Followers

Friday, June 17, 2011

Hero2 di mata hati jantung saya ni. Mereka selamanya istimewa buat saya.

Ayah (berbaju merah) dan aku atas pangkuannya. Walaupun ayah jarang ada kat rumah, belayar dan outstation tapi kami tetap sayang dan hormat ayah. Sebenarnya kami adik beradik ni dah terbiasa kalau ayah takde kat rumah. Kalau ayah ada kat umah, macam pelik pulak. Haha. Tapi walau jauh mana pon ayah kerja, kami tahu ayah tetap ingat kami dan sentiasa care tentang kami. Bayangkan kalau demam manja2 pun dah dikerah suruh ke hospital apa lagi kalau dah berdarah2 kan. Ayah seorang yang tegas dan banyak pendapat. Taip entri ni pon dah rindu2 ayah pulak dah. Ayah, i miss you! Even along dah kawen ada 2 anak, along tetap anak kesayangan ayah kan?  Teringat lagi kisah ayah masak spageti untuk sahur masa along darjah 6 dulu2 tapi along punyala takmo makan spageti tu lantas nanges2 dan ayah panik terus masak nasi dan goreng telur untuk anak dia yang ngada2 lebih ni. dah darjah 6 pon tak reti nak masak nasi sendiri. Terima kasih atas segalanya ayah. Ayah banyak berkoran untuk kami sekeluarga.


En Alang kesayangan hamba. Seorang yang rajin dan sensitif kalau pasal isteri dan anak2. Pantang dengar anak2 atau isterinya saket pasti dia yang akan call tak henti2 sampaikan kita yang tengah saket rasa nak marah sebab rimas dia asik call je padahal dia punyala ambil berat tanya dah makan ke, dah makan ubat ke, dah mandi ke, tak tidur ke. Dia jugakla yang bangun malam2 buatkan susu dan tukarkan pampers budak2. Setiap malam jugak dia akan ingatkan aku dah amek ubat ke belum? Tapi selalunya dia yang amekkan air dan ubat aku just nganga telan ubat dan air je. Mama budak2 ni pemalas lipas dan terlebih manja sudey. Terima kasih abang beri kasih sayang tak ternilai buat kami.   Semoga Allah beri segala yang indah buat abang ye! :)


Happy Father's Day kepada semua kaum bapa/ayah/papa/daddy/babah/abah/walid di seluruh dunia. Anda adalah The Best! =)





Sempena nak Raya ni...(padahal ramadhan pon belum sampai lagi)

Ha...nak raya2 ni bolehla pilih2 baju untuk anak2. Di Butik Adik Comel Abang Lawa ada stok baru untuk anak-anak. :)

2 pcs set Disney
size 11 for 2.5 years
size 13 for 3 years
size 15 for 4 years
size 17 for 5 years

Harga biasa: RM39


BabyGuess Dress
0-3 months
3-6 months
6-9 months
12 months

Harga Biasa: RM36




18-24 months
18-24 months
3 years

Potongan pyjamas ni slim cutting. Dinasihatkan agar memilih satu-dua size lebih besar dari umur anak.

Harga biasa: RM 27


Bolehla check it out kat Blog Butik atau FB Butik ACAL ye. Kalau jadi ahli di FB atau follower blog butik, boleh dapat 5% diskaun. :)

Cepat2 sms/email untuk booking. Nak bayar tunggu gaji pon boleh. =) Yang penting booking dulu eh.

Thursday, June 16, 2011

Adik Jaz nak makan apa? Nanti mama buatkan ye.

Tadi Jazly check up 5 bulan kat klinik. Kena cucuk sedas merengek2 manja terus tertidur. Tak ke sejuk hati mama tengok pangai kamu begitu?

Skejap je Adik dah 5 bulan ye. Bulan depan dah boleh makan. Adik nak makan apa? Nanti mama buatkan eh.

Ceh. Macam la anak tu dah reti request kambing panggang atau nasi ayam. Haha. Tapi sekarang Adik Jaz dah pandai mengecap2 mulut kalau tengok orang makan. Susu 6oz@170ml tu sekelip mata je dia boleh habiskan. Selalu dia memang tak cukup 6oz tu. Ngadu kat nurse apsal dia asik tak cukup minum je. Nurse cakap biasala anak jantan. Kuat minum.

Itu je alasan ko? Adeh. Takde alasan yang lebih saintifik ke?

