Friday, October 31, 2008
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi
yup. hari ni jumaat.
takde apa sangat.
en alang janji nak blanja lunch.
wah wah wah...seronoknya!!!!
;)
dah nak dekat 2 minggu tak makan kat luar.
i mean, makan lunch or dinner.
slalu beli bungkus atau breakfast je.
ni en alang dah wat lunch date ni, harus la excited lebih kan.
:)
tak tau nape, skang ni asal pukul 5 am je, dah terjaga.
pastu, mula la mata takleh nak pejam balek.
then, aku akan jadi jahat.
kaco en alang tidor.
dia ni plak, jenis kalau aku panggil nama dia je, terus terjaga.
pastu, layan aku borak.
borak2 pukul 5am ok!
ntah hape2.
borak tapi mata pejam.
aku la dok golek sana, golek sini. pastu aku nak tau dia dengar ke tak, aku tanya la en alang soklan.
for sure dia akan jawab. biar pon dengan mata terpejam.
hehehe.
setakat ni, dah seminggu straight aku wat perangai camni.
cian gak en alang. aku kaco dia tidor.
macam pagi tadi, aku dok bising2 kat dia awat tak selimutkan aku malam tu.
dia plak beria2 minta maaf. sebab dia sendiri tak tau bila dia tertidor.
hehehe~
ja at kan aku?
dah ada orang nak selimutkan tu pon dah kire ok dah.
ok, maksud peribahasa di atas.
"seseorang yang cakapnya tnggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan".
ni macam kes orang yang suka cakap besar la. konon2 anak orang kaya la, berharta la, padahal familynya orang susah.
yup. aku ada kawan macam ni dulu.
masa kat skolah, punyala kemain lagik berhias ni. pastu, suka cakap besar la. konon2 keluarga dia suka bercuti. pergi pulau ni la, negeri tu la.
tapi, sekali dia terkantoi ngan kitorang.
masa kitorang turun hostel nak pergi makan,
ada sorang pakcik ni dengan pakaian yang agak lusuh,
kata nak jumpa anak dia. bila pakcik tu sebut nama anak dia, rupa2nya kawan kitorang tu.
so, kitorang pon panggil la dia.
kata abah dia sampai.
then, bila kawan aku ni turun, pergi ngan abah dia ke kereta,
kereta dia cuma kereta fiat lama ye.
bukan nak mengeji, tapi macam jauh sangat dari apa yang budak ni bangga2 kan sangat sebelum ni.
kitorang terkejut la kan.
then, nampak mak dia ngan adik2 dia.
semuanya nampak biasa2 je. nak kata macam bergaya lelebih tu, takdela.
kalau korang tgk gaya dia ngan famili dia, memang jauh sangat berbeza.
minah kerek ni orang jauh la jugak.
kesian aku tgk famili dia datang nak jumpa dia ngan kereta macam tu datang jauh2.
lepas tu, aku ngan kawan2 lain malas la nak amek port sangat kan.
kitorang layan dia macam biasa je la.
then, adala one day ni, kawan dari satu negeri ngan minah kerek ni datang bilik aku.
memula aku saja2 la borak2 kosong. then aku ni gatal mulut.
tanyakan pasal minah kerek tu.
budak satu negeri tu bagitau, budak kerek ni sebenarnya anak orang susah la jugak.
bapak dia kerja kebun. mak dia surirumah.
adik2 bawah dia ada 4-5 orang camtu.
slalunya, kalau dia bagitau kitorang dia ke sana, sini waktu cuti,
memang dia pergi.
tapi bukan ngan famili dia, tapi ngan boyfren dia.
ohh! terkejut la kitorang.
kitorang tak tau dia ada bf kat luar.
entah la, sejak hari tu, aku pon macam malas nak amek tau sangat pasal dia.
bukan sebab dia orang susah tau..bukan!
tapi aku sesal sangat nape la nak meninggi diri lelebih sedangkan keadaan realti, sebaliknya.
aku tak kesah kalau aku punya kawan sesusah mana pon. aku memang boleh terima sepenuh hati.
ntah apa khabar minah kerek tu skang.
(aku tak nak cerita dari mana aku kenal minah kerek ni. aku stay kat banyak hostel. sebab aku tak nak ada orang terasa hati pulak kalau aku citer dari mana aku kenal budak ni.)
bagi aku, tolongla cerita kan benda2 yang sepatutnya.
tak nak cerita pon takpe, aku faham.
kehidupan jadi orang susah ni memang aku tak pernah rasa.
tapi aku boleh faham perasaan mak abah dia kalau diorang tau anak dia kat hostel cerita itu ini bermegah2 cerita benda tak betul.
kesiankanla kat parents tu.
aku harap minah kerek tu skang ni dapat ubah nasib keluarga dia.
oh! baru jap tadi aku dapat khabar gembira dari azim2u.
wife dia selamat melahirkan baby girl jam 9.00am tadi. alhamdulillah~
azim ni colleague aku. tapi lain2 department.
sabtu ngan ahad ni kena stay umah ibu.
kena jaga iqa. ibu pi kl. ada kenduri kat sana.
en alang plak nak bawak mak jalan2.
tapi kaki aku plak tak leh nak drive jauh2.
rindu sebenarnya kat mak mertua aku nih.
haiihhh~
Thursday, October 30, 2008
air dalam berenang, air dangkal bercebok
adoila...
kaki ni saket balek.tak tau nak cakap camne kat bos. aku ni takleh nak naik turun tangga macam slalu.
oohhh..baru naik turun tangga 2 kali pagi ni je, kaki dah start rasa saket2.
macam nak kena umpa doc lagi ni.patutnya, semalam aku pergi jumpa pakar.
tapi, semalam kaki tak la teruk sangat saketnya.
rasa segan plak nak jumpa kaki tak saket mana kan.
nanti kata, over plak.
google gambar escalator,
Wednesday, October 29, 2008
baby boo dan tag oleh dalie.
seperti yang korang sedia maklum,
aku ada wat poll kat column sebelah ni kan.
so, majoriti membuat pilihan supaya aku digalakkan membela haiwan lain dan haiwan itu adalah kucing.
