Followers

Friday, October 1, 2010

Ada budak tu kecik2 dah jadik boyfriend orang. Pulaknya dapat hadiah lak tu. :)

tu dia...simple je kan alamat? kalau nak tau alamat penuh, just email aku untuk barisan kedua tu je.

bukak2 je kertas minyak tu nampak bungkusan yang kemas berbalut dan e eh...ada duit raya la! thanks auntie N!

ecemak...sib baik masa ni tak bukak abis lagi wrapping paper ni. tengah belek2 tetiba terperasan tulisan dan lukisan kek dan belon ni ha...cepat2 amek gambar. ngee~


weee~ auntie N tau2 je khalish suka mandi dan suka air. thanks a lot for the pool! this will be khalish's weekend activity la lepas ni. bestnyaaa!!!!


thanks so much auntie N dan uncle Za! Khalish suka sangat2 present ni. mama janji nak bagi khalish mandi dalam pool ni every week. khalish tak sabar nak mandi dalam ni!

test2 dulu. hehe. macam dah besar sangat pulak budak bujang ni kan?

oh. auntie N pon ada wat entri khas hadiah birthday khalish ni. :)

Semalam yang kelam kabut

Malam sebelum tu, suhu badan aku tak menentu. padahal amek pcm bukan main lagi. tapi tu la, bila amek pcm suhu turun dan2 tu jugak, tapi 2-3 jam lepas tu, suhu naik semula. dahla doc prescribe leh amek pcm just 3 kali sehari je. so terpaksala tunggu lagi 2-3 jam after that untuk next pcm. huhu.

skali naik suhu sampai 38.7-39.1degree. memang agak cuak nak2 tengah pregnant kan. jenis demam pulak seram sejuk je. huhu. en alang la yang tuam2kan aku sanggup tido malam just 2jam je sebab jaga aku. cian dia.

so smalam en alang bwk aku ke klinik untuk check apa lg yg tak kena. ubat dah berhari2 amek, tp tak baik2 jugak. tp sedihnya lepas jmpa doc, dia terus rujuk aku ke A&E spital manjung dan ckp most probably aku kena masuk ward sebab saket aku tak baik2. so, berkejaranlah kami ke spital pulak.

sampai2 je spital, yang tak bestnya masa tu tengahari. kalau tengahari paham2la diorang pon nak rehat kan. so, lepas je diorang amek darah aku, kitorang terpaksa tunggu hampir 2 jam. aku dok togok 2 tin air 100plus dari saket2 terus rasa segar bugar je lepas tu. masa tu kalau diorang minta aku masuk ward memang aku berkeras taknak la kan sebab aku dah rasa ok dari sebelum tu yang asik terlentok sana, terlentok sini. dengan khalish yang meragam sebab kepanasan bagai. cian jugak budak tu. oh, khalish terpaksa kami angkut sebab babysitternya amek cuti 2 hari sebab amek anaknya dari kuantan.

so, lepas jam 2.30pm baru dapat result dan alhamdulillah darah aku ok2 je. cuma kencing masih kotor sket2 dan badan aku lenguh2. dapat la mc untuk sehari. jadila..

dan harini aku half day sebab jaga khalish. serik bawak dia ke ofis setengah jam semalam. tak jadik keje bila dia ada. semua tempat dia nak pegi. dahla aku dok cubicle je. kalau ada bilik sendiri tu lain citer la kan. memang satu ofis tu dia merayap. alih2 je dah kat ujung ofis, alih2 je tengok dia dok keliling tiang. hehe. so here i am kat umah menaip hanya bila khalish baru tidor kekenyangan abiskan sekeping biskut farley's.

pengsan kekenyangan. hehe.

Wednesday, September 29, 2010

Kalau korang la, apa respon korang?


khalish happy dapat main dengan walker pemberian tok ibu. (mokde dan maksu pon ada melabur juga. hehe)

situasi: di open house kolig. sedang melayan kerenah khalish yang sebok nak kacau orang lain makan.
tetamu A: eh, comelnya anak awak ni. perempuan ya?
aku: eh tak. lelaki. takpe, memang slalu orang perasan dia perempuan.
dan sambung layan kerenah khalish.

tetiba en alang datang kat aku sebab nak amek khalish supaya aku boleh makan dengan tenang.
tetamu A: tu bapak dia ya?
aku: haah.
tetamu A: bapak dia lagi comel.
aku: *blur2 ayam* huhu.

camne nak respon eh? hmmmm~
oh ya, tetamu A itu adalah perempuan yang sebaya2 ngan aku. huhu.

Itulah. Lain kali jangan gelakkan orang.

