Followers

Friday, October 31, 2008

Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi


yup. hari ni jumaat.
takde apa sangat.
en alang janji nak blanja lunch.
wah wah wah...seronoknya!!!!

;)
dah nak dekat 2 minggu tak makan kat luar.
i mean, makan lunch or dinner.
slalu beli bungkus atau breakfast je.
ni en alang dah wat lunch date ni, harus la excited lebih kan.
:)



tak tau nape, skang ni asal pukul 5 am je, dah terjaga.
pastu, mula la mata takleh nak pejam balek.
then, aku akan jadi jahat.
kaco en alang tidor.
dia ni plak, jenis kalau aku panggil nama dia je, terus terjaga.
pastu, layan aku borak.
borak2 pukul 5am ok!
ntah hape2.
borak tapi mata pejam.
aku la dok golek sana, golek sini. pastu aku nak tau dia dengar ke tak, aku tanya la en alang soklan.
for sure dia akan jawab. biar pon dengan mata terpejam.
hehehe.

setakat ni, dah seminggu straight aku wat perangai camni.
cian gak en alang. aku kaco dia tidor.
macam pagi tadi, aku dok bising2 kat dia awat tak selimutkan aku malam tu.
dia plak beria2 minta maaf. sebab dia sendiri tak tau bila dia tertidor.
hehehe~
ja at kan aku?
dah ada orang nak selimutkan tu pon dah kire ok dah.



ok, maksud peribahasa di atas.
"seseorang yang cakapnya tnggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan".

ni macam kes orang yang suka cakap besar la. konon2 anak orang kaya la, berharta la, padahal familynya orang susah.

yup. aku ada kawan macam ni dulu.
masa kat skolah, punyala kemain lagik berhias ni. pastu, suka cakap besar la. konon2 keluarga dia suka bercuti. pergi pulau ni la, negeri tu la.
tapi, sekali dia terkantoi ngan kitorang.
masa kitorang turun hostel nak pergi makan,
ada sorang pakcik ni dengan pakaian yang agak lusuh,
kata nak jumpa anak dia. bila pakcik tu sebut nama anak dia, rupa2nya kawan kitorang tu.
so, kitorang pon panggil la dia.
kata abah dia sampai.

then, bila kawan aku ni turun, pergi ngan abah dia ke kereta,
kereta dia cuma kereta fiat lama ye.
bukan nak mengeji, tapi macam jauh sangat dari apa yang budak ni bangga2 kan sangat sebelum ni.
kitorang terkejut la kan.
then, nampak mak dia ngan adik2 dia.
semuanya nampak biasa2 je. nak kata macam bergaya lelebih tu, takdela.
kalau korang tgk gaya dia ngan famili dia, memang jauh sangat berbeza.
minah kerek ni orang jauh la jugak.
kesian aku tgk famili dia datang nak jumpa dia ngan kereta macam tu datang jauh2.


lepas tu, aku ngan kawan2 lain malas la nak amek port sangat kan.
kitorang layan dia macam biasa je la.
then, adala one day ni, kawan dari satu negeri ngan minah kerek ni datang bilik aku.
memula aku saja2 la borak2 kosong. then aku ni gatal mulut.
tanyakan pasal minah kerek tu.
budak satu negeri tu bagitau, budak kerek ni sebenarnya anak orang susah la jugak.
bapak dia kerja kebun. mak dia surirumah.
adik2 bawah dia ada 4-5 orang camtu.
slalunya, kalau dia bagitau kitorang dia ke sana, sini waktu cuti,
memang dia pergi.
tapi bukan ngan famili dia, tapi ngan boyfren dia.
ohh! terkejut la kitorang.
kitorang tak tau dia ada bf kat luar.


entah la, sejak hari tu, aku pon macam malas nak amek tau sangat pasal dia.
bukan sebab dia orang susah tau..bukan!
tapi aku sesal sangat nape la nak meninggi diri lelebih sedangkan keadaan realti, sebaliknya.
aku tak kesah kalau aku punya kawan sesusah mana pon. aku memang boleh terima sepenuh hati.
ntah apa khabar minah kerek tu skang.
(aku tak nak cerita dari mana aku kenal minah kerek ni. aku stay kat banyak hostel. sebab aku tak nak ada orang terasa hati pulak kalau aku citer dari mana aku kenal budak ni.)

bagi aku, tolongla cerita kan benda2 yang sepatutnya.
tak nak cerita pon takpe, aku faham.
kehidupan jadi orang susah ni memang aku tak pernah rasa.
tapi aku boleh faham perasaan mak abah dia kalau diorang tau anak dia kat hostel cerita itu ini bermegah2 cerita benda tak betul.
kesiankanla kat parents tu.
aku harap minah kerek tu skang ni dapat ubah nasib keluarga dia.



