Followers

Friday, April 6, 2012

Senarai bajet kami semasa bercuti di Langkawi.

Susulan dari:

Ni  kiranya macam percutian bajet la. Kos yang dikira adalah melibatkan 2 dewasa dan seorang kanak2. lagi sorang tu kecik lagi, makan pon tumpang2 je. hehehe.

Masa ni tak pergi pon wildlife park. Tak sempat. Cable car tu tak silap dewasa just rm15 dan kanak2 rm10 kalau tunjuk mykad.
Total kos rekreasi : RM 229


Total kos tol Changkat Jering-Juru-Alor Setar : RM 43.80


Shopping. Tak la banyak mana pon sebab dah janji kali ni nak jalan2 je.
Total shopping: RM 102

Total kos fuel consumption: RM 115

Sebenarnya sewa Myvi tu total RM 160. dah bayar rm50 deposit, RM 110 tu bayar baki je. huhu.
Total kos tambang feri dan sewa kereta: RM 331

Kos makan. Hoihhh....masa 5hb tu tang minum yang tinggi. gagaga. island hopping banyak minum air kot.
Total makan minum: RM 128

Kos hotel 3 hari 2 malam: RM 240

Jumlah keseluruhan: RM 1188.80


Take note perjalanan adalah dari sitiawan ye. Kalau dari KL atau melaka atau kuantan ke memang dah lari jauh dah. ye la kan, minyak je dah berapa. tol lagi. Yang penting percutian setahun sekali ni betul2 buat kami rasa rileks dan happy.
 :)

Ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang rasa2 nak bercuti kat Langkawi. 








Thursday, April 5, 2012

Rindu dia yang dulu. Tembam dan bulat. Tak puas!!!!

10 bulan

11 bulan

11 bulan

11 bulan

setahun

setahun 7 bulan

setahun 8 bulan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

2 tahun 6 bulan


Ahli keluarga baru kami...Selamat datang Si Kacak!

Selama hari ni kami sekeluarga menggunakan proton satria sebagai kegunaan harian kami. Dulu beli kereta ni masa bujang tak ingat pasal kawen dan anak2. Sekali ha ko...seksa bila guna kereta 2 pintu bila dah ada 2 anak. Kerusi asik ke depan, ke belakang risau tertanggal kerusi je. Hahaha.

gambar terbaru satria. masa ni kat workshop ganti bumper dan ketuk sket kat bonet belakang yang kemek. hensem kan?

Tahun ni alhamdulillah biarpon tak banyak, tapi ada la rezeki untuk kami menambah kereta. Itupon setelah dipersetujui dengan ayah dan adik yang diorang sanggup nak sambung bayar satria yang berbaki 3 tahun je lagi. Lepas je semua dah setuju, barula kami proceed nak beli si kacak ni. Sebenarnya kami berkenan dengan persona, tapi bila kenangkan bayar bulanan dah lebih bajet kami, terus la berubah pada proton saga flx je.

ni la dia si kacak. at first nak amek kaler silver. tapi salesman kata diorang baru stop production silver sebab nak tukar kod warna agaknya. nak tak nak amek je la elegance brown ni. elegance ke? hakhak!

apapon, syukur sebab dipermudahkan dengan urusan beli kereta ni. takpela kereta kecik pon asalkan kami selesa ye dop? oh...selama ni en alang tak pernah bawak kereta auto. sekali bila bawak kereta ni terus dia kata ruginya tak beli kereta auto awal2. hahaha. sudah ku bilang bang oi! 

okla. entry ni bukan nak menunjuk. cuma nak share kegembiraan. happy la kan sebab dapat kereta yang jauh lebih selesa dan tak banyak makan minyak. :)

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday: Me today!

tudung melayang2. rupanya pin tercabut da..hahaha.

Bila bersama anak2, semua jadi indah je walaupon....

Perangai anak2 memang mencuit hati kan? Tadi dok blog hop ke blog kawan2 rasa seronok tgk perkembangan anak masing2. Dan masa tu la aku dok bangingkan perkembangan anak orang ngan anak sendiri. Haha. Memang taknak banding2 tapi dah fitrah kita manusia kan, mesti ada perasaan camtu.

Setakat anak2 semua ok la. sehat dan kadang2 kalau setakat batuk2 dan hingus meleleh tu adat la kan. budak2 memang camtu. Cuma aku risaukan Khalish yang tak bercakap dengan betul lagi. Yang lain2 semua ok. Mudah mendengar kata walaupon kadang2 degilnya nauzubillah. hahaha. betul2 mencabar tahap vokal mama dia ni.


Leka makan cotton candy. Nyesal bagi dia makan cotton candy ni sebab lepas tu abis melekit satu badan. 

Masa ni kitorang on way nak ke KL. berenti rehat jap solat zohor kat petronas. en alang kelaparan dan pekena megi cup katt dalam kedai petronas tu. hahaha. first time kot wat keje camni. khalish lak ngendeng belon. 

perasan tak kat dahi adik jaz ada tanda tu?  tu tanda jatuh kat taska ye. haihh...anak dah start melasak camni la. tak boleh nak salahkan sesiapa. 

gelagat jaz makan roti bercoklat. abis satu muka comot.

khalish ngan mokde dia. ada persamaan tak muka diorang?