Tapi tu la. Biar banyak mana Jazly minum berat tetap maintain tara tu jugak. Dia dah 5 bulan tapi berat 6.7kg je. Ramai nurse tegur dia ni tinggi dan jenis badan kemas. Takde gelebeh2 lemak (tapi itu yang aku suka!) dan keting kaki dia punyalah kuat pejal. Macam atlet pulak dah.

Takpela. Asalkan Jazly sehat dan kuat ye nak! =)

p/s: Ramai tegur gambar Jazly dalam entri sebelum ni muka dia serius/masam. Dia memang camtu. Kalau in person takla seserius tu ye. Boleh diajak bergurau juga. Cuma dia ni tak pandai nak senyum2 depan kamera. =)



Video: Khalish cium Adik Jaz.

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday (Khalish suka naik rides!)














Wordless Wednesday (Mama dan hero2 yang tak mandi pagi ni)

Monday, June 13, 2011

Saya yang Neng Yatimah. Tahap kronik.

Entahla. Memang sejak dari dulu lagi aku ni memang jenis penyedih. Tapi seingat aku, dulu takla seteruk sekarang. Sekarang ni dah betul2 kronik dah tahap takleh nak tolong dah.

Zaman sekolah.
Aku ni penyedih tahap tengok citer filem cina dan hindustan. Tak kesah la citer tu citer kelakar ke, citer lawan2 ke, citer romantik ke sure kalau ada selit scene sedih walau 5 saat sure aku nanges. tapi terhad pada citer cina dan hindustan je. Oh. dan satu citer omputeh. Titanic. hahaha. Oh novel adalah penyumbang utama penghasilan air mata aku pada zaman ni.

Zaman berkahwin & beranak sorang.
Dah nampak ke arah pertambahan deria sensitif aku. Di mana walau aku tengok dokumentari pasal kucing beranak pon aku leh sedih2...apatah lagi kalau tengok dokumentari pasal bencana alam dan tunjuk akibat pada manusia sejagat. Masa aku ngandungkan khalish, modal untuk aku basahkan bola mata adalah The Oprah Winfrey Show. Bayangkan, diorang tunjuk buat renovation rumah untuk family orang susah pon aku boleh melalak bagai nak rak. Tu belum lagi tunjuk pasal citer anak angkat atau budak2 yang disable tapi sangat2 talented buatkan aku meleleh2 airmata setiap kali diorang bukak mulut bercakap. Tak ke keadaan aku teruk sangat2? Favourite dokumentari masa ni adalah In The Womb. Filem dan drama2 yang sedih2 pon aku suka. Especially yang tunjuk pasal anak derhaka, mak lupa diri, ayah lupa bini camtu la.

Zaman Sekarang di mana aku adalah seorang Mama pada 2 hero.
Penyedih yang melampau sampai tahap dah tak masuk akal. Memula tengok iklan raya kalau sedih2 tu standard la kan. sape tak sedih tgk iklan raya.Pastu adik beradik aku perasan, setiap kali tengok filem apa pon even apa genre, apapon bahasa, apapon negara kalau ada scene sedih sure aku nanges. Pernah aku tengok filem standard kanak2 masa cuti sekolah biasa tayang tu (tak ingat tajuk apa) cite macam tu pon aku leh nanges ok.Yang bertambah teruk, aku menangis bila dengar lagu2 yang slow2. Selama ni aku just menangis kalau tengok dokumentari, iklan dan filem/drama kan? Ni dah merebak kepada lagu2 pulak. Nak bertambah mengarut bila aku dengar lagu yang happy2 tapi aku bantai melalak. iqa dok pelik2 aku seka2 airmata. entahla. mana datang extra neng yatimah ni pon tak taula. dah merepek2 dah skarang. skarang ni kalau dengar radio, dengar orang buat tuju lagu untuk kekasih bagi ucapan paling ringkas pon aku leh bergenang2 air mata. Haritu ayah bukak cd arwah ustaz asri baca ayat2 suci al-quran pon aku leh meleleh2 air mata.


Merepek je kan? Ntahape2 si intan ni.

Takde sape kenal Neng Yatimah ke? Ni dia...dia ni dulu2 orang kenal dia sebagai pelakon air mata.


Yatimah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Neng Yatimah merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal. Beliau terkenal dengan peranan sebagai seorang pelakon air mata. Anak Neng Yatimah, Rosnah Jasni, turut mengikut jejak beliau dan terbabit dalam bidang seni menerusi filem Pendekar Bujang Lapok pada 1959 dan diberikan nama komersial Roseyatimah.

*kredit gambar dan info to Wikipedia*


nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...