oh! baru jap tadi aku dapat khabar gembira dari azim2u.
wife dia selamat melahirkan baby girl jam 9.00am tadi. alhamdulillah~
azim ni colleague aku. tapi lain2 department.


sabtu ngan ahad ni kena stay umah ibu.
kena jaga iqa. ibu pi kl. ada kenduri kat sana.
en alang plak nak bawak mak jalan2.
tapi kaki aku plak tak leh nak drive jauh2.
rindu sebenarnya kat mak mertua aku nih.
haiihhh~

16 comments:

  1. ade.. mmg ade org camtu.. pelik je. ape yg nak dimalukan dgn family sendiri pun tak tau.. bodoh! hehehe tetiba emo

    ReplyDelete
  2. ~ romantiknya korang dua nih. bila baca, cam terasa nak kawin gak!!! :P

    kak intan, memang ada yg jenis camtuh. masa kat UPM dulu pun, amy ada kawan camtuh. siap tipu kami-kami nih berbagai la. pastuh kantoi, dia sendiri yang malu. ~

    ReplyDelete
  3. uhu. slalu gak jumpa spesis berlagak kaya tapi keluarga tak berapa nak kaya. biasanya org jenis gini, die takut org takmo berkwn ngan dia. tu yg tunjuk ada byk duit, pegi melancong sana sini, mcm2 lah.

    p/s-aduhai. en alang itew sgt sweet. bertuah akk. huhu

    ReplyDelete
  4. qasieh,
    memang patot pon nak emo kalau pasal hal2 babitkan famili ni.
    :)

    nanonano,
    belajar2 jek.

    amy,
    haa..tu la. tak baik kan tipu2 camtu.
    cepat2 la kawen amy. hehehe.

    diya,
    ha ah la.
    betul diya cakap tu. akak sokong!

    hehehe..dia memang sweet. akak je sour. :P

    ReplyDelete
  5. sian kat kawan tu, dia sebenarnya nak ubat hati diri dia sendiri

    ReplyDelete
  6. bukan nak merendahkan org but biasanya org yg cenggini egonya tinggi .. pastuh rasa malu sbb hidup susah .. apa nak malu, kalau org tau awak susah lagi la ramai yg nak tolong ..

    mcm saya dedulu mmg tak malu nak mengaku hari2 makan nasi lauk telur ikan bilis .. nak beli maggi pun kena ugut2 semua .. tapi jgn jadikan benda tuh sebagai batu loncatan nak menipu org plak la kan .. semuanya dugaan, kalau berjaya atasi Insyaallah kemudian hari besar ganjaran yg Allah bagi .. :)

    ReplyDelete
  7. hikhik..

    tiap kali masuk blog kak intan nih. harus lepas tu rase nak kawen jep.

    haihh..

    ReplyDelete
  8. puteri,
    kalau sy jd mak abah dia mesti sedeh..buat apa nak bangga2..rasanya org sekarang tak pilih kawan dah..janji baik budi pekerti..

    * mgkin ada jugak, tapi segelintir jela kot.hehhe

    just my 2 cent

    ReplyDelete
  9. alahai cute je cite husband&wife ni..hehe..

    pastu tetiba lak, mcm dunia anita ada peribahasa..

    pastu lak kisah erra fazira hingga hujung nyawa...

    happy weekend

    ReplyDelete
  10. kamu & en alang sangat sweet lah..

    ReplyDelete
  11. heiiii...x kuasa betul org perangai camtu kan...meluat pun ader.....huhuhu...

    ReplyDelete
  12. sib baik ko explain peribahasa tuh...

    sebab selama ni aku tatau pun maksud dia :D

    ReplyDelete
  13. hi..reader baru neh..teringat Dunia Anita kat TV3 dulu..penuh dengan peribahasa..tapi aku pon ade kawan cam ni..citer dia lebih kurang citer kawan ko ni..cuma bezanya kitorang jumpak fam dia kat airport masa kitorang balik sesama cuti sem dari sarawak..dia mati2 taknak kitorang pegi jumpk fam dia kat bawah..sebab flight kitorang ke utara lambat lagi..so leh la lepak2..nak gak kenalan ngan fam dia yang dia kata kaya bangat tu..dia siap ugut taknak kawan kitorang lagi..tapi kiotrang jahat..kitorang ikut dia dari belakang..sekali tengok fam dia..biasa2 jer..aku memang dah syak dari awal2 dia citer..sekali..sangkaan aku benar belaka..ada beberapa orang lagi kawan aku yang macam ni..haih..kesian mak bapak dorang kan..

    ReplyDelete
  14. maksu ada masa plaks hari ni nak jawab tag yg dah lama tu :)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...