Agaknya aku kena tulah kot. Pagi semalam baca entri peeja pasal dia demam gigil2 aku baca sambil tersengih2. korang pon tau la kalau peeja bercerita kadang2 benda serius pon macam benda kelakar je.

sekali....tengahari semalam aku tetiba gigil2. ok, permulaan cerita camni. aku kan dah ngadu2 kat korang yang aku kerap kencing before ni. aku ada twit dalam kul 11am camtu yang aku ngantuk. memang ngantuk gile2 la. tapi tekak aku rasa loya2. takpela, maybe kalau aku tido, loya2 tu hilangla kot. so, marila kita ke surau untuk menidurkan diri. tapi tak sampai 5minit aku try nak tutup mata, tak boleh nak tido la pulak sebab aku sebokla nak batuk2 bagai.

takpela, aku naik balek ke meja sendiri dan duduk elok2 kat meja. masa tu dah rasa badan tak sedap sangat. macam rasa dedar2 nak demam. tapi aku wat bodo je lagi. elok je aku dok borak2 ngan sorang kolig lain. elok je kolig aku tu blah, aku rasa sejuk sangat2. hoih. sejuk macam dalam freezer ok. cecepat aku naikkan suhu aircond.

entah kenapa, biarpon suhu tu aku dah naikkan tapi tak rasa panas pon. makin sejuk adala. dan aku semakin menggigil2, gigi terketap2, bibir dah pucat, kat tangan dah naik goosebump dan kaki rasa kebas2. cecepat aku kemas handbag dan turun ke ofis bawah minta tolong sesiapa yang boleh tolong aku.

azim yang tolong aku. sepantas kilat dia sambar kunci kereta dan hantarkan aku ke emergency. memang cepat la khidmat kat situ. aku baru nak duduk. diorang dah panggil nama aku. so aku dgn tergigil2 berjalan dah macam ayam patuk dah. huhu. jumpa doktor, yang aku pelik doktor ni maybe doktor praktikal la kot. tanya satu2 soalan sama berkali2. dia ni doktor cina lelaki. sampaikan aku leh naik darah dengan dia. haha. lepas tu barula dia berfikir dulu sebelum nak tanya aku apa2. dahla aku tergigil2 macam orang parkinson dah ni haa....~

ada sorang doktor india ni lembut je orangnya, oh dia lelaki. tapi baik je selimutkan aku, bagi makan ubat pon kalau boleh dia nak suapkan aku. haha. pastu, masa dia nak amek darah, lembut je dia tekan2 tangan aku ni nak cari urat. tak macam nurse2 klinik yang biasa aku pergi, kemain kasar lagi. tapi tu la, memula aku macam tak yakin doktor ni leh jumpa urat aku. sekali dia jumpa ko. seronok aku bila tengok darah tu dalam picagari. haha. ye, saya saiko.

lepas aku makan ubat, dah rasa macam dedar2 badan aku. so doktor suruh aku amek sample kencing.sebelum tu doktor cina tu ketuk2 belakang aku kat area buah pinggang tanya saket ke tak. aku cakap saket belah kiri. so doktor saspek kencing aku kotor. tanya2 aku kencing saket tak? aku cakap ada sikit dan kencing kerap.

lepas je amek urin dan amek tekanan darah dan suhu, serta check kandungan ok ke tak, aku disuruh tunggu kat luar sambil keputusan keluar. bila diorang panggil dan aku tak perlu dimasukkan wad, wah...bersyukur berkali2 aku dalam hati. muka ada senyum ok. oh, dan masa ni aku tetiba je dah ok dari demam. tapi tetap minta mc untuk hari tu sebab aku terlalu lemah nak naik tangga dan drive. sepanjang aku kat spital, en alang yang temankan. sib baik la suamiku masa tu tengah rehat. so tak perlula nak timeslip bagai. tapi dia mintak jugak la kat doktor in case bos dia tanya2. baikkan suami saya? hehe.

oh. dan keputusannya kencing aysa kotor ye. oleh itu kena minum air kosong BANYAK2!. huhu.

zaza hantarkan aku balek umah dan kereta sengaja aku tinggalkan kat ofis. sampai je kat umah, terus aku makan nasi dan amek ubat terus kebabom tidor. berpeluh2 toksah cakap la. memang macam ujan je peluh aku time tu. so malam tu lepas amek ubat kali ke dua terus badan rasa selesa. tapi, pagi ni badan saket2 semula. kali ni kat bahagian buah pinggang belah kanan pulak. haihhh...

takpela. ni tak makan lagi. lepas makan karang nak makan ubat. lepas tu kita tengok sama ada saket ni beransur pulih. oh, kencing dah rasa biasa2. je. takla kerap macam semalam.

itulah report saya untuk hari ini kenapa saya tetiba je hilang dari ofis tengah hari semalam. ;)

Tuesday, September 28, 2010

OK. Korang leh wat judgement sendiri di sini.

aku, ibu dan rakannya. tahun 1982.

aku. muka cam jantan ganas eh? haha.

anak kesayangan. 2010.


apa yang beza/sama antara kitorang? sila la listkan satu2 eh. siapa dapat listkan dengan banyak dan betul akan dapat flying kiss dari khalish. haha.