:)
hehe~ part ayam tu pon ada jugak orang vote kan ye.
bagus jugak tu.
dah puas bela, leh la makan daging ayam. ye dak?
part haiwan eksotik tu plak, memang takkan la kan.
en alang kan penggeli ular.
dia kalau tgk ular dalam tv pon leh geli2 kaki.
tak paham aku.
maybe ada orang tau, ada jugak yang tak tau.
aku akan ambil kitten dari dina.
gambar kat bawah ni adalah kitten tu.
buat masa ni, aku namakan dia, baby boo. (kalau dia gemuk2 nanti, boleh panggil boolat!)
comel tak?
tak sabar nak tunggu bulan 12.
masa tu, ceera kawen kan. dah tentu2 aku turun kl.
dan masa tu la aku akan amek baby boo ni.
(dan harap2 masa tu bonus dah masuk! *cross finger*)
dengan harapan leh la jumpa blogger2 lain.
jom korang!
kita wat gath kecil2an.
(yok! yok!)
nak wat tag.
budak ni tag aku. budak yang dah tak reti2 nak jumpa aku ni.
biasa nii..nak kena babap ni.
:P
nyah! bila ko free? aku malas nak kaco ko on weekend. aku tau ko mesti bz punyee...
umah aku sentiasa terbuka utk ko. ok darl?
mmuahhh!!!
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog
Starting time : 0905H
Name : Intan, Lynn, Along.
Sisters : 2
Brothers : 2 (sorang dah disimpan)
Shoe size : 8@9. yeah..aku ngan dak dalie ni satu size. slalu gak main try2 kasut ngan dia.
Height : 162cm. ntah brape kaki la ni.
Where do you live : sri manjung
Have you ever been on a plane : pernah
Swam in the ocean : takat celup2 badan boleh la.
Fallen asleep at school : ntah la. slalunya aku ni memang susah nak tertidor ke hape ke. eh...pernah! slalunya kelas agama. hehehe~
Broken someone’s heart : ntahla. ada kot. ;P
Fell off your chair : pernah. biasala. kat skolah suka duduk jongket2 kerusi..
Sat by the phone all night waiting for someone to call : harus la kan. bercinta sememangnya memerlukan bill telefon yang tinggi.
Saved e-mails : (aku memang slalu save email. dan sort by categories.)
What is your room like : penuh dengan bantal. atas katil, atak carpet..semua bantal!
What’s right beside you: masa bila ni? skang ke? kalau skang ni, adalah jiran cubicle aku.
What is the last thing you ate : biskut gula.
Ever had…
Chicken pox : pernah. masa form 2.
Sore throat : pernah
Stitches : tak ada lagik. (akan ada..i hope!)
Broken nose : tak lagi.
Do you Believe in love at first sight : :) mestila. aku ngan en alang kan love at first sight gitu.
Like picnics : baru je weekend aritu pi piknik kat teluk batik. best!
Who was/were…
The last person you danced with : my dear beloved husband. kami ni pasangan agak mereng. suka2 je nak menari2 dalam umah. baru semalam belajar menari tango dari dvd.
Last made you smile : en alang. hari ni dia pi keje ngan short dan sweater. comel sangat2!
You last yelled at : semalam kat iqa . bukan yell la. more to shout i think.
Today did you…
Talk to someone you like : musti la.
Kissed anyone : of course!
Get sick : kaki agak sakit sket2.
Talk to an ex : hohoho~ nak mati kena sembelih ngan en alang?
Miss someone : hari2. rindukan en alang. skang ni pon tgh tersenyum sorang2 teringat kat dia.
Who do you really hate: orang kencing tak flush. (yup. aku kenal orang itu)
Do you like your hand-writing : ikut mood.
Are your toe nails painted : inai kira painted ke ek?
Whose bed other than yours would you rather sleep in : takde sape kot. (gile baik aku ni)
What color shirt are you wearing now : pakai baju kurung hijau.
Are you a friendly person : yup. sangat2 friendly.
Do you have any pets : kucing iqa termasuk ke ek? ada2. stacy dan bobby.
Do you sleep with the TV on: suka banget.
What are you doing right now : jawab tag sambil goyang2 kaki dan tersenyum2 teringat kat en alang.
Can you handle the truth : saya adalah orang yang berpijak pada bumi yang nyata.
Are you closer to your mother or father : ibu . ayah rapat jugak. tapi jarang jumpa.
Do you eat healthy : heh? apa tu? ;)
Do you still have pictures of you & your ex : ada. en alang tak tau ni. shhhh...~
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : en alang. dan ibu.
Are you loud or quiet most of the time : most of the time? loud i think.
Are you confident : hmm...ntah. tgk jugak la.
5 things I was doing 10 years ago
2. lepas spm, kerja kat Pan Pacific Resort Pangkor as account clerk.
3. dilamar oleh bell boy resort tu. terus membuatkan aku berhenti kerja.
4. isi borang UPU
5. masuk KMK (kolej mara kulim)
5 things I would do if I were a billionaire
5 of my bad habits
5 places I’ve lived/living
kemborku lindosh. adina. pu3nemo. zuraida. zaza.