. kecik hati ok!
tapi memang tuanku permaisuri masak sedap melampau.
dan tuanku permasiuri akan pastikan setiap kali waktu makan, akan ada makanan atas meja.
bersungguh2 tuaku permaisuri masak2.
terima kasih tuanku permasuri!


penat balek dari cuti2 sungguh tak hilang lagi. nak upload gambar2 pon aku malas gile.
gambar2 tak la banyak mana. sebab dah pegang dak kecik tu, kamera ke mana, aku ke mana, khalish tah ke mana plak kang.
ada la sekeping 2 nak tunjuk kat korang. tu pon adalah tak berapa semenggah.


update pregnancy, alhamdulillah semalam dah pegi wat scan tgk heartbeat segala.
baby elok duduk dalam karung dan dah leh nampak jantung dia berdenyut2.
comel sangat2!


tak sabar nak tengok dia lagi 4-5 bulan, masa tu leh tengok semua yang dah lengkap.
kaki, tangan, kepala...plus leh tahu gender skali.
wah...bestnya!
=)


pagi tadi aku dok mengomel dalam kereta kat khalish.
kata kat dia, 
khalish lepas ni takleh nangis2 takde sebab dah.
khalish nak ada adik. khalish sayang adik kan?
khalish kena behave ye sayang.
mama sayang khalish dan adik. nanti adik keluar, takmo gaduh2 ye.
sayang2 adik tau.


khalish tgk aku dengan pandangan,
ye la mama. khalish faham.
sambil sengih2 yang buat hati cair macam air dah.


malam tadi pulak, en alang gurau kasar ngan khalish.
siap tolak2 khalish sambil cakap,
papa tak sayang khalish. papa sayang mama dan adik je. 
en alang pi jauh2 dari khalish dan peluk2 perut aku.
tapi khalish tetap datang suka2 happy2 kat papa dia.
dia tak paham la tu apa papa dia cakap.
tapi aku yang bergenang2 air mata tengok dia happy2 camtu.
terus aku cepuk tangan en alang kata tak baik cakap kat dia camtu.
skang ni dia tak faham. nanti bila dia dah faham, jangan ulang cakap camtu lagi.
dah besar nanti, dia ingat dan ungkit pulak.


skejap je khalish dah besar. haritu baringkan dia dalam bas, kaki sampai terjulur keluar.
panjang sangat dah budak ni.
dulu, masa dok dokong adik, aku slalu mengeluh penat dan berat.
bila dah ada anak ni, sanggup pangku anak 4 jam dalam kereta.
yang amazingnya, langsung tak rasa lenguh2 kat tangan ye.
besarnya ketabahan seorang ibu kan?

Tuesday, May 25, 2010

locho. kamu semua pernah rasa?

edited 1505H: kak nora, sepupu aku kata bukan locho. tapi rocho. tq kak nora!

aku tak tau la ni nak kategori makanan atau minuman.
okla. ni kategori manisan. haaa...kan senang.
:)

bahan2 yang digunakan hanyalah tapai ubi, gula melaka, daun pandan dan santan beserta ais sesedap rasa.
as usual, memang takde sukatan eh puan2.
masak ikut sedap rasa je ni.

gula melaka dipecah2kan, daun pandan dikoyak2 dan sedikit air dimasak bersama.

rupa mereka yang sedang mendidih.

lepas je gula melaka tu dah larut, tutup api dan terus campurkan dengan santan. kacau rata.
dan pecah2kan tapai ubi tu dan terus masukkan dalam adunan.


santan, gula melaka yang telah dimasak dan tapai ubi bergaul mesra.


tambah air. untuk rasa yang lebih segar, campurkan ais. 

dah siap!
senang je kan?

aku tak tau la ni makanan orang jawa ke apa.
tapi aku perasan la...aku ni suka buat resepi pelik2 eh?
hahaha~

selamat mencuba!