Tuesday, April 3, 2012

Kami di Langkawi - Part 5

Sambungan dari:


lepas je abis wat island hopping tu, en alang dah merengek2 kelaparan. aku tengok budak2 pon dah ngantuk sangat2. so aku as a supermama terus arahkan en alang balek bilik mandikan budak2 dan aku plak pi beli foods. haha. cam terbalik plak tugasan kan? bukannya apa, en alang tak biasa lagi ngan selok belok langkawi...jadinya aku la yang pi carik makanan. 

tak snap plak gambar restoran yang aku beli makanan tengahari tu. foods dia humanghaihhh...banyak gila choice! seronok dok pilih2...dan lauk pauk pon sedap2. bungkus 3 nasi dan lauk pauk, sampai je hotel terus tak pandang kiri kanan ngap je! kebulur tahap apa dah masa tu. bila dah kenyang, aku rileks2 tengok tv sambil tidokan budak2. 

bila budak2 dah tido baru leh pi mandi dan kemas2 baju2 kotor. bawak budak kecik camnila...baju kototr kemain menimbun lagi. bila tengok jam kul 4pm, aku kejut en alang tanya nak kuar kul brape ni? dia mamai2 kata mintak 20minit lagi untuk dia tido. kesiankan dia dan budak2, aku upkan sejam terus. aku dah siap2, baju budak2 dan baju bapaknya dah tersusun elok baru kejutkan diorang dan terus bergegas ke underwater world.



khalish excited tgk ikan2. dia ni memang pencinta alam sket. macam papanya. hehe.

tengok apa tu nak?



tak abis2 ngan ikan. asal nampak ikan je tunjuk. paksa2 plak tu suruh aku tengok. haha.

tengok tu si khalish. tak reti dok diam.


penyu....~ eh. bukan la. ni kura kura. 



singa laut.



penguin beramai2.

penguin berenang.

close up sket. comel betul diorang dok tegak berdiri camni.




belut laut. geli!


ni apa eh? piranha kot. 

adeh! seksa nak bergambar ngan mamat ni.

pari pon nak amek gambar. haha.



mak pak syok sendiri bergambar. anak2 selenga je. hahaha.

syok jugak la bawak anak2 jalan2 dalam underwater world ni. bagi diorang explore dan belajar tentang alam sekitar. en alang pon asik la puji2 seronok kat situ. tapi bagi aku lagi best kat aquaria klcc kot. sebab ada escalator dan ada terowong tu. hehe.

petang tu jugak, aku pi memborong coklat2 dan satu luggage kat kuah. puas hati dapat abiskan duit. hahaha.


dinner kitorang. depan hotel ada restoran. makanan dia nampak je macam bodo2 je kan? tapi rasanya...perghhh! menjilat jari. sedapnya...waduh2..teringat2!
malam tu jugak around kul 11pm aku kerah en alang pi beli tomyam kat restoran tu. pinjam sudu dan mangkuk dari hotel. ha ko...memang sengkak2 perut dok menketedarah. tapi betul2 puas hati. tomyam2 kat utara ni sedap2 kan?

esok paginya, cepat2 breakfast dan terus bergerak ke cable car. sampai2 je sana dalam pukul 8.30 camtu. tengok orang dah berlari2 nak ke kainter. rupa nya kaunter bukak kul 9. diorang da beratur siap2. bayangkan yang masuk line sorang, tapi sorang tu beli tiket untuk 30-40 orang. perghh...menyirap je! 

masa ni kul 8.40am. beratur dah agak panjang kan? ni beratur beli tiket je ye. lepas beli tiket kena beratur lagi untuk naik cable car tu. haihhh...~

budak yang mana2 nak puting dalam mulut.

demi suami tercinta ku gagahkan juga untuk beratur dan berpeluh keti. bila dapat je naik cable car ni terus rasa lega!

amazingly khalish sikit pon tak gayat. jaz pon sama. rileks je.

abaikan tudung herot berot. salahkan beg.


bergambar di puncak gunung. en alang suka sangat kat atas ni. aku plak yang gayat.

lepak layan budak2 makan biskut dan kek gulung. kat atas ni diorang ada jual burger panas2 tau. bau dia perghhh...menusuk kolbu.

dok kat atas ni dalam 20minit camtu, teringat plak tak check out hotel lagi. terus cepat2 amek cable car turun. 

en alang kata tak puas. ye la..tak sempat nak ke jambatan gantung tu. takpela...tunggu budak2 besar sket kita pergi lagi ye bang.

elok je sampai hotel, kitorang kemas2 beg dan en alang mandi dengan budak2. aku tak sempat nak refresh badan bagai ni. sebelum pi jeti sempat lagi buat last round shopping dan kitorang makan kat jeti je. dapat feri kul 2pm camtu.


masa ni dah sampai jeti kuala kedah. tunggu en alang amek kereta.

jaz dah kepenatan. cian dia...


all in all, memang rasa tak puas pi langkawi kalau takat 3H 2M ni. lepas ni, aku ngan en alang dah pakat nak ke langkawi paling kurang 4-5H. sebab ada 3-4 tempat lagi tak sempat nak pi cuti ni. rasa ralat juga. 

ADA SESIAPA NAK TAJA PERCUTIAN KE LANGKAWI 4H 3M TAK UNTUK KAMI? hahaha..~

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...