Followers

Friday, March 30, 2012

Kami di Langkawi - Part 1

*kemas-kemas sket...lap-lap sket...sapu-sapu sket*
dah bersawang, berhabuk bagai dah blog ni. ciannyaaa...~

ni nak habaq mai, haritu (wah...haritu. padahal bulan lepas) kitorang pi langkawi. at first aku nak pi penang je sempena nak sambut wedding anniversary kami. saja sambut awal sebab bulan 3 cuti am takde kan, so ambil kesempatan guna bulan 2. ok memula nak pi penang, hotel pon dah tempah awaaaallllll2 lagi. sekali en alang kata nak pi langkawi sebab jeles aritu aku pi LIMA dia tak dapat nak ikut kan...huhu. so aku pon beralah dan terus buat urusan ke langkawi. trip kali ni biarpon dengan 2 anak yang sedang melasak, paling FUN la! hehehe.

kitorang pi 4 Feb sampai 6 Feb 2011. sedang elok je la sebab 7 Feb tu kan cuti thaipusam. dapat rehat golek2 kat umah time tu. hehehe.

so, al-kisah bermula kami bertolak ke kuala perlis dari rumah jam 8pagi. bagi aku lambat dah kalau tolak kul 8am ni. tapi sebab ibu beria2 suruh breakfast kat rumah la apa la...so layankan je nanti jadi anak derhaka jalan jauh2 tetiba accident sapa nak jawab kan? dari sitiawan sampai ke penang ok lagi jalan. tak la sesak ke apa. tapi bila dah naik tol utara tu aduhai...semua lereta bawak lemah longlai je tengok. maybe masa tu nak masuk tengahari kot. then, bila nampak signboard kuala kedah, en alang tanya 
"betul ke ni nak terus pi kuala perlis?" 
aku pon dah ala2 pasrah agaknya dia dah penat drive kot...
"takpela. kuala kedah pon ok."

elok je sampai area jeti, park kereta dan start beratur beli tiket kat kaunter jeti masa tu dah pukul 12 tengahari. jeling schedule ferry ada pukul 12.30 dan ada 1.30. masa ni pasrah dah kalau dapat pukul 1.30 pon takpe, at least boleh la aku tukarkan pampers budak2 dan buat susu diorang. masa ni jugak tuhan je tahu betapa kebulurnya kitorang laki bini. hahhaa. budak2 dok melantak roti ngan biskut dari dalam kereta sampai la kat jeti. tu gaya2 dah breakfast kat rumah. cuba tak makan tadi, memang la melopong kitorang kat situ. masa beli tiket orang ramai tapi laju jugakla diorang jual. dapat jugak tiket 1.30. risau jugak sebab next ferry kul 3 atau 4 camtu.

le driver

le me. pucat lesi.

dah beli tiket. anak2 buat aktiviti bebas. masa ni 3-4 kali jugak khalish do lari menonong konon2 bebas sangat la tu padahal orang ramai bersesak2. risau aku tetiba kang dia dah naik feri lain, mak pak dia ni kat jeti lagi. haihhh..mintak simpang.


tengok tu kemain ramai lagik.

khalish plak mintak nak duduk dalam stroller sambil menikmati susu. masa ni gak aku gilir2 tukar pampers dan baju diorang. toilet jeti okla....ada tempat tukar pampers bagi aku dah besar rahmat. 


papa melayan kerenah anak2. asik berkejaran je.


tunggu feri. biasala orang bersesak2. khalish plak mengamuk rimas agaknya. plus dia dah ngantuk. so aku bawak dia lari dari crowd.


beli mainan buat umpan bagi dia senyap. seronok dia tengok kipas tu pusing2 ditiup angin.

selepas 15minit yang melelahkan depan feri....

akhirnya dapat duduk dan aircond sejuk rasa legaaaa....sangat2. amek 3 seat tapi khalish dan lena...

so here he is. atas pangku mama.

kemain sedap dia tido. yang aku dok tahan dia dari jatuh. huhu.

sampai2 je jeti, call surie dan dia hantar kami kereta. ala, myvi je. bukannya kitorang ramai pon kan. hehehe. elok je dapat kereta, borak kejap ngan surie terus bye2 surie dan masuk kereta. aku baru nak start kereta en alang sound,
"Sayang, lapar sangat ni. Makan dulu eh?"
aduhduhduh...ciannya la hai. Terus pusing carik restoran.

pekena nasi ayam pon jadikla...hehehe. depan nasi ayam ni ada kedai mamak. tapi en alang takmo pulak.

lepas melantak, kitorang check in. Langkasuka Hotel. Kat town je. bawak budak2 just lepak town je la. malas nak hadap sesak kat chenang tu.

our room. budak2 seronok berlari sana sini sebab bilik luas. hotel lama...kebanyakan barangan pon lama la. tapi masih ok dengan harga ditawarkan.

tv kecik cinoonet. jadila....hahaha.


so next entry citer pasal jalan2 langkawi first day ok? :)

No comments:

Post a Comment

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...