Followers

Monday, December 7, 2009

perlu berhenti kerja?

untuk menjaga anak?

aku punya ramai kawan2 yang berhenti kerja demi menjaga anak dan mendidik dengan tangan sendiri.
dan sememamgnya aku teramat cemburukan mereka.
TERAMAT!

kerana sepanjang masa, dapat lihat buah hati pengarang jantung.
mandikan, menyusukan, beri makan, bergurau senda,
dan suatu perkara yang teramat penting,
dapat melihat perkembangan anak secara live!

kelmarin,
aku sangat terkejut melihatkan khalish beria2 nak balikkan badan.
tangan kiri tegak ke atas, dengan harapan bahu kirinya akan mengikut sekali.
untuk mengiring ke kanan dan seterusnya meniarap.
memang satu keajaiban!

naluri ibu mana yang tak tersentuh bila melihat kesungguhan anak kecil itu?
sangat beria2. dan adakalanya sehingga marah2 kegeraman kerana tangan sahaja yang lurus ke atas, tapi bahu tak mahu juga mengikut.
sesungguhnya keadaan itu membuatkan air mata aku bergenang2.
sangat berbangga. seperti anak itu telah perolehi segulung ijazah pula.

aku takut. takut tak dapat lihat kesungguhan khalish dan keazamannya selepas ini.
takut aku terlepas setiap langkah perkembangannya.

haihhh~

tapi apakan daya, aku tak boleh berhenti kerja untuk penuhkan impian untuk setiap masa mengulit anak.
bila difikir2kan semula, aku dikira beruntung.
kerana kerja hanya pada office hour. bukan mengikut shift yang tidak menentu.
kiranya, pada saat aku jejak kaki ke rumah pada waktu petang, khalish masih terjaga.
masih boleh berbual2 dan bergurau senda dengannya.

:)

p/s: hati masih meruntun untuk berhenti. tapi keadaan kewangan kami hanya cukup2 makan kalau en alang seorang yang bekerja. :(

16 comments:

  1. x semua org bernasib baik mengulit anak setiap masa .

    kalau mampu , akak pun nak berhenti hehehehe

    ReplyDelete
  2. sedih ek... maksu faham situasi intan :(

    ReplyDelete
  3. saba k kak..dugaan ibu bekerja..N pon bakal lalui nyer 1 day..

    ReplyDelete
  4. pada amy lah, ada baiknya bekerja. sabar ekh kak intan, kurang-kurang khalish tuh still ada bersama kak intan. awal-awal ni, memang rasa rindu tuh membuak-buak lah kot.

    ReplyDelete
  5. klu boleh sy pun nk benti keje.. jg anak..

    erk bila masa sy kawin.
    hihih.

    Kak, bykkan bersabar ye. Mgkn inilah pengorbanan

    ReplyDelete
  6. samalah kite pz kalau blh nak berulit je ngan syauqi tp kewangan x mengizinkan...sabo la ye kite keje demi nak besarkan anak(tetapkan niat gitu ler)tiap2 hari sebelum g keje ckp kat die mama g keje nak bg syauqi makan...huhu

    ReplyDelete
  7. ramai yg nak cmtu, Intan..tp keadaan x mengizinkan..sama ada dri segi kewangan, masa dgn famili dan juga hobi kita..
    Pepun, life must go on kan..

    ReplyDelete
  8. btl la...intan badan da susut eak...tabik spring arr...toing3x...

    ermm...rasanye x perlu berenti kot sbb keadaan ekonomi skang x begitu meng ijin kan,kn?

    tp mmg idaman sri jgk arr...nk goyang kaki kat uma x yah gi kije...muahahaha...

    ReplyDelete
  9. pendapat sha..better jgn berenti...

    ReplyDelete
  10. hmmm.. same with me la awk.. tgh dok pk nk berenti sume ni.. slow2 nk buat bisnes so dpt balik kpg... sedih x dpt jd org pertama tgk amir meniarap nnti..

    klu stop keje skrg mmg x cukup la gaji cik abg utk mkn pakai..

    ReplyDelete
  11. Saya pun punya harapan nak berenti keje .. duk rumah jaga anak sendiri kan best baru betul hasil didikan sepenuh masa ibunya, tapi tulaa ekonomi ni cam tek mengizinkan je.
    Bb khalish dah blh meniarap ye?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Betul la Intan.. Kalo sorang je keje, bolehlah stakat nk idup..
    Tp t la, menan anak nak kena beli..
    Baju baru harus ada..
    *sigh*
    :P

    ReplyDelete
  14. kak...
    jangan!jangan!
    jangan benti keja!
    nanti duit tak cukup
    at least kalo akak keje leh la beli barang2 khalish yang mahal2 sket
    hehehe
    pastue nanti antar dia tusyen
    ha!nanti mesti dia bijak

    ReplyDelete
  15. beb,

    abot rasa cam dilema ko banyak jer samer ngan dilema abot tau!

    :p

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...