Penyakit apa ntah ni. Serba tak kena.

Kejap2 ke toilet, kejap2 ke toilet lagi. dari pagi tadi lagi dok ulang alik toilet je. nak kencing pon tidak, nak u uk pon tidak. tapi ada rasa ketidakselesaan di bahagian situ. ala..korang tau la bahagian mana.

dahla last wiken aku ada masalah nak kencing. setiap 2 minit aku akan berlari ke toilet. tapi kencing ciput je. aku saspek kena jangkitan kuman. so, aku amek antibiotik dan minum air masak sejuk banyak2. so, after satu setengah hari baru lega dan dapat kencing dengan normal.

tapi, ni tetiba benda lain pulak yang melanda. dahla baby dah makin besar. en alang pon kata pregnancy kali (skarang kandungan nak menginjak bulan ke-6) ni perut aku membesar dengan jayanya. maybe kalau aku dengan berbaju adalah kurang nampak. yela, badan aku pon dah besar jugak. tapi, kalau la tanpa baju, memang perut la kedepan. siap lebar dan bujurnya cukup complete. macam aku pregnantkan khalish 8 bulan dulu. harap2 baby ni besar la ye. jangan perut mama dia je yang over, tapi anak kecik cinonet.

adakah korang tau bahawasanya semasa aku ngandungkan khalish sampai ke sudah yakni sampai hari nak beranak aku adalah mabuk setiap masa? kalau tak kena ngan tekak aku, sure aku akan muntah2. dan pregnancy kali ni pon masih ada juga penyakit muntah2 ni. rupa2nya ianya digelar Hyperemesis. dan aku baca dari wikipedia yang kemungkinan baby yang dilahirkan adalah kecil. dan buktinya, khalish dilahirkan hanya 2.2kg pada minggu ke-37. oh, dan tiada kerisauan. pada umur setahun, khalish telah memberatkan dirinya dengan bacaan 10kg pada penimbang. haha.

ok, nak ngadu2 apa masalah aku skang ni tapi dah ke laut bersama mabuk2 pulak. haihhh...
oh minta tolong ye siapa2 yang terer perubatan ni bantulah kakakmu yang terkapai2 ni ha. tak selesa sangat2 ni. huhu. (dan harini standby bawa underwear dan panty liner extra mana la tau in case terkucil ke apa. huhu)



u olls, harini citer ASMARA kan? suka banget ok citer tu!!! hero dia memang cair beb...CaIR.................

Monday, September 27, 2010

Mari kita doakan yang baik2 untuk mereka.

2 orang rakan blogger yang dekat di hati ini.
2-2 sedang keresahan berkaitan dengan anak.

mari kita doakan untuk mereka.
Pn. Nona a.k.a Chempaka dan Pn. Jiey.

Jiey punyai seorang anak yang istimewa di mata dan hati aku. Sejak sebelum aku pregnantkan khalish lagi, Ian menjadi hiburan aku dengan telatah dan keletahnya menerusi blog Jiey. Dan sekarang Ian sedang dalam kesakitan. Aku cuma dapat doakan dari jauh kerana jarak KL dan Sitiawan tidak memungkinkan aku ke sana. Harap dapat bertemu Ian juga suatu hari nanti. Dan aku sentiasa selitkan Ian dalam doa harianku agar kesihatan yang baik sentiasa memihak padanya.

Chempaka pula aku kenal sejak awal dunia blogging. Aku doakan kandungannya sihat dan semoga degupan jantung bayinya akan kelihatan nanti.

Jom ye kawan2. Kita doakan kesejahteraan mereka anak beranak. Semoga mereka tabah hadapi ujian dari-Nya. Dan mereka memang orang yang kuat. Aku tahu itu.

Tak sabar nak ada skateboard sendiri. Leh pakai helmet camni. Padahal berjalan pon tak reti lagi. Haha.

lokasi: giant manjung
duduk dalam shopping troli je. hehe. punyala mak pak dia malas nak kuarkan stroller. lagipon, budak ni dah besar panjang. dok dalam stroller tak reti dok diam. hehe.

amacam, ada gaya skater tak? hehe.

Good Morning Auntie2 dan Uncle2!

hmm..nak bangun ke tak ni...malasnya nak bangun mama!

hello semua! hari ni isnin dah ye. jangan malas2 tau wat keje/pi skolah tu. khalish pepagi ni pon kena bangun dan mandi. brrrr~~~

semoga hari ni akan jadi hari yang gembira ya! wiken lepas auntie2 dan uncle2 buat apa? khalish penat penuhi jemputan open house, kenduri pertunangan dan temankan tok ibu shopping. hehe. harini khalish nak rileks2 je kat umah mama mis. ngee~

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...