Wednesday, May 19, 2010

asam pedas ibu.

ibu orang melaka.
dan sangat gemarkan asam pedas. kalau ada peluang je, ibu akan masa asam pedas banyak2 supaya boleh tahan 1-2 hari. hehehe~

oh ibu memang camtu. kalau makanan faveret dia, dia suka buat banyak2.
:)

note: aku tak makan asam pedas ok. entri ni khas untuk korang semua yang teringin nak cuba asam pedas orang melaka.
(aarin, this entry specially made for you!)


bahan-bahannya:-
ikan tenggiri
bendi
asam jawa
bawang*
bawang putih*
cili kering*
kunyit*
halia*
belacan*

bahan yang bertanda * dikisar bersama.


memula tumiskan bahan2 yang dikisar tadi dan tunggu hingga naik minyak. kemudian masukkan ikan, air dan asam jawa. gaul rata dan masukkan bendi hingga masak.
oh. jangan lupa masukkan garam dan gula ikut sesedap rasa ye!

oh. kami sekeluarga kalau masak tak reti nak bagitau kena bubuh banyak mana, sukatan berapa bagai. sebab masak ikut sesedap rasa. kalau rasa nak pedas lebih, bubuhla cili banyak2. kalau rasa nak masam2 lebih, bubuh asam jawa banyak sket. camtu la..


selamat mencuba!
:)

Monday, April 5, 2010

ayah masak. bukan selalu ok nak tgk ayah masak. 10 tahun sekali kot. hehehe~

cuba teka apa ni?


couch meat? (apakah daging kerusi?) conch meat?
ayah kata, ni daging siput.
pelik la pulak kan. aku ni sebagai peminat tegar makanan laut,
tak pernah jumpa ok daging camni.

tertanya2 camne la rupa cengkerang siput ni.
huhuhu~

tetiba TING! (ada lampu kat kepala mengerlip2)
ok..mari kite google apakah conch meat itu...

kuar kat wiki gambar ni...

ooo...rupa2nya siput besar2 camni. tak pernah rasa. terus jadik semangat2 nak cuba.

ayah kata, dia nak masak lauk siput ni.
so, ibu siang daging siput ni,
dan terus ayah ke dapur....

pemandangan ni 10 tahun sekali baru dapat tgk ok. hahaha~



daging siput 'conch' yang dah dipotong2.


dah siap! hehehe. ni kirenya macam masak kunyit tapi bubuh sos cili padi yang maha banyak. pedas, masam dan sedap!
:)

Thursday, January 28, 2010

cool abis website ni. apsal aku baru tau ek?

cuba korang checkitout.
pada sesiapa yang suka main masak2 tu,
mesti excited bila tgk web yang siarkan cara2 memasak secara video.
takyah tunggu balek umah bukak afc channel.
tgk kat ofis pon boleh.

hehehe.
tgk, aku dah ajar korang yang bukan2 plak.
hehehe~

http://www.trymasak.my/index.php


kalau korang dah tau web ni wujud, bagusla.
pada yang belum tahu tu, ni aku kongsi ngan korang.
:)

pada yang dah kawen tu, sila masak sedap2 untuk suami/anak2.
pada yang belum kawen/akan berkawen, sila praktiskan dari skarang ok?
jgn jadik cam aku,
dah kawen baru terhegeh2 nak blajar masak.
:)


oh. perut aku dah ok.
betul kot kata korang, angin je kot.
sebab bila makan je, terus perut ok.
haihhhh...apa2 je la.

Friday, September 11, 2009

terlepas tgk emergency malam tadi

gara2 kecik hati ngan en alang.
masuk tidor awal gile.
sampai hampir terlepas isyak.

kul 3am terjaga,
bangun solat, baca quran.
kul 4am, bukak tv3,
layan al-kulliyyah.
sambil kejap2 ke dapur masak nasi dan panaskan lauk.

best jugak topik pagi tadi.
solat ketika saket.
siap tunjuk cara amali nak solat dan tayamum lagi.

kan skang ni aku dah tak kuat nak bangun duduk bila solat kan.
so, aku solat duduk je.
sebenarnya, skang ni aku solat duduk atas kerusi.
sebab macam tak jelas sangat camne nak solat sambil duduk atas sejadah.
dan tadi, terjawab sudah semua persoalanku.
:)

suka2....

dulu, ada sorang akak ni kata, kalau solat duduk,
masa nak angkat takbiratul ihram tu, kena berdiri.
aku dah macam konfius2.
abis tu, takkan lepas angkat takbir, terus nak duduk je kan?
pulaknya, akak tu confident je kata selama ni aku solat duduk tak sah.
sebab tak berdiri masa takbiratul ihram.

mengucap panjang aku masa tu.
ada jugak rujuk ngan kawan2 lain.
tapi diorang pon cam blur2.

dan bila tgk al-kulliyyah pagi tadi,
alhamdulillah, selama ni aku solat betul la tu.
=)

dan lepas ni aku akan solat duduk atas sejadah je.
sebab masih larat nak sujud.
cuma bila tang dari sujud nak bangun berdiri tu memang mengah.
sebab tu aku wat keputusan nak solat duduk je.

oh.
semalam aku nak masak daging salai masak lomak.
tapi, gerai nasi kerabu tu tak nak jual daging salainya kat kitorang.
terpaksa pakai daging basah je.
kurang kick la....
mana nak dapat daging salai ek?
atau sesiapa tahu camne nak buat dengan cara yang simple?
jangan suruh aku bakar2 ok. tak reti aku.
huhuhu~

Thursday, September 10, 2009

idea hujung minggu bersama keluarga

last saturday, ayah dapat jemputan untuk 5 orang ke majlis berbuka puasa kat orient star lumut.
disebabkan aku ngan en alang ada menempel kat umah ibu,
so dah terlebih 2 orang.
dan kena faham2 sendiri la kan. tarik diri sebelum orang bersuara. hahaha~

and kitorang telah membaham sorang satu set kfc.
nyam2!

tapi, bila diorang nak pi berbuka kat sana,
aku sebok pesan, nak kambing...nak kambing...
so, disebabkan kkat mana2 je pon kambing ni kirenya hot stuff la kan,
ahad tu ibu decide beli bahan2 untuk buat bbq je.
yang penting, kambing mesti ada!
nyammm!!!!!!

note: gambar agak berterabur. gile malas aku nak susun2 balek. huhuhu~


cuba korang teka apakah ini. siapa dapat teka dengan betul, aku bagi seketul benda alah ni. hehehe~

takdela. camne nak bagi kan. ini adalah kentang dan keledek yang sepatutnya dipanggang. aku dah kata, rebus dulu separuh, pastu baru panggang. degil. last2, sebabkan griller sangat sempit, kitorang bakar ubi2 ni dalam oven je. tu pon makan masa sejam lebih baru masak.



take note pada botol sos bbq tu. tak silap aku, jenama knorr kot. memang marvellous la! just tambah bawang putih je kat bahan perap bersama sos ni. sedappp!!!!!!


ajik yang berkobar2 tunggu semua hasil bakar menjadik. dah besar adik aku nih. oh. kitorang pakai griller elektrik je. tapi tu la, kurang rasa bbq. takde rasa arang tu. but, overall, sukses la jugak.



kambing2 pujaan hatiku.....


ajik lagi. muka happy. perut tgh lapor gile tu. menggoda iman ok tgk semua foods ni!


kami jadik tukang penyibuk je. en alang tolong sket2. sebab ajik beria2 nak buat sendirik. =)


duduk di taman astakona. hahahaha! kolam yang takde ikan. semua ikan sudah mati. tinggal ikan bandaran je yang ada.




hotdog yang diperap bersama butter dan black pepper (sedap gile!), udang dan sotong yang diperap dengan kunyit dan garam, dan ayam serta kambing yang diperap dengan garlic dan sos bbq knorr.





bakar ye...bakar!!! cam pelik la jugak. masak guna elektrik, tapi masih kuar api2 gak. ganas betul adik aku ni memasak. huhuhu~

hasil akhir, tak sempat snap. sebab bakar pon dah nak dekat berbuka. mau kena bambu ngan ayah tgh syok2 berbuka, aku lak sebok snap sana sini. huhuhu~

so korang, ini antara idea untuk korang luangkan masa bersama family di rumah. makan sedap, hati senang, silaturrahim bertambah erat katanya.
katanya la kan...

hehehe~

Wednesday, July 22, 2009

sedap, tapi senang sangat2!

nasi beriyani (macam rupa nasi beriyani gam kan?). sori presentation sangat sempoi. ni penyakit malas la ni.


kari daging yang meletop2 pedasnya. ada daging, kentang dan carrot.


juadah kami berdua. macam mewah, tapi kos tak sampai rm12. jimat kan?

kalau makan kat kedai briyani,
sah2 rm20++ akan terbang macam tu je.
semua ni aku masak dalam 30 minit je.
senang je!

nasi beriyani- guna perencah hari-hari favourites maggi nasi beriyani.
kari daging - guna perencah hari-hari favourites maggi kari nasi kandar.

cubalah!
memang meletup!!!

en alang ngan aku berlawan2 makan.
sorang 3 pinggan ok.
hehehe.

biapor takde sayur,
tapi makan laju jek.
oh. mesti ada korang cam pelik kitorang ni memang jenis suka makan satu lauk je ke?
sebenarnya, the more, the merrier la kan.
tapi, kitorang ni jenis paling banyak lauk pon, 3 jenis.
main lauk, sayur dan ikan/telur/ayam goreng.
camtu je.

ni makan nasi beriyani, dalam nasi dah ada ayam.
pastu kari daging plak.
aku lak terlupa nak beli kacang panjang.
leh la wat dalca ke apa kan.
tapi tu la, terlupaaa...
macam ni pon dah sedap dah.

disebabkan cubaan pertamaku masak nasi beriyani menjadi (biarpon pakai rencah segera),
boleh la praktikkan untuk jamu tetamu plak.
:)

sape nak?
meh datang umah!

Thursday, July 16, 2009

ok. resepi kali ni cik kurekure memang tau. masak lemak cili api ketam. senang je!

bahan-bahan:
  • #cili padi-terpulang nak banyak mana. nak pedas, bubuh banyak, nak tak pedas, bubuh je la sikit je.
  • #bawang merah
  • #bawang putih-tak letak pon takpe
  • #kunyit hidup
  • ketam
  • santan
  • daun kunyit
bahan bertanda # dikisar bersama.

cara-cara:
  1. masak lemak ni tak payah bubuh minyak. cuma tuang je bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk yang panas.
  2. kemudian, terus je masukkan ketam. biarkan bahan kisar tadi masak seketika bersama2 dengan ketam.
  3. setelah mendidih, kecilkan sedikit api dan tuang santan.
  4. carik-carikkan daun kunyit dan letakkan ke dalam masakan.
  5. letakkan garam dan perasa secukup rasa.
hasilnya? memang tak menghampakan. maafla, aku tak reti bubuh portion banyak mana. sebab masak ni pon, ikut sedap hati dan perasaan je.

oh. dan tak sempat nak tunjuk hasil akhir masakan ni. sebab masing2 tak nyabar terus terkam makan! huhuhu. en alang makan sampai berkaut2 kuah. dahsyatttt!!!

dan lagi sedap kalau makan lauk ni bersama nasi putih dan telur mata kerbau. nyammm!

selamat mencuba!

Tuesday, July 14, 2009

jom main masak-masak dengan cik kurekure. nama resepi ni sumpah cik kurekure tak ingat. kalau sesiapa tau, leh war2kan kat sini okeh?

masakan ni masakan jawa.
ada suhun, pucuk, kentang, ayam.
kalau nak pedas, bubuh cili padi atau black pepper.
(tapi kes aku, suka bubuh dua2. baru ngancam!)
dan dimasak dalam kuah kicap.
senang je.
jom kite tengok camne nak buat.

sebelum tu,
bahan-bahannya adalah:
  • pucuk, suhun
  • kentang (potong nipis2. supaya bila goreng nanti, luar dan dalam masak.)
  • ayam (potong kecil-kecil)
  • bawang besar (hiris)
  • bawang kecil (hiris)
  • halia (ditumbuk)
  • cili padi
  • lada hitam (ditumbuk. better guna lada hitam sebijik2 dari serbuk. supaya rasa kick tu lagi menyengat.)
  • kicap manis (kalau suka kicap masin pon, boleh guna jugak)

cara-cara,
  1. goreng kentang dalam minyak penuh (deep fried)
  2. dah lepas goreng kentang, kite goreng ayam yang dah disaluti serbuk kunyit dan garam. deep fried jugak.
  3. sekarang, get ready untuk masak kuah kicap. (dalam kuali lain ye)
  4. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, dan cili padi sampai naik bau.
  5. lepas tu, tuang kicap. tambah sedikit air. tunggu hingga mendidih.
  6. tambahkan suhun dan pucuk. tunggu hingga pucuk mengembang dan lembut.
  7. masa ni, dah boleh letak garam dan perasa. agak2 la rasa macam mana yang korang nak.
  8. dah boleh letak black pepper pon. suka letak black pepper last2, supaya rasa pedas tu lagi kaw!
  9. lepas rasa semua dah ok, boleh la tambahkan kentang dan ayam goreng tadi. dalam 2-3 minit lepas tu, dah boleh angkat.
10. walla! dah siap! terangkat!!!

aku rasa, sesiapa yang berketurunan jawa memang dah biasa dengan masakan ni.
pada yang belum pernah cuba,
cubalah ye!

kalau sedap bagitau,
tak sedap, diam2 je ye.
hehehehe.
selamat mencuba!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...