Followers

Friday, December 11, 2009

pepagi lagi dah mengah!

akibat turun naik tangga.
turun 3x,
naik 3x.

tetiba rasa kain baju kurung ni agak menyesakkan.
mungkin kerana termengah2.
atau aku dah semakin menggemuk?
pepagi dah breakfast nasi goreng kampung ngan telur mata kerbau. nyam2!

ok, think positive.
ni baju adik (iqa)
tang pinggang memang kecik sket dari baju aku.
hahahaha. ayat penyedap hati.

selangor cuti ek hari ni.
bestnye korang!!!
jeles ai.

ni sat gi khalish ibu tinggalkan kat ofis.
sebab ibu dan adik2 kena antar kereta basuh kat kedai.
ayah nak balek harini.
takkan nak bawak baby ke car wash pulak kan?
panas melahang weiii...cian anak aku.

wah! first time bawak anak ke ofis.
harap2 by that time bos aku kuar.
segan la wei.

Thursday, December 10, 2009

latest look

hai auntie2 dan uncle2...saya dah berumur 2 bulan setengah!

anak aku ni kadang2 nampak cerah, kadang2 nampak gelap.

sebenarnya dia ni kulit makan cuaca.
kalau hari gelap, dia nampak gelap.
kalau hari cerah, dia nampak cerah.

nak tau dia ni ikut kulit sape?
kitorang laki bini kulit camni sebenarnya.

nasib kamu lah anak.
terpaksa terima kulit makan cuaca ni ye.
huhuhuhu~

am thinking...

apa patot diberi kepada seorang suami....
pada hari lahirnya yang tinggal 3 hari je lagi.

serius, aku leh terlupa birthday dia on this sunday.
semalam bila tengok kalendar,
adik lia kawen ahad ni...terus terpaku jap bila tgk tarikhnya.

gile ah! nak kata aku sebok kerja, tak jugak.
nak kata sebok kerja2 kat umah, pon tak jugak.

maybe disebabkan kehadiran org ketiga, buatkan fikiran aku hanya pada dia je.
fikiran pada suami on, off sudeyyy....
sorry abang. ayang tak sengaja.
=(

zaza beri satu suggestion yang agak bagus.
vacation for us.
lagipon sejak khalish lahir, tak pernah bercuti bertiga lagi.

sedang jenguk2 web airasia.
en alang always want to go back to langkawi since honeymoon kitorang dulu.
kalau tengok tv atau iklan tunjuk langkawi, mula rengek2 kat aku.
buat muka comel minta simpati. hehehe~

itu akan difikirkan.
sebab kalau nak pergi bercuti dah tentu2 kena makan 3-4 hari cuti gak.
aku takde hal, annual leave masih berbaki 3 hari.
en alang la kesian.. tinggal separuh hari rasanya.

so, kena carry forward to next year la ek!
=)

terfikir jugak nak ke spore.
naik keretapi dari ipoh straight ke spore.
sepatotnya raya haji aritu kami balek spore,
tapi sebab ayah dah kena bergegas to kl on first raya,
terpaksa la tangguh balek spore.

so...maybe takde hadiah material la kot tahun ni.
just cuti2 malaysia je.
harap2 en alang suka.

zaza, jangan bagitau abg alang ok!
along cubit kang!!!

korang rasa sesuai ke hadiah camni rupa untuk suami tercinta?

jom berFLASH MOB!

pepagi ni,
elok kite kuarkan sedikit peluh.

actually,
i found this routine while watched oprah's 24 season celebration last month.
pernah jugak tengok flash mob kat several country (tru youtubelah!),
tapi tak pernah dibuat besar2an macam ni.

rasanya ini flash mob paling besar pernah dilakukan.
memang sangat teruja.
ditambah lagi dengan persembahan black eyed peas,
memang syiokkk oooo...

korang tengok la video kat bawah ni.
pada yang pernah tengok celebration ni atau yang tengok oprah malam tadi,
sure korang pon teruja macam aku kan?
rasa nak join skalik je.
hehehe~

enjoy the video!
dan kalau rasa2 nak menari bersama,
pandang kiri kanan, pastikan line clear ok!
jangan terkantoi ngan boss korang plak.



ni url untuk video ni...

Wednesday, December 9, 2009

lepak2 oldtown manjung

area manjung ni macam2 dah ada.
dulu2 takat kfc stewan je yang ada.
tapi skang dah ada mcd, pizza hut dan oldtown white coffee.

:)


rose float. berkongsi 2 orang ngan zaza. zaza la yang macam teringin sangat.


en alang dengan white tea. siap bersila panggung lagi. kemain rilex je dia.
note:aku rasa nak sorok je baju ni. asik2 pakai baju ni je dia akhir2 ni. haihh~


kipas mini untuk si kecik. sib baik bawak. sebab baru je duduk, dia dah menggeliat2 rimas kepanasan. bila pasang je kipas ni, terus tido.



tuan kecik tidor. bagus anak mama ni.
:)



zaza menyedut hingga ke titisan akhir. sedap sangat la kot. hehehe. memang sedap pon...


mana gambar aku?
hahaha. ada satu. tapi sangat la buruk.
takpela, lain kali aku enterframe kat babak lain ye!
:)

nak potong rambut. ada cadangan gaya apa yang sesuai?

oh. maafkan entri sebelum ini.
bahasa sangat kasar.

susah aku nak describe pengalaman hampir melanggar kereta orang.
jantung ni rasa nak luruh.
peluh jantan dah mula menitik.
tangan dan kaki menggigil2.

gerammmm jek!

sib baik jugak semalam aku tak buat gile pergi ligan makcik tu.
haaiihh!

update on khalish progress;
khalish dah besar.
tidor semakin teratur.
malam tadi tak terjaga langsung.
hanya tersedar jam 6am apabila dia minta susu.

bagus anak mama. camnila baru careee....!
ngee~

see...mamanya sangat malas nak bangun tengah2 malam nak buatkan susu atau tukar lampin. hahaha! (padahal slalunya en alang yang bangun buatkan susu...huhuhu)

update on en alang;
baru baik demam.
makin slim...kerana...en alang kembali merokok.
fesyen botak memang dah jadi idaman.
kalau dia berambut sket je, dah mula bising2 rimas.
dah sama fesyen rambut ngan anak.

update on me!;
takut nak timbang berat.
makan ikut time. kalau lambat, perut berkeroncong lagu rap. (apakah?)
masih muat baju2 sebelum pregnant. (hehehe~)
amat risau jika berat badan kembali naik.
baru buat sit-up 8 kali atas katil dah tercungap2. apa kes?

hari ni nampaknya akan jadi hari yang amat bosan.
kalau bos sampai kul 11am tak masuk2 jugak,
ingat nak cabut ke kedai gunting rambut.
sejak pregnant dah menggila hati ni nak potong.
baru skarang dapat izin dari ibu dan en alang.
dah sampai pinggang weii...panjang gile!
dahla jenis rambut lebat dan gebang2 cam pontianak sudah. rimasss!!!

ingat nak potong boy cut je. senang!
apa kata korang?

Tuesday, December 8, 2009

ko kan makcik, memang nak kena sumpah!

ko tak sayang nyawa ke?
ko tak sayang kereta tu?

suka2 hati nak amek lane orang.
kalau ko tu tengah laju takpe,
ni sedap2 aku tengah laju,
ko leh tunjuk bontot kereta ko yang terhegeh2 pintas kat jalan aku.

nasib baik aku sempat brek.
nasib baik aku punya skil pemanduan yang agak hebat.
(tak caya, tanya en alang. hehehe)

kalau tak, dah lama dah aku sondol kereta ko tu.
ko tau tak aku punya suami dan anak yang masih kecil?
kalau ko tu takpela. anak2 dah besar.
suami pon dah tua.
mungkin ko dah tak sayang nyawa.
apatah lagi kereta yang mungkin tak seberapa untuk duit ko.

biar pon ko tu seorang makcik.
tapi bila melibatkan hal2 nyawa aku dan orang lain,
aku akan terus ber ko aku je.
tiada kompromiii!!!! (macam iklan mister potato la plak)

boleh pulak bila aku hon,
ko wat muka sardin je?
angkat tangan sebagai tanda minta maaf jauh skali la.
kalau ko angkat tangan tu, at least aku maafkan jugak.

ni tak, ngan muka tak semenggah,
memang ko nak kena sumpah!

heh. buat penat aku je marah2 ko ni.
silap aku tak amek no plat kereta ko.
boleh aku paparkan kat sini.
biar jiran, sedara atau keluarga ko kalau tertengok entri ni,
tahu betapa jahilnya ko di jalan raya.
dan betapa sardinnya ko membuatkan nyawa aku hampir2 melayang.

HUH!

terlaksanakah azam dan harapan 2009 anda?

meh sini aku copy paste azam dan harapan aku dari entri tahun lepas.

"azam 2009,

nak baby!
ok. tu je. tak mintak banyak. itu je.
:)

orang kata, kalau nak sesuatu tu, sebut banyak2 kali mesti jadi punya.
so, aku try.


nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby.

kalau korang kire, ada 99 kali aku taip words yang sama.
orang kata, cakap tu doa.
so, dengan doa ni, leh la aku dapat baby ek?
hehehe~"


alhamdulillah...termakbul juga doa ni.
dan aku doakan kepada mereka2 yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak agar azam mempunyai anak sendiri terlaksana pada tahun hadapan.

yup. aku faham sangat perasaan orang yang belum punya rezeki menimang anak sendiri lagi.
aku sendiri hampir setahun menunggu.
mungkin bagi sesetengah orang; ala, baru setahun dah kecoh2 nak anak.

tapi adakah korang tahu betapa sayunya hati ini bila melihat zuriat orang lain?
betapa sakitnya hati bila orang asyik bertanyakan bila lagi giliran kami untuk punya anak?
betapa sedihnya hati bila merasakan diri mengecewakan suami apabila buat pregnancy test slalu negatif je?
betapa cemburunyanya mata bila membaca blog orang lain hebat berceritakan tentang anak masing2?

aku pernah rasa semua itu. dan aku faham sangat2 perasaan mereka yang melaluinya.

aku seboleh2 tak nak sebut pasal anak kepada mereka yang sedang berusaha untuk dapatkan anak ketika berbual dengan mereka.
aku seboleh2 nak kurangkan buat entri pasal anak kerana nak jaga hati mereka yang sedang melalui pengalaman sakit hati, sayu hati dan sedih ini.
sebab aku pernah rasa. aku pernah lalui. aku pernah rasa terseksa.

sebab tu korang jangan tertanya2 plak kalau entri tentang khalish kurang kat blog ni.
aku pernah katakan dulu, blog ini adalah blog mamanya.
blog ini menceritakan kehidupan dan pengalaman aku bukannya dia (khalish).

:)

Monday, December 7, 2009

jangan risau...

aku tak berenti kerja punya lah!

cuma entri sebelum ni nak buat luahan rasa je.
rasanya semua ibu2 yang bekerja nak mengulit anak diorang sama cam aku gak.
kan? kan? kan?

hehehe. bak kata en alang,
kalau ayang berenti, kite makan pasir je la.

huhuhu~

perlu berhenti kerja?

untuk menjaga anak?

aku punya ramai kawan2 yang berhenti kerja demi menjaga anak dan mendidik dengan tangan sendiri.
dan sememamgnya aku teramat cemburukan mereka.
TERAMAT!

kerana sepanjang masa, dapat lihat buah hati pengarang jantung.
mandikan, menyusukan, beri makan, bergurau senda,
dan suatu perkara yang teramat penting,
dapat melihat perkembangan anak secara live!

kelmarin,
aku sangat terkejut melihatkan khalish beria2 nak balikkan badan.
tangan kiri tegak ke atas, dengan harapan bahu kirinya akan mengikut sekali.
untuk mengiring ke kanan dan seterusnya meniarap.
memang satu keajaiban!

naluri ibu mana yang tak tersentuh bila melihat kesungguhan anak kecil itu?
sangat beria2. dan adakalanya sehingga marah2 kegeraman kerana tangan sahaja yang lurus ke atas, tapi bahu tak mahu juga mengikut.
sesungguhnya keadaan itu membuatkan air mata aku bergenang2.
sangat berbangga. seperti anak itu telah perolehi segulung ijazah pula.

aku takut. takut tak dapat lihat kesungguhan khalish dan keazamannya selepas ini.
takut aku terlepas setiap langkah perkembangannya.

haihhh~

tapi apakan daya, aku tak boleh berhenti kerja untuk penuhkan impian untuk setiap masa mengulit anak.
bila difikir2kan semula, aku dikira beruntung.
kerana kerja hanya pada office hour. bukan mengikut shift yang tidak menentu.
kiranya, pada saat aku jejak kaki ke rumah pada waktu petang, khalish masih terjaga.
masih boleh berbual2 dan bergurau senda dengannya.

:)

p/s: hati masih meruntun untuk berhenti. tapi keadaan kewangan kami hanya cukup2 makan kalau en alang seorang yang bekerja. :